Salam sejahtera kepada peminat tegar FS. Moga sihat selalu. Terima kasih admins di atas kesudian memaparkan story-story aku sebelum ni. Berasa terhutang budi kat admin. Nak belanja eskacang boleh tak?? Kalau sudi nanti free aku turun KL. Ikhlas dan jujur ni. Bukan main-main. Err lagi satu. Depa kata nama Edi Ajuna macam nama ponen. Hampeh betoi. Jadi aku tukar nama lain la. EDI SARATONGGA…ganas la sikit kan? Boleh?
Baik. Ini kisah seterusnya yang dah lama aku simpan. Kisah ni agak berat berbanding yang santai-santai sebelum ni. Mohon baca dengan sabar dan teliti. Tiap-tiap plotnya mungkin berkaitan dengan endingnya nanti. Selamat berjuang….
Dah lama aku tak jumpa Jan. Kali terakhir jumpa masa kami habis SPM. Walaupun pernah tinggal sekampung, Jan dah pindah ke Seberang Perai Tengah sebab ayah dia beli rumah kat sana. Sejak dari tu kami jarang berhubung. Kalau ada pun main bertembung tengah jalan ja.
Jan ni antara best friend yang aku pernah ada. Pi mengai ikan sekali, pi terjun sungai sekali, main gitar sekali. Pendek kata dah macam adik beradik. Selain Jan, ada 4 orang lagi kawan aku yang macam ni. Masa di kampung, kalau ada muka aku maknanya ada la muka lagi 5 orang ni. Jan, Apek, Cek, Kaka dan Romzi. Kami semua satu perguruan dengan pengajian ayah aku. Bila dah besar, masing-masing bawa haluan sendiri. Kami cuma berjumpa masa hari lebaran setahun sekali. Depa akan datang beraya di rumah aku demi nak berjumpa dengan bekas guru depa. Tapi Jan ni sangat susah nak jumpa dia. Dia macam bersembunyi dari kami.
Satu hari tu, Kaka call aku…
“Edi…ayah Jan cari hang” Katanya dari corong telefon. Aku yang tengah baik punya dok melantak megi sambil tengok Mr.Bean berasa nak mengkelan (tersedak) sat. Ayah Jan cari aku? Nak bagi menikah dengan adik Jan ka apa? Aku ok ja. Adik Jan si Rina tu lawa juga. Muka macam Fasha Sanda. Keluarga depa ni memang elok-elok orangnya. Jan sendiri macam Adi Putra tapi tak berapa nak siap.
“Ada apa pak dia cari aku? Hang tak tanya ka?” Balas aku penuh curiga.
“Tak tau la…dia cuma kata nak jumpa hang, dia panggil pi rumah Jumaat ni lepas Isya’..” Jawab Kaka. Huuiiiiiiii…… Kena habaq kat mak ayah ni. Cek nak kawin.
“Hang ada call Jan tak?” Tanya aku pada Kaka.
“Ada, banyak kali. Tapi tak jawab.”
“Owhh…ok takpa. La macam ni. Aku segan nak pi sorang. Kumpul semua yang lain kita pi sekali.” Aku selaku ketua kumpulan geng budak baik memberi arahan kepada Kaka. Kami nak ziarah Jan sekali. Kalau ada masalah pun sama-sama membantu.
“Tapi pak dia panggil hang sorang ja. Dia tak sebut pun ajak yang lain?!” Begitu jawab Kaka.
“Takpa. Dia kan kawan kita. Sama-sama rosot juga dulu. Jom kita pi sekali tengok dia. Mana tau sakit ka apa…” Aku meyakinkan Kaka. Dalam diri sendiri aku pun tak pasti dengan keputusan tu. Tapi aku memang segan nak pi sorang. Takut kena mengorat dengan adik Jan. Tak boleh blah kan??
Lepas diletakkan telefon bimbit jenama Nokia 33sekupang tu, otak aku laju berfikir. Kenapa aku? Tapi tak dapat jawapan. Lalu aku capai kembali telefon baling anjing tu dan tekan nombor Jan.
Truuuuuttt trrruuuuuttt trrruuuuuuuuttt….. 5 kali call tak berjawab. Busy kot dia ni. Tak apa lah. Terjah je nanti.
Tiba hari yang dijanjikan, kami pun berkumpul di perkarangan Masjid Seberang Jaya. Hari Jumaat, lepas Isya’. Setelah semua datang, kami gerak menuju ke rumah Jan dengan menaiki kereta Kaka.
“Hampa agak-agak pasaipa ayah Jan nak jumpa aku?” Soal aku pada geng yang lain.
“Tak sure la bro. Aku syak Jan ada buat hal apa-apa ni. Takpun dia nak panggil makan kenduri” Kata Cek.
Tak lojik sungguh jawapan kenduri tu. Awat Jan tak call sendiri? Macam la dia takda nombor kami. Ini memang pelik sebab ayah dia sendiri nak jumpa aku. Kenapa bukan Jan yang nak jumpa? Ni mesti hal lain. Fikiran aku lebih menjurus kepada berlaku sesuatu pada Jan. Tambah pula dalam dua tiga hari ni aku asyik teringat kat kawan baik aku tu. Dok saja-saja teringat Jan. Terkenang balik macam mana nakalnya kami dulu, selit leher itik angsa kat pelepah pokok pisang, bagi pecah tempayan surau, bagi pancit tayar basikal orang masjid. Sampai ayah aku hambat keiling kampung la.
Kemudian si Apek yang dari tadi diam di belakang bersuara…
“Aku ada jumpa Jan bulan lepas. Ofis dia kan dekat dengan ofis aku. Dia lain dah la ni bro. Buat macam tak kenal aku. Aku tegoq(tegur) pun dia buat kerek ja. Tu malaih nak amik port” Ok ni lagi pelik. Setahu aku Jan ni krekko orangnya. Ceria dan suka buat lawak macam aku juga.
Dan Romzi mencelah..
“Aku rasa dah 3 tahun tak jumpa dia. Last jumpa masa raya kat rumah aku ja. Yang kita buat reunion tu. Next reunion tu mana nampak muka dia dah. Sampai la ni ghuyup teruih” Ujar Romzi. Ya, tidak dinafikan. Aku sendiri pun dah lama tak nampak Jan. Tapi tak terfikir apa-apa pun. Dok ingat dia ok je la. Mungkin sibuk dengan kerja.
Lepas setengah jam, kami tiba di perkarangan rumah Jan. Halaman rumahnya gelap. Hanya lampu dalam rumah yang terpasang. Aku memberi salam, pintu pun dibuka.
“Waalaikumussalam. Yaaaaa…..anak Pak Khatib” Makcik Munah, mak Jan menyambut kami dengan muka berseri-seri. Macam nak menyambut menantu. Pak Khatib tu gelaran ayah aku sebab dia imam kampung dan sering baca khutbah kat mimbar masjid. Tu pasal lekat nama Pak Khatib.
“Ehh…yang lain pun ada. Mai mai masuk….pakcik ada kat dalam dok semayang Isya. Duduk dulu, makcik pi bagitau dia”. Panggil Mak Munah mengajak kami semua masuk ke dalam.
Aku yang di depan sekali memandangkan aku tetamu jemputan VVIP, jadi aku la masuk dulu. Yang lain tu pelakon tambahan ja. Sebaik melangkah masuk, pertama yang aku perasan ialah bau tengik, hapak, macam ada sisa sampah yang busuk di ruang tamu rumah tu. Keadaan dalam rumah nampak suram walaupun ada dua lampu kalimantang menyala di bahagian hall. Tapi tidaklah aku tunjuk reaksi pelik. Datang rumah orang kena jaga adab.
Rumah Jan ni besar. Dah dua kali aku datang sini masa dia baru pindah dulu. Ruang tamunya luas menempatkan satu set sofa kayu jati dan satu lagu set sofa moden L design bersarung pure leather. Ertinya di ruang tamu sahaja dah ada dua bahagian untuk tetamu duduk merehatkan badan. Di tepi koridor ke dapur terletak tangga pusing menuju ke tingkat atas. Jan ada 5 beradik, jadi tak hairanlah rumah dia besar. Dia yang sulung dan lelaki tunggal. Adik-adik dia semua perempuan. Tu salah satu sebab kenapa dia jadi kawan baik kami. Heh!
Sambil hidung aku kembang kembis menahan bau hapak tu mata aku melilau mencari di setiap sudut rumah kot-kot la mak dia tertinggal sampah kat situ. Tak ada…bersih. Satu habuk pun tak ada atas lantai. Aku lihat-lihat ke dinding yang bergantungan gambar-gambar potret keluarga bahagia ini. Nampak macam mereka benar-benar menikmati kebahagian. Gambar percutian, gambar kenduri kendara, gambar konvo…banyak tergantung di dinding hall. Paling menarik perhatian aku ialah gambar marka cun pakai baju kurung berjubah konvo. Itulah Rina…adik Jan yang pernah menjadi kegilaan budak-budak jantan keparat di kampung dulu.
“Tak banyak berubah rumah Jan ni…lebih kurang macam kita mai dulu…” Kata aku pada kawan-kawan lain. Depa diam. Bila aku kalih tengok depa….mata semua dok terpaku kat gambar Rina. Kaka pula sedang tenung gambar tu sambil tersenyum syok sendiri. Bedebah betoi.
“Woiii……agak-agak la nak berangan. Tak payah la senyum sorang” Jerkah aku sambil tepuk belakang Kaka.
“Jan mana? Ka dia tadak kat rumah?” Kata Cek. Aku pun terfikir juga tadi. Mana Jan? Dia taktau ka member-member bertandang nak tengok dia?
“Assalamualaikum…..” Muncul Pak Radi dengan wajah tersenyum memandang kami semua. Salam disambut dan dia memeluk kami macam baru bertemu anak sendiri yang dah lama tak jumpa. Pak Radi ni baik orangnya. Pernah juga merujuk kepada ayah aku berkaitan hal-hal agama. Dia cukup baik dengan kami. Orangnya kelakar dan gemar bergurau. Kalau pi rumah dia kat kampung dulu ada ja benda nak diajak berbual. Senyuman Pak Radi masih manis dan ikhlas seperti dahulu, namun dari raut wajahnya yang semakin dimamah usia, bagai tersirat suatu kerisauan yang cuba disampaikan pada aku.
“Apa habaq pakcik?” Tanya aku dengan lembut dan sopan. Maklumlah, calon menantu terbaik abad ini.
“Alhamdulillah….alhamdulillah sangat-sangat. Dah umoq 65 pun boleh berjalan lagi kira ok la. Kawan-kawan pakcik yang dah simpan(meninggal) pun ramai dah.” Jawabnya penuh kesyukuran sambil tersenyum memandang kami.
“Hampa semua macam mana? Dah kawen ka?” Soal Pak Radi tersengeh-sengeh.
“Saya sorang ja pakcik. Anak satu dah. Hat lain dok tunggu Rina…”Tiba-tiba Romzi bersuara. Biadap betoi dia ni. Tersipu-sipu kami yang lain depan Pak Radi.
“Ohhh…..kalau nak mai la cara elok. Pakcik tak kisah kalau dia mau..” Jawab Pak Radi begitu. Aku yakin dia tak berseloroh. Aku cuma senyum memandang muka Kaka, Cek dan Apek yang masih bujang. Dalam hati berkata, berani potong line aku taboh cirit sekoq-sekoq. Depa pun terkial-kial senyum pada Pak Radi….minta penampaq gamaknya.
“Ayah sihat ka Edi? Lama betoi tak jumpa ayah..” Soalnya lagi, kali ni khusus pada aku.
“Alhamdulillah pakcik. Sihat wal’afiat. Ayah kirim salam kat pakcik dengan makcik.” Begitulah cara aku jawab pada calon bapa mertua.
“Ada apa pakcik panggil saya mai sini?”
Pak Radi tenung mata aku, masih dengan senyumannya yang tenang.
“Macam ni. Pakcik lama dah nak bagitau Edi. Ada hajat…tapi tak kesampaian lagi. Jadi baru ni kebetulan ada jumpa Kaka kat tempat kerja lama tu. Pakcik pesan kat dia suruh bagitau Edi yang pakcik nak jumpa. Ada hal penting nak bincang” Katanya pada aku. Jantung aku makin berdebar-debar. Suspen macam sedang tengok movie seram.
“Ni dah hampa semua pakat mai malam ni, pakcik cerita la nuh. Bagi semua sekali tau. Tapi tolong jangan pecah rahsia ni. Ni rahsia keluarga pakcik. Aib pakcik. Pakcik percaya hampa semua boleh jaga benda ni.” Aku semakin tak keruan. Terkebil-kebil mata aku memandang Pak Radi. Kawan-kawan lain turut diam dan bersedia untuk menerima khabar apa sekali pun. Nampaknya perkara ni serius.
“InsyaAllah pakcik. Ini janji kami….” Kata aku mewakili rakan-rakan yang lain.
“Begini……Jan dah kawin. Tapi dah bercerai…..” Ujar Pak Radi dengan suara yang sedikit terketar-ketar. Aku yang dari tadi cuba menahan nafas sebab suspen ya amat, terus menghela nafas laju-laju. Fuuuhhhh…….lega! Bagi aku, selagi perkara itu tak berkaitan dengan aku kiranya aku boleh berlapang dada. Tapi, hati aku tersentap sebab Jan berkahwin tak bagitau kami…..dan dah bercerai pula tu! Sedangkan kami ni kawan baik dia dulu.
“Bila dia kawin? Kami langsung taktau apa..”Kata Apek dengan muka hairan.
“2 tahun lepas…baru ja bercerai 3 bulan yang lalu” Jawab Pak Radi sambil menyeka kelopak matanya yang berair.
Berkahwin dan bercerai ni bagi aku dah jadi perkara biasa. Lumrah kehidupan. Bersepah ja rumah tangga yang hancur di zaman penuh cabaran ni. Jadi, apa masalahnya hingga ayah Jan panggil aku kemari? Begitu persoalan yang berlegar dalam benak kepala aku waktu tu.
“Dia berkahwin dengan orang selatan. Belum ada anak. Masalahnya…segala harta dia termasuk duit kat Tabung Haji sebanyak 45000 ringgit, kereta dan rumah kondo dia kat KL semua dah jadi hak bekas bini dia. Pakcik tak kisah pasai harta dunia semua tu. Yang pakcik kisah….bekas bini dia main sihir.” Huuiiiii……begitu rupanya. Terbeliak mata aku lepas dengar penjelasan Pak Radi.
“Macam mana pakcik tau dia kena sihir??” Tanya aku yang agak was-was dengan tuduhan Pak Radi pada bekas menantunya sendiri. Aku ni, jenis takkan terima berita bulat-bulat selagi tak nampak bukti yang sah. Orang cerita kat aku pasal hantu pocong pun aku takkan percaya sebab aku tak pernah nampak pocong. Setan jenis lain ada la nampak.
“Pakcik syak disihir pempuan tu…” Katanya lagi..
Aku tak puas hati lalu menjawab begini..
“Kita tak boleh tuduh lagi pakcik selagi tak ada bukti. Nanti jadi fitnah…” Kawan-kawan lain pakat angguk besetuju dengan aku.
“Jom ikut pakcik, kita naik atas..” Pak Radi terus bangun dan menuju ke tangga. Kami semua membontoti Pak Radi menuju ke tingkat atas.
Tiba di atas, sekilas pandang aku nampak Rina sedang berjalan masuk ke biliknya. Sempat dia menoleh ke arah kami yang sedang bergerak ke sebuah bilik paling belakang di tingkat tu. Dia pandang aku sambil tersenyum melirik manja. Auuummmmm… Kenal lagi dia kat jejaka kacak kampung dia dulu…peeehhhh!! Tapi aku tak peduli sangat dah. Kepala aku tengah fokus kat Pak Radi yang sedang berjalan di depan.
Pak Radi bawa kami menuju ke sebuah bilik yang aku syak itu bilik Jan.
“Hampa dah ready ka nak tengok kawan hampa dulu?” Begitu yang terkeluar dari bibir Pak Radi sebaik tangannya memegang tombol pintu. Kami cuma menggangguk tanda bersedia.
Krrreeeeeeeekkkkkk…..pintu terbuka.
Secara tiba-tiba menerpa bau hapak yang sama macam kat bawah tadi, menerjah ke hidung aku. Kali ni siap dengan bau najis dan hancing. Ruang bilik itu gelap dan terasa bahang dari dalam. Terpaksa aku berdehem sedikit untuk menghela nafas yang tersekat. Masih cuba menjaga adab di rumah orang.
Lampu pun dibuka dan bilik jadi terang. Dalam bilik ada kawan baik aku yang sedang berbaring di lantai, mengerekot tak berbaju. Hanya berkain pelikat yang penuh kotoran najis dan air kencing. Jan mendengus seolah-olah marah dengan lampu yang menerangi wajahnya. Tubuh dia kurus kering macam pesakit kanser final stage. Terdapat lubang-lubang hitam pada belakangnya macam ditusuk benda tajam. Dari lubang tu keluar kerak-kerak darah dan nanah yang berbau tengik.
Katil dan lantai bilik Jan penuh berterabur dengan najisnya sendiri. Jan yang sedang merekot tiba-tiba memalingkan wajahnya melihat aku dan rakan-rakan lain. Matanya buntang, yang hitam lebih besar dari yang putih. Kelopak matanya tenggelam ke dalam. Dari mulutnya terbit air liur yang meleleh ke lantai. Allahu Rabbi…itu saja yang dapat aku katakan tatkala melihat kawan aku jadi macam tu. Rakan-rakan yang lain terpinga-pinga dari belakang aku. Taktau nak kata apa.
“Sejak bila dia jadi macam ni?” Tanya aku pada Pak Radi.
“Dua bulan sebelum dia bercerai. Maknanya sekarang dah 5 bulan. Cuma dalam seminggu dua ni makin teruk. Berak kencing dalam bilik. Badan dia jatuh banyak sampai macam tu. Tapi sehari makan tujuh lapan kali.” Jelas Pak Radi. Di penjuru bilik tu berselerak dengan tulang ayam, nasi basi dan entah apa lagi. Bercampur dengan najis dia sendiri.
“Pakcik dah cuci semua ni petang tadi. Tiap hari kerja pakcik buang taik dia. Tapi lepas dua tiga jam ada lagi taik dalam bilik. Mak dia pun tak larat nak cuci dah ni. Kesian…” Sambung Pak Radi. Aku kalih belakang nak tengok reaksi kawan-kawan aku. Ada yang dah bergenang air mata. Belakang sekali ada Mak Munah sedang tersedu sedan. Sedih pula aku.
“Pakcik dah berubat ka ni?” Tanya aku lagi.
“Dah..banyak tempat dah. Yang mai rumah pun ada. Tapi tak jadi. Dia elok sat ja. Selang dua tiga hari jadi pulak”
Sekali lagi aku menghela nafas panjang. Kepala jadi pusing. Adoi!
“Tu pasai pakcik teringat kat ayah hang. Tapi pakcik nak hang tengok dulu. Kot-kot la boleh tolong mana yang patut.” Katanya sambil memandang aku penuh harapan. Aduhhh pakcik. Aku ni takat jin bodo-bodo macam toyol, langsiaq, hantu komkom, hantu ceplos bleh la nak try. Memang level bodo sama macam aku gak tu. Tapi yang ni bukan biasa-biasa. Kasaq permainan dia. Jenih master-master punya game nih. Tapi tidaklah terkeluar ayat tu dari mulut aku. Orang minta tolong jangan kita tolak lagi. Kita usaha dulu. Allah kan ada.
“Rumah pakcik ada limau nipis tak?”
“Ada, sat nak amik..” Jawab Mak Munah dari belakang. Dia pun berlari turun ke bawah. Sekejap ja dia datang balik dan hulurkan aku sebungkus plastik berisi limau nipis. Ya Allah banyaknya makcik. Bukan nak masa tomyam. Aku nak sebijik ja.
Aku pun masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati takmau terpijak najis. Aku keluarkan sebiji limau nipis dari bungkusan dan aku bacakan ayat ni..
AL-MULK: Ayat 5
“Demi sesungguhnya kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan syaitan; dan kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang”
Selesai bacaan satu dari ayat dalam surah favourite aku tu, aku koyakkan limau nipis dan perah atas belakang Jan. Menitis perahan limau itu berselerak di belakangnya yang berlubang-lubang. Jan kaku membisu…hingga selang beberapa saat…
“Arrrggggghhhhhhhh……..celakaaaaaaaaaaa kamuuuuuu….celakaaaaaaaaaa!!” Teriak Jan dengan suara yang aku tak pernah dengar. Nyaring dan tajam bagai suara seorang wanita tua. Terkejut aku lahanat. Lalu aku bacakan satu lagi ayat dari surah yang sama sambil perah lagi limau nipis ke belakang Jan.
AL-MULK: Ayat 7
‘Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak’
Sodaqallahul ‘azim
“Arrgghhhhhhhhhhhhh…….celakaaaaaaaaaa!!!” Jeritnya memecah hening malam. Aku tahu dia akan pedih. Luka diperah limau mesti la pedih. Tapi dari luka-luka tu terbit gumpalan asap hitam halus dan berbau seperti daging busuk yang dipanggang api.
Pak Radi yang tadi berdiri kini mencangkung untuk menenangkan anak yang dia sayang…tiba-tiba..
‘Gedebbuuukkkk…’ Satu tendangan padu dari Jan singgah di dada Pak Radi. Terperosok orang tua tu ke penjuru bilik.
“Cepat angkat pakcik..dia nak mai gila dah ni” Aku memberi arahan pada rakan-rakan yang lain. Depa diam..tak bergerak. Muka cuak. Jadah betoi..dah nak jadi pak orang pun penakut lagi.
“Angkat la wooiii….satgi jadi lagi teruk” Depa yang serba salah nak masuk ke bilik terus terjah mendapatkan Pak Radi yang sedang mengurut dada. Terus dibawa orang tua tu keluar dari bilik dan direhatkan di dinding luar. Mak Munah datang mendapatkan suaminya yang kesakitan.
Aku yang masih dalam bilik sedang berdepan dengan sesuatu yang jarang jadi lawan. Jan pula kembali mengerekotkan badan dan membungkam mukanya ke lantai. Macam mana nak buat ni ha? Takkan nak main limau ja sampai ke pagi? Aku garu-garu kepala tanda blurrr. Sumpah, aku blurr masa tu sebab aku sedar yang aku dah cucuk sarang tebuan. Mengaji belum habis dah nak test power. Cari pasai semua ni.
Ahh…tawakkal je lah. Mai sini nak ajak sembang..
“Hang sapa???” Tanya aku pada Jan. Dia diam tak bergerak..
“Woii jawab la aku tanya ni. Hang sapa?? Taboh satgi haa…!!” Ulang aku dengan keras. Dia masih diam membungkam. Tadi celaka sangat. Ni takmau sembang pula. Macam mana nak selesai masalah kalau takmau bercakap. Banyak tengok cerita P.Ramlee nih.
Aku tutup pintu bilik dan kini tinggal aku berdua ja dengan Jan dalam tu.
“Sekali lagi aku tanya elok-elok ni. Jangan main. Aku bukan boleh. Dah lama tak tumbuk orang ni.” Ulang aku lagi, kali ni dengan perahan limau yang masih tergenggam di tangan aku.
“NASYIZAAAAAHHHHHHH……celakaaaaaaaaaaa!!” Bentaknya marah benar kat aku. Tapi mukanya tetap membungkam ke lantai.
“Apa zaahhh??” Tanya aku lagi
“NASYIZZZZAAAAAHHHH….” Jawabnya lantang dan jelas cukup makhraj dan sifat huruf. Aku ingatkan Dayang Nurfaizah dah tadi. Aku mencongak-congak, natang apa Nasyizah ni? Setelah cuba mencari kata dasar dalam bahasa Arab, bunyi macam nusyuz. Ye la kot..
“Buat apa mai sini?? Nak apa?” Tanya aku lagi. Dia diam lagi. Aku ulang lagi tanya soalan yang sama. Dia terus diam. Bahenol betoi la. Tak kuasa aku nak melayan.
Lalu aku keluar dari bilik dan dapatkan Pak Radi.
“Pakcik ok ka?” Tanya aku sambil memegang bahu Pak Radi.
“Ok…sikit ja. Tapi berasa gak la dada ni. Mujoq dan tepih gak tadi..” Alhamdulillah. Takut jadi apa-apa kat Pak Radi aku pula yang menjawab. Setan tu bukan peduli apa dah.
“Gaya ni saya kena bagitau ayah jugak. Ayah kena buat. Saya buat satgi dengan saya pun melingkup..boleh pakcik?” Aku meminta izin untuk sampaikan berita ni pada ayah.
“Ya ya takpa. Habaq ayah tolong la mai sat. Lagi cepat lagi baguih..” Jawabnya dengan redho. Aku pun papah Pak Radi turun ke bawah dan rehatkannya di sofa.
“Macam tu la Edi…dah nampak kan?” Katanya pada aku.
“Ya…saya yakin yang tu kerja jin. Tapi saya belum yakin yang tu sihir bekas bini dia. Kita ubatkan dulu. Siapa yang buat kita serah pada Allah. Ilmu kita belum tahap nak tunjuk dosa orang. Yang tu kerja Tuhan” Kata aku untuk meyakinkan Pak Radi supaya bersabar dulu sebelum menduga yang bukan-bukan.
Aku panggil Mak Munah…
“Makcik…malam ni tolong kunci pintu bilik Jan. Bagi dia makan siap-siap. Tinggai ja dalam tu. Jangan masuk sampai esok pagi. Pesan kat adik-adik dia sama..”
“Baik…tapi kami bertiga ja dalam rumah ni. Adik-adik dia pi duduk rumah makcik depa. Dah sebulan. Dok sana tak berani balik. Kalau ada apa-apa kami pi tengok depa kat sana. Kepala Batas nu depa dok” Ujar Mak Munah. Aku terdiam sat tengok muka dia.
“Tadi saya nampak Rina kat atas…tengah nak masuk bilik” Kata aku lagi.
“Tu lah Edi….budak-budak tu dah sebulan takdak. Jarang-jarang la nak balik sebab takut. Tapi dalam rumah ni macam ramai orang. Ada ja nampak kelibat pelik-pelik. Kadang-kadang tengah basuh pinggan, kerusi kena tolak. Tengah tidoq dengaq adik-adik dia dok gelak. Padahal takdak orang pun. Kami tiga beranak ja.” Jelas Pak Radi yang makin menambahkan cuak aku. Sia-sia ja aku senyum manis tadi. Senyum kat setan rupanya. Dasar gampang….brengsekkk….!!!!
Lalu kami minta diri untuk pulanng. Sebelum pulang aku pagarkan dulu bilik Jan serta luar rumah. Moga-moga dilindungi Allah. Dalam kereta, kawan-kawan aku semua dia membisu. Sedikit bunyi pun tak keluar. Ini pertama kali mereka melihat kejahatan jin dengan mata kasar. Sebelum ni banyak tengok kat wayang ja kan.
“Ampa relax…kita p makan char kuey teow dulu” Kata aku setelah lama suasana dalam kereta tu menyepi.
“1st time ni bro aku nampak benda macam ni. Tak pernah lagi seumur hidup..” Ujar Kaka yang sedang memandu tepi aku.
“Ya aku pun sama…gila nak terkencing baq hang. Tapi aku takut nak pi toilet depa tadi. Hang berenti sat kat Caltex tu..” Romzi menyahut dari belakang. Sampai lagu tu la punya takut. Adeh!
Kemudian, yang lain pun sahut menyahut. Bermulalah acara membawang dalam kereta. Sorang kata begitu sorang kata begini. Berbagai spekulasi dikeluarkan bertalu-talu perihal kejadian yang depa baru tengok tadi. Hilang dah rasa seram.
Lepas pekena char kuey teow sambil membawang, kami menuju pulang ke masjid. Tadi tinggal kereta kat situ. Tibanya di masjid….jemmm. Pintu pagar dah tutup. Lupa yang Kawasan masjid ni akan ditutup selepas jam 11 malam. Sekarang dah tengah malam. Dah tak pasal-pasal Kaka kena hantar kami semua balik rumah masing-masing. Esok je la datang balik ambil kereta. Lagi pun kami dah berjanji, esok nak pi dengan ayah sekali ke rumah Jan. Nampak tak? Kawan-kawan aku ni walaupun penakut, tapi setia tak tinggal kawan.
Aku orang terakhir yang Kaka hantar sebab rumah aku dekat dengan rumah dia. Sebaik turun dari kereta, aku menuju ke pintu rumah. Tak semena-mena lirikan mata aku bagai tertangkap sesuatu..aku toleh kiri ke arah porch kereta yang kosong. Aku toleh kanan ke kawasan rumah jiran. Tudddiiaaaa baq hampaaaa…adik Jan si Rina sedang berdiri di luar pagar rumah jiran aku sambil memandang aku tanpa senyuman bersemut macam tadi. Tapi nampak macam marah sebab laki dia balik lewat. Terus aku tak jadi masuk. Aku tala ke paip air di luar dulu. Basuh muka dan kaki, angkat wuduk, bacakan ta’awuz 7 kali, baru aku masuk rumah. Masa nak tutup pintu sekali lagi aku jenguk ke pagar jiran. Dia dah tak ada. Merajuk gamaknya…
kelakar yall masak tomyam HAHAHAHHAH keep it up
Lama tunggu cerita baru dari edi 🙂
tau tkpe, part tomyam tu epic gila. dahla tengah baca dalam office xD
Cita ni seram tp kelakar.. Adoi la edi.. Letak nama edi arjuna mcm laksmana sunan yg klasik.. Letak nama edi saratongga aku geli hati dah mcm nama Indon.. Huu.. Tp mmg enjoy cita ko ni.. Ada pengajaran.. Ada seram dan humor.. Kipidap
best baca..
No 1
Terbaeekkkk
Best