Jalan Shortcut di Sepang

Hai semua nama aku mus,aku peminat setia fiksyen shasha ni.sebelum ni aku just silent reader jer tapi bila terjadi pengalaman yang agak seram bagi aku terus aku terpanggil untuk kongsi pengalaman aku kat sini.peristiwa ni pon baru je berlaku dalam bulan lepas masa hari raya ke 7,masa tu aku baru start kerja selepas cuti seminggu hari raya.

Ceritanya bermula begini,aku bekerja di sebuah kilang sarung tangan di sepang.jalan nak ke kilang ni antara airport ke nilai,rasanya mesti ramai yang taw kilang tni.aku kerja shift 12 jam,maknanya dari 7 sampai 7 la.minggu tu aku kerja shift malam so kerja aku bermula dari 7pm sampai lah 7am.

Tapi entah kenapa malam tu badan aku rasa tak berapa sihat tapi aku teruskan juga bekerja.sampailah waktu tu dah pukul 12.30am aku rasa betul2 tak larat jadi aku minta kebenaran supervisor aku untuk balik separuh hari sebab aku tak sihat,tepat jam 1am aku punch card balik dan terus ke parking motor untuk ambik motor aku dan balik rumah.

Sampai di bulatan untuk keluar dari tempat kerja aku berhenti sekejap sebab aku fikir nak ikut jalan lebuh raya atau jalan shortcut,aku risau kalau jalan lebuh raya waktu begini selalunya ada polis buat roadblock lagipon aku takde lesen kang jadi masalah lagi nak bayar saman.jadi nak taknak aku buat keputusan ikut jalan shortcut.

Untuk pengetahuan korang jalan shortcut ni kawasan lombong taw.jalannya pulak bukan jalan tar tapi tanah merah campur jalan berpasir,sepanjang permulaan perjalanan semuanya takde ape2 masalah lagipon kat situ ade rumah kongsi warga asing.Tapi lepas jer dari kawasan tu terus gelap gelita,maklumlah kawasan lombong sape nak psang lampu jalan kan.

Jadi bertemankan lampu motor tu aku teruskan perjalanan walaupon dalam hati dah mula rasa takut,entah kenapa sampai je 1 simpang tu bulu roma aku terus tegak tiba2 n aku rasa seram sejuk.tapi aku abaikan perasaan tu sebab aku nak cepat2 lepaskan kawasan tu,ntah macam mana dalam 100meter aku perasan ada orang tengah memancing.

Memang la kawasan ni ade orang memancing tapi takkanlah waktu 1pagi lebih ni kut,aku teruskan saja perjalanan dan setibanya dekat dengan dia aku pandang dia tapi dia tak toleh kat aku langsung.pelik pulak aku rasa tapi takpelah mungkin dia tak suka nak bergaul dengan orang kut bisik hati aku,hampir 500 meter selepas aku melepasi orang tadi aku kena naik jambatan pulak.

Bila aku naik jambatan semuanya takde masalah dan bila nak turun ade dua simpang iaitu simpang kiri dan kanan,depan antara 2 simpang tu ada kebun sayur dan pisang.aku ikut jalan kanan untuk balik kerumah ku,tapi entah kenapa mata aku terpandang sesuatu diantara celah pokok pisang tu.aku perhatikan betol2 rupanya seperti kain putih yg berbalut,ya allah itu pocong ke bisik hatiku.waktu tu perasaan aku terlalu takut sampai aku lupa semua surah2 yg aku taw,aku hanya mampu berkata ya allah selamatkanlah aku ya allah..allah hu akbar..itu je yang mampu keluar dari mulutku berulang kali sambil aku memecut motor ku lebih laju,nasib baik dia tak ikot kejar aku.

Lebih kurang 1 kilometer dari kawasan aku nampak pocong tadi barulah aku nampak lampu jalan,maknanya dah masuk kawasan kampung aku.aku menarik nafas lega tapi rupanya kelegaan aku tu tak lama,sewaktu aku melalui kawasan timbunan sampah aku terpandang sesosok tubuh sedang duduk mencangkung membelakangi jalan.aku dah mula rasa tak sedap hati lagi,semakin dekat aku dengan sosok tu aku perasan yg makhluk tu tengah makan sisa2 sampah kat situ.aku dah mula rasa nak pitam tapi aku gagahkan juga untuk cepat sampai kerumah.

10 minit kemudian aku selamat tiba dirumah.aku terus ketuk pintu sekuat hati aku dan bila mak aku buka pintu dia jadi terpinga2 bila aku terus masuk bilik air dan basuh kaki terus aku ambik wudhu sebelum tidur,alhamdulilah sepanjang waktu aku tidur tiada ganguan yang berlaku keatas aku ataupon keluarga aku.

Esoknya aku terus demam dan doktor berikan aku cuti selama 2 hari,tapi aku langsung tak ceritakan pada family aku apa yg aku lalui malam tu.bila aku dah kembali bekerja semula aku ceritakan apa yg berlaku tu pada kawan2 aku,tapi dorang boleh ketawakan aku dan cakap yang semua tu halusinasi je sebab aku tak sihat masa tu.sakit pulak hati,mentang2lah bukan dorang yang kena.

Apepon aku dah serik nak balik separuh hari lagi bila shift malam,tapi aku masih lalu situ lagi bila balik atau pergi kerja sebabnya waktu tu terang dan takde ape2 yang seram pon.ok sampai sini saja pengalaman aku,walaupon tak seseram mana tapi bila aku sendiri yang melaluinya rasa macam nk tercabut gak jantung ni.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mustapa hamid
FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. Kilang mana 1 kau keje ni? Hartalega ke WRP? dan lagi 1, kau tinggal kat mana? Jalan tu jalan mana, aku ni duk sepang pun tak dapat gambaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.