Jin Pendamping Jan Part 2

Sebelum ini klik sini

Jadi, hampa rasa lepas bayangan Rina tu dah blah aku boleh tidur lena la kan? Oh tidak. Ini yang
terjadi kat aku malam tu.
2 pagi. Aku yang dah mandi, solat isya semua siap terus terbongkang atas katil sambil letak
tangan di dahi mengenangkan kejadian tadi. Jan yang dah bertahun aku tak jumpa tiba-tiba menderita sebegitu rupa. Sebak pula aku. Dosa apa yang dia dah buat pada manusia sampai dihantar makhluk perosak tu jadi pendamping? Manusia ni tak sudah-sudah nak menyembah nafsu. Macam tak tahu yang neraka tu dah lama menunggu.

Aku cuba melelapkan mata, tapi tak mahu lena. Pejam celik pejam celik macam cicak kena
getah. Kalih kiri tak kena kalih kanan tak kena. Mujoq lagi esok cuti. Dah mati kutu lagu tu, nak pejam pun tak boleh, aku ambil keputusan untuk bangun solat taubat. Mana la tau kejap lagi aku mati
sempat la juga bertaubat.

Lalu aku capai sejadah dan bentangkan di tengah bilik.
“Allaaaahuakbar….”
Masuk ja rakaat kedua…pintu bilik aku berbunyi.

‘Tok tok tok….tok tok tok…’
“Ediii….”Kedengaran suara mak aku memanggil dari luar. Risau gamaknya hero kesayangan ni belum tidur lagi. Aku tunggu lagi panggilan seterusnya. Mak aku ni kalau 2 kali panggil aku tak sahut, dia tak panggil dah. Dia tau aku sedang solat.

“Ediiiii…….” Lagi sekali mak memanggil. Aku tunggu lagi. Lepas bangun I’tidal aku rasa bersalah. Solat
sunat ja kot. Terus aku buka pintu. Gelap. Kosong! Aku pun melangkah ke bilik mak ayah. Perlahan-
lahan aku buka pintu bilik yang memang tak berkunci tu. Nampak kelibat ayah dan mak sedang tidur.
Dah tidur balik mak aku tu. Adehh! Aku pun panggil mak.
“Maakk…ooo mak…” Mak cuma menyeringas beralih tempat tidur. Tak bangun pun. Aku kembali ke
bilik dan ulang solat yang tertangguh tadi.

“Allaaaahuakbar….”
‘Dum dum duummm…..’
Belum sempat aku mula Al-Fatihah, pintu diketuk lebih kuat dari tadi.
“Ediiiiiiiii……..ediiiiii” Lagi sekali suara mak aku terdengar jelas di depan pintu bilik. Dan lagi sekali
pintu tu diketuk kuat.
‘Dummm dummmm duuummmm duuummmm duummmm duummmmmm’.

Aku masih terus qiam menghadap qiblat sambil memasang telinga.

“Ediiiiiiiii……..” Kenapa mak ni? Ada emergency apa? Langsung aku batalkan solat dan cepat-cepat
buka pintu. Kosong lagi. Waktu ni hati aku dah berasa tak kena. Terus aku ke bilik mak dan check lagi
sekali. Mak tidur seperti tadi juga. Ayah pun ada tepi mak.

Dalam rumah ni hanya ada aku bertiga dengan mak ayah. Kakak-kakak dengan abang-abang semua
dah berkahwin dan tinggal dengan keluarga masing-masing. Adik perempuan aku pula sedang menjalani kursus kepolisan di PULAPOL. Aku melangkah ke bilik adik untuk buat spot check dengan
bulu tengkuk dah meremang bagai nak gila. Bukan takut tapi geram. Bilik adik pun kosong. Ok fine..

Aku kembali ke bilik dan duduk atas katil kejap menanti tindakan seterusnya dari ‘orang’ kat luar tu.

Tak ada apa-apa. Bening dan sunyi. Sekali lagi aku qiam solat taubat dan kali ni berjaya habiskan
solat aku tu. Dah selesai, aku pun tutup lampu dan baring atas katil. Sedar tak sedar…aku terlena
entah jam berapa.
Tetapi tidak lama. Aku terjaga semula setelah hidung aku ditusuk bau najis yang amat kuat. Bagai tidur di tepi jamban. Isshh….takkanlah aku terberak dalam seluar. Last jadi macam tu masa aku takut nak pi berak lepas kena sakat jelmaan Apek Ah Sai berpuluh tahun dahulu. Aku bingkas bangun dan cek jam meja yang terletak di hujung kepala. 3.30 pagi. Ya Allah…jam berapa nak boleh lena ni? Bau
apa pula dok mai ni???? Aku pun kembali rebahkan badan ke tilam.

Elok ja nak landing, aku ternampak sesuatu sedang bergerak di penjuru bilik. Aku teliti benda tu betul-betul. Kain baju ka apa? Terhoyong hayang dia kedepan ke belakang. Setelah beberapa saat
baru aku nampak dengan jelas.

Sebatang tubuh manusia sedang duduk bersila menghadap penjuru
bilik, bersebelahan dengan pintu. Gaya dia macam orang tengah beratib. Tetapi yang keluar dari
mulutnya cuma bunyi nafas yang kuat macam kepenatan.

“hhhuuuuhhh haaaaahhhh hhuuuuhhh hhaaaaahhhhh…” Di saat itu aku dah dapat tangkap apa yang aku sedang hadap sekarang. Sampai ke rumah diikutnya aku. Dasar setan tak tahu malu. Tak ajak pun nak ikut.

“Wehh…buat pa situ? Pi balik tidoq..” Sound aku kepada dia yang masih galak beratib. Lalu benda tu memalingkan muka ke tepi tapi belum terus memandang aku. Dari tepi aku nampak muka dia dalam gelap. JAN..!! Itu Jan…belakangnya berlubang-lubang sama macam aku tengok tadi. Dia cuma toleh ke kiri dan ekor matanya macam nak melirik melihat aku.

“Celaka kamu hahahahaha….celakaaaa celakaaaa…” Skrip yang sama dia bagi aku masa aku kat rumah dia tadi.
Diulangnya ayat celaka tu berulang kali sampai aku naik bosan. Takat tu je maki aku? Hang tak
dengar lagi aku punya maki. Barua sial lahanat jinbet jibake kepala toya semua keluar. Maka aku bagi muqaddimahnya dulu…

“Haram jadah….aku nak tidoq la.” Lantas aku bangun dan buka lampu. Bilik kosong. Bau tengik najis pun hilang. Lalu aku biarkan lampu bilik terbuka dan sambung tidur. Tidur yang sebenar-benar tidur.

Sehinggalah mak aku kejutkan aku lepas subuh.
“Ediii…..ediii….bangun suboohhhhhhhh!!” Tu diaa. Tu baru betoi mak aku. Terbuntang mata aku
dengar suara mak. Tak payah dua tiga kali panggil. Mak punya suara cukup sekali ja dia panggil aku akan terpacak macam askar nak pi perang.

Usai subuh, yang confirm lah terlewat sebab tak tidur nyenyak semalam, aku pun duduk di meja
makan bersama mak. Mak baru sudah siapkan nasi goreng cincai kegemaran aku. Begitulah mak. Dia
tahu je apa yang anak dia teringin nak makan pagi tu. Duduklah aku dengan mak borak-borak macam
biasa. Ayah masih di masjid.

“Pi mana semalam? Lewatnya balik.” Tanya mak sambil mengunyah nasi goreng.

“Pi tengok Jan. Semalam dah bagitau ayah.”

“Jan mana?” Tanya mak lagi.

“Jan kawan cek tu. Anak Mak Munah yang pindah dok BM.” Jawab aku ringkas. Kalau boleh takmau mak tau perihal semalam. Sat lagi dia beletiaq.

“Oh Jaaann. Lama tak nampak dia. Dah kawin ka?” Fuh…soalan maaaaakkk. Tau la anak jantan ni membujang lagi. Sabaq mak na..nanti cek cari menantu baik punya kak mak. Boleh jadi geng bawang kat dapoq.

“Dah kawin dia mak.” Terpaksa la juga aku jawab soalan maut tu.

“Abih tu….kita tu bila nak kawin? Nak tunggu reput dulu? Orang muda-muda ni mau kawin siap-siap.
Nanti dah tua anak pun besaq dah. Tak gaduh risau dah. Mak dulu ni kawin dengan ayah hang umoq
16. Orang la ni…..” dan trrruuttt tut tut tut tut tut tut….aku kena tembak. Kan dah kata tadi. Soalan
tu semua punca untuk topik yang lebih berat. Aku hanya angguk-angguk geleng-geleng macam itik
tengah telan nasi. Terima je lah.

Dari luar tengar bunyi salam yang aku kenal..

“Assalamualaikum….” Ayah dah balik sebaik pinggan aku dah licin. Terus ayah ke dapur dan duduk
tepi aku. Aku yang tadi nak bangun basuh pinggan terus duduk balik. Adab yang diajar ayah aku.
Kalau orang tua nak duduk tepi, kita jangan bangun lagi. Tunggu orang tua duduk dulu. Lepas dia
duduk baru kita bangun. Itulah yang aku buat.

“Hang bawak balik sapa semalam? Tu kereta pi mana?” Terpacul soalan tu dari mulut ayah. Jem.
Ayah dapat hidu apa yang berlaku kat aku semalam.

“Tadak sapa. Kita tak jemput dia yang nak ikut. Kereta kena tinggai kat sejid (masjid). Pagaq pi kunci plak. Dah lambat semalam” Jawab aku sambil menjeling ke arah mak. Mak pun pandang aku semacam sambil hulurkan sepinggan nasi goreng ke tangan ayah.

“Ada pa pi rumah Jan semalam? Sihat ka depa?” Tanya ayah lagi. Aku diam merenung pinggan yang
kosong.

“Takpa, mak nak dengar sama.” Kata mak. Mak pun tarik kerusi dan duduk sekali. Jem lagi sekali.
Maka aku pun berceritalah pada mak ayah dari mula sampai habis. Sampai aku kena kacau semalam
pun aku ceritakan. Lama kami tiga beranak duduk di dapur dengan mak ayah tekun mendengar kisah
seram aku.Sekali sekala ayah mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya macam membilang sesuatu.

“Ana kena pi tengok jugak ni. Kita dok rumah sorang takpa ka?” Tanya ayah pada mak. Begitulah
mak ayah bahasakan diri mereka sejak dari mereka bersama…hingga ke akhir hayat.

‘Ana’ maksudnya saya, ‘Kita’ maksudnya kamu.

“Pi la tengok, kesian depa. Ana takpa. Boleh jugak dok lipat baju, masak lauk. Tapi jangan balik malam.” Kata mak pada ayah. Mak redho kalau ayah keluar untuk hal-hal macam ni. Kalau ayah taktanya pun mak ok ja. Tapi sebagai tanda hormat dan sayang, tiap kali nak ke mana tanpa mak, ayah akan tanya mak dulu. Boleh ka tak boleh. Begitulah kasih sayang dua insan yang aku jadikan idola ni.

Ayah pandang aku. “Abih tu kita nak pi macam mana ni? Kereta tadak. Nak kayuh beskat pi BM?”

“Woihh takkan kot. Satgi Kaka mai amik. Depa pun pakat nak pi satgi. Semua tunggu kat sejid” Jawab
aku tersengeh-sengeh.

“Jom la siap-siap tumpang dok awai ni. Suruh Kaka mai amik la ni..” Ayah aku memberi perintah.

Terus aku call Kaka. Beliau dah on the way rupanya. Semangat nak tengok Jan kena rasuk.

Tiba di masjid, semua geng aku semalam dah siap menunggu. Depa pun pakat-pakat mai serbu
kereta bersalam dengan ayah, tok guru yang disayangi. Kat aku depa buat taktau ja. Hareeeyyy. Kami pun bergerak ke rumah Jan. Ayah, aku dan Apek naik kereta aku. Romzi dan Cek naik kereta Kaka.

Matahari sudah naik segalah. Tandanya waktu dhuha dah masuk. Kami tiba di rumah Jan pada jam 9 pagi. Salam pun diberi.

Pak Radi menyambut salam ayah dan berpelukan dua insan itu lantaran dah terlalu lama tak jumpa.

“Abang sihat ka? MasyaAllah rindunya..” Kata Pak Radi dengan air mata yang berlinang. Beza umur ayah dengan Pak Radi agak jauh. Ayah 77, tua 12 tahun dari Pak Radi. Sebab tu dipanggilnya abang.

“Alhamdulillah. Tuhan bagi umoq lagi tu yang boleh jumpa ni.” Balas ayah sambil menepuk-nepuk
bahu Pak Radi.Kami dijemput duduk.

“Takpa duduk semua…kita bincang” Kata ayah pada kami yang masih terpacak di tepi sofa macam
budak nerd. Begitulah kami menghormati guru. Guru tak suruh duduk hang jangan duduk. Bukan dia
marah hang duduk, tapi adab berdepan dengan guru. Lagi satu, jangan sesekali melunjur kaki bila
berdepan dengan guru dan jangan duduk membelakangi guru walaupun kita duduk di sebalik tirai.
Kalau bersila panggung lagilah pantang besar. Nanti ilmu tak berkat.

Maka duduklah kami berkepit kaki di atas sofa tu. Sekali pandang macam ponen dah. Kaki tegak, kepit rapat-rapat, tangan atas peha.

“Macam ni bang…” Pak Radi pun memulakan cerita satu persatu dari mula kisah Jan berkahwin
sehingga kejadian semalam. Mana yang aku tak tahu lagi, semua diceritakan Pak Radi. Ternganga-nganga kami dengar cerita Pak Radi. Kisahnya begini.

Jan bertemu dengan gadis pilihan hatinya secara tak sengaja, masa out station di Johor. Gadis tu
berkerja satu syarikat dengan Jan, cuma cawangannya di Batu Pahat. Gadis ni asalnya Sarawak bernama Salamiah Openg. Depa berhijrah ke selatan semenanjung sejak Salamiah ni kecil lagi. Ayah
si Salamiah ni asal orang Iban. Dah meninggal masa Salamiah berusia 12 tahun. Jadi depa tiga
beradik duduk tinggal dengan mak depa yang berkerja sebagai tukang cuci ja. Hidup depa susah, kais pagi makan petang. Sehinggalah mak depa pula meninggal. Tinggallah depa 3 beradik kat rumah
anak yatim. Sampailah satu masa ada keluarga yang ambil depa sebagai anak angkat. Tapi si
Salamiah ni tak suka dengan keluarga tu. Dia memberontak dan lari tinggalkan adik dia yang lagi dua orang. Terus depa terputus hubungan hingga kini.Jadi selama dia keluar dari rumah keluarga angkat tu, takda siapa yang tahu dia tinggal dengan siapa.
Bersekolah di mana, sambung belajar di mana, kerja apa. Siapa pun tak tahu. Pendek kata dia ni memang tadak rekod lengkap tentang pendidikan. Yang tahu, dia berkerja sebagai kerani di syarikat tu. Datang kerja pun guna public transport. Di situlah dia kenal Jan yang kebetulan pi kursus di cawangan sana. Bila dah jumpa cinta pun berputik. Lepas setahun kenal depa pun menikah la. Menikah pun guna wali hakim ja sebab gadis tu tak ada wali. Majlis pun cuma buat majlis nikah ja,
tak ada resepsi sebab itu permintaan Salamiah. Dia nak kenduri kecil-kecil. Sedih katanya sebab dia
tak ada keluarga. Jadi keluarga Jan turutkan je lah. Asalkan dah sah nikah apadehal.

Baik. Tentang Jan pula. Dia ni ayah dia Pak Radi banyak harta. Bendang berelung-relung. Sebagai
lelaki tunggal anak sulung, banyak harta pi kat Jan. Yang lebihnya pi kat adik-adik perempuan dia.
Penjaga amanahnya Jan. Pak dia dah waris siap-siap walaupun masih hidup. Dengan duit tu la dia guna buat pelaburan beli sebuah kondo di KL. Kondo tu dia tak duduk pun. Bagi sewa kat orang ja sebulan RM2000. Tapi Jan bukan jenis bermewah-mewah. Dia berjimat cermat. Tu pasal dalam Tabung Haji dia melimpah duit. Boleh repeat pi haji lima enam kali.

Lepas dah menikah, Jan bawa balik bini dia ke Penang. Dah kawan tu pun sebatang kara kat sana
kan. Bini dia minta tukar cawangan sini tapi tak dapat sebab tiada kekosongan. Dengan hati
keringnya dia berhenti kerja di cawangan sana dan terus jadi suri rumah sepenuh masa.Tapi depa tak duduk asing, depa tinggal sekali dalam rumah tu. Adik-adik Jan ada yang ke asrama. Si Rina tu pun
dah berkerja. Takda la Pak Radi dengan Mak Munah rasa sunyi. Bila dah dok situ, bini Jan ni jadi kamceng dengan Rina. Apa-apa pun Rina Rina Rina. Masak untuk
Rina, beli kain baju kat Rina, keluar shopping dengan Rina. Jan pun tak kata apalah. Biasa la kan ipar dengan adik. Tapi Mak Munah ni berasa pelik sebab sampai ke tahap kain baju Rina pun bini Jan
tolong basuh. Kain baju adik-adik lain dengan mertua dia sendiri takda la dia nak bersungguh macam tu. Dan bila Rina balik kerja ja terus Salamiah ni sambut depan pintu macam sambut laki dia sendiri. Laki dia balik pun tak beria macam tu. Tu yang Mak Munah pelik. Pak Radi macam biasa la. Bukan nak amik port sangat. Ada satu masa tu Salamiah tak mahu langsung berenggang dengan Rina. Tidur
pun nak sekali sampai tinggal laki dia terkontang-kanting sorang-sorang dalam bilik. Mak Munah jadi bengang dan beritahu Jan supaya tegur bini dia tu. Bukan salah rapat dengan Rina tapi jangan
abaikan suami sendiri. Sampai keadaan jadi teruk bila Salamiah tak mahu lagi makan dengan Jan, tak mahu lagi basuh baju dan melayan Jan. Dengan pak mak mertua pun buat layan tak layan. Semua
Rina. Sayang betul dia kat Rina.Suatu hari Mak Munah tegur Rina supaya jangan rapat sangat dengan ipar dia sampai abang sendiri terabai. Bagi renggang sikit. Rina jawab..

“Entah la mak. Rasa macam sayang sangat Kak Sal tu. Dia baik sangat dengan Rina. Macam kakak
kandung dah. Bukan Rina mintak tapi dia yang buat lagu tu.” Mak Munah pun tak mampu nak kata
apa.

Lepas setahun lebih laki bini ni duduk di rumah tu, keadaan jadi makin teruk. Tiap-tiap hari depa
bergaduh. Bertekak bertempik bila bertemu muka. Pak Radi dengan Mak Munah jenuh bersabar dan bagi nasihat tapi tak jalan. Hang kata aku, aku kata hang. Jan kata bini dia nusyuz, bini dia kata Jan curang. Tapi, segala duit simpanan Jan dibagi juga kat bini dia. Siap beli kereta baru bagai. Kondo kat KL pun tukar nama bini dia. Jan tak nampak pun bini dia bermewah-mewah. Duit yang dia bagi semua bini dia simpan elok-elok. Tak nampak handbag baru, tak nampak kasut berlayer-layer dalam almari. Kalau pi shopping pun dia membeli kat Rina ja.
Satu hari tu Jan cek wang simpanan…licin..clear! Duit yang dia bagi selama ni kat bini dia tinggal
habuk. Naik pening kepala Jan. Bila tanya bini dia kata banyak sedekah kat orang susah, lepas tu beli barang sikit-sikit. Padahal haram tak nampak pun apa yang dia beli. Mula dari situ Jan mula syak bini dia ada anak ikan. Dok membela budak jantan lain demi melampiaskan nafsu. Walaupun takda bukti
kukuh, Jan terus menerus menuduh bini dia macam tu. Kemuncaknya, Jan jatuh sakit. Hilang selera
makan. Badan jadi kurus kering. Pi hospital pun doktor taktau nak komen apa. Di sinilah Mak Munah
dan Pak Radi mula syak yang Jan kena sihir. Lepas diselongkar satu rumah, Pak Radi jumpa satu
bungkusan kuning berisi tanah, jarum, rambut dan patung budha terselit di bawah tilam dalam bilik
Jan. Tanpa banyak soal, bungkusan tu ditunjukkan pada Jan dan dengan yakin depa kata ni kerja
Salamiah. Makaterlafazlah cerai talak satu dari mulut Jan. Bini dia balik rumah dengan Rina, nampak berlungguk kain baju dia depan rumah. Jan dah punggah keluar semua. Salamiah yang terkejut dengan keadaan tu terus minta Rina hantarkan dia ke Penang. Puas dipujuk Rina supaya tidur dullu di rumah malam tu. Esok cerita lain. Tapi Salamiah dah merajuk. Nak keluar malam tu juga. Jadi, Rina pun terpaksa akur. Dia sendiri yang hantarkan iparnya tu ke Penang. Katanya nak naik bas pulang ke Johor. Sejak dari itu depa tak nampak lagi muka Salamiah.
Tak ada khabar berita langsung. Dengan Rina pun Salamiah putuskan hubungan. Dah 5 bulan
Salamiah menghilang. Dalam kiraan depa Jan akan beransur pulih. Tetapi tidak. Jan jadi bertambah
teruk. Meracau sorang diri, makan cicak, makan lipas, berak merata. Bermula bulan lepas, Jan diberhentikan kerja sebab prestasi yang teruk. Ditambah sakitnya yang kian menjadi. Company
terpaksa bagi surat berhenti. Terperaplah Jan di rumah sampai ke hari ini.

Dalam masa yang sama, ketenangan dalam rumah ni bertukar jadi seram. Hampir setiap malam ada
saja kejadian pelik berlaku. Pinggan mangkuk berbunyi sendiri tengah malam. Bila pi tengok tak ada orang pun kat dapur. Kadang-kadang dengar orang mandi dan membasuh dalam tandas, bila pi tengok…kosong. Satu hari tu adik Jan yang paling kecil nampak seekor makhluk berwajah buruk bergantung di pintu bilik Jan. Mencicit dia lari turun bawah. Ada juga satu masa dia nampak kakak dia Rina membancuh air di dapur padahal kawan tu pi kerja. Banyak lagilah yang berlaku sampaikan
aku tak larat dah nak menaip kat sini. Letih haih. Panjang berjela kot. Jadi, begitulah lebih kurang
yang aku faham tentang apa yang terjadi dalam rumahtangga Jan. Tu pun sempat aku menguap dua
tiga kali. Punya lama Pak Radi dan Mak Munah bercerita. Ayah mendengar dengan tenang.
“Kami yakin bang, ni kerja Salamiah. Lepas buat hal dia pi macam tu ja..” Kata Pak Radi. Ayah aku
hanya diam merenung ke cawan teh o yang dah kosong.

“Kita tak boleh kata sapa yang buat. Sebab kita tak nampak. Yang boleh kita ikhtaqkan la ni, berubat
Jan dulu. Yang lain serah pada Allah” Kata ayah aku agar Pak Radi bersabar dulu.

“Jom kita naik tengok Jan.” Ajak ayah aku ke atas. Pak Radi pun memandu kami ke bilik Jan. Pintu bilik Jan pun dibuka dan ayah beristighfar banyak bila nampak keadaan Jan macam tu. Kurus kering
mengerekot macam semalam. Cuma najis dah tak ada dalam bilik. Tapi sisa-sisa baunya masih
menerjah ke hidung.

“Ni kami baru cuci tadi. Kalau tidak lagi teruk. Budak-budak ni dah tengok semalam” Kata Pak Radi pada ayah.
Ayah masuk ke bilik dan usap-usap kepala Jan. Rindu dia pada anak murid yang sorang ni. Disebabkan nafsu manusia yang bertuhankan iblis, salah sorang anak murid dia menderita macam tu.

“Edi…” Panggil ayah.
“Pi amik barang…” Kata ayah pada aku.

“Abang nak apa? Daun sireh, kemenyan, sintok, limau purut. Semua kami sedia dah tadi.” Kata Mak
Munah yang menyusup dari belakang kami.

“Takpa. Bagi ayaq kosong satu cawan, lada hitam dengan garam ja. Biaq Edi pi amik sendiri. Cuma
tunjuk kat dia ja kat mana nak amik.” Kata ayah aku pada Mak Munah. Aku pun turun menuruti Mak
Munah ke dapur. Dah dapat barang, aku kembali dapatkan ayah di atas. Kawan-kawan aku yang lain dok standby kat luar bilik. Mana tau Jan buat gila lagi habis diterajangnya semua orang.

“Kat mana tempat nak semayang?” Tanya ayah aku pada Pak Radi. Pak Radi pun tunjukkan bilik
anaknya yang satu lagi. Ayah masuk dan solat sunat 2 rakaat. Lama ayah duduk bertimpuh dalam
bilik tu sambil berdoa. Sesekali ayah membilang-bilang jari di tangan kanan. Usai solat sunat, ayah
keluar dari bilik tu. Waktu lalu di depan bilik Rina, ayah berhenti sekejap. Aku tau tu bilik Rina sebab
nampak dia masuk situ walaupun yang semalam tu bukan Rina.

“Ni bilik sapa?” Tanya ayah pada Mak Munah yang sedang duduk di tebing tangga.

“Tu bilik Rina. Depa semua tadak sini. Tadak sapa dalam tu.” Kata Mak Munah. Ayah langsung menuju ke bilik Jan. Sebelum masuk aku dengar ayah berbisik kalimah ta’awuz dan
bismillah. Kemudian disusuli surah Al-Baqarah ayat 284 hingga ayat 286. Ayat yang lazimnya kita
baca tatkala usai solat Subuh dan Magrib.
Kemudian ayah masuk perlahan-lahan mendekati Jan. Dipanggilnya Jan dengan panggilan yang
lembut.

“Faizan..faizan. Bangun…ayah nak tengok.” Ayah sering membahasakan dirinya pada anak-anak
murid sebagai ‘ayah’. Di situ akan terasa keakraban seperti ayah dan anak. Bukan guru dengan anak
murid.

Jan perlahan-lahan bangun dan duduk berhadapan dengan ayah. Matanya layu bagai keletihan yang
amat sangat. Ditatapnya mata ayah aku bagai memohon bantuan.

“Ayaahh! Tolong Jan…” Allahu…berjurai air mata aku waktu itu. Jan masih kenal ayah. Jan terus
mendakap ayah bagai seorang anak mendakap ayahnya sendiri.

“Tolong Jaaannn…Jan tak tahan dah ni..” Ayah pun memeluk Jan dengan penuh kasih sayang.
Seriously waktu ni, kami semua yang ada di situ merembeskan air mata. Terutama aku dengan
kawan-kawan. Terkenang kembali saat kami kecil dulu hingga muda remaja. Bagaimana kami datang
mengaji sekali dengan ayah, kena rotan dengan ayah, kena tarbiah dengan ayah. Bagaimana ayah
didik kami dari tak reti apa pun tentang agama hingga ramai antara kami dah jadi ustaz, mengajar pula pada anak-anak yang lain. Dengan izin Allah Ta’ala, kami jadi orang hasil didikan ayah.

Jan masih merangkul leher ayah tatkala ayah berkata…
“Anak…ni ujian untuk orang-orang hebat macam Jan. Allah tak turukan ujian kalau kita tak mampu.
Lagi tinggi ujian, lagi tinggi darjat hamba diangkat. Jan sabaq dulu…kita ikhtiar cara kita. Cara Nabi
kita.” Begitu ayah menenangkan Jan yang sedang menangis teresak-esak di pangkuan ayah.

Kemudian ayah lepaskan rangkulan Jan dan papah dia naik ke katil. Ayah baringkan Jan dengan
kepala diarahkan ke kiblat. Aku yang di belakang ayah masih menyeka air mata.
“Edi…mana barang-barang tu?” Pinta ayah pada aku. Lalu aku hulurkan benda yang ayah nak.

Jam waktu tu dah mendekati 11 pagi. Cahaya mentari di luar makin terik. Tetapi dalam bilik Jan
terasa gelap dan dingin. Jan melirikkan matanya memandang aku dan kawan-kawannya yang lain.
Sempat lagi si Apek tunjukkan peace…tanda wa caya lu bro. You can do it.

“Edi mai masuk. Yang lain pun boleh kalau nak tolong.” Ayah aku memberi arahan pada kami
berlima.
Aku pun masuk duduk di sebelah ayah. Member lain dok keliling.

“Ampa tau kan apa nak buat?” Tanya ayah pada kami.

“InsyaAllah ayah…” Jawab Apek.
“Ok…kita mula na. Pelan-pelan, jangan berebut” Kata ayah lagi. Lalu kami mulakan dengan kalimah ..
‘Laailahaillahillalahuwahdahu laa syarikalah, lahulmulkuwalahulhamdiyuhyi wayumit, wahuwa’ala
kullisyai inqadiiiirr…’ Zikir ini diulang banyak kali. Kemudian ayah mula masuk jarum.

‘Alfaaatihah…’ disusuli dengan Al-Baqarah ayat 1 hingga 5. Disambung lagi pada surah yang sama
ayat 163 hingga 164 serta seterusnya.

Tiba pada ayatul Kursiy…Jan mula mengeliat seperti kepanasan. Peluh mula terbit dari dahinya.
Sehingga ke surah Al-Mukminun ayat 115 – ‘ Afahasibtum innama khalaqnaakum…’

Jan bingkas bangun dari perbaringan dan menjerit…

‘Celakaaaaaaaaaaaaa kamuuuuuuu manusiaaaa….!!!” Dajeyyy terperanjat aku lagi sekali. Tetapi bibir tak lepas dari mengulang zikir kalimah tauhid. Rakan-rakan yang lain pun turut sama mengulang kalimat yang sama. Ayah terus sambung bacaannya sambil meramas-ramas biji lada hitam bercampur garam. Jan terus menerus menerus memaki hamun kepada siapa kami pun tak tahu. Marah benar bunyinya.

Tiba di kalimah ‘Qul uuhiyailayya innahustama’a nafarunminal jin – Surah Al-Jin Ayat 1 hingga 9, Jan
buka mata dan memandang ayah dengan pandangan yang paling marah pernah aku lihat atas muka bumi ni. Bagai harimau yang bersedia menerkam pelanduk. Ayah tetap tenang dengan bacaannya sehingga selesai ayat ke 9. Lalu ayah berhenti. Ayah perintahkan kamu berhenti sama.

“Bagi peluang dia bercakap.” Kata ayah aku.

“Kamu semua ni bakal celakaaaaa…..!!” Tempik Jan sambil mendengus kemarahan.

“Kalau kami celaka…kamu lagi celaka. Tu janji Tuhan..” Kata ayah aku. Jan masih terus mendengus
tidak berpuas hati. Ayah ambil secubit garam dan lada ditangan lalu dijentik ke dahi Jan. Terus
meraung kawan tu.

“Argghhhh……..babi!!! Babiiiiiii…..” Jerit Jan sambil digeleng-gelengkan kepalanya bagai dihentam
sesuatu.

“Apa nama hang?” Tanya ayah aku yang sedang menentang mata Jan.

“Faizan….faaaiiizan!!” Jawab Jan berulang kali. Nampak sangat menipu. Luku kepala tu baru tau.
Semalam cakap lain.

“Cakap betoi-betoi, nama apa?” Ayah aku mula tinggikan suara.

“Faizan la babiiiiii…..” Jerit Jan lagi. Lalu ayah aku ambil secubit lagi lada bercampur garam lalu
dijentik sekali lagi tepat ke dahi Jan.

“Arrrgggggg…..sakit la bodo..” Menggelupur kepala Jan tiap kali benda tu singgah di kepala dia.

“Menipu lagi sekali aku bagi mandi garam.” Kata ayah sambil hulurkan segenggam garam dan lada di tangan. Terbeliak mata Jan melihat benda yang ada di tangan Ayah. Sama macam aku nampak rotan ayah masa mengaji dulu.

“NAAASYIZAAAAHHHH……..!!!” jawab makhluk yang menghuni dalam tubuh Jan. Terus dia beratib
mengulang namanya sendiri berkali-kali.

“Haaaa…tu baru dia.” Kata ayah aku sambil tersengeh-sengeh pada kami. Aku naik heran. Dalam keadaan macam tu ayah masih mampu tersenyum. Kami semua ni pakat nak terkencing dah.

“Aku takmau tau hang dari mana dan sapa yang hantaq. Aku cuma nak hang balik. Tinggai budak
ni…” Kata ayah aku dalam nada tegas. Jan terus mendengus dengan dada turun naik. Keringat mula
membasahi seluruh tubuhnya yang keding menampakkan tulang-tulang rusuk.

“Abang…..saya nak tau sapa hantaq dia” Tiba-tiba Pak Radi bersuara dari luar bilik. Ayah aku berpaling ke arah Pak Radi dengan pandangan tajam.

“Ingat anak hang tu baik sangat??” Sekali lagi makhuk dalam badan Jan bersuara.

“Aku tau dia tak baik tapi dia tak pernah kacau hang. Hang mai sini buat apa?” Kata Pak Radi membidas kata-kata setan tu.

“Hang buta….tak nampak bangkai dalam rumah” Kata jin tu pada Pak Radi.
Pulak dahhh…drama apa pulak natang ni. Aku dah la tak reti berkias-kias berpantun pintan ni.

“Radi…tenang. Jangan layan. Biaq aku selesaikan benda ni” Lantas ayah aku memotong perdebatan
mereka sebelum sampai ke tahap pidato peringkat antarabangsa. Satu bangsa jin, satu bangsa
manusia. Boleh pening lagu ni.

“Dia buta …bodo….dia rasa dia pandai tapi dia bodo” Makhluk jin tu terus bubuh Pak Radi bertubi-
tubi. Dah kenapa pula dia dok bantai orang tua ni? Naik pelik aku.

“Diam…hang pun bukan cerdik sangat” Jawab ayah. Nyaris aku nak tergelak di situ.

“Balik la ni jugak. Jangan mai dah. Kalau tak, aku himbau dengan benda ni” Sekali lagi ayah aku ugut
dengan menghulurkan penumbuk ke muka Jan. Tergeleng-geleng kepala Jan tanda setuju. Kemudian
dia gelak kuat..

“Hahahahahahahahaha…hahahahahaha” Berdekah-dekah dia gelak. Biadap. Main-main.

“Bismillah.A’udubi’izzatillahi waqudratihi minsyarrama ujidu wa uhaaziru…” lantas ayah bacakan kalimah ini dan diulang 7 kali. Lengkap 7 pusingan…ayah ungkapkan…

“Allaaaahuakbar…!!!” Segenggam garam dan lada dilemparkan ke tubuh Jan. Menggelupur kawan
aku tu macam ikan terjebak ke darat. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Cuma terdengar bunyi nafas bagaikan orang yang sedang nazak. Dari celahan lubang-lubang di belakang Jan keluar asap hitam macam semalam. Halus dan nipis tapi dengan kadar yang lama.
Selang beberapa minit, tubuh Jan kembali kendur dan tenang. Lalu terjelepuk tak sedar diri.

“Angkat bagi duduk, bagi minum ayaq ni.” Aku pun bangun bersama yang lain. Kami tegakkan badan
Jan sambil tampar-tampar pipinya. Mata Jan terbuka tetapi masih layu. Bagai orang yang dah tidur
terlalu lama.

“Minum ni Jan” Bisik aku ke telinga Jan. Dia pun teguk air tu semahunya. Macam dah seminggu tak jumpa air. Meleleh-leleh berjurai ke dada. Lantas dia muntah semula air tu ke riba, keluar bersama air berwarna hitam yang berbau mengalahkan longkang. Tercungap-cungap Jan menghela nafas.

“Ayaq…aku dahaga” Jan bersuara meminta air. Mak Munah yang sejak dari tadi membatu di luar bilik terus berlari turun ke bawah dan naik semula membawa secerek air putih. Aku tuang dalam gelas dan Jan minum penuh bernafsu. Kesian aku tengok dia. Hampir 5 gelas dia langgah sekali pi.

“Jan….cuba mengucap” Kata ayah aku. Jan pun perlahan-lahan ucapkan kalimah tauhid, terketar-ketar suara dia keluar dari kerongkong.

Kemudian dia baring semula ke katil. Matanya masih tak larat nak diangkat. Tetapi melilau melihat wajah kami satu persatu. Pandangan matanya terpaku pada Pak Radi dan Mak Munah.
“Haaa tu..ayah hang dengan mak. Kenai tak?” Kata ayah sambil menjuihkan bibir ke arah sepasang suami isteri tu. Jan menganggukkan kepala tanda kenal. Berlinang air matanya membasahi pipi. Mak
Munah menerpa ke dalam bilik sambil memeluk anak kesayangannya tu.

Jan nak rebah ke katil tapi ayah tahan.

“Jom pi mandi dulu. Cuci badan bagi bersih.” Mak Munah mengangguk dan memapah Jan ke bilik
mandi dibantu geng aku yang lain.

Kemudian, ayah panggil Pak Radi.

“Hal ni belum selesai. Aku nak tengok tiap-tiap bilik dalam rumah ni.” Kata ayah sambil menyinsing
lengan baju. Ayah aku ni, kalau dia sinsing lengan baju tandanya dia marah atau tak puas hati. Aku
kenal sangat dah habit tu.
“Boleh. Abang berasa ada lagi ka?” Tanya Pak Radi.
“Wallahua’lam, kita cari dulu. Yang lain jangan ikut. Tunggu Jan selesai mandi. Edi dengan ayah Jan ja
ikut.” Lalu Pak Radi memimpin kami ke bilik sebelah.

“Ni bilik sapa?” Tanya ayah setelah pintu dibuka.

“Ni bilik Ayuni…la dok belajaq kat UKM. Ni dia balik cuti tapi ikut yang lain pi duduk rumah makcik
depa.” Ujar Pak Radi sambil membetulkan cadar katil yang nampak macam tak berkemas. Ayahmasuk dan melihat-lihat keliling. Setelah berpuas hati, ayah ajak ke bilik lain. Bilik Rina.

“Ni bilik Rina” Kata Pak Rudi sambil berkeriuk membuka pilntu bilik Rina. Ayah berdiri depan pintu
bilik, tercegat di situ tanpa mengikut Pak Radi masuk.
“Bilik Radi dengan dua anak lagi kat mana?”Tanya ayah.

“Di bawah. Miza dengan Nina yang kecik sekali tu share bilik. Dok sebelah bilik kami.” Jelas Pak Radi.

“Rina kerja kat mana la ni? Soal ayah. Nampak macam ayah lebih berminat nak tau hal Rina.

“Kat Penang. Dia pun ikut dok dengan makcik depa. Tapi dia paling kerap balik. Selang dua tiga hari
dia balik amik barang-barang dia. Kadang-kadang dia tidoq jugak sini. Tapi ni dah seminggu takmau balik. Sibuk katanya.” Jelas Pak Radi dengan mata tekebil-kebil tengok muka ayah.

Lalu ayah pun masuk dengan aku ikut dari belakang. Macam biasa, kalau jadi apa-apa ayah kena dulu…heh! Ayah melihat keliling bilik sambil mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.
“Pi amik ayaq sikit guna cebok. Amik dalam tandas tu pun takpa.” Ayah memberi arahan pada aku.
Lalu aku masuk toilet dan cari cebok…tak ada. Toilet ni hanya ada shower, tak ada kolah. Tapi ada
sebiji cawan plastik pada tempat letak berus gigi. Aku guna cawan tu, isikan air dan bagi kat ayah.

“Bismillahi Allahuakbar….” Ayah bacakan sesuatu pada air tu yang tak dapat telinga aku nak tangkap.
Lalu ayah undur ke pintu dan tuang air tu atas lantai betul-betul di tengah pintu. Air tu pun berlopak di lantai dan diam, macam tak ada apa-apa berlaku.

Selang beberapa minit, aku nampak air tu bergerak macam ada laluan di depannya. Macam ada laluan kecil yang membawa air tu ke satu arah. Air tu bergerak macam ditiup angin. Magic ni…1st time aku nampak ayah buat lagu tu. Awat dia tak ajaq aku?

Air tu terus bergerak merentas karpet, boleh nampak kesan air tu lalu di bawah karpet yang
terbentang dalam bilik Rina. Tercengang-cengang aku dengan Pak Radi melihat aksi silap mata
tersebut. Lalu air tu berhenti di depan almari baju Rina. Saat tu lah aku nampak seekor makhluk jin berupa macam seorang perempuan tua sedang duduk bertimpuh atas almari baju. Mukanya
berkedut hitam macam arang dan matanya putih…totally putih. Rambutnya putih beruban dan tidak
terurus. Di sini aku teringat kakak aku Tina Turner. Perempuan tu memakai baju kurung kedah yang
lusuh dan berdaki. Terus cering bulu roma aku tanpa bertangguh. Dia memandang ayah dengan
muka marah tapi tak berkata apa. Dia cuma mencebekkan bibir tanda benci. Pak Radi yang turut
sama menyaksikan kejadian tu jatuh terduduk di bendul pintu.

“Benda apa tu Edi” Tanya dia dengan suara tak berapa nak keluar.

“Tu jin pakcik.” Jawab aku yang turut sama nak menggelabah macam dia. Tapi aku buat-buat rilex
macam tak ada apa-apa. Padahal dalam hati dok bersiap dah nak lompat dulu kalau menatang jin tu
terkam kami. Tapi jin tu tak menjelma lama. Sekejap ja dia hilang dari pandangan.

“Nama dia Nasyizah. Kerja dia meruntuhkan rumah tangga orang. Buat laki jadi tunduk pada bini.
Buat huru hara sampai bercerai berai. Ni jenis kapiaq. Asal dia dari hutan dan gunung. Paling dekat
dari sini Gunug Jerai. Dia datang sebab ada orang yang bawa. Bukan datang sendiri. Dalam rumah ni
dia suka bergayut dalam almari baju, dalam tandas, atas kepala katil. Tiap-tiap saat dia bisikkan yang
buruk-buruk pada hati laki bini. Mengadu domba nak bagi kita sakit hati. Paling biadap bila dia tekan
kepala laki supaya tunduk bawah tapak kaki bini..” Jelas ayah aku panjang lebar menerangkan
biodata mangkuk ayun yang seekor ni.

“Siapa yang hantar??” Tanya Pak Radi lagi.

“Aku sebolehnya takmau sebut. Kesian kat hang Radi. Tapi ini hal keluarga hang, aku kena bagitau
jugak. Ni kerja Rina….” Whaaaaattt?? Terkeluar ungkapan tu dari bibir aku.
Rina? Rina yang aku dambakan tu? Yang nyaris-nyaris aku minta ayah masuk meminang tu? Jilake
frust aku macam ni.

Sambung ayah lagi…

“Rina tak puas hati dengan hang Radi…sama juga kat abang dia. Pasai harta. Jadi dia tundukkan
Salamiah supaya tundukkan Jan. Dia guna jin celaka ni jadi perantara antara Salamiah dengan Jan. Yang mengawal jin ni…Rina sendiri. Tapi dia tak faham jin ni nanti kawal dia balik.” Fuhhh….begitu
rupanya permainan dia.

“Astaghfirullah…” Pak Radi beristighfar dari belakang aku. Ayah bukakan tingkap, lalu menerjah terik mentari ke dalam bilik. Bilik yang tadinya suram kini cerah dengan limpahan cahaya. Lalu ayah perintahkan aku renjiskan campuran lada hitam dan garam tadi
di setiap penjuru bilik. Sambil direnjis, mulut aku kumat kamit membacakan ayatul kursy. Sayup-sayup kedengaran orang menjerit kesakitan bagai dipukul dengan belati. Ayah tetap berdiri tegak di tengah bilik sambil menangkat tangan memohon doa.

Dah selesai upacara merenjis di bilik bakal pasangan pengantin aku yang tak jadi tu, ayah maju ke almari baju. Dibukakan pintu almari dan diseluk ke dalam bawah lipatan baju. Lalu ayah keluarkan
dua patung berbentuk manusia. Satu dihias macam lelaki satu lagi dihias macam perempuan. Pada
tiap-tiap patung tu dibelit benang merah pada leher dan dicucuk sebatang jarum pada dada. Patung
tu ayah letak di tengah lantai bilik.

“Edi..amik beras, limau nipis dengan air.” Kata ayah. Aku bergegas dapatkan Mak Munah di bawah dan naik semula membawa barang-barang tersebut lalu diserahkan ke tangan ayah. Ayah campur
beras dalam air. Diperahnya limau nipis 2 biji dan direndam kedua-dua patung dalam campuran tu. Lalu ayah bacakan doa yang aku tak ingat dah tapi aku pasti itu ayat pemutus sihir. Dah selesai, ayah bagi perintah lagi kat aku.

“Edi…buka benda ni.” Kata ayah. Pak Radi serahkan gunting kecil yang diambil dari meja solek Rina.
Lalu aku gunting ikatan dan buka lipatan perlahan-lahan. Dalam tiap-tiap patung tu ada tanah
merah, jantung ayam yang dah kering, rambut serta tulisan jawi yang ditulis pada kain.

“Ni tanah kubur, ni jantung ayam, ni rambut Jan dengan rambut Salamiah. Ini sihir dari tanah jawa
atau pun buatan orang jawa. Kalau biar ni, boleh mati anak hang.” Ujar ayah sambil menghela nafas
kekesalan. Pak Radi hanya diam merenung barang sihir tu. Tergamam dia sebab tak menyangka
perbuatan tu dari anak dia sendiri yang iri hati dan tamakkan harta.

“Saya dah bagi semua kat Rina dengan apa yang sepatutnya dia dapat. Pasaipa dia buat macam ni kat kami??” Tersedu sedan Pak Radi berkata sambil menekup dahinya yang dah tua. Aku hanya diam sambil menepuk-nepuk bahu Pak Radi minta dia bersabar.

“Hati manusia ni kita taktau Radi. Walaupun anak kita sendiri tapi bila iblis cucuk sikit, ni la jadinya. Jadi aku serah kat hang lah benda ni. Kerja aku dah selesai. Urusan keluarga hang aku tak boleh masuk campur. Yang boleh aku buat, berdoa moga Rina diberi hidayah. Tapi aku nak jumpa dia
sekali..bukan sekarang. Waktu ni tak sesuai sebab kena jaga aib dia. Budak-budak ni pun ada sama
nanti malu dia.” Ujar ayah aku lagi. Makin hiba Pak Radi, makin kuat tangisannya sampai tersengguk-sengguk ke lantai.

“Sabaq. Ujian ni Tuhan bagi bukan saja-saja. Ada hikmah yang lagi baik lepas ni. Benda sihir ni aku
bawak balik. Nanti tau la aku buat.” Kata ayah sambi meminta aku bungkuskan benda tu dalam plastik.

Dah selesai hal patung tu, Pak Radi pun dah tenang, kami turun ke bawah. Geng aku dengan Mak
Munah pun ada di bawah bersama dengan Jan yang baru lepas mandi.

“Jan…insyaAllah akan sihat. Sabaq banyak-banyak. Semayang jangan tinggai langsung. Semayang tu yang jadi dinding kita. Berat macam mana pun mangkit la semayang. Banyakkan zikir ingat Tuhan. Ayah sayang Jan ni macam anak ayah sendiri. Semua anak-anak ayah ni ayah dah didik, dah bagi bekal buat hampa bawa hidup ni. Guna bekal tu baik-baik. Tapi jangan lupa bekal sendiri yang kena bawa pi depan Tuhan nanti. Yang boleh tolong kat sana nanti bekal hampa sendiri. Yang boleh bagi syafaat tu hanya Nabi. Ayah pun tak boleh tolong dah. Ayah pun banyak dosa nak jawab dengan Tuhan.” Ayah aku terus berkhutbah depan kami semua. Jan memandang muka ayah dengan senyuman bersulam air mata.

“Terima kasih ayah…terima kasih.” Kata Jan tatkala ayah memeluk tubuhnya yang kurus kering. Pak
Radi pun datang mendapatkan ayah, bersalam dan memeluk tanda terima kasih. Mak Munah duduk diam dengan wajah kembali berseri lantaran anak dia dah sihat. Tapi Mak Munah belum tahu kerja anaknya yang satu lagi. Itu biar Pak Radi yang ceritakan sendiri pada dia. Kami tak mahu jadi drama TV3 kat situ.

“Dah…kami nak balik. Apa-apa nanti bagitau ja kat Edi. Nanti dia sampaikan kat aku.” Kata ayah
sambil melepaskan rangkulan Pak Radi.
Setelah bersalaman dan berpelukan dengan sahabat kami tu, kami menuju ke pintu rumah.
Sebaik dibukakan pintu….aku terkejut berok siot.

RINA…!!
Rina sedang terpacak di muka pintu dengan wajah sebam, rambut tak terurus, air mata berlinang ke
dagu. Dipandangnya muka aku yang cuak tapi menten kacak ini. Tak terkata apa aku pun. Mati kutu…blurrrr!! Ayah datang dapatkan Rina dan dibawa ke dalam.

“Hampa semua tunggu kat kereta..” Kata ayah. Lalu pintu rumah ditutup. Cisss…baru nak layan
movie.

Ayah duduk dalam rumah agak lama. Sempat la kami membawang kat luar. Berbagai persoalan
dituju pada aku. Aku pun begitu-begini kelentong macam-macam demi nak menutup rahsia keluarga
Jan. Sampai kisah ini ditulis depa haram taktau punca Jan disihir.

Lepas setengah jam, ayah pun keluar ditemani Pak Radi.

“Selesai….kita doa yang baik-baik. Jom balik..” Kata ayah. Sekali lagi kami bersalam dan berpelukan
dengan Pak Radi. Sayup-sayup di dalam rumah telinga aku terdengar bunyi tangisan berjela-jela tak
henti-henti.

Kereta kami pun bergerak menuju pulang ke masjid. Tak banyak bicara yang berlaku sepanjang
perjalanan. Di tangan ayah tergenggam bungkusan plastik berisi sihir laknatullah. Di hati aku….

‘Ya Allah…hari ni Kau tunjukkan teladan yang sangat besar buat aku jadikan penunjuk dalam menuju jalan yang lurus. Jangan Kau bolak balikkan hatiku yang lemah ni Ya Allah. Tetapkan aku dalam
jalanMu yang benar. Peliharalah zuriat aku serta seluruh kaum keluargaku, sahabat-sahabat aku dari bencana fitnah sihir serta dajjal.’

TAMMAT….

P/S : Watak dan nama tempat diubah bagi menjaga kerahsiaan keluarga sahabat aku. Biar intipati kisah ini yang menjadi teladan.

Semasa kisah ini ditulis, Jan telah rujuk kembali dengan Salamiah dan kini mereka hidup bahagia
dengan 3 cahaya mata tercinta. Dengar kata Salamiah dah jumpa adik-adiknya yang telah sekian lama terpisah. Pak Radi telah meninggal dunia 4 tahun yang lepas. Mak Munah masih sihat cuma wal’afiat cuma dah terlalu tua. Rina….aku tak tahu…dan aku taknak ambil tahu. Aku sendiri dah ada marka aku sendiri dengan 5 orang anak yang comel-comel…macam pak dengan mak depa juga.
Sekian..

EDI SARATONGGA
FOLLOW FB KAMI.

46 comments

  1. Terbaik…naskah yang sarat dengan pengajaran dan perkongsian ilmu…cerita bro memang tak pernah mengecewakan…terima kasih…harap dapat menulis dan berkongsi ilmu lagi…semoga dapat membuka mata orang ramai tentang permainan jin & syaitan …

    1. Mcm berkait2 crite die ni ngn crite die nampk hantu kemban .. Crite die ngn apek angkt najis tu.. Org yg same?

      1. Yup …writer yang sama…boleh baca lagi cerita dia…terselit pengajaran & perkongsian ilmu…cara oldtimer kongsi ilmu tak sama dengan budak baru nak up kongsi ilmu…cerita santai je, takde la nak humble brag…

  2. Best nya citer ni. Byak pengajaran nya. Tak sangka beradik2 sendiri yg sanggup buat mcm tu….😐😐
    Looking forward to your next entry bro.

  3. aku ni jarang la nak komen
    slalu aku baca saja
    kali ni aku komen pasai aku syok baca cita hang
    kena boh satu buku nota beda nk tulih ayat penawaq
    nasib hang xkawen ngan rina noh

  4. best sngt cita nih… aku baca smlm takat jumpa natang tu dalam almari ja.. tiba2 pintu bilik aku tertutup sndri.. jejey ngoh.. dan2 ku lempaq nset lena smpai ke pagi.. pastu smbg blik baca..ank pulak kacau daun..🤣

  5. Baca cita hang ni sama serupa mcm baca karya #carlitorocker dan arwah #kucingkelabu tp dlm version santai, humor dan lebih ringan. Penulis pandai menarik minat pmbaca dgn plot yang brsmbung berangkai. Seakan nak lagi dan lagi utk scene seterusnya. Mmg mendebarkan. Guru yg hebat berilmu mcm ayah hang ni mmg ada style tersendiri kan. Teliti, tenang dan tepat. Al Fatihah utk Ayah dan Mak hang Edi. Keep it up n teruskankan sharing story2 ya

  6. Terima kasih semua. Maaf ya saya bukan perawat. Arwah ayah pun bukan perawat. Ayah cuma imam, guru al-quran dan guru agama di kampung ja. Kami sekeluarga sekadar ada sedikit pendinding utk keluarga sendiri. Dalam kes Jan ni ayah bg pengecualian sbb anak murid dia sendiri. Masa ayah kena attack pun kami anak2 yg ikhtiarkan dgn izin Allah.

    Terima kasih sekali lg atas sokongan. Kalau ada yg minta pertolongan tu sekali lg minta maaf. Ada lebih arif dari saya dlm hal rawatan. Wallahua’lam

  7. Huish seqerat abih darah dengaq nama baru..ni baru la nama kahaq..dan bro edi..tima kaseh ataih peringatan dan pengajaran setiap coretan..bukan senang oo nk recall balik pengalaman lepas sambil mengarang..silap2 bleh hang pala kalau ram rendah tak pun ptsd

  8. Begitulah namanya manusia hatta adik beradik sendiri, kerana harta benda mcm2 boleh jadi. Rambut sama hitam tp hati lain2, semoga Jan diberikan kesembuhan oleh Allah…

  9. terbaik penulisan ni. apa lagi cerita edi yang lain ya? tak jumpa pun dalam fiksyen shasha ni. ada siapa2 tau tak?

  10. edi tulis la lagi cerita baru T_T best weh cerita hang hari2 aku bukak page ni dok tunggu hang post cerita baru huhu apa2 pun hidup apek ah sai!!!

  11. Ni first time aku tinggal komen. Aku suka baca cerita dan pengalaman hang Edi. Cerita memang seram tapi cara hang bercerita memang hang ni kelakar orangnya..Boleh masuk Maharaja Lawak..haha…Rasanya semua cerita hang aku dah baca..Memang terbaik…

  12. Edi?? Org seberang jaya, masjid dekat tmn tun Hussein Onn? Dekat² kampung kita ni, pmtg pauh, masjid papan, bihun goreng hanguih…

  13. tak sangka…ahli keluarga terdekat yg punya angkara.. walau sepingan, sebantal, se emak sebapak,belom tentu kita bebas dr hasad dengki dan iri hati…semoga cucu2 nanek yg lain buat pedoman & pengajaran dari kisah edi ini… semoga kita semua terpelihara dari fitnah dajjal akhir zaman,,,amin…

  14. Semoga keluarga penulis dan kita semua diberi kesihatan yang baik dan dilindungi senantiasa, Ameen. Terima kasih untuk perkongsian yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.