Jangan Tengok Bumbung

Assalamualaikum buat pembaca setia
Fiksyen Shasha.

Nama aku J.Berasal dari sebuah negeri di pantai timur.Aku juga macam penulis penulis lain yang telah menghantar cerita masing masing,bermula sebagai silent reader dan setelah baca satu persatu cerita disajikan tanpa jemu barulah jari jemari terasa hendak berkongsi cerita.Ok,cukup intro aku.

Kisah yang hendak dikongsikan ini berlaku sekitar tahun 2011 semasa aku merantau ke sebuah kampung di Perak.

Aku bekerja sebagai buruh kasar disini dan bossku yang aku panggil Wak menyewakan sebuah rumah kampung kepada aku didalam kampungnya.

Rumah ini kecil sahaja,tidak ada bilik selain bilik air dan jambannya diluar rumah. Memandangkan aku bujang dan tinggal seorang jadi bagi aku okay je.

Keberanian untuk tinggal seorang diri aku datang kerana disebelah kiri dan kanan aku ada jiran cuma di hadapan rumah aku tanah lapang lebih kurang sebesar tapak rumah yang yang aku duduk.Di hujung jalan di teli sebelah kanan rumah jiran aku yang paling kanan adalah lombong lama.Aku pernah juga baca cerita hantu lombong tapi kerana baru pertama kali tinggal berhampiran lombong aku lebih pada teruja dari seram.

3 bulan pertama tidak ada apa apa yang menyeramkan berlaku walaupun aku tinggal seorang diri.

Kisah bermula pada satu malam, didepan rumah aku yang ada tanah lapang ada satu pangkin yang menghadap rumah aku. Aku melepak disitu berborak borak bersama Abang Shah,jiran sebelah kanan rumah aku yang rumahnya ditepi lombong dan bersama Ajai,adik kepada boss aku yang tinggal tidak jauh dari rumah sewa aku.

Ralit kami bercerita sampai aku lihat jam di henfon sudahpun pukul 1.30 pagi. Adakala aku dan Abg Shah saling bercerita, Ajai hanya mendengar.Begitu juga bila Ajai dan Abg Shah bercerita aku hanya mendengar. Saat aku terasa sedikit mengantuk, Aku hanya banyak mendengar mereka bersembang.Pada masa ini lah, Aku melihat sesusuk tubuh berkain putih lusuh berada ditepi rumahku,dengan rambut panjang
dan menggerbang,aku hanya melihat dari belakang sahaja dan aku tergamam.

Perlahan lahan makluk itu seolah olah berjalan menuju ke belakang rumah aku. Pada masa itu keadaan cahaya bulan suram. Aku duduk ditengah tengah antara Abg Shah dan Ajai yang pada masa itu bersembang tanpa memandang ke hadapan. Mereka berhenti sembang selepas aku terdiam lama dan mata aku terpaku ke tepi rumah.

“Kenapa Jay?” Abg Shah tanya.

Aku tidak tahu hendak cerita ke tidak.
“Aku nampak tadi bang tepi rumah aku”Abg Shah dan Ajai saling berpandangan.

“Jom kita tengok”Abg Shah mengajak aku dan Ajai. Mukanya bersemangat,seolah olah teruja nak mencari.

“Biar betul orang tua ni”
Aku hanya bercakap dalam hati.

Perlahan lahan kami bergerak ke tepi rumah aku.Disebelah jamban rumah ada sebatang pokok rambutan yang tinggi dan rendang. Sampai di belakang,Abg Shah menyuluh kawasan belakang rumah tidak ada sebarang penampakan atau apa apa bunyi. Tapi aku perasan keadaan sunyi sepi betul betul sunyi.

Kami pun bergerak kembali menuju ke pangkin di depan rumah dan duduk kembali dengan hati berdebar debar.

“Perasaan kamu je kot Jay” Kata Ajai bila kami dah duduk semula dipangkin depan rumah aku.

“Betul tu,abg duduk sini lama dah,belom lagi …”
Abg Shah tidak menghabiskan ayat,matanya memandang atas bumbung rumah sewa aku. Aku dan Ajai pon pandang.

Nah!Susuk tubuh yang aku nampak tadi elok bertenggek atas bumbung dan merenung kami bertiga. Sepantas kilat aku dan Ajai lari masuk ke rumah aku sementara Abg Shah lari masuk ke rumahnya.

Aku segera teringat aku ada CD ruqyah yang aku pernah boss aku bagi mula mula aku masuk yang aku tak pernah pun pasang! Kelam kabut pasang. Ajai dah berselimut atas katil bujang aku.

Pada waktu aku nak pasang itu lah, kami dengar suara tangisan yang mendayu dayu,diikuti hilai tawa yang meremangkan. Alhamdulillah,dapat aku pasang dan aku kuatkan volume,terus aku naik ke katil. Tidurlah kami berhimpit himpit. Suara yang menyeramkan itu hilang perlahan lahan bila ruqyah di alun kan. Kami tidur tidur ayam sampailah azan subuh.

Esoknya,

Kak Iza,isterinya Abg Shah pon bercerita. Pada masa aku belum duduk dirumah itu, anaknya yang baru berumur 4 tahun ade beberapa kali cakap ada ‘kakak’ ajak datang ke pokok rambutan dibelakang rumah aku.Kak Iza tidak ambil kisah dan cuma pesan pada anaknya jangan ikut.Abg Shah taw jugak rupanya cerita ni tapi dia tak pernah nampak sampai lah malam tadinya.

Sejak pada itu,kami kalau melepak hanya melepak didalam rumah sama ada rumah aku atau rumah Abg Shah dan ada bagusnya kejadian ni sebab aku dan Ajai baru mula hampar sejadah dan tak tinggal solat lima waktu.

Itu sahaja cerita aku kali ini.Maaf,kalau kurang menyeramkan. Tapi seandainya disiarkan,aku akan mantapkan lagi cara penceritaan aku untuk
kisah yang akan datang agar lagi seram sebab aku menaip ni pun tengah seram sebab jam pon dah 12.30 tengah malam.

Kalau korang balik rumah tengah malam,1,2 pagi,cubalah tengok bumbung,mana tahu ada jodoh.

Assalamualaikum.

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

Jentik Jentik
Jangan Tengok Bumbung
9.3 (93.17%) 41 votes

9 comments

  1. aku respect dengan hang zul..hang dpt bertahan sampai hari ni dgn komen “hebiaq” hang tu,admin sikit pn tak ambik peduli..bagi aku,ia adalah gambaran terbaik untuk situasi yg berlaku pada “malaysia baru” hari ini yg di tadbir oleh org tua

    1. Sori noh admin..bkn niat nak kutuk..saja nak provoke admin supaya cepat ambil tindakkan kt si zul tu yg kerap sgt menghina

    2. bodo la taik politik ni sampai ke sini kau nak berpolitik. taksub x bertempat. kesian aku tgk spesis pathetic camni.

      before you go all “mahacai dapig” on me, I’ll say it first. aku neutral. I don’t take sides. I just think there should be proper time and place for politics. bukan batak sgt mana2 pun nak komen politik. itu nama dia sangap dan bengap. like you.

  2. hahahaha! aku masuk FS ni mmg semata2 nk cari comment dri jibauk ni je.. nak baca semua comment dia kt semua cerita dlm fs ni.. mmg best n kelakar gila.. boleh masuk raja lawak or bintang bersama bintang bro! hahahahah… keep it up! mmg syok baca comment ko. 😀

  3. Kadang2 bila jadi macam ni la buat kita beringat bukan kita je duduk kat bumi yang bulat ni bulan flat. And in addition dia dapat hidayah. Seronok!

  4. Blik kerja lewat mlm 3,4 pg settle kes,pernah la juga nampak tp cepat² belok tempt lain dlu bkn apa dirumah ada ank kecil,org tua² ckp kalau blik rumah rs nmok something better pi lepak tmpat lain dlu kan? Haha blik lg lwat sekali laki aku pi turut di kedai kopi matila nakkkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.