Jelmaan Penghuni laut

Salam sejahtera pada sahabat-sahabat semua. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin jika cerita sya ini disiarkn. Ok, tanpa membuang masa, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri sy. Nama panggilan saya Len, dan kisah yang sya ingin ceritakan ini berlaku di perairan Sabah. Pada tahun 2012, sy telah ditugaskan untuk menjaga keamanan di sebuah pulau di Lautan China. Ya, sahabat….lautan china. Pulau tu adalah aset kerajaan kita seperti kes Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan satu ketika dahulu.

Pulau tersebut saya bagi nickname pulau erica. Ada terdapat 5 pulau yang kami kena jaga. So, di pulau erica, kekuatan anggota adalah seramai 15 org. Dan 15 org ni la yg akan bekerjasama dalam semua aspek untuk menjaga pulau tersebut. Untuk pengatahuan para pembaca, pulau2 tersebut tidak mempunyai talian telefon. Tapi sekarang dah ada. Hihi…saya bertugas sebagai anggota teknikal di pulau tersebut. Pada mula-mula duduk kat sana, memang best. Rasa aman, bangun pagi tengok matahari terbit, tengok lautan biru. Bila dah lama, rasa bosan pula…yela…line telefon takda…nak kol awek pun tak boleh, nak kol org tua pun x boleh…kena stay kat sana berbulan2.

Kami sering bercerita sambil berjaga. Banyak topik2 yang kmi bincangkn. Ada juga yang buat cerita lawak…tapi sya, jenis suka cerita seram…saya pernah bertanya pada CO saya…sebab senior2 saya pernah bagitau yang CO kami ni ada 6th sense…”Tuan, sejak tahun bertugas kat sini, tuan pernah nampak benda-benda pelik tak?” Saya tanya kat CO sya, then dia jawab. “Pernah….ko nampak tak radar tower kita kat ats tu…jam 3 pagi aku ada nampak perempuan dok bertenggek atas tu”. Lepas ja dia cakap macam tu, saya pun toleh kat tower tu…tower tu memang seram….malam2, takda siapa berani naik. And then, kami pun sambung la bercerita. Saya pula asyik dok perati je tower tu…hahaha…tak lama lepas tu, tukang masak kami pulak buka cerita…kami masa tu ada 5 org, termasuk CO kami…lepak sambil bercerita kat pondok kayu yang kami buat sebulan yang lepas.

Menurut tukang masak kami tu, dia pernah nampak juga kelibat perempuan berjalan atas break water ( batu2 besar penghadang ombak). ” Saya time tu tgh ronda2..dalam pukul 4 pagi…masa sya lalu depan break water tu, saya ada nampak susuk perempuan yang tengah berjalan kat ats batu tu….tapi yang pelik, kaki dia tak ada. Saya buat tak tau ja….lepas ronda, saya terus masuk dalam bilik dan tidur”. Begitu lah cerita tukang masak kami tu.

Tu tak seram lagi, dia ni memang jenis berani orang nya…pernah sekali dia tidur kat luar kediaman kami….dia tidur dalam hemock (sejenis buaian) yang digantung antara pokok kelapa dan tiang pondok. Menurut tukang masak kmi tu, dia pernah dikejut oleh satu jelmaan perempuan cantik. Masa tu awal pagi juga..dalam jam 3 pgi. “Abang, bangun bang” Ada suara perempuan…dia pun membuka mata perlahan lahan, mata dia terpaku melihat kecantikan perempuan yang sedang berdiri di depan dia..”Abang bangun ya, tidur la di dalam. Hari nak hujan ni” begitu la ucapan yang keluar dari bibir perempuan tu…si tukang masak tu, jawab iya ja. Dia bangun ja dari hemock tu, perempuan tu dh hilang. Itu bukan mimpi, sebab dia memang sedar dh dan dia ni jenis yang tidur2 ayam…bukan tidur mati. Nasib dia la jumpa yang cantik, kalau yang hodoh tak habis tanah dia lari ….hahaha…tp saya memang respect kat tukang masak kami ni…dalam banyak crew, dia la paling berani..solat pun tak pernah tinggal.

Dan ini kisah saya pula. Hihi…selama saya hidup ni, ini kali pertama saya nampak jelmaan yang tak patut saya nampak. Cerita ni berlaku kat pulau tu juga, lokasi nya kat Break Water…masa tu dalam jam 2 pagi. Saya dan kawan sya sorang lagi ni nak memancing…yela…mata x boleh tido…kena berjaga pula sambil2 tengok keadaan sekeliling….mna tau ada lanun naik. Haaa…kawan sya ni sya panggil Yed…kmi berdua pun membawa joran dan umpan menuju ke break water tu…jarak antara break water dengan kediaman kami tu tak la jauh sangat…sebab break water tu bersambung, dang agak panjang….so, kita boleh la jalan2 smp ke hujung…panjang break water tu lebih kurang 100 meter. Saya dan yed pun berjalan sampai ke bahagian tengah break water tu…”Yed…kita mancing sini la…lagipun kat sini terang sebab kena cahaya lampu sport light dari kediaman kita” aku mencadang kan pada Yed. “Haa…ok gak tu” balas yed…

Kami berdua pun mula la memancing. Jarak yed dengan saya, tak la jauh….dalam 2 depa macam tu. Dah dekat 1 jam dh kmi berdua memancing, tapi tak da hasil. Yang pelik nya ada rasa ikan tarik, bila kita tarik, umpan habis. Biasa nya port tu tak pernah mengecewakan. Lain pulak malam tu. Sedang saya mengelamun, melihat ke tepi2 batu, saya terkejut melihat 1 susuk badan yang duduk membelakang kan saya….Benda tu betul2 duduk arah kanan saya, tapi sedikit di depan….sebab tu sya boleh nampak jelas..rambut kasar,panjang, badan berbulu hitam….urghh…saya tengah taip ni pun meremang.

Saya ingatkn saya sedang berkhayal, saya cuba pandang ke arah lampu sport light, then sya toleh balik ke arah lembaga tu…ya..dia still ada kat sana, duduk atas batu. Saya buat macam tu sampai 3 kali…sebab saya ingat sya sedang bermimpi ,berkhayal atau berhalusinasi…sah…benda tu memang ada….tiba2 saya rasa badan saya tak boleh bergerak….saya nak toleh ke kiri kanan pn dh tak boleh….masa ni saya tak tau nak buat apa dah…dekat 4 minit juga saya tak boleh bergerak, sya jeling ke kiri benda tu masih ada kat sana…malah macam makin dekat…tak dijangka, sya rasa ada satu tusukkan agak keras di belah tulang rusuk kiri saya… “Woi len….meh umpan sikit…aku dari tadi panggil ko tak jawab” fuhhh….lega …aku dh boleh bergerak….Yed pnya geram, dia cucuk rusuk saya guna rod pancing dia…hahaha….saya pun beranikan diri melihat ke arah lembaga tadi….dah hilang…tapi ada nampak kepulan asap sikit di tempat benda tu duduk tadi. “Yed, jum balik……tak da ikan la malam ni”….sya bersuara. “Haa…tu la…umpan hbis, ikan x sangkut” balas Yed…

Kami berdua pun berjalan meniti batu sepanjang break water tu. Sampai kat bilik rehat, baru lah sy menceritakan pada Yed, apa yang saya nampak tadi…”Patut ka aku panggil hang x jwab, tak toleh…aku pggil kuat kot…jarak kita pn bkn jauh” kata yed…”Tu lah yed…1st time aku nampak benda mcm ni….nasib ko cucuk rusuk aku guna rod tadi, btu aku dapat bergerak” jawab saya.” Dah tau tempat tu org prnah nampak hantu, korang dua gatal nak mancing situ”…senior saya menyampuk…sebenar nya banyak lagi kisah seram yang senior2 saya petnah alami di pulau tu…cuma saya tak dapat nak teruskan menulis….kalau ada permintaan lagi, saya akan cerita pasal misteri lampu dalam laut dan kehilangan ikan dalam jut( jaring tempat letak ikan).

Sekian saja cerita saya pada kali ini…terima kasih FS. Ps : biasa kita dengar jangan cakap besar bila dalam hutan, jangan buat benda tak baik di dalam hutan. Sebenar nya di laut pun sama…hihihi…..usah biarkan hidup anda diselubungi…misteriiiiii

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

CozyLazy

2 comments

  1. banyak hahaha, hihihi…

    macam bebudak wechat mengarang..

    kalau betul anggota beruniform, tukar sikit gaya penceritaan serius sikit daripada gaya bebudak riang ria

    jalan cerita ada seram tapi bila gaya bahasa tak kena, hilang keseraman tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.