Janji – Nenek Bongkok
Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat setia Fiksyen Shasha . Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan dimurahkan rezeki . Amin. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana telah menyiarkan kisah saya sebelum ini , namun saya ingin memohon ribuan maaf kepada pembaca andai ceritaku seperti “tergantung” dan banyak kesalahan tanda baca .
Dengan ini saya berjanji akan memperbaiki daripada kesilapan yang lalu .
Saya ingin ceritakan kisah seram yang saya alami semasa pengajian diploma saya . Kisah ini bermula semasa saya berada di semester 6. Pada semester 6 saya telah diberi peluang untuk tinggal di kolej kediaman dan semestinya masa saya banyak diluangkan di dalam kampus .
Pada suatu malam yang sunyi saya sedang menyiapkan lab report yang wajib dihantar minggu depan kerana sudah bertaubat dari kisah MPP yang handle pelajar histeria , (saya tak sempat siapkan tutorial dan pergi ke kelas dengan mata zombie sebab tak cukup tidur ) tak mengapalah hilang markah janji saya laksanakan tugas tanggungjawab semampu saya.
Sedang khusyuk menulis lab report, tiba di bahagian analysis saya ketandusan idea kerana result daripada lab experiment tidak mencapai hypothesis yang di buat. Jadi dengan ini saya menangguhkan tulis lab report dan saya pergi ke tandas untuk mengosok gigi dan kembali ke bilik untuk tidur . Tak mengapa esok ada masa lagi , nanti boleh cari jawapan melalui reference yang ada.
Ok berbalik kepada cerita ke tandas tadi , semasa saya keluar dari bilik terasa ada mata yang memerhati dari balik bilik utiliti (bilik utiliti ini ada di hadapan tandas ) , Saya mempedulikan perasaan takut yang boleh membuatkan saya tidak mampu bergerak jadi saya meneruskan mengossok gigi .
Apabila saya selesai menggosok gigi , ekor mata ini mula lah ternampak itu dan ini lalu otak terus describe perkara bukan bukan . Ok kuatkan hati semangat dan abaikan segalanya . Tiba tiba ,sebelum saya melangkah keluar dari tandas, saya melihat diri saya di cermin singki dan diri saya seolah solah tersenyum kepada saya (Padahal saya tak senyum atau buat apa apa facial expression) . Ok , 1 2 3 .. cabut lari, dan jangan toleh belakang dan saya terus ke bilik dan selibung dengan selimut . Dalam hati ini berkata “Ya ALLAH ya tuhan ku, hilangkanlah ingatanku apa yang hamba mu lihat tadi” sambil membaca ayat qursi dan Alfatihah serta beberapa surah pendek . Akhirnya saya tertidur kerana perasaan takut menguasai diri .
Di Ampaian baju , saya telah mengambil kesemua baju baju saya yang telah seharian berjemur lalu dimassukan dalam bakul , tiba tiba satu angin panas menyapa pipi ku dan bahuku terasa disentuh oleh seseorang . Alangkah terkejutnya diri ini apa bila yang menyentuh bahuku adalah seorang wanita amat tua malah keadaan fizikal wanita tersebut adalah bongkok tiga . “Ya Allah , adakah episod lalu tidak berakhir lagi? Adakah saya berbuat salah? Salah pada siapa? Kenapa nenek ni cari saya? Saya ada saka peninggalan ke? Kalau ada saya tak ingin benda benda khurafat ini menguasai diri ,” Saya bermonolog sendirian dengan beribu persoalan .
“Noraa.. oo noraaa, telefon hang ni dok teriak dari tadi . Telefon hang sebelah telinga pun hang tak dengaq . Aku nak sambung tidur ni , hang pi solat lekaih” bising mulut salah sorang roomate saya . Ehh tadi saya mimpi ke ? Saya bangun lalu menuju ke bilik air , mandi dan bilik wudhuk dan menyempurnakan tanggungjawab iaitu solat subuh .
Selesai solat subuh saya dikejutkan lagi dengan kes Histeria di blok kolej kediaman sebelah apabila saya turun ke pusat islam (pergi kepusat islam kerana roomate saya terlupa bawa kunci bilik nanti dia tak dapat masuk pulak bila semua pergi kelas.) Pelajar yang mengalami histeria merupakan jaguh pecut larian balapan , jadi apabila dia mengalami gangguan dia akan berlari dengan laju dan kepada orang yang ingin membantu akan mengalami kesukaran untuk mengejarnya . Sepertinya pelajar berkenaan sudah selesai dirawat oleh wakil perubatan islam .
Apabila saya pulang ke bilik dari kelas , roomate saya menceritakan kejadian penuh kisah pelajar tersebut , Menurutnya pelajar tersebut mengalami gangguan ketika jam 3 pagi . Pelajar tersebut berlari seluruh aras sambil mengetuk semua pintu bilik dengan kuat. Apabila bilik diketuk itu dibuka oleh penghuni bilik pelajar tersebut akan masuk dan menggeledah untuk mencari sesuatu namun apabila tidak jumpa apa yang dicari ia akan pergi ke bilik yang lain. Begitulah dengan bilik bilik yang seterusnya . Menurut roomate saya pelajar berkenaan mungkin akan pergi ke blok sebelah untuk mencari apa yang dikhendakinya . Namun pengamal perubatan Islam telah sampai lebih awal untuk menghentikan tindakan luar kawalan pelajar tersebut.
Beberapa pelajar lelaki telah mengejar pelajar atlet berkenaan namun , tidak berjaya untuk mendapatkan pelajar tersebut. Tibanya pengamal perubatan islam di situ yang dikenali sebagai Pak Ali , telah membalingkan bola jaring kepada atlet berkenaan lalu pelajar tersebut tersungkur , maka mudahlah untuk menangkap pelajar histeria berkenaan .Pengamal perubatan tersebut telah menyuruh makhluk tersebut untuk keluar dari badan pelajar atlet berkenaan untuk keluar setelah pembacaan beberapa ayat suci dan ruqyah. Mahluk tersebut mengakui dia adalah kafir dan tujuan dia masuk kedalam tubuh pelajar adalah kerana marah akan pembangunan blok kolej baru didirikan. Makhluk itu berkata tapak kolej berkenaan adalah rumahnya dan terdapat juga makhluk species darinya tinggal di situ .Makluk tersebut berkata dia tidak akan keluar dari tubuh ini sekiranya tempat kediaman mereka didiami oleh pelajar beragama islam yang menunaikan solat.
Namun Pak Ali menggunakan helah nya untuk menghalau makhluk berkenaan dengan membuat satu perjanjian . “Dengan ini aku halau kau dari tempat ini sehingga kacang hijau yang ku taburkan atas tanah ini bertunas” Makluk tersebut terpaksa setuju kerana sudah kesakitan dan panas kerana pembacaan Yasin,ayat ruqyah serta penaburan garam dan lada hitam disekitar kawasan .
Maka Makhluk tersebut dipindahkan oleh Pak Ali di kawasan hutan berdekatan dengan Kolej Kediaman. Menurut Pak Ali, kacang hijau berkenaan tidak akan tumbuh kerana kacang tersebut telah digoreng tanpa minyak , jadi proses percambahan tidak akan berlaku kerana tissu benih kacang hijau tersebut telah rosak. Tamatlah sessi berubat di Pusat Islam tersebut pada pagi subuh.
Menurut Pak Ali, makhluk yang merasuk pelajar berkenaan adalah seorang wanita sangat tua , mungkin usianya telah mencecah 200 tahun kerana keadaan fizikalnya adalah bongkok .
Pak Ali berkata , ini adalah semua dari izin Allah , kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa serta menjadi hamba yang taat kepadanya. Selepas peristiwa berkenaan , solat hajat beramai ramai dan bacaan yassin telah diadakan selama 3 hari beturut turut bagi memohon pertolongan Allah s.w.t supaya melindungi hambanya dari gangguan jin dan syaitan.
Saya masih terfikir akan peristiwa saya malam tadi dan apakah maksud mimpi berkenaan , saya hanya mendiamkan diri akan maksud mimpi dan kejadian yang saya jumpa semalam . Tak berani nak cerita kepada roomate , nanti akan ada yang takut.
Tak mengapalah, saya pun dah habis belajar dan takkan duduk lagi di kolej berkenaan . Jadi sekarang saya ingin melupakan segalanya dan memohon kepada Allah s.w.t supaya dilindungkan dari segala gangguan kerana Allah adalah penguasa alam dan pencipta semua makhluk.
Sekian kisah saya , terima kasih kerana sudi membaca kisah saya . Maaf andai tak seseram yang anda fikir dan maaf andai ada kesalahan tanda baca , sekarang ini saya cuba perbaiki dalam perkongsian ini. Saya ini background science bukannya background kesusasteraan melayu , jadi saya punya penulisan ni asalkan faham jelah ,diharapkan pembaca faham apa yang saya kongsikan.
Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nasib baik tak ade kejadian yg lbh teruk berlaku.