Jalan Batu Arang

Hi readers.
Dah lama terpikir nak cerita kisah bener yang jadi dekat aku masa zaman muda mudi dulu. Tahun 2010, masa aku baru sweet-sweet.

Zaman muda remaja ni rasanya selagi belum subuh selagi tu kalau bole nak berkeliaran kan. Aku lah salah sorang makhluk yg suka berkeliaran jalan-jalan pusing KL lepak bukit ampang la sana sini suatu masa dulu.

Nak dijadikan cerita, kalau aku nk overnight dengan kawan-kawan, memang tak lah aku bole balik rumah sendiri. Takut kene rejam dengan bapak aku. Jadinya, sebab nak jadi entiti malam, aku ni jadi manusia nomad la tido rumah kawan-kawan aku.

So one fine night, lepas je aku dengan kawan aku, Ida, puas pusing satu KL tengok lampu-lampu dekat dataran merdeka, seperti yang dirancang, aku pun balik la kerumah Ida.

Masa ni aku xpernah lagi pegi rumah Ida. Yang aku tau dia duduk dekat Rawang. Tapi sebab aku asal Klang, jadi cetek jugak la pengetahuan am aku pasal area Rawang ni.

Masa ni jam dah dalam dekat pukul 2 pagi. Tiba tiba Ida cakap dengan aku, “Jalan rumah aku gelap sikit tau, kau jangan terkejut lak”. Tak tahu dia memang bagi warning sebab takut aku cuak ke atau memang dia dah cuak sebab ikot kan dia jarang balik lambat sebab rumah dia ni gelap.

Aku okay je, sampai la satu jalan macam bergaung area rawang kuala selangor ni, memang seram. Dengan xde lampu dengan xde kereta langung. Tapi yang aku seram sebenarnye kalau kene kidnap ke kene rompak ke sebab Ida pernah ckp abg dia penah kene rompak dekat jalan balik rumah dia.

Sampailah lepas satu selekoh, tiba tiba aku nampk satu moto. Perlahan gilaaa bergerak. Mata aku tertumpu jee dekat motor tu sebab kesian dah la malam, gelap, naik motor. Tp yg aku lagi pelik kenapa lambat sangat motor ni. Aku pun memecah keheningan saje borak dengan Ida. Haa lupa pulak nak bagitau, dia ni bawak Proton Kebal tu tau, power window, radio semua dah arwah. So aku ckp kat Ida “weh apasal lambat sangat moto ni gerak” sambil mata aku tertumpu lagi. “laaa dia sorong moto rupanya” ujar kitorang hampir serentak. Dan dengan spontan aku yang baik hati bagi idea “jom tumpang kan”. Padahal aku sendiri pun menumpang. Ida menolak. “kau ni, xbole caya, diorang kat sini…..” tiba tiba Ida matikan perbualan. Sambil mata dia dua tiga kali melihat cermin sisi disebelah aku. Seraya itu aku terus berkata “dont worry, aku dah tengok tadi, tu org, confirm sebab ada kaki” aku akhiri jenaka aku dgn gelak kecik. Tapi Ida tiba tiba jadi kaku. Dia tak gelak atau membalas apa pun lawak aku. Sebab aku nak cover malu, aku cuba lah gatal tangan tekan radio dia. Sekali bukak bukak je dengar yang radio jenis tazkirah tengah malam dengan suara seram tu. Terus aku tutup balik. Masa ni, aku dah mula rasa pelik. Saja aku sakat Ida lagi. “dalam hati ustazah kau ni eh” Ida hanya gelak kecil. Kemudia dia ckp “weh, cer kau baca surah-surah sikit, kita ni tengah berdua je. Aku rasa mcm aku dah terlepas simpang rumah aku”.

Cukup dengan ayat tu. Aku dah tau something is not right. Dan x semena mena, dengar ada benda jatuh dekat atas kereta. Terus Ida celah “Ni selalu, aku rasa biji sawit ni jatuh” aku hanya menangguk sambil dalam hati, apemenda x logik woi pokok sawit rendah je kot, yang dekat keliling kitorg ni. Ida kemudian angkat cermin tengah mcm kena silau. Tapi aku diam je sebab aku tau something not right.

Aku rasa jalan sangat panjang. Aku dah repeat alfatihah sepanjang jalan sampai dengar bunyi biji sawit jatuh sekali lagi. Aku tanya Ida, lama lagi ke nak sampai. Dia diam sambil muka dah nampak resah.

Dah dekat setengah jam aku rasa, kitorang dah jalan tu, Ida tiba tiba cakap, nak call abah dia. Sambil driving dia nangis-nangis “abah, Ida xnampak rumah” masa ni hati aku dah kecik woi. Tiba tiba Ida pun ikot ayat apetah abah dia baca dekat hujung talian. Sampai la tiba tiba kitorang nampak macam ada sinar sikit lampu-lampu jalan. Terus Ida bagitau abah dia, okay abah, Ida dah nak sampai.

Sampailah aku dekat rumah Ida dalam jam lebih 330pagi. Abah dia tanya apa jadi, so dari situ aku pun baru paham. Ida pandang aku sambil ada kesan nangis ketakutan. “motor tadi memang mungkin orang, tapi dekat seat belakang kau tadi, ada menda tumpang kita, bukan orang”.

Masa ni baru aku paham kenapa dia keep on tengok cermin sisi. Kemudian Ida bagitau Abah dia lagi, radio kereta bole pakai tiba-tiba ada ayat tazkirah, lepastu kejadian biji sawit, masa biji sawit tu jatuh, dia tengok cermin belakang, ada benda putih laju gila macam nak terpa kereta. Macam nak tercabut jantung aku dengar. Nasib la bukan aku yang nampak tu semua.

Sejak kejadian tu, aku dah xpernah lagi pegi rumah Ida. Dan paling penting, aku insaf nak jadi entiti malam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Miss Z
FOLLOW FB KAMI.

17 comments

  1. Syukur dah la sy dh pindah.. Hukhuk.. Jalan masih gelap walau dah tahun 2019.. Semoga 2020 terang benderang jalan batu arang, jalan btg berjuntai. Sekarang batang berjuntai dah tukar nama bestari jaya..

  2. Antara sebab2 kenapa aku dah jarang buka fiksyen shasha ni. Bosan. Komen ilmiah ke nasihat ke tak boleh lepas tapi komen kecam dia kasi lepas. Apa punya admin la teringat komen2 lejen fs dulu2. Meriah!! 😃 . Sorry admin……..admin budak wechat kot haha 🙏

    1. Sehari beratus komen nak tapis. Kalau buang fungsi tapisan, mulalah banyak komen merapu dan lucah. Admin dah cuba sehabis baik tapis komen mana yang patut. Jika ada yang terlepas dan terdelete, admin mohon maaf.

      1. Sukenye kita admin reply.. Hikhik.. Sory tau min.. Sebab kata kat min bukan2.. 🙏 sy ni peminat FS, lama dah follow ujung tahun 2016. Kecik ati sikit je bila komen tak lepas tu.. 😒 Tu je.. Tq min ☺ Salam Jumaat..

    2. ala..ko ni bkn org rawang sb tu ko xtau. gombak tu kalau rawang utara. aku org bdr tasik puteri, rawang. mg betul la dekat gile dgn batang bejuntai, batu arang n kuala selangor. jln batu arang mg sunyi, bergaung n gelap.

    3. Bukak FS setakat nak baca komen aje ke? Kau patut ucap terima kasih kat admin. Bukan dia mintak duit pun sape nak baca FS ni. Dan kau pun bukan bayar gaji kat dia nak mintak itu ini.

  3. Batu Arang ni belakang rumah saya je… saya tau penulis ni ikut jalan mana?? dgn selekoh bergaung semua mesti lalu jln rawang kuala selangor.. sekarang nak gi batu arang boleh lalu Latar je.. Keluar kat Bandar Tasik Puteri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.