Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Thank admin publish kisah aku yang lepas. 3 Kisah seram aku ketika di universiti. Maaf ya, human error. Patutnya rumah sewa, bukan universiti. Kalau kat universiti lagi bersepah ceritanya sebab aku suka stay sampai subuh di satu kawasan angker. Sebagai pengenalan, K dari Johor, berusia lewat 20an.
Straight forward, aku nak share beberapa kisah seram pada kiraan aku sebab “dia” menyamar jadi adik beradik aku yang lain. Kisah ni pun dah lama sejak aku kanak-kanak riang lagi, dalam tahun 1997-98 sebab aku tak bersekolah lagi. Okay aku nak start kisah pertama. Normal kot kalau adik beradik ramai tidurnya masing-masing bersepah. Aku jenis manusia suka tidur kat ruang tamu sebab lapang dan dapat angin kipas yang jitu. Masa kanak-kanak ribena tidur berkepit je dengan orang tua. Almaklumlah yang kedua akhir ranking anak-anak mak abah. Hahaha.
Aku jenis senang terjaga bila tidur. Lepastu payah nak lelap balik, adoi la mata. Pusing kiri kanan pun masih tak laku. Golek-golek lagi la tak berkesan. Mata pulak gatal memandang segenap ruang yang mampu diteroka. Haa time ni la aku terperasan penampakan dua abang aku tengah berjoget. Jadah dia tengah berjoget dalam gelap, tak padan amik aliran agama. “Oi buat ape tu?”, terlepas cakap tapi slow je. Eehhhh terus je “mereka” pause joget. Perlahan-lahan penampakan tu menghilang sedikit demi sedikit. Aku kaku jap tengok show sambil baru perasan yang dua orang abang aku tu tidur tilam row sebelah. Nasib baik “mereka” tak ajak aku berjoget dan berundur dengan sopan.
Kisah kedua agak hardcore. Kali ni “mereka” jadi dua orang kakak aku pulak. Masa tu aku rancang nak tidur atas sofa. Sofa old fashion yang 3 seat ada 6 kusyen. Posisi tingkap nako belah kanan aku berserenjang (perpendicular) ada pintu masuk. Maksudnya dari tingkap tu nampak pintu masuk, sudut 90 darjah. Malam tu mata aku tak penat pulak nak lelap, again melilau tengok mana yang termampu. Sebabkan lampu beranda on, so penglihatan pada malam tu sangat bagus.
Tiba-tiba muncul satu bayangan, pocong melompat-lompat dari arah pintu. Kagum jap sebab first time nampak. Yang hebatnya aku tak jerit. Aku perati je makhluk tu. Mata bertentangan mata dengan jarak “dia” berada di kaki aku, “dia” bukak kain putih sehelai demi sehelai. Guess what, bayang tu menyerupai kakak aku! Baru la terdetik tu bukan kakak aku, then aku baca apa yang patut dengan mata terpejam.
Perlahan-lahan aku ngengsot ke bawah dengan mata pejam, join mak abah tidur. Mungkin tak selesa, mak aku naik atas sofa pulak sebab aku menyempitkan ruang. Fuhh lega sikit ada abah kat sebelah, mak kat atas sofa. Sebab mata gatal nak tengok semula, aku buka mata and bayang pocong tu hilang. Tapi, apemenda pulak kat kepala mak aku ni??
Ya tuhan dia menyamar jadi kakak aku yang lain pulak. Mak tidur mengiring ke arah aku dengan kaki berlipat. Jadinya ada ruang makhluk tu duduk. Aku duduk sambil halau pakai bantal. Tak berkesan, malah “dia” siap tarik selimut untuk mak aku. Aku memang pasti selimut tu bergerak dari paras pinggang ke bahu. Disebabkan aku dah meremang campur geram, lantaklah. Baik sambung tidur. Alhamdulillah tiada jeritan histeria malam tu.
Cerita tambahan, masa tu rumah tengah renovate. Malam tu aku terjaga sebab terdengar suara humming, boleh tahan merdu. Aku kejut mak abah aku untuk kepastian deria pendengaran aku. “Mak dengar tak bunyi tu? Macam sedap bunyinya”, tanyaku. “Dah lah pergi tidur”, ringkas dan padu. Sebab tak puashati, aku tanya abah. “Kau tak dengar ke apa yang mak kau bagitau? TIDUR!!” bentak bekas askar yang tegas. Masih tak puashati, aku bagitau nak pergi tandas. Terus je erat abah peluk aku.
Mana taknya, on the way ke tandas ada satu bingkai tingkap tanpa cermin. Cuma lapik papan lapis je. Remind rumah tengah renovate. Kat situ la aku plan nak skodeng “penyanyi” tu. Agaknya faham sangat perangai hantu anak dia nak cari hantu. Walhal mak pernah cerita yang along berseorangan pergi tandas kat luar rumah waktu malam beberapa minggu sebelumnya. Lepastu along ternampak satu cahaya terang kat kawasan longkang yang dikelilingi semak samun. Dia buat tak tau je masuk tandas melepas hajat dan cahaya tu masih ada bila dia nak masuk ke rumah. Okay, tu je kisah kalini. Sekian, terima kasih.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
haduhhhlahh boleh pula dia ni halau makhluk tu pkai bantal tergelakk aku
Hehehe… mak abah awak mesti pening melayan kerenah ketegaq awak…
Cerita lain cepat share. Best juga ni…
pendek tpi best. btw, K ni laki ke perempuan? nampak gayanya mcm laki.
asenyer perempuan kot ni tp hti kental