Jalan Broga

As Salam.. hi pembaca Fiksyen Shasha dan admin, harap korang sihat sihat jea dan bleh enjoy baca cite aku nak kisahkan kali nie. Kisah nie bukan kisah aku tapi kisah ader sorang brader ensem kat kilang jepun di kawasan Nilai zaman zaman aku tunggu SPM dulu penghujung 90an.

Cerita nie disampaikan oleh awek2 bawang yang berkumpul time rehat di cafe jam 3 pagi. Brader tu bukan lah keje sama kilang dengan aku tapi di kilang berlainan. Cumanya cerita tu timbul bila sebelah petang sebelum masuk kilang brader tu menegur (usha) aku time beli nasi ayam di gerai di luar kilang.

Well .. biasa ar pompuan. Kita tak cakap apapun tapi kenkawan pompuan yang lain mesti menghuraikan segala biodata dan hal brader tu dan dijadikan topik perbualan. Maka timbul lah cerita nie.
Brader tu tinggal di sebuah perkampungan di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Dia mempunyai motor besa dan kereta tapi dia lebih berasa selesa menaiki van kilang untuk ulang alik ke tempat kerja. Agak pelik juga kerana van hanya disediakan untuk operator kilang tapi brader tu pangkatnya senior supervisor. Kenapa dia diberi kelonggaran. Begini ceritanya.

Satu hari brader tu kerja syif petang sepatutnya dia pulang jam 11 malam. Oleh kerana departmentnya mempunyai masaalah maka dia dapat balik jam 1pagi.Brader nie bawa motor besar ke tempat kerja, lebih mudah, cepat katanya sementalah dia seorang yang berani (sebelum kejadian tu lar).

Untuk ke Jelebu dari Nilai mesti melalui jalan yang maha sunyi dan angker. BROGA KAMPUNG MANDOM – PANTAI. Broga nie memang terkenal dengan ‘sesuatunya’. Semua berkisah tentang seorang gadis yang suka menumpang kenderaan di simpang jalan masuk ke Jeram (air terjun).

Disana juga suatu masa dahulu terkenal sebagai tapak perkhemahan. Kisah tentang seorang gadis yang dicincang di kawasan jeram tersebut, tak diketahui indentitinya siapa, ada orang menjumpai mayat manusia yang diyakini perempuan mengikut dari ciri2 fizikalnya seperti jari/kaki/lengan pada sekitar tahun 80an. Namun kepalanya tidak dijumpai. Khabarnya kes itu tak selesai. Ada juga khabar angin mengatakan sepasang kekasih telah bergaduh di jeram tersebut kerana perempuan itu telah hamil di luar nikah. Dalam pertelingkahan itu secara tak sengaja teman lelakinya terbunuh teman wanitanya. Panik … dia telah mencincang dan mencampak cebisan mayatnya di jeram itu kepala dan sebahagian badannya ditanam berasingan. Dalam versi lain mengisahkan gadis mangsa komunis (kat sana masa tahun 80an banyak komunis suka tahan tahan kereta atau moto orang) . Sejak itu pelbagai kisah tentang perempuan suka menumpang selalu terjadi di jalan itu.

Aaiisshhh .. jauh pulak peginya aku bercerita.
Berbalik tentang kisah brader tu tadi. Seperti biasa brader tu dengan selamba badak ikut jalan tu time balik dengan motor besanya. Selain dari angker jalan tu memang start sunyi giler seawal jam 6petang. Serius sunyi. Ramai yang lebih rela ikut jalan jauh dari tempuh jalan tu walaupun komunis dah takde ahahahhahaa . Sewaktu menghampiri simpang masuk jeram di broga tu brader tu ternampak ada seorang awek cantik berdiri betul betul ditepi jalan di simpang tersebut. Sebagai abang ensem yang macho, perihatin dan bertanggungjawab, beliau menghentikan motornya dan bertanyakan masaalah gadis cantik tu. Gadis tu cuma kata dia nak tumpang untuk balik saja. Brader tu kata dia menghala ke Jelebu. Awek lawa tu kata, takpe rumahnya searah ke sana.

Tak banyak songeh brader tu pun tumpangkan awek cantik tu naik motornya. Selepas keluar dari broga mandom – pantai dan sebelum naik ke broga bukit tangga awek tu mencuit brader tu tanda minta berhenti. Selepas turun brader tu tanyalah ..
Brader : turun kat sini ke
Gadis : ya
Brader : betul ke kat sini?? Nampak gelap jea
Gadis : ya, rumah saya kat dalam sana
Brader : kalau macam tu balik baik2 yea
Gadis : sy takde duit nak bagi. Tapi ambil lar nie tanda terima kasih.
Brader tu ambil lah disangkanya sebatang rokok. Tetiba pompuan tu hilang. Dan brader tu lihat betul2 dimana kawasan dia berhenti rupanya ditepi kubur cina. Brader tu pandang balik ‘hadiah’ yang dia dapat. Rupanya sepotong jari . Time tu baru klimak seram brader tu mencanak. Cemana dia pecut balik umah??? Allah jea yang tahu. Dia demam 3 hari dan hantar surat resign namun dipujuk oleh majikannya. Haaa .. camtu cite dia.

Aku juga pernah dengar versi lain tentang hantu tu masa aku skolah rendah. Kisah tentang jiran aku nak ke kampungnya di Kajang. Disebabkan nak cepat so mereka lalu jalan tu. Anak anaknya (2 orang) dah tertidur diseat belakang kereta. Cermin tingkap disebelah driver terbuka setengah. Dari jauh jiran aku nie nampak ada gadis melambai2 kereta mereka. Jiran aku nie minta laki dia berhenti. Jiran aku pun tanya lar ..

Jiran : Nak kemana malam malam nie dik
Gadis : Saya nak balik kak (sambil menjenguk ke tingkap kereta)
Jiran : Rumah kat mana nie. Kat sini mana ada bas lalu. Bahaya betul. Datang dengan siapa tadi nie.
Gadis : saya kena tinggal kak …. rumah saya …(mula menangis dan cebisan daging mukanya mula jatuh)….
Melihatkan itu suami jiran aku tu terus masuk gear dan tekan minyak sementara bini dia terkial2 menaikkan tingkap kereta (kereta tahun 80an nak naik dan turun cermin kereta kena gigih sikit ). Ada juga kisah sepasang suami isteri lalu terjumpa pompuan berdiri sambil dukung anak. Niat nak tumpangkan baru perlahankan kenderaan tengok tengok bukan orang terus pecut. Tapi ‘dia’ tumpang juga kat seat belakang kereta. Buatkan kereta tu macam lambat bergerak dan hilang bila sampai simpang keluar broga. Korang korang yang melalui jalan tu tengah tengah malam berhati hati lar. Jangan sampai kena tumpang sudah.

Mas
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

  1. Betol la cerita awk ni..sy cuma x pernah nampak tapi sy pernah alami.masa tu sy demam n mlm tu pg berubat dkt lenggeng lalu jalan broga tu.balik dr berubat tu dlm kol 1.30 mlm masa keluar dr kawasan rumah mak cik yg ubatkn tu tiba2 sy rasa kereta berat sangat2,lps tu leher sy mcm kene cekam dgn kain.kebetulan masa kejadian sy tengah dtg bulan hari pertama.allah je yg tau bertapa susahnye nk bawak kerta tu keluar dr kawasan tu sambil dlm hati membacakan ayat suci allah dan sambil berdoa..Alhmdulillah sampai juga di pekan kereta yg sy pandu tu mula rasa ringan.

  2. sorry part yg terkial2 ttp cermin keta tu aku gelak berdekah.aku xpnh la lalu situ.n xtau area mana.tp akh dgn kengkwn pnh la.jugak lalu jln lama karak untk pergi ke port dikson..sbb nk lalu higway karak mse tu jem terok..aku xsngka la laluan yg membe aku ckp tu gelap gila.plg lawak.mse tu dh pkl 11 mlm.nsb mse tu membe aku ckp dia nk drive kalau aku tu mau kejung keras kaki first time lalu jln mcm tu.plg aku xle lupa membe aku sblh bila nmpk je lampu keta dpn dia punya jerit haaaa tu keta follow2 rapat2 seram we kt sorg je.pastu siap pesan weeee ttp tingkap jgn bukak..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

  3. Yeayyyyyy .. rindunya nk baca cite ko Mas. Lama btl ko x bersiaran.
    As usual cerita seramedi ko mmg paduπŸ‘ nnti share lg tawπŸ™

  4. itu tempat aku melepaq tu. Takde pon ape2 yg mencuwigakan selame aku melepak kat sane. Biaq betui neh? Selalu lepaq around pukul 12 tghari ke pukul 2 ptg je..

  5. Memang seram sikit ikut jalan tue..biasa ikut jalan tu dulu masa kerja kat KL..asal balik kampung je sure ikut jalan tue..balik kampung malam2..naik motor jerr..pernah sekali tue lebih kurang pukul 12.30 pagi..terserempak dengan beberapa orang yang berjalan berbaris kat tepi jalan..area kat jeram tue laa..tak nampak muka..hanya org depan je bawak pelita..tapi sepatah perkataan pun tak dengar diorang bercakap..saya perlahankan motor sbb nak tengok muka tapi memang tak nampak pun..hitam jer memasing..dah lepas dari diorang, saya toleh balik..laaa..dah takde..takpe..saya teruskan perjalanan dan lepak plak kat Jeram Toi pukul 1 pagi..sakit pinggang naik motor lelama..kat situ dengar plak riuh rendah orang berborak..carik jugak kat mana suara tue..ada suara perempuan dan lelaki..bebudak pun ada tapi masalahnya bahasa diorang tu..memang tak faham langsung..

  6. 2 tahun lepas pernah pegi pusing2 area broga cari durian.
    nak cuba ke lenggeng cari durian viral.
    dgn wazenya semput2. masa tu pun dah maghrib.
    last2 kitaorang redah ja sampai jumpa tanda arah masuk highway.
    Nasib masa tu tak tau ada kisah seram kat area sana. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.