Jin Hitam

Selamat sejahtera. Ini kali pertama saya menulis kisah seram. Saya harap admin approve cerita saya ni. Terdetik pulak hati saya nak berkongsi kisah seram saya masa saya sekolah rendah. Kisahnya seperti ini, masa saya berumur dalam sembilan tahun masa tu baru tahun tiga kan. Saya ni bukan budak bandar, saya budak kampung. So, masa tu dekat kampung belum ada elektrik lagi. Kami masih pakai generator( enjin api orang kampung kata), time tu nak dekat pukul sembilan malam dan saya naik bilik atas sebab nak tidur (untuk makluman semua, rumah saya dua tingkat). Yelah kan masih budak-budak mana tahan tidur lambat kan. Lagipun esok hari dah nak turun sekolah. Masa tu bilik saya dah gelap bila masuk sebab kakak saya yang tua setahun dari saya dah tidur awal. Saya ni tidur tepi dinding dan kakak saya tidur bersebelahan dengan pintu bilik. Mmm, pandai-pandailah kamu orang imagine sendiri keadaan bilik saya tu hahahaha.

Untuk pengetahuan kamu orang semua, masa tu saya masih lagi pakai kelambu hehehe. Yelah kan, mana tak dekat kampung ada banyak nyamuk tu yang pakai. Tengah saya baring menghadap ke depan, tiba-tiba saya ternampak satu kepulan asap yang kecil berwarna hitam muncul atas almari pakaian saya. Bilik kan gelap, saya nampak samar-samar asap tu dari cahaya lampu minyak tanah. Almari tu dihujung katil saya, tapi depan mukanya bukan menghadap ke katil saya tetapi mengiring ke kanan. Kamu semua dapat imagine kan hahaha.

Kepulan asap tu muncul macam cerita Aladin masa dia gosok-gosok teko tu, keluar jin haaa macam itulah. Dari asap tu kecil sampailah besar dia terbentuk. Lepas tu kan, tiba-tiba jer dua biji mata merah keluar and terbentuk daripada asap tu. Punyalah takut saya masa tu, sampaikan masa berlari keluar turun ke bawah, tak berbapa tak beribu saya macam the flash sambil berulang-ulang kali panggil bapa saya. Nasib juga bapa saya masa tu belum tidur, tengok berita tv 3 katakan. Terus bapa saya tanya, kenapa saya berlari hahaha. Tapi saya tak cakap pun pasal tu dekat bapa saya sebab saya tahu dia tak percaya apa yang saya cakap, terus jer saya cakap dekat bapa saya takda apa apa. Disebabkan saya masih lagi takut, sanggup saya tunggu bapa saya padam generator baru saya berani naik atas tidur bilik. Masa masuk bilik, saya tengok takda lagi asap tu. Terus saya tidur.

Keesokan hari, saya tanya kakak saya. Ada tak dia tengok benda yang saya nampak and you know what, kakak saya pun ada tengok benda tu. Terkejut saya, ingatkan saya sorang jer yang nampak. Saya ada tanya dia “kenapa tak lari?” and dia jawab “macam mana nak lari, dah terlalu takut. Lagipun kamu pun dah tinggalkan saya. Saya pejamkan mata jer and sambung tidur”.

Syukur jugalah, benda tu tak apa-apakan kami. Sampai ke harini saya masih lagi ingat dengan jelas peristiwa seram saya tu. Nasib juga masa tu jer benda tu kacau dan lepas tu takda benda yang berlaku lagi. Lepas peristiwa tu kan saya dengan kakak saya pindah bilik dekat bilik abang saya. Memandangkan abang saya jarang dekat rumah hahaha. Tapikan setiap kali saya masuk bilik saya tu, rasa uneasy feeling tu ada. Macam orang tengah perhati pun ada. Sekarang dah tak tinggal rumah tu dah sebab rumah tu kena pan borneo. So, kena pindah tempat lain and buat rumah baru.

So far so good lah rumah baru. Rumah lama tu pun okay masih ada sampai sekarang just depan dia jer yang kena roboh. Takda orang dah diam rumah lama tu. Nenek dengan datuk jer yang jaga. Okaylah, itu jer cerita yang saya nak kongsikan. Maaflah, kalau tak seseram yang korang espect. Saya ni budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan huhuhu. Nanti, kalau ada cerita seram baru saya kongsikan lagi. Okbai.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Litizia Didek
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.