Jelmaan Kak Fairuz

Assalammualaikum FS dan peminat. . Saya perkenalkan diri saya sebagai Yaya(bukan nama sebenar).

Pada tahun 2015, saya bersekolah agama di Johor. First time masa tinggal di asrama memang terasa kekok, tapi disebabkan akak sebelah katil saya iaitu Kak Fairuz form 2 tidak sombong seperti senior lain, buatkan rasa kekok itu hilang. Katil di asrama dipanggil double decker. Saya dan Kak Fairuz berada di katil atas. Di bawah selalunya form 4 atau form 5.

Dorm saya di hujung sekali, bersebelahan dengan hutan. Kalau diperhatikan betul-betul, muka Kak Fairuz selalu pucat, tidak bermaya dan macam orang tak cukup tidur. Tapi bila ditegur mengenai raut wajahnya, Kak Fairuz hanya menyatakan mukanya pucat disebabkan dia pakai bedak. Itu sahaja. Muka Kak Fairuz memang comel macam muka baby face. Ramai senior atas yang minat dia. Tapi dia tidak pernah melayan. Katanya mungkin sebab abangnya ada bersekolah di situ juga, sebab itu budak-budak laki mahu try dia.

Katil Kak Fairuz bergabung degan katil batchnya iaitu Kak Liya. Kak Liya tidak mesra seperti Kak Fairuz. Biasalah, selalunya batch senior mana nak layan budak-budak junior? Tapi Kak Fairuz ni lain. Dia rapat degan sesiapa pun. Tak kira junior mahupun senior. Walaupun dia rapat dengan senior atas, tak pernah sekali dia besar kepala contohnya buli budak form 1 yang baru masuk. Lebih-lebih lagi, kak Fairuz rapat degan senior yang ada jawatan besar.( Yang duduk asrama saja yang paham situasi ni)

Satu hari tu, budak-budak yang tidak boleh solat kena duduk dalam dewan makan. Kebetulan pula, saya, Kak Fairuz dan Kak Liya uzur serentak. Jadinya, lepas zikir semua kami buat hal masing-masing. Kak Fairuz dengan membernya, Kak Liya dengan geng-gengnya. Saya dengan budak-budak form 1. Saya nak borak-borak dengan Kak Fairuz tapi Kak Fairuz sibuk dengan batchnya, jadi saya tak nak la menyibuk.

Sedang syok-syok borak, diorang ajak kitaorang dalam dewan makan main satu permainan ni. Permainan ni dipanggil murder. Setiap seorang akan dapat satu kertas apa jawatan diorang.. Contohnya guru ke, tukang gunting rambut, bomba, apa-apa je la. Apa-apa jawatan yang diorang kena rahsiakan. Tak boleh beritahu orang lain. Ada dua jawatan yang orang memang tak nak dapat iaitu ‘Murder’ dan ‘Polis’. Peranan murder ialah dia kena kenyit mata pada sesiapa pun yang main kecuali polis. Dalam permainan ni macam main psiko la. Murder kena pandai cari tahu siapa polis.Tapi kalau murder terkenyit mata pada polis, automatik polis akan sebut ‘ I caught you.’ Pemain yang ternampak kenyitan mata murder akan menyebut ‘I lost’. Jadi, polis kena cari siapa murder dan sebut ‘ I caught you.’ Permainan ni kalau main ramai-ramai, memang best sebab susah polis nak cari murder. (Penat terangkan permainan murder ni)

Permainan ni pun bermula. Kitaorang buat bulatan kat dewan makan. Satu persatu kertas diambil dan dibuka. Dalam masa yang sama, saya juga mencari polis. Sesiapa yang menjadi polis ni akan selalu memerhatikan setiap pemain. Jadinya saya yang baru pertama kali main, nak tahu jugak mana satu yang dapat polis. Tapi semua muka biasa-biasa je. Tak nampak macam polis yang memerhatikan semua. Kak Fairuz pula baca buku sedangkan dia pun main sekali.

Baru nak mula main, tetiba Kak Fairuz yang ketika itu sedang membaca buku menyebut nama batchnya. ‘Rina, aku tahu kau murder. I caught you.’ semua kat situ dah terkedu. Rina belum lagi kenyit mata pada sesiapa, tapi kak Fairuz dah tahu siapa murder. Semua kata kak Fairuz spoilkan mood diorang nak main. Kak Fairuz senyum saja. Saya suka tengok kalau kak Fairuz senyum sebab nampak kedua belah lesung pipitnya yang dalam.

Kali kedua kami main. Sama jugak. Kak Fairuz dapat meneka sedangkan kertas baru saja dibuka. Semua dah pelik. Batchnya dah rasa lain macam. Senyuman kak Fairuz pun nampak seram. Batchnya berkumpul dekat kak Fairuz.

‘Ruz, macam mana kau tahu ni?’ tanya salah seorang batchnya.

‘Entahla.. Aku dengar ada orang bisik kat telinga aku sebut nama yang jadi murder. So aku try la sebut.. Betul ke tak nama yang jadi murder.. Sekali betul.’ kata Kak Fairuz.

‘Kau biar betul?’

Kak Fairuz hanya mengangguk saja. Sebaik saja kak Fairuz mengangguk, pintu dewan makan tiba-tiba terbuka dan angin malam begitu kuat. Muka kak Fairuz berubah lain.

‘Tolong tutup pintu tu.’ arah Kak Fairuz.

‘Asal dok? Biarlah.. Sejuk sikit.’

‘Mata aku sakit la tengok luar.’ mereka yang lain seakan-akan mengerti terus menutup.

Saya yang tidak tahu apa-apa bertanya.

‘Kenapa?’

Seperti biasa, batchnya menjawab

‘Tak payah sebuk nak tahu.’ kak Fairuz hanya tersenyum nipis.

Saya pelik. Kenapa kak Fairuz gelabah bila nampak pintu dibuka? Masa tu baru lepas azan isyak.

Tidak lama lepas itu, budak-budak dari surau masuk dewan makan untuk supper malam. Kak Fairuz dan batchnya hanya duduk saja sambil memerhatikan mereka yang lain. Kami yang duduk dewan makan sudah makan lebih awal dari mereka. Jadinya kami duduk sementara pintu pagar asrama dibuka. Salah seorang batch form 3 masuk, namanya Ikin. Sebaik saja dia masuk dewan makan, dia seakan terkejut nampak Fairuz. Ikin merupakan sepupu Fairuz. Hubungan mereka rapat.

‘Fa, cepatnya kau sampai?’ soal Ikin.

‘Sampai? Sampai mana? Aku memang dari tadi kat sini la.’ muka Fairuz berkerut pelik memandang sepupunya.

‘Bukan tadi kau kata nak pergi toilet ke sebelum ke dewan makan?’ Ikin menyoal.

‘Apa kau merepek ni, Kin? Aku tak pergi mana-mana pun dari maghrib sampai la korang masuk sini.’ Fairuz tersenyum memandang Ikin.

‘Habis, siapa yang aku tegur tadi?’ Ikin mengaru kepala.

‘Kembar aku kot.’ Fairuz tergelak kecil.

Untuk pengetahuan semua, Ikin dan Fairuz tiada bezanya. Jikalau sesiapa tak kenal Fairuz dan Ikin, mereka akan m******r diorang sombong kerana muka dioang yang serius tanpa senyuman. Tapi kalau rapat, memang best. Ikin tak begitu melayan dengan budak bawah. Katanya takut budak naik kepala. Jadi budak-budak lagi suka kak Fairuz berbanding Ikin.

Dalam perjalanan balik ke asrama, saya berada di belakang kak Fairuz dan batchnya.

Ada salah seorang batch saya menegur kak Fairuz.

‘Kak Fa, bukan akak tadi kat asrama ke?’ tanya form 1.

‘Eh bila masa pula aku kat situ?’ Fairuz memandang batchnya.

‘Kita baru dari dewan makan, dik!’ jawab salah seorang batchnya.

‘Habis, siapa yang kita nampak kat belakang ampaian tadi?’

Ah, sudah. Siapa pula yang menyerupai Kak Fairuz?

Saya masa itu hanya pikir diorang ni berkhayal saja. Ramai sangat yang nampak Kak Fairuz di tempat yang berbeza. Masa tu kecoh jugak la asrama mengenai kelibat kak Fairuz sedangkan kak Fairuz ‘sebenar’ berada di tempat lain. Katanya kak Fairuz ada membela saka atau hantu raya. Tapi kak Fairiz hanya mendiamkan diri apabila ada yang berkata begitu. Kak Fairuz memang jenis tak suka marah, cari gaduh. Malas nak besarkan hal yang kecik katanya.

Setahun selepas itu, perkara itu berlalu. Saya dengan Kak Fairuz berlainan dorm. Masa tu, lebih kurang pukul 4 pagi. Saya terbangun nak terkencing. Pergi tandas sorang-sorang memang saya dah biasa. Tandas pada masa tu memang kosong sebab baru pukul 4 pagi kan. Selalunya orang bangun mandi pukul 4:30. Masa dalam bilik air, saya dengar bunyi selipar masuk tandas dan tidak lama tu dengar bunyi orang mandi. Saya terpikir awalnya mandi pagi-pagi? Selesai buang semua, saya pergi ke sinki untuk betul-betulkan rambut. Rupanya yang mandi kak Fairuz. Dia berkemban menghadap cermin sambil menjirus air ke badannya daripada air sinki.

Saya tersenyum memandang kak Fairuz melalui cermin. Tapi muka kak Fairuz serius saja masa mandi. Tidak menoleh atau memandang saya. Masa tu saya pikir biasalah orang baru bangun tidur, emosinya tidak stabil lagi. Saya pun berlalu balik ke dorm untuk sambung tidur balik sebelum bangun semula pukul 5 untuk mandi. Ketika itu saya orang pertama masuk bilik air. Saya tengok tempat kak Fairuz mandi tadi. Pelik. Kenapa tak basah? Seolah-olah tiada orang mandi di situ tadi. Saya hiraukan mengenai itu. Saya pun mandi di tempat kak Fairuz mandi tadi. Tidak lama kemudian, makin ramai masuk bilik air. Sedang saya berbual-bual sambil mandi dengan rakan sebelah, tetiba saya nampak Kak Fairuz dengan muka baru bangun tidur, masih lengkap pakai baju kurung lagi. Siap bawak barang mandi lagi. Bukan tadi Kak Fairuz dah mandi ke? Berapa kali dia nak mandi? Tapi saya perasan yang kain baju kurung yang saya nampak ketika dia mandi seorang diri dengan baju yang dia baru masuk berbeza. Saya pun abaikan saja.

Di sekolah, saya cerita dengan batchnya, iaitu kak Nana. Kak Nana yang kebetulan satu dorm dengan Kak Fairuz menyatakan kak Fairuz mandi saing dengan dia pagi tadi. Tak adanya kak Fairuz nak tinggalkan kak Nana sesorang dan biarkan dia tak mandi. Kak Nana mungkin dapat rasa yang saya takut. Yela, siapa lagi yang menyamar sebagai kak Fairuz kalau bukan…

Kak Nana mula membuka cerita. Mengapa ramai yang nampak kelibat kak Fairuz sejak tahun lepas? Benda ni berlaku sejak kak Fairuz form 1 lagi. Tahun 2014. Kak Fairuz jenis yang berani, pergi tandas, ampaian, iron baju semua dia tak suka ada orang teman. Dia tak nak menyusahkan orang.

Selalunya maulidur rasul budak asrama lelaki dan perempuan akan pergi masjid yang tak jauh dari sekolah. Mereka akan lalu jambatan yang di bawahnya sungai. Jadi selalunya budak-budak asrama akan balik lambat dalam pukul 10 malam macam tu sebab makan, dengar ceramah.

Balik dari masjid tu, kak Fairuz terus naik dorm tanpa letak telekung kat surau. Kak Nana lambat sikit sebab letak telekung kat surau. Malas katanya nanti esok subuh nak bawak ke surau. Naik aje kak nana ke dorm, tengok-tengok kak Fairuz dah baring atas katil dia. Pelik kak nana. Sebab dia jarang tidur katil sebab katil hujung dekat dinding. Selalunya dia tidur dengan kak nana. Kak nana ingat dia merajuk. Jadi kak nana ajak dia tidur sekali, dia tak nak pula. Dia mengiring menghadap dinding. Pelik kak Nana. Kak nana biarkan saja. Tak lama lepas tu, ada akak form2 ajak kak Fairuz tidur dengan dia. Kak Fairuz ikut je. Tadi masa kak nana ajak, dia diam je. Ni masa akak tu ajak, nak pula si Fairuz.

Pagi tu, Kak nana bangun nak pergi mandi, lalu depan katil akak form2 nampak ada kesan orang muntah. Siapa pula yang muntah? Rupanya kak Fairuz muntah malam tu..katanya tak sempat pergi bilik air.

Kat kelas pula, kak Fairuz diam je. Tak cakap apa-apa pun. Sentiasa tidur. Budak kelas pelik. Selalunya bila kelas bising atau bersepah muka lah suara petir kak fairuz memetir. Ni dia diam je. Bila cek, badan dia panas sangat. Suruh pergi klinik, dia tak nak. Katanya hari ni balik rumah. Masa rehat, dia muntah dalam kelas. Habis lantai kelas. Kecoh juga lah kelas sebab penolong kelas yang garang boleh lembik macam tu sekali.

Muntah dia pun pelik sikit sebab dia muntah macam susu putih. Sedangkan susu pun dia tak minum. Breakfast pagi tu dia makan roti je. Muka dia pun pucat sesangat. Macam orang tak cukup d***h. Alasan dia, kalau dia sakit, memang sakit teruk betul-betul sebab dia susah nak sakit. Hari sabtu budak asrama balik. Tapi kelibat kak fairuz tak muncul masatu. Kak nana fikir mungkin dia demam lagi. Sebab tu tak balik lagi. Akhirnya ahad malam tu, dia baru balik.

Baru la dia cerita yang dia sakit bukan biasa-biasa. Ada benda yang kacau lepas balik dari maulidur rasul. Masa balik rumah, dia terus tidur. Tak bukak tudung semua, dia baring atas katil sampai asar. Ibu dia kejut asar. Dia maki-maki. Ibu dia pelik, tak pernah-pernah anak dia marah. Lepas solat, dia sambung tidur balik sampai la maghrib. Maghrib pula, ayah dia kejut suruh segarkan badan. Lepas maghrib, dia tak ngaji terus turun bawah. Baring depan tv. Kebetulan masa tu ibu dia mengaji. Kak fairuz kata bising, memekak, panas la. Ibu kak fairuz dah rasa lain macam. Muka anak dia pun macam sakit bertahun-tahun. Ibunya nak bawak berubat, kak Fairuz marah-marah pula.

Baran kak Fairuz lain macam. Esok malam bawak la dia pegi berubat seorang pak cik ni. Masa nak pergi tu, dia buat hal. Tak nak pakai tudung pula. Macam-macam hal dia buat, macam tak nak pergi sana.

Sampai sana dia terus duduk luar. Tak nak masuk dalam rumah pakcik tu. Panas katanya.

‘Orang tua dah nak mampus, mEmang macam ni. Kubur dah panggil, tak lama lagi tu.’ begitu la jawaoan Fairuz bila ditanya mengapa panas.

Puas jugak pujuk dia masuk. Dia tak salam dengan sesiapa pun. Pak cik tu kata ada benda yang berdamping ni. Sebab muka kak fairuz dah tak ada seri. Macam muka orang yang dah m**i. Pakcik tu suruh duduk atas kerusi. Bermulalah rawatan.

‘Benda ni macam tinggal dekat tempat perairan. Kat sekolah awak ada kolam?’ soal pakcik

Fairuz mengaru kepala tanda rimas.

‘Sejak bila pula kerajaan kaya sangat nak bagi sekolah kolam renang? Meroyan ke ?’ jawab Fairuz dengan kasar.

Ibu yang cerita mengenai dia melalui sungai sebelum ke masjid ketika maulidur rasul.

‘Ohhh..patutlah. Benda ni minat kat dia. Nak berkawan katanya. Kat situ banyak perkampungan bunian.’ kata pakcik.

Ibu risau

‘Habis, macam mana?’ soal ibu

‘Tak ada apa. Kalau ada ada-apa lagi, bagitau je.’

Pakcik tu pesan kalau mimpi seorang lelaki yang mahu bawak dia keluar dari dunia ni, jangan ikut.

Setelah itu, demam fairuz kebah. Benda ni berlaku masa Fairuz form 1. Jadi kak nana syak yang benda menyerupai Fairuz ialah benda yang sama masa kak Fairuz form 1. Mungkin dia saja nak menakut-nakutkan orang sekeliling Fairuz supaya Fairuz tiada kawan dan mahu ikutnya ke dunia mereka.

Kak nana dapat rasa yang benda tu datang balik sebab tu ramai yang nampak kelibat kak Fairuz kat mana-mana saja. Susah nak bezakan kak Fairuz yang ‘sebenar’ dengan yang ‘palsu’.

Sekian ini saja dari saya. Nanti ada masa saya sambung lagi kisah kak Fairuz yang dirasuk sehingga mahu tanggalkan tudung depan budak lelaki dan mampu lempar orang sehingga terpelanting. Maafkan saya jika kisah saya ni belit-belit. Lain cerita, saya akan ceritakan lebih jelas. Insya-Allah.

Hantar Kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Yaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

7 thoughts on “Jelmaan Kak Fairuz”

  1. Meraban cerita ni.. tak faham esp part yg balik surau tak tanggal telekung tu..mana settingnya? Asrama kejap? Rumah kejap.. pls lah get your setting right!

    Reply
  2. ‘Sejak bila pula kerajaan kaya sangat nak bagi sekolah kolam renang? Meroyan ke ?’ jawab Fairuz dengan kasar.

    ***”dialog terbaik yg sy penah baca kat fs dan saya sukakannya. 5 bintang”
    _ehekk, peminat fs.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.