JALAN DALAM SIMPANG RENGGAM

Hi semua, nama aku H. Umur awal 20. Okay that’s all.
Aku sebenarnya tak pandai nak mengarang cerita sangat dan ni short story je so harap korang faham lah okay.

As you guys boleh baca kat tajuk tu. Actually cerita ni waktu aku umur 12 tahun kot. Kalau tak silap la, sebab aku ingat ingat lupa. Kira ni first time la aku tengok BENDA tu. Benda ni terjadi bila aku and family baru balik dari KL. Ada majlis kahwin cousin. So hari ahad malam tu kiteorang gerak balik Johor.

Sepanjang perjalanan dari KL ke Johor tu, abah aku guna jalan highway je. Sampailah kat Highway Melaka, berlambak kereta sangkut kat situ sebab jem gila. Masa tu jam dah masuk pukul 10 malam. So hadap jela jem sampai kat highway nak keluar ke Simpang Renggam, Johor. Ayah aku pun tak sabar nak balik cepat so dia decide nak ikut jalan dalam Simpang Renggam. Sebab time tu tak banyak sangat kereta masuk Simpang Renggam.

Yang aku ingat, sepanjang perjalanan tu mama dgn adik-adik aku dah sedap tidur kecuali aku sebab aku jenis susah sikit nak tidur dalam kereta. Kira aku teman abah aku lah, ajak berbual dan bergelak ketawa ape semua. Tiba tiba ada satu jalan tu, jalan yg memang orang akan lalu untuk balik ke JB. Kiri kanan semua hutan dan takde lampu weh. Gelap sangat jalan tu, hanya berpandukan lampu kereta. Time tu pun jem juga so aku macam fed up la lama kat atas jalan dgn sakit pinggang bagai. Abah aku pula dah penat berbual so dia diam jela.

Entah macam mana, adik-adik yg tidur tu pun bangun pastu macam riuh la sbb lagu fav dorang keluar kat radio. Abah aku pun kuatkan sikit volume dan meriahlah kereta kiteorg dgn adik-adik aku terlompat-lompat menari. Tapi time tu aku dah rasa hairan, kenapa aku macam tak berapa dengar sangat lagu yg keluar kat radio tu. Padahal cukup kuat juga abah aku buka. Pastu aku macam tak berapa feel sangat nak ikut nyanyi pe semua. Then aku pun pandang la kat luar, nampak pokok kat tepi-tepi jalan tapi dalam keadaan gelap la. Keadaan jem masa tu macam jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti.

Berhenti pun dalam 5 saat macam tu. Kemudian kat atas satu pokok jarak dalam 3-4 kereta macam tu, jeng jeng jeng …. . Aku nampak BENDA tu bertenggek kat atas dahan pokok. Aku rabun tau dan aku tak suka pakai spek tapi dari segi bentuk dan warna dia yg putih tu, aku boleh nampak dan mengagak yg itu POCONG ! Tak sangka aku yg DIA tu BESAR dan KOTOR. Mula-mula nampak tu, aku macam blur dan tengok lagi apa benda tu. Konon nak meyakinkan diri yg aku nampak monyet. Tapi tak, makin dekat kereta abah aku kat pokok yg DIA bertenggek tu, makin meremang bulu roma aku. Dari apa yg aku nampak, muka DIA hitam (macam terbakar) dan mata DIA merah menyala.

Sebenarnya DIA macam tak perasan aku nampak DIA , tapi bila aku dok tertengok-tengok pokok yg DIA bertenggek tu mana la DIA tak perasan kan. Bila aku dah buat eye contact dengan DIA, time tu la DIA perasan dan tak lepas lepas tengok aku (senang cerita dia tenung aku lama la) dan firasat aku dapat rasa yg DIA dah ready nak kacau aku (actually takde la kacau pon). Aku dapat bayangkan kalau muka DIA tak hitam, mesti aku nampak DIA tengah sengih tengok aku. Bayangkan aku yg rabun ni pun boleh jadi tak rabun bila nampak muka DIA. Terus aku tarik muka pandang tempat lain kemudian tutup mata rapat-rapat sambil peluk adik aku. Adik aku terkejut tengok akak dia tetiba peluk dia dan siap tanya, “kenapa peluk peluk ni, geli la weh ” dan aku suruh dia diam pandang depan je.

Korang rasa tak apa perasaan aku bila kereta sekejap jalan sekejap berhenti dengan harapan kereta abah dah lepas daripada pokok tu. Lama dia rasa macam setengah jam juga aku dok tutup mata dan tak nak layankan perasaan takut aku. Telinga aku still tak berapa nak dengar lagu kat radio dan aku rasa sunyi je kat telinga ni. Aku dah macam “apa kena siak dengan telinga aku, pekak dah ke ? (dalam ton suara paling halus sekali). Dalam kepala otak asyik terbayang badan dia yg besar macam bantal peluk dengan duduk bertenggek kat atas pokok sambil tengok aku.

Tiba-tiba telinga aku macam dengar orang sebut nama aku dengan kuat (ingatkan telinga aku pekak, rupanya berfungsi lagi tapi berfungsi untuk benda yg tak sepatutnya). Aku terkejut gila masa tu dan rasa nak terkencing weh ! Aku siap cakap dalam hati, “please jangan kacau aku, aku tak minta nak nampak kau pun”. Bila rasa dah lepas daripada pokok tu, aku buka mata dan telinga aku perlahan-lahan dah boleh dengar suara yg keluar kat radio. Takut juga dia dok ikut ke apa tapi nasib aku baik. Dia tak ikut pun dan aku tak nak tengok langsung pokok yg dia dok bertenggek tu. (senang cerita aku tak tengok langsung keliling aku sebab takut tiba-tiba dia tunjuk muka ke apa kan)

Dah lepas daripada peluk adik aku, dia tanya ” kau okay tak ? Pucat semacam je. Macam orang nampak hantu “. Aku terus pukul kepala dia dan cakap mulut jangan celupar.
Kemudian aku decide nak tidur juga dalam kereta walau tidur paksa sekalipun. Sampai je rumah, aku tak cerita lagi dgn parents aku. Aku masuk bilik air pastu mandi bersih-bersih. Aku terus masuk tidur, nasib baik time tu kiteorg still tidur satu family. Kalau tak, memang aku tidur berkepit dengan parents aku. Lantak lah dah besar ke apa. Aku dah nampak BENDA tu, so takleh nak cover cool dah. Nasib baik aku tak pakai spek, kalau tak lagi detail la aku nampak DIA.

Benda tak minta untuk nampak, time tu juga lah dia muncul. Dalam kepala otak aku, tak pernah terlintas pun weh nak tengok benda benda gini. Aduii seriau dan serik aku. Tapi lepas-lepas tu (dalam fasa ketumbesaran aku cehhh ayat..) aku ada nampak juga tapi just light light gitu. Tak macam ni, direct terus nampak. Ada masa aku cerita lagi ye, sorry kalau story kurang menarik. Sebab aku bukan tulis komik or kartun okay, so quite lil bit serious bila korang baca cerita aku hehe. Sekian terima kasih dan salam sayang daripada aku buat pembaca di luar sana, Annyeong ~

– H

Hantar cerita anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

H

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.