Jangan Duduk Seorang

Salam guys. Ini kes bukan dari aku. Ini kes cerita dari kakak aku. Arwah kakak aku (al-fatihah untuk dia).

Cerita ni masa arwah kakak aku belajar dulu dekat kolej area Selangor. Masa tu zaman 2004 kalau tak silap. Senang cerita, kisah ni jadi dekat member kakak aku. Rumah sewa dorang (rumah teres) memang aku pernah pergi sekali. Seram beb rumah tu. Tempat area sunyi.

Mula cerita dia (yang sebabkan kakak aku dan kawan lain lepas kejadian tu pindah terus). Jadi masa cuti raya, semua orang dalam rumah tu mostly duduk Sabah dan Sarawak. Kira kakak aku and lagi sorang je duduk area KL dan Selangor.

Alkisah, kawan kakak aku ni kesian tak dapat balik kampung dia sebelum raya. Lambat beli tiket flight. Tiket semua dah habis dan dia boleh balik kampung pada hari raya kedua. Meaning raya pertama tu, dia terpaksa tinggal sorang-sorang dalam rumah sewa dorang sebab semua dah balik kampung.

Masa hari last semua nak balik tu, ramai yang dah siap-siap packing nak balik kampung. Yang kawan aku yang flight tiket lambat ni agak berani sikit, maybe dia rasa tak ada hal lah stay sorang. Kira rumah sewa dorang tu start kosong petang tu lah. Sebab malam nak raya tu semua dah balik.

Kawan kakak aku ni (Anne nama dia, seingat akulah) memang tidur dari tengahari tu dalam bilik dia. Sebab puasa and since dia sorang je tak balik lagi, so dia tak packing lah lagi. Sampaikan semua kawan-kawan dia dah blah balik pun dia tidur mati dalam bilik. Dari cerita dia, malam tu dia dah terlepas waktu berbuka, sedar-sedar dah pukul 10:00 malam.

Terkebil-kebil dia tengok sunyi sepi rumah, and adalah kawan roommate dia tinggalkan nota, “TAK SAMPAI HATI WEH KEJUT KAU TIDO, AKU BALIK DULU. JUMPA LEPAS CUTI. SELAMAT HARI RAYA. HATI-HATI STAY SORANG , RUMAH KERAS SIKIT. HAHA!”

(Lebih kurang macam tu lah nota member dia)

Si Anne tu baca macam tergelak jelah. Dia teruslah bangun dari katil nak pergi dapur, nak makan sebab dah terlajak tidur. Dia turun je tingkat bawah lalu hall gelap sebab diorang dah off light dekat hall. Tiba-tiba masa turun ke tangga tu, dia perasan macam TV punya light ada samar-samar bunyi suara TV yang tak berapa kuat.

Lalu je depan hall, dia ternampak sorang member dia ni duduk depan TV bersila (muka tak nampak sebab dia lalu belakang and TV hadap dinding). Dia pun terkejut tapi just stay belakang member dia tu cakap, “’eh, aku ingat semua dah balik. Kau ada lagi Ika? Bukan patut kau dah balik ke?” sambil jalan ke dapur.

Actually Ika tu, dalam ramai-ramai, dia paling pendiam. so kalau dia bersuara sepatah dua tu tak heran sangat.

Lepas amek makanan dekat dapur, Ika tu still lagi depan TV tu rambut panjang dia tu halang muka dia. So memang tak nampak muka. Anne ni tanya lagi, “eh kau tak balik lagi sebab apa? Tiket bus tak ada ke?”

Last-last si Ika tu angguk dan hanya sahut, “iya…”

Tapi dia punya ‘iya’ tu Anne rasa lain macam, sebab macam cakap dalam nada tegas.

Anne ni pun malas cakap apa, dia terus naik dan tinggalkan Ika ni dekat hall, sebab diorang memang jarang bercakap. Anne ni pun makan punya makan dalam bilik dia, sedar-sedar dah pukul 12:00 tengah malam. Dia rasa panas and nak mandi. So lagi sekali turun dekat hall bawah nak ambil towel.

Dia turun, tengok Ika dah tak ada depan TV, tapi TV masih terpasang. Dia tak fikir apa, terus tutup rasa nak ketuk pintu bilik Ika tu, tapi dia dengar orang buka air paip and shower.

Terbantutlah dia nak pergi toilet sebab Ika ada dekat dalam. Dalam hati, “patutlah TV tak tutup, pergi tandas rupanya.”

Dekat 20 minit Ika tak keluar-keluar. Dia pun ketuk pintu tandas. Dia tanya, “Ika lama lagi ke?”

Lama sikit dia sahut, “nanti aku keluar.”

Dia pun malas tunggu bawah, naik bilik atas balik, baring kejap and pegang handphone, belek-belek. Tiba-tiba dia dapat SMS (zaman tu SMS lagi) dari Ika. Dia pun peliklah, kenapa SMS? Bukan dalam toilet ke? Dia pun bukalah inbox SMS tu.

“Kak Anne, Kak Anne boleh tolong tengokkan tak bilik Ika lock ke tak, sebab tadi perasan macam lupa lock; rush kejar bus.”

BERDERAU darah dia. Eh, dia ingat Ika ni main-main. Terus dia call and betul-betul budak tu dalam bus on the way balik Kelantan!

Suara Anne dah lain bila Ika tanya kenapa macam pelik call dia. Dia tak berani cakap apa, sebab dah terkedu. Terus dia letak call and kunci pintu bilik. Siapa tadi yang sahut soalan dia and tengok TV tu kalau Ika dah lama baik? Confirm hantu! Dia dah tak fikir apa. Tiba-tiba dia terdengar suara cakap, “nanti aku keluar.” Suara sahutan dari toilet tadi tu, sekarang dekat luar pintu bilik dia.

Dia dah diam je dalam bilik, badan dah menggeletar and jantung dah speeding. terus dia duduk atas katil, baca apa yang dia ingat and masa yang sama, dia dengar TV dekat hall terbuka dan ada suara bercakap-cakap dan ketawa-ketawa dari hall. Paling teruk, dia dengar bunyi kuali macam orang tengah masak dekat dapur. Bunyi cawan semua kuat!

Dia terus pejam mata, doa cepatlah pagi sebab dia plan esok pagi lepas terang terus blah keluar dari rumah tu awal, even tiket flight dia taklah seawal tu.

Sedar tak sedar, dah pagi. Dia memang tak mandi, sebab dah tak nak masuk bilik air. Terus pakai baju, capai luggage, dia kunci segala apa yang patut dan turun laju-laju. Dekat tangga, mata dia sempat kerling ke arah dapur. Dapur habis bersepah macam ada orang pakai dapur!

Dia tak nak tengok lagi dah. Cukuplah malam tu dia dah nampak kelibat Ika yang sepatutnya dah balik kampung!

Dia taubat dah,

TAKKAN STAY SORANG-SORANG LAGI!

Lizy Suzy
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

15 comments

  1. 1st of all Alfatihah utk arwah kakak kepada penulis. Jalan cerita lebih sempoi, terdapat keseraman ketika membaca (sedikit), mudah difahami, dan penggunaan bahasa lebih santai. Good.
    7/10

  2. Alhamdulillah jelmaan tu xmsk dlm bilik n Alhamdulillah la si ika tu call..tidak mst adik bsembang lanjut ngan ‘dia’..

    Cerita sgt seram sampai boleh imagine ok huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.