KACAU

Assalammualaikum pembaca FS sekalian, terima kasih andai kisah ini dapat dipublishkan oleh admin.Β First sekali aku just nak cakap, biar di mana pun kita berada, kau kena percaya makhluk halus yang Allah SWT cipta ni memang wujud. Tak kira dekat mana pun kau duduk, dia memang ada dekat dekat dengan kita. Baik atau jahat pun, dia ada sebab tertentu kenapa dia KACAU kita.

Okay, now, for the story…

kisah ni terjadi pada penghujung bulan tahun lepas. Aku student full-time dekat salah satu IPT di Sarawak. So, of course first semester dapatΒ roommate baru. Kolej baru ni just sendu sikitlah, jauh dari family sebab anak bongsulah katakan. Untuk dua, tiga bulan dekat sini, everything semua okay. Tak ada pun kepincangan yang aku rasa dan semuanya berubah apabila aku dan roommates decide nak ubah struktur katil dengan locker dalam bilik kami.

Aku ada dua orang roommate. Seorang Mekna, orang pantai timur dan seorang lagi Ciksom, orang negeri harum manis. Kolej aku diami ni ada tiga tingkat. Bilik kami tepi tangga tingkat kedua. So, bila student nak pergi kelas or apa, kalau diorang naik atau turun tangga, memang kami akan dengar. Lepas selesai mengemas bilik dan ubah kedudukan katil tu, masa maghrib tu aku dah rasa lain macam. Mungkin sebab time tu aku uzur, jadinya aku letih sangat sampai tertidur. Lewat malam, dalam pukul 12:00 lebih baru aku tersedar. Tengok-tengok jer Mekna dengan Ciksom dah nak masuk tidur. Maybe baru lepas siap discussion group dekat cafe kot. Aku pun apa lagi, dengan lapar apa semua, bangun, pergi mandi. Ingatkan lepas mandi apa semua nak makan maggi.

Korang ingat tak lagu filem pengabdi setan, Kelam Malam? β€œDi kesunyian malam ini, kudatang menghampiri dirimuuu” and bla bla something… Release last year, around September tak silap aku. Yes, lagu hantu bunyi loceng itulah aku dok nyanyi masa tengah nak ambil air panas dekat bilik pantry. Okay, aku tengah menaip ni pun berdiri bulu roma nak sambung cerita. Guess what? Tiba-tiba ada something macam tengah intai aku dari pintu, lewat dari ekor mata aku perasan benda yang intai aku tu rambut dia takat paras dada, berbaju tidur putih. Mula dari tu aku buat tak tahu jer. Malas nak fikir sebab aku dah stop menyanyi, then aku terus blah berlari balik bilik, kunci pintu.

Mekna terbangun. Mungkin dia terkejut sebab aku hempas pintu. Aku ingatkan dia tidur balik, rupanya dia tengah on-call dengan pakwe dia. Hampeh betul. So, aku ingat sampai situ jer dia KACAU. Tengah aku syok duduk belek-belek laptop sambil makan maggi, berbalas messenger… sayup-sayup dari bawah kolej aku, dekat tempat parking kereta/motor, aku terdengar suara orang, β€œtolonggg… tolonggg…”

Bersambung-sambung, tapi perlahan jer. Aku ingat balik, terdiam aku masa tu. Kau gila orang mintak tolong pukul dua pagi? Aku pusing kepala tengok Mekna, dia pun sama pandang aku. Aku bagi isyarat angguk, dia pun angguk (sah Mekna pun dengar apa aku dengar). Aku pun apa lagi, melompat atas katil! Aku berhimpit dengan dia. Bayangkan, lepas aku lompat atas katil malam tu terus bunyi anjing menyalak sahut-menyahut. Entahlah… orang cakap kalau anjing menyalak, dia nampak benda tu. Kami terus berselubung dengan selimut malam tu. Aku memang tak boleh tidur dengan macam-macam bunyi dekat luar bilik, bunyi orang tengah berjalan ke hulu hilir, bunyi kucing cakar kasut sukan kami…

Keesokan harinya, dalam pukul sembilan pagi, aku sedar-sedar jer, Ciksom dengan Mekna dah pergi kelas. Aku memang tak ada kelas pagi tu. Doctor cancel last minute. Tengah aku asyik main handphone atas katil untuk hilangkan fikiran tentang benda yang dah jadi malam tadi, tiba-tiba jer Mekna balik, buka pintu, muka masam mencuka. Aku pun tak tahu sebab apa dia jadi macam tu. Lepas dia buka tudung apa semua, dia duduk atas katil menghadap aku sambil main urai urai rambut dia. Aku ingat lagi aku bertanya pada dia, β€œkau takde kelas ke Mekna? Bukan kau ada kelas ke pagi ni?”

Dia jawab, β€œtakde. Aku malas nak pergi kelas. Nak duduk dengan kau hari ni…” terus dia senyum meleret sambil pandang aku.

Serious aku rasa lain macam dah beb dengan badan aku tiba-tiba rasa berat semacam, macam kena tindih. Terus aku sambung cakap lagi dengan Mekna jadian ni, β€œaku tahu kau bukan Mekna. Kau ni bukan Mekna kan?”

Then dia boleh jawab, β€œsiapa cakap aku ni Mekna? Hehehe…” dia boleh gelak pulak dekat aku macam tu. Aku pun apa lagi, tarik nafas dalam-dalam, sebut Allahuakhbar sekuat-kuat dalam hati. Aku tersedar! Ya Allah… aku mimpi rupanya. Lepas sahaja kejadian tu, aku tak cerita langsung dekat Mekna dan Ciksom. Takut nanti mereka berdua takut pulak. Habis jer uzur, terus aku ajak mereka berdua baca Yaasin untuk bilik kami. Yalah, masa mula/mula masuk, kami tak baca apa-apa kan? Jadinya, aku fikir ini tempat dia dan ini juga pengajaran untuk aku supaya tak terlalu anggap yang dia takkan KACAU kami.

Sampai sini sahaja cerita aku, harap dapat menjadi pengajaran untuk semua. YangΒ baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri kita sendiri. Ada masa, kalau korang nak, aku akan sambung cerita lagi pasal Psiko seram dari perangai Ciksom.

Salam sayang, Demoraaa.

 

Demoraaa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]

36 thoughts on “KACAU”

  1. Best!

    Tapi, yang suara minta tolong tu memang yakin bukan orang ke? Mana tahu ada yang kena serangan jantung ke dekat bawah tu OwO

    Sambung tau! Btw, penghujung bulan Mei 2018 ke jadi tu?

    Reply
  2. Aku tak faham. Semua kejadian dari makan megi sambil nyanyi sampai Mekna balik kelas tersengih tu, cuma dalam 1 mimpi ke?

    Reply
    • Seram, walaupun mimpi. Saya boleh terbayang jelmaan senyum meleret. Bahasa dan penyampaian yang santai menjadikan cerita ini lebih meyakinkan sebagai kisah dari pengalaman (walaupun mungkin rekaan) , 8/10 dari saya.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.