Joging 2 Pagi

Klang, Oktober 2009

Melangkah longlai balik rumah, turun dari bas kilang. Agak jauh juga rumah sewaku, Dalam 200 meter. Terlihat dari jauh pakcik Cina jiran sebelah rumahku sedang membersihkan taman bunga mini depan pagar rumahnya.
” Baru balik ke? ” dia bertanya sebaik aku buka mangga pagar gril.
” ya. Eh uncle tak pergi joging ka? ” soalku. Itu rutinnya tiap pagi. Biasa jam 8 begini dia belum balik. Tahu rutinnya sebab kadang sama-sama joging kalau aku cuti. Lokasinya betul-betul atas bukit berdekatan masjid. Yang tinggal Klang tahu lokasi ini.

Dia berhenti kemas bunganya. Berdiri cekak pinggang depanku. Aku turut berhenti depan pagar gril. Gerak tubuhnya bagai beri isyarat dia nak ceritakan sesuatu.
” Hah ni uncle nak cerita. Sebenarnya uncle dah joging. Awal lagi ” dia garu dahi. Pandang aku dengan mata bulat.
” Wah rajin uncle” balasku.
‘ ya dia sangat rajin….jam 2 pagi pergi joging atas sana tau!! ” muncul isterinya dari dalam rumah. Berdiri sebelah suaminya. Suaminya menyeringai.

” Umak aih awalnya auntie? Nak sahur ke atas tu? ” gurauku.
” bukan, uncle kamu ni, jam 2 pagi tadi tiba-tiba bangun kelam kabut, siap pakaian semua terus pi joging atas tu…auntie pun terkejut tapi malas tegur, lagi pun auntie tak tengok jam masa tu. Ingatkan jam 5.30 pagi” balas auntie serius. Aku angguk.

” tapi ah manyak suey wooo ni hari. Uncle naik sana, manyak seram.” Uncle sampuk bicara. Aku heran sekejap. ” kenapa uncle?” Pandang dia serius.
” sampai sana ah, penuh olang, tapi ah, semua muka tak jelas. Ya uncle tau uncle sudah tua, tapi mata masih jelas. Semuaaaa muka tidak jelas. Lagi sangat ramai orang macam ada kenduri atau party itu macamlah” tangannya ikut bergerak bagai helikopter. Isterinya malas ikut dalam perbualan kami. Dia masuk ke dalam rumah..

” uncle joging sampai atas tu ke? Yang dekat pencawang? ” soalku. Dia angguk laju. Garu kepala yang tidak gatal. Sunyi seketika. ” masa tu uncle belum rasa apa-apa lagi, tapi tidak lama selepas itu rasa pelik pula sebab terasa lambat matahari mau keluar, jadi uncle turunlah…lagi pun mereka semua tak layan”..

Kami berdua terdiam seketika. ” uncle nampak muka mereka semua?” Soalku. ” Tak! Itu yang pelik, uncle tau mata uncle sudah tidak berapa baik, tapi walau macam mana, still boleh nampak…yang pelik, semua muka mereka tidak jelas…macam kabur itu macamlah” balasnya beria-ia. Dalam kepalaku cuba membayangkan suasana itu. Bergerak naik bahuku serentak. Seram bulu roma. Lagi pun tempat itu pernah berlaku satu mayat di buang di atas puncak taman riadah tu, jadi kes polis, mayat tanpa identiti m**i d*****h. Buat seketika taman riadah itu sepi selepas kes itu. Selesai siasatan baru aktif semula. Tempat itu memang jadi tumpuan untuk berjoging pagi dan petang untuk penduduk taman setempat, ia tembus ke taman perumahan bersebelahan..

. Kalau cuti atau bertukar syif memang jadi rutinku berjoging di tempat ini. Kadang tembus ke taman sebelah. Sambil cuci mata, banyak cewek cewek hehehe.

Selesai berborak kosong seketika, aku minta izin nasuk rumah. Penat dan ngantuk menyerang. Uncle tu pun bagai mengerti bila lihat aku menguap berulang kali. Hemmm…..jam 2 pagi joging? Never…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 3.5]

2 thoughts on “Joging 2 Pagi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.