Jiran Durjana

Issya- Jiran Durjana

Assalamualaikum. Thanks kalau cerita aku ni disiarkan oleh admin. Sebenarnya,aku nak cerita beberapa kisah yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam hidup aku. Firsty, sorry if cerita aku terpanjang sebab apa yang berlaku merangkumi selama 19 tahun aku hidup.

Umi aku seorang yang boleh melihat benda2 mistik. Abah dan aku ada sixth sense dari segi rasa. Adik yang bawah aku ni, aku labelkan dia special sikit sebab dia ni pernah cuba diambil oleh ‘orang’. Adik aku yang paling bongsu ni kembar lelaki, aku tak sure pulak tentang diorang ni. Cerita ni jadi masa kami mula pindah dekat rumah baru. Alkisah, terjiran pulak dengan orang yang acap kali menghantar dan mencuba ilmunya kepada keluarga kami. Mulanya, aku tak berapa faham sangat kenapa abah selalu bawak kami jumpa bomoh. Ok, masa tu aku banyak pergi jumpa bomoh.

Paling aku ingat masa umi kena santau. Badan umi dari gemuk sampai tinggal tulang dan kulit ja. Bayangkan dengan tinggi 165cm dan 80 kg asalnya tinggal 30kg lebih je. Tapi, umi makan sangat banyak. Kau bayangkan, tengah malam masa semua orang tidur, umi boleh makan bertambah dua tiga pinggan. Macam mana aku tahu? Sebab aku dari dulu sampai sekarang suka jadi burung hantu. Dalam masa setahun pulak tu. Macam2 tempat kami pergi. Apa yang keluar dari tubuh umi kebanyakannya ialah kaca dan miang buluh. 2 tempat kami pergi berubat dan keluar benda yang sama. Apa yang pasti, lepas kami pergi berubat, orang yang mengubati umi akan sakit selama berbulan2.

Dalam masa kena buatan orang, umi disahkan menghidap kencing manis sampai matanya hampir buta. At that time, aku darjah 3 dan adik aku 4 tahun. Dalam masa setahun, merata kami berubat. Lebih malang, bila umi tengah sakit ada yang mengambil kesempatan meninggalkan barangnya di rumah tok. Masa tu, tengah cuti sekolah dan aku, umi dan adik balik ke kampung. Ada seorang hamba Allah yang dah tua ni, dia tahu keadaan umi, boleh pulak dia tinggal barang dia. Lepas tu, bila umi tengah tidur dia kerap mimpi ada ular datang dekat dia. Walhal, sebelum ni memang umi tak pernah mimpi macam tu pun.

Abah bawak umi berubat merata tempat. Salah satunya dekat Kupang, Kedah. Banyak kali jugak. Tiap kali nak pergi berubat, umi akan berubah. Dia akan diam sepanjang jalan. Masa berubat, benda tu la jadi tukang jawabnya. 3 kali kena berubat baru hilang. Aku syak, banyak belaan orang tua tu. Lepas buang benda yang ada tu, umi mula sihat. Dah boleh hantar adik aku masuk sekolah apa semua. Sepanjang ‘waktu rehat’ umi dari buatan orang, kesihatan umi mula pulih. Cuma, tinggal penyakit kencing manis je. Umi pun dah operation mata baru sebab kesan diabetes tu mata umi jadi kabur. Masa aku darjah 6, umi pregnant lagi dan muncullah kembar.

Tapi, manusia berhati hitam ni tak berhenti di situ sahaja. Lepas adik aku lahir, dalam pantang diorang dah mula hantar. Tujuannya, nak bagi umi meroyan lah kot. Yelah, perempuan dalam pantang, kalau tak cukup rehat macam2 boleh jadi. Mujurlah masa tu, kami sekeluarga dah ada pengalaman macam mana nak atasinya. Adik aku akan menangis mula dari lepas maghrib sampailah ke subuh. Bayangkan keadaan masa tu. Tengah dalam pantang, dengan rehat tak cukup. Anak pula nangis tak berhenti. Memang tahap kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Kisah gangguan ni tak stop sampai situ ja. Abah aku selalu gak tolong bawak orang berubat. Ya la, kami kan dah banyak pi berubat. Tempat berurut pun banyak jugak yang abah tau. Abah pun pernah belajar silat tapi tak lama sebab tak boleh nak bagi komitmen. Lepas abah tolong orang tu, mesti dia kena balik. Abah ni ada penyakit gout. So, bila kena balik tu, lazimnya dia akan kena gout.

Sebut pasal gout, paling teruk abah kena masa aku form 5. Katanya, abah ada terlangkah sesuatu. Sesuatu dibuat seperti kapal. Ini semua penceritaan dari umi sebab aku ni duk asrama dari form 1. Kejadian ni berlaku pun masa aku kat asrama. Sebelum tu, umi cakap depa ada jumpa kain kuning macam terikat dekat paip rumah. Lepas tu umi pun, siram dengan air yassin. Ye lah, tak pernah-pernah ada kain terikat dekat situ. Manusia mana pula yang rajin nak masuk longkang pi ikat kain tu kan. Lepas siram tu, semerbak bau bangkai naik dan magicnya, kain tu hilang lepas beberapa ketika. Ada juga ternampak macam d***h dekat depan rumah. Dekat pagar. Lepas siram dengan air yassin, terus bau hanyir. Tapi kejap ja bau tu.

Abah kena serangan gout lepas raya cina 2015. Abah sempat hantar aku balik asrama sebelum jadi teruk. Abah takut tak boleh nak hantar lepas tu sebab kaki dia sakit sangat. Memang betul sebab lepas tu abah memang tak boleh jalan. Makan ubat gout pun tak lega sakit. Kebetulan masa tu, aku terlibat dengan pertandingan ko-akademik. Kiranya, masa abah sakit, aku memang tak ada dekat rumah mahupun sekolah. Seminggu aku dekat Penang, seminggu aku dekat Langkawi. Tapi hati aku memang tak sedap. Sebelum aku nak pi Langkawi, aku terserempak dengan abah, umi dan adik2. Diorang nak balik rumah tok. Kebetulan lalu jalan yang sama.

Balik dari Langkawi, aku terus balik rumah. Masa tu, abah dah kurang sikit sakit. Tapi, suara abah masih tak berapa nak keluar. Balik tu pun, sepupu aku ambik dekat sekolah. Malam tu, pak cik sedara aku datang sebab nak selesaikan apa yang patut. Lepas habis semua, esok baru aku korek story dari umi. Kata umi,a bah tenat dalam masa seminggu aku tak ada tu. Suara sampai hilang. Kaki bengkak macam kena gout biasa, tapi langsung tak boleh sentuh. Kalau tergesel sikit pun, abah rasa macam kena siat. Selalunya, dalam pukul 2 atau 3 pagi, abah terjaga sebab kaki sakit. Nak urut pun tak boleh. Cuma baca ayat Al-Quran sebab nak bagi reda sakit. Perut pun kembung sebab abah tak boleh membuang air besar. Seingat aku, seramai 4 orang bergabung untuk tolong abah.

Kaki abah jadi bengkak dan sakit sebab diikat kuat. Manusia tu guna ayam sebagai perantara. Kau bayangkan kau ikat jari dengan getah dan biar d***h tak berjalan. Atau kaki atau tangan terseliuh, lepas tu kau ikat pula tenpat yang sakit tu. Penghabisannya, Umi pernah mimpi yang ikatan tu dilepaskan lepas berubat. Lepas tu baru bengkak kaki abah surut. Dekat tiga bulan juga abah nak pulih sepenuhnya. Tapi, sampai sekarang abah jalan agak senget. Nak kata tempang bukan patah. Lepas SPM, aku kerja dekat satu gerai. Kebetulan umi hantar kuih dekat situ.

Allahuakbar, periuk nasi kami pula nak ditabur pasir. Tempat umi selalu buat kuih dekat dapur rumah tiba2 ada ulat mayat. Siapa pernah tengok ulat mayat, tau la rupanya macamna. Anehnya, dari pagi sampai asar je ulat tu ada. Lebih pelik bila dia ada dekat kawasan yang selalu umi pakai untuk buat kuih ja. Bila disapu, semakin banyak yang keluar tapi tak tau dari mana puncanya. Aku ingat sorang je makhuk yang nak buat benda durjana ni. Rupanya, kawan baik umi aku pulak sanggup tikam dari belakang. Sekali lagi badan umi menyusut. Rumah jadi panas. Aku, umi dan abah selalu bergaduh. Ayat paling best dari mak cik tu, “dia ni, selagi buat kuih selagi tu la badan dok lagu ni”.

Buat korang, mohon doakanlah dua makhluk ni bertaubat ke jalan Allah. Kalau setakat hantar anak sekolah agama tapi mak pak perangai mensyirikkan-NYA, aku pun tak sure macam mana.
Thanks for reading.

Issya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

13 thoughts on “Jiran Durjana”

  1. Hope cerita lebih detail… kawan baik mak jiran sebelah yerk.. apa motif dorang dengki..mesti ada sebabkan..???

    Reply
    • jiran dpn,blkg,kiri n kann rumah. smua ad mmbela. cuma yg pling disyaki jiran knn dn blakg rumh sbb dh byk kli kantoi.

      Reply
  2. Keluarga saya pon kena lebih kurang macam tu. Tapi. Paling geram sampai abah disantau angin then tak dapat nak berbuat apa-apa tengok abah terlantar tenat kat hospital. Akhirnya bertemu jua ajal. Paling tak nak kalah member dia sendiri yang buat benda shit tu yang merupakan jiran kita orang dulu. Sebab tu jangan tanya kenapa saya have a bad term with my neighbours.

    Reply
    • yup.. me too. xbleh nk brsangka baik dgn jirn2 dh skrg ni. klau baik sgt,kdg ragu2. knp jd baik sdgkn sblum ni nk brckp pun xmau. mcm ad udg sblik mee goreng. huhu

      Reply
  3. Iya betul, kenapa bisa ada orang yang berbuat begitu, pasti ada sebab dibaliknya.. Orang yang melakukan itu pasti iri/dengki pada keluarga kalian. Menurut saya, kalian sekeluarga harus tetap tegar, kuat, berdoa, dan mendokan balik orang dengki itu agar bertobat. Semoga tidak terjadi lagi hal seperti itu yang menimpa keluarga Anda, maupun siapapun di dunia ini, aamiin

    Reply
  4. Saya pun pernah juga kena kawan antar benda ni.dekat saya.supaya semua org yng nmpak saya org yang jahat,dan dia nak.semua org benci kat saya.siap lagi kawan ni hantar “sihir pembenci”..gara2 cemburu buta.
    dah serik jumpa org mcm ni.manusia bertopengkan syaitan banyak sekarang ni..lebih2 lagi yg suka berhasid dengki dgn kehidupan org.ni.

    Reply
  5. cerita ni mcm cerita aku, mak aku kena dari tahun 2003 sampai sekarang . still orang tu duk hantar , sbbnya dia bengang ayah aku tak nak jadikan anak dia isteri no 2 . hello, ayah aku syg mak aku tau! aku teringin nak cerita tp terlalu pahit ,perit . orang tu pon jiran satu taman je dgn aku , ajar org ngaji lg tapi perangai hareyy .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.