Jin Siamang

Assalamu’alaikum w.b.t semua!

Thanks. Aku dah baca semua komen-komen korang. Tak tinggal satu pun. Alhamdulillah. ramai yang suka. Aku tak sempat reply satu-persatu. Tapi betullah. Korang tak payah imagine. Memang bersungguh pun aku laungkan takbir tu. Pedih anak tekak aku.

Okay. Kali ni cerita fresh punya. Baru je berlaku pada malam Ramadhan ke 7. Aku nasihatkan korang baca betul-betul. Ini bukan lawak-lawak macam yang tajuk ‘Kemenyan’ tu. Amaran keras, cerita ni panjang.

Untuk pengetahuan korang, sekarang aku dah pun kerja. Aku ada la menyewa rumah bersama 2 orang housemate aku yang lain.
Kawasan rumah sewa aku ni macam baru nak membangun. Suasana kampung gitu. Kiri kanan semak samun, tanah merah. Jalan tar lak muat satu kereta je. Kalau kau nak mati awal boleh la cuba-cuba racing jadi dak-dak Honda. Test power kereta Honda kau tu.

Malam-malam gelap je, takde lampu jalan. Kerajaan dah habis budjet kot buat mengundi. Kah! Memang bahaya jalan sorang-sorang terutamanya perempuan. Aku nasihatkan kalau korang perempuan dan kawasan rumah ala-ala macam kawasan rumah aku, kau jangan nak buat-buat berani balik sorang-sorang. Ajakla member kau teman. Tapi kau jangan cari pasal ajak boyfriend lak teman. Kang sesaja kena kenduri kau. Jangan cakap aku tak pesan .

Aku ni pulak, lately ada masalah insomnia. Susah nak tidur malam. Ada hari yang aku tak boleh tidur langsung. Esok tu pulak aku kena kerja. Mata penat nak tidur tapi otak aktif. Sudahnya aku memang tak tidur malam kekadang sampai 4 hari. Setakat tidur pejam mata sejam dua, barai wey.

Balik daripada kerja, lepas Asar, sementara nak tunggu berbuka, aku baca la cerita Fiksyen Syasya ni. Buat ubat tidur. Ni bukan bodek okay. Trust me! Betul punya. Waktu tu ada cerita baru publish tapi aku lupa tajuk apa.ada part yang dia nampak makhluk nak melompat dari tangki air ke apa. Macam boleh nampak makhluk lain la. Time baca tu, mata aku pejam. Bibir aku senyum. Senyum meleret-leret macam jumpa kawan bai. Pastu ada suara dalam kepala aku. Cakap apa entah aku macam dah lupa. Tapi suara tu cuba nak sembang-sembang dengan aku. Banyak cantik dia. Macam dah takde orang lain dia nak berbual. Kacau aku nak tidur je. Yang anehnya, sempat pulak aku pesan kat diri aku sendiri, ‘kau dah pehal senyum-senyum waktu tidur?? Bangun sekarang!! Ni bukan diri kau! cerita tu tak kelakar pun.’

Tersentak aku. Terus aku bukak mata. Aku dah rasa aneh-aneh. Malas je nak solat Asar. Tapi aku solat okay. Solat lu jangan tinggal. Perangai buruk tak pe. Asal lu jaga yang tu je. InsyaAllah, lu selamat.

Macam biasa, malam aku tak boleh tidur. Aku gasakkan baca Fs lagi. Tapi sekejap je aku baca. Aku ni bukan berani sangat. Kah!! Pastu aku main-main phone aku. Waktu tu, ada part badan aku yang rasa goosebumps tu. Berbintil-bintil. Tapi sekejap-sekejap je. Macam ada benda bergerak bawah kulit kau. Sekejap kat kaki. Sekejap kat leher. Sekejap kat lengan. Sampai laaaa dalam pukul 1.00am macam tu aku macam mengantuk. Nasib baik fon aku tak buat taik jatuh atas hidung aku. Kalau tak arwah dah. Arwah hidung. Handphone aku tak usik. Mahal oi nak beli baru.haha!

Aku rasa aku dah tidur lama sangat dah. Macam lena sangat. Siap mimpi. Mimpi pulak amboi! Pervert habis. Dan manusia dalam mimpi aku tu, memang aku kenal sangat.Astaghfirullah hal’azim. Mengucap aku. Tak pernah-pernah seumur hidup aku mimpi macam tu. Aku ni suci sesuci Balqis. (Cewah) Aku tiba-tiba terjaga sebab aku dalam mimpi tu cakap, ‘kau bangun sekarang kalau kau nak selamat!!'(Admin please jangan delete part ni..)

Aku bukak mata seluas-luasnya. Macam aku yang dalam mimpi tu roh aku yang berjaya kejutkan aku. It was so real. Otak aku blur. Tengah blur tu, mata aku tertangkap satu imej berbulu putih betul-betul depan mata aku. Kecik je saiz dia. Muka dan jari hitam, hidung dia panjang ke bawah sampai dagu. Tengah perhatikan aku tidur. Benda berbulu putih tu duduk mencangkung depan aku. Dia terkejut agaknya, tiba-tiba dia ghaib. Eleh kau. Dan-dan. Dia yang terkejut ke kau yang penakut.

Aku waktu tu tak payah cakap la. Berdebar. Berpeluh. Terus aku bangun bukak lampu. Aku tengok jam. Baru 1.46 a.m . Geram jugak la sikit. Sebab kacau tidur aku. Aku dah la susah nak tidur. Tak de hati perut langsung. Sempat jugak aku mencarut kat benda jin tu. Yal nakharomm anat semua aku bagi. Aku nak solat Isya’ . Campur sekali aku takut. Ye la. Aku dah carut kat dia. Aku takut dia apa-apakan aku.kang naya je.

Semasa aku nak melangkah masuk tandas nak ambil wudhu’, belakang aku meremang. Seram sejuk. Satu badan. Macam dia tak suka aku nak solat. Tapi masa tu aku tengah geram. Aku cakap. “Kau pegi jauh-jauh jangan kau berani-berani kacau aku. Kau tunggu. Aku baca surah al-ruqyah. “( tapi panjang sangat surahnya aku baca berapa helai je).

Tapi memang sampai ke sahur aku tak tidur. Aku memang sampai sekarang dendam dengan jin tu. Sekarang ni aku tak de la rasa meremang seram sejuk sangat tapi bila nak solat je rasa malas. Pastu baran tak tentu pasal. Pantang salah sikit. Senang nak marah orang. Nanti aku nak pegi jumpa ustaz. Aku confuse, sama ada, ni angkara jin ke, angkara manusia yang dalam mimpi aku tu.

Korang jangan ingat bulan puasa jin tak de. Yang kena gari syaitan. Bukan jin. Mereka wujud. Kalau tak, takkan ada jin islam jin kafir. Ye dok? Korang nak balik terawikh ke tu? Hati-hati. Jangan lewat-lewat.

Mohamad The Second
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

38 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.