Jalan Bukit Fraser

Salam Ramadan kepada semua pembaca FS. Nama aku Zaff dan aku nak bercerita pengalaman seram sewaktu melalui jalan dari Raub ke Rawang melalui jalan Bukit Fraser. Kejadian ini berlaku pada 2019 sewaktu aku bersama 5 lagi kawan ingin balik ke Rawang dari Kuantan. Kami menaiki 2 buah kereta, kereta 1 dinaiki aku (co-driver), Dolah (driver) dan Saleh (penumpang). Kereta 2 dinaiki Zainal (driver), Abidin (co-driver) dan Hasan (penumpang). Semestinya semua itu bukan nama sebenar mereka.

Kami bertolak agak lewat dari Kuantan, lebih kurang 5.30 petang dan berdasarkan Waze, ada kesesakan teruk bermula dari tol Gombak bersambung ke tol Bentong. Kami mengambil keputusan untuk melalui jalan Gombak lama. Malangnya setelah separuh jalan, kami diberitahu jalan itu ditutup dan kami patah balik ke bandar Bentong. Jam menunjukkan pukul 8 malam dan kami berbincang sama ada untuk melalui lebuhraya yang masih sesak itu atau jalan Bukit Fraser. Kami tak pernah melalui jalan tersebut sebelum ini, tapi berdasarkan Waze, jalan itu tidak sesak Cuma agak jauh berbanding jalan biasa. Dolah dan Saleh bersetuju untuk melalui jalan Bukit Fraser tapi Abidin agak keberatan kerana ingin berbincang dengan Zainal yang masih di tandas. Akhirnya aku, Dolah dan Saleh gerak dahulu dan mereka akan menyusul kemudian.

Dalam 15 minit, kami mendapat isyarat high beam dari kereta belakang menandakan mereka sudah di belakang. Jalan agak gelap apabila memasuki kawasan Raub dan bermula la episod jalan berbengkang-bengkok. Langsung tiada lampu jalan hanya kereta kami sahaja melalui jalan itu. Radio hanya memainkan alunan surah Al-Quran.

Gangguan pertama terjadi ketika kami sampai di simpang untuk masuk ke Bukit Fraser. Di sebelah kiri aku perasan ada banglo putih terbiar. Radio tiba-tiba terpadam dan kereta kami bersengguk. Aku melihat di belakang, kereta Zainal masih sayup terlihat. Setelah beberapa minit, radio kembali menyala dan enjin berfungsi seperti biasa. Saleh di belakang tetiba meminta earphone, bisiknya kepada aku sebab ade terdengar nama dia dipanggil. Muka Dolah pun tidak keruan tapi masih diam membisu. Aku agak pelik kerana jarak kereta Zainal agak jauh biarpun kami memandu perlahan.

Gangguan kedua bermula apabila ada pokok tumbang yang telah menutup separuh laluan itu. Dolah berhenti dan bunyikan hon untuk memberi isyarat sekiranya ada kereta di hadapan. Bunyi hon kami bersahut, maknanya ada kereta di hadapan. Untuk pengetahuan, pokok yang tumbang ni besar, tak nampak apa yang ada di depan. Kami hanya menunggu kereta di depan tadi untuk lalu. Namun setelah beberapa minit, masih tiada kereta. Dolah hon sekali lagi dan masih bersahut, kami masih menunggu. Tiba-tiba Saleh tegur dari belakang, “Jalan jek Dolah”. Kereta Zainal baru sampai di situ dan kami melintasi pokok tumbang tu. Apa yang mengejutkan, tiada kereta pun di situ, hanya kereta kami.

Selepas gangguan kedua, Dolah memandu agak laju dan kereta Zainal kembali tertinggal di belakang. Tidak lama lepas tu, kereta kami seperti dirempuh sesuatu dari belah aku duduk. Dolah brek tetapi berhenti di depan sedikit dari tempat berlanggar tadi. Aku tengok side mirror, langsung tiada binatang yang menggelupur. Lagipun mustahil ada binatang dari belah aku sebab hanya bukit yang ada, bukan kawasan lapang. Kereta Zainal pun sampai dan terus berhenti di belakang kami tanpa berhenti di tempat berlaku perlanggaran tadi. Kami meneruskan perjalanan dengan muka yang pucat dan Saleh kini duduk di depan, bersempit lah kami berdua di tempat duduk depan tu

Setelah beberapa lama melalui jalan gelap, akhirnya kami sampai di stesen minyak sebelum bandar Rawang. Lega tak terkata. Kami sampai situ lebih kurang pukul 12 lebih dan hanya kami yang berada di situ selain pekerja stesen minyak tu. Kami menunggu Zainal and the gang tapi selepas 5 minit whatsapp masih tidak berbalas. Aku telefon Abidin:

Aku: kau katne?
Abidin: Nak sampai umah dah. Ka?
Aku: Umah? lajunya? Kan kau kat belakang tadi?
Abidin: Belakang mane? Aku lalu highway, kan dah bagitau kau tadi.
Aku: Ah kampit betei

Terkedu bila Abidin kata macam tu, aku letak telefon dan ajak Dolah dan Saleh gerak. Sebelum gerak tu aku perasan seorang pekerja tu nak ke tandas, tiba-tiba lari lintang pukang bila tengok kami. Meremang bulu roma. Takde dah nak tanya, faham-faham sendiri lah. Baca 3 Qul pastu teruskan perjalanan ke mamak berdekatan.

Sampai di mamak, aku periksa telefon, mesej Abidin baru sampai mengatakan Zainal taknak ikut jalan tu sebab gelap dan mereka sanggup tempuh kesesakan. Saleh membuka cerita, macam-macam bunyi dia dengar kat belakang. Sepanjang perjalanan tu nama dia dipanggil, kadang-kadang sayu, kadang-kadang macam marah. Semasa kat pokok besar tumbang tu, dia terdengar suara mengilai. Sebab tu dia suruh jalan je. Namun topik yang paling hangat adalah hanya kami yang melalui jalan tu pada malam tersebut. Belakang kami tu bukan lah kereta Zainal, sebab tu jaraknya agak jauh dan kadang-kadang sahaja timbulnya. Setelah lama lepak di mamak, kami pun gerak balik ke rumah tapi singgah di 7E dulu untuk kepastian kalua-kalau ada yang mengikut. Babir ngat nok ngikut ke orang.

Seminggu juga kami bertiga dibahan sebab nak elak kesesakan punya pasal. Apa pun, itulah kali pertama dan terakhir aku akan lalu jalan tu. Aku bersyukur sebab kami selamat sampai ke destinasi. Mende-mende pun, kala lepaih ni jeng lagi, kawe tempuh jekla. Takdok doh nok lalu jalan pelik-pelik ni. Serik doh kawe. Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Kalau pembaca ok dengan tulisan aku ni, aku akan share lagi pengalaman lain pula. Sekiannn…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zaff

8 thoughts on “Jalan Bukit Fraser”

  1. Pernah sekali lalu jalan tu pasal ikot waze.. amik bdk indon dari rawang ke Pekan raub.. grk time maghrib.. paling gile kawan indon tu ikot naik motor malam2 lalu jalan tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.