Jiran

Hai, assalamualaikum. Nama aku Ara. Dah lama aku tak menghantar cerita di sini. Sekadar jadi pembaca setia saja. Aku baru teringat ada satu cerita yang jadi waktu aku duduk di satu taman perumahan ni dalam 15 tahun lepas. Time tu aku darjah 5. Cerita ni takda la seram mana, cuma nak kongsi pengalaman aku saja.

Sebelah rumah aku tu asalnya ada jiran lama ni duduk, tapi dia pindah and tak lama lepas tu masuk keluarga baru. Aku happy la sebab anak perempuan dia sebaya dengan aku, nama Wina, so tiap-tiap petang kitorang selalu main bersama and makin lama makin rapat, BFF gitu.

Sampai la satu tahap ni, dia cakap kat aku sebenarnya dalam badan dia ada benda. Dia cakap dah lama dah. Time dia cakap tu aku macam blur and terkejut at the same time sebab first time aku dengar cerita macam tu. Aku tanya la macam mana boleh ada. Dia cakap dia pun tak tahu. Cuma dia ada cakap, dia tak boleh kalau orang marah-marah dia, nanti jadi. Aku tak tanya lanjut kenapa, cuma dalam hati aku cakap dia ni mesti anak manja ni, so tu cuma alasan dia tak nak orang marah dia.

Sampai la satu petang tu, waktu kitorang tengah main kat luar rumah, ada sorang akak jiran selang dua buah rumah dari rumah aku ni tiba-tiba datang serang kitorang. Isu dia sebab kitorang tak nak kawan dengan adik bongsu dia. Hahaha. Adoi, lawak pulak ingat balik. Budak-budak sangat. Tapi memang keluarga dia tu masalah sikit, so mostly jiran tak banyak bergaul dengan family dia. Adik bongsu dia tu yang kitorang panggil Baby muda 5 tahun dari kitorang, and memang aku dah lama tak ajak dia main since Wina pindah rumah. So jadi isu besar pulak time tu, akak dia bising-bising mara-marah kitorang. Wina time tu dah mula nak nangis, aku masih control cool lagi la. And tiba-tiba bahu Wina belah kanan tu berhinggut sendiri. Orang panggil apa eh, aku pun tak tau vocab yang sesuai tapi bahu dia kat bahagian sendi tu bergerak sendiri macam orang Hindustan dok menari-nari tu. Gitu la gayanya. Tapi pergerakan tu memang Wina tak boleh control and tak boleh nak stop sendiri.

Wina dah menangis-nangis. Akak tu senyap sendiri and panik. Aku lagi la panik. Aku terus gi ketuk pintu rumah Wina, nak mengadu kat mak dia. Mak dia keluar terus ambik Wina masuk dalam, sambil cakap ‘Wina ni tak boleh stress-stress ke, orang marah dia ke, nanti mula la.” Yang kakak tu dah lari balik rumah dia dah.

Petang tu parents Wina bawak dia pergi hospital. Esoknya tu aku ajak mak aku gi lawat. Bahu dia dah tak gerak dah. Wina pun nampak okay je. Sembang-sembang dengan aku macam biasa. Tapi tiba-tiba je dia senyap. And mata dia terbeliak tengok aku. Mak dia cakap, “Hmmm, dah mula dah. Angah, angah tengok apa tu?”

Aku dah takut, aku gi sembunyi belakang mak aku. Aku curi-curi tengok dia dari belakang mak. Nampak mata dia terbeliak and melilau-lilau macam cari sesuatu. Aku jengulkan kepala di balik badan mak aku, nampak je aku terus straight mata dia buat eye contact dengan aku, aku cepat-cepat sembunyi balik sebab takut tengok dia.

Mak dia tanya, “Angah kenal tak sape tu?” Wina geleng je. “Ara tu. Angah tak kenal ke, kawan angah tu.” Dia geleng lagi. “Angah kenal umi?” Mak dia tanya lagi. Wina angguk. Time tu aku dah dapat keberanian sikit and berdiri sebelah mak aku samil tengok Wina. Macam biasa, nampak je aku terus mata dia tertancap tengok aku je.

“Kalau tu bukan Ara, angah nampak sape dok berdiri tu?” Tanya mak dia lagi sambil tunjuk kat aku. Aku time tu curious jugak nak dengar dia jawab apa. “Pocong.” Laju gila jantung aku berdegup. Hahaha. Pastu mak dia tunjuk mak aku pulak, tanya yang ni sape. Dia jawab mak pocong. And last sekali adik aku, dia cuma cakap hantu je. Last sekali mak aku ajak aku balik sebab waktu lawat dah habis, and tak nak kacau si Wina yang tiba-tiba tak okay.

Malam tu Abang Wina ada teks aku, aku panggil Along. Dia mengadu kata lepas aku balik tu Wina dah okay. Tapi malam tu jadi balik. Aku sebagai rakan prihatin ni risau la. Esok tu ajak mak aku gi lawat lagi. Macam biasa, time kitorang baru sampai tu dia okay, sambut kitorang sambil senyum, happy tengok aku datang lawat. Mak aku ada belikan kek coklat buat buah tangan hari tu.

Kitorang bersembang macam biasa. Aku, mak, adik aku dengan mak Wina duduk belah kiri Wina sambil sembang-sembang. Kiranya belah kanan Wina tu kosong, takde sape. Tiba-tiba dalam dok elok bersembang, Wina berpaling belah kanan dia. Cakap sorang-sorang, senyum-senyum. Aku terkejut, eh kenapa pulak ni. Mak dia tanya Wina, “Angah sembang dengan sape tu?” “Dengan Ara la umi.” Wina jawab sambil berkerut pandang mak dia. “Mana ada sape situ, Ara belah sini la angah.” Kata mak dia sambil tunjuk kat aku yang duduk belah kiri dia. “Tak la umi. Ara kat sini la umi.” Wina balas sambil sambung sembang dengan ‘aku’ dengan kepala dia mengahadap belah kanan dia yang kosong takde sape di situ. Sekali-sekali dengar dia mengekek ketawa, pastu sambung bercakap. Butir perbualan aku tak dengar sangat sebab dia cakap slow je. “Tu setan la angah!” Mak dia macam tinggi suara sikit. Terus Wina pandang mak dia dengan muka marah, pastu terjadi la episod mata terjegil dia sambil tengok-tengok atas siling. Gaya macam tengah tengok benda terbang. Mak dia time tu dah nangis-nangis, sambil cakap tu bukan anak dia dah, tu setan. Malam-malam dia tidur dengan setan. Mak aku pun cuba la tenangkan mak dia. Mak dia kata tak larat bawak pergi berubat dari dulu lagi, semua tak kena. Benda tu tak nak keluar, benda tu dah sayang si Wina.

Esoknya datang lawat lagi. Wina okay time tu. Tapi mak dia cerita, semalam lepas kitorang balik tu, ‘kitorang’ datang lagi. Wina tiba-tiba senyum cakap “Eh, Ara dengan mak dia datang la umi.” Sambil tunjuk kat arah pintu yang hakikatnya kosong takde sape, and aku dengan mak and adik baru je balik time tu. Mak dia cakap kat Wina, “Ara baru je balik tadi angah.” Tapi Wina macam tak hirau apa mak dia cakap. Wina suruh mak dia jamu kek coklat yang kitorang bawak tu. Mak dia tak nak, sebab mak dia kata tu bukan aku, tu setan. Tapi Wina paksa jugak mak dia jamu kek coklat kat ‘tetamu’ dia. Last sekali mak dia buka jugak kek tu, cubit sikit and lempar kat arah pintu tu. Wina yang dengar mak dia cerita tu terus celah, “Tu memang Ara la umi, umi je yang tak caye cakap angah.” Mak dia mengeluh je. Time lawat tu nasib baik dia okay je.

Malamnya tu Along teks aku. Dia cakap Wina mengamuk. Tendang habis doktor dengan nurse yang nak tengok dia. Sampai terpelanting ke dinding la kalau dari cerita Along tu. Punya kuat si Wina malam tu. Along cakap sebelum ni tak pernah lagi la Wina mengamuk ke apa ke. Tu first time. Puncanya aku tak jelas kenapa tiba-tiba dia mengamuk.

Esoknya aku dah tak pergi melawat sebab mak aku sibuk. Tapi malam tu aku dengar ada kereta masuk rumah dia, aku cepat-cepat bangun gi tengok sape. Rupanya parents Wina dah bawak balik Wina ke rumah. Aku excited la sebab Wina dah boleh keluar hospital. Aku tengok je Wina dari pintu rumah aku sambil lambai-lambai kat dia. Dia senyum je tengok aku dengan muka tak larat. Mak aku panggil aku masuk rumah, jangan kacau Wina.

Esok tu aku nak gi main ngan Wina pun mak aku tak bagi. Mak aku kata bagi Wina rehat dulu, aku pun akur je. Aku mesej Wina pun dia tak balas. So aku hanya contact Along je la, tanya keadaan Wina. Yang aku ingat, lepas dia discharge tu mak dia dalam misi nak berubat Wina. Jumpa ustaz la apa la, tapi semua tak dapat nak buang. Kata Along benda tu kuat sangat. Family Wina pun dah putus asa time tu, tak tau nak cari sape dah and diorang pun berehat kejap dari berubat Wina. Lagipun Wina okay je sejak balik rumah, dah tak jadi macam kat hospital hari tu.

Sampai la satu hari tu, ada sorang laki muda ni datang rumah Wina. Aku nampak time dia datang tu sebab dengar dia bagi salam. Aku ingat jelas lagi fizikal dia, badan berisi sikit, pakai kepiah, bertongkat and sebelah mata dia macam tertutup. Aku tanya Along, sape laki tu. Dia cakap dia tak kenal, tapi laki tu datang nak berubat Wina. And sebenarnya diorang dah takde panggil or cari sape-sape pun, tak tau macam mana laki tu boleh tiba-tiba datang. Mungkin jiran-jiran kitorang yang tahu cerita Wina ada tolong carikan kot senyap-senyap.

And alhamdulillah, laki tu berjaya buang keluar benda yang ada dalam badan Wina. Dia cakap ada dua ekor yang dah melekat lama dalam badan Wina. Aku ada tanya macam mana dia buang, tapi aku tak ingat dah Along cerita apa. Haha. Sorry la ek, time tu budak hingusan lagi yang tak paham pasal benda-benda ni. And laki tu sebenarnya cacat penglihatan, tapi Allah kurniakan kebolehan lain, boleh ubat orang. Mak dia memang berhari-hari asyik cakap pasal laki tu, kagum sebab selama ni bawak berubat merata, tapi takde sorang pun yang mampu buang, last sekali laki yang cacat penglihatan tu yang mampu buang. And Wina pun pulih seperti sedia kala.

Aku sampai sekarang ada beberapa benda yang aku tak jelas. Aku tak tahu macam mana boleh ada benda dalam badan Wina, aku tak tahu apa diagnosis doktor dekat hospital berkaitan bahu dia yang bergerak tiba-tiba tu. Lepas berubat pun aku dah tak nampak bahu dia bergerak sendiri, tak tahu sama ada bahu dia dah tak gerak sebab benda tu dah dibuang atau sebab takde orang marah dia atau buat dia stress. Aku pernah tanya, doktor nak buat apa dekat bahu dia. Dia cuma cakap doktor nak letak skru. Tu je la. Tapi aku rasa sampai sekarang dia takde buat apa-apa operation. Entahla.

Aku dengan Wina pun dah lost contact. Sejak aku pindah darjah 6 ke tempat baru, makin lama makin renggang and kitorang dah stop mesej. Baru-baru ni ada nampak kat Facebook, dia dah kahwin and dah ada sorang anak pun. Aku ada la tegur, tanya khabar gitu. Tapi takde la buka balik cerita lama. So itu je la cerita aku. Maaf kalau kurang kat mana-mana.

Ara

27 comments

      1. ni spesis bru nk idup sembang gebang. thn 2000 timecell dh ade sms free lg. ape ade heran. mak bapak die kaye kot. dengki pesal?

        1. bdk ni baru lahir tak tahun 2000. org dah pakai 3310 time tu.. tu yg dy gelak. mari kite gelakkan die pulak sbb jakun.. hahahahhahahaha

    1. apa yg pelik? aku tahun 2000 dah pakai komputer, siap internet (dial up la dah itu je wujud masa tu). bapak aku pun dah pakai handphone sony ericsson. mak aku guna nokia yg kekdg aku pinjam utk SMS kwn. 2004 aku dah ada phone sendiri.

    1. Tak pelik lah. Dulu kita pakai henset motorola mak je nak mesej dengan orang yang ada handphone. Zaman dulu Nokia 3310 pun boleh main mesej dengan call. 🙂

      1. kan? kita pun pakai hp mak kita dulu sebelum ada phone sendiri. yg kata pelik ni tak pernah tahu kewujudan handphone polyphonic dan SMS ke sebelum Whatsapp apa semua tu? hihi

  1. Apr skng dh jadi trend ke bercerita pun nak menipu agak2 la abg die teks ko budak tahun 5? Ape ko tau? Hingus pn meleleh lg..tadika kot 5 tahun ape ko pndai baca dh ke dh ad hp sndri ke aje gampang mnipu.cibai..
    Xpyh reply serius ak xbc..sp degil reply die pun gampang

  2. Sekolah rendah dah pandai tanya doc, ‘apa doc nak buat’ hahahahahahaha. Aku sekolah rendah kalau pergi hospital, still main kejar2 dgn sepupu lagi. Lagi2 kalau lawat orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.