Kak Long

Salam ceria. Aku ni agak baru juga terjebak dengan kisah-kisah yang best dan terselit dengan pengajaran dalam FS.

Bila baca kisah-kisah pembaca lain, rasa terpanggil untuk berkongsi cerita serba sikit yang dialami Kak long aku.

Dari kami kecil sampailah semua dah berkeluarga, jika berkumpul, mesti kaklong akan sentiasa ulang kisah yang dialaminya walaupun kami semua dah tahu jalan ceritanya, haha.

Nak kata dia ada sixth sense entahlah, tapi mmg banyak ceritanya sejak dirinya masih kecil. Ceritanya pendek-pendek, tapi ada isi nk dikongsikan dan sebenarnya, aku tak pandai nak tokok tambah cerita dia utk dijadi bahan perisa, kang memandai mandai pulak, hehe.

Pekerjaan kaklong aku sekarang, seorang guru di Putrajaya.
Ok, antara kisah-kisah dia yang aku ingat antaranya:

Kisah 1: Pengunjung Pada hari kematian arwah tokki (datuk) kami.

Untuk pengetahuan semua, menurut kata ma, keluarga kami dahulu adalah dari kalangan miskin di kampung tetapi amat bahagia walau serba kekurangan. Rumah arwah tok dan tokki adalah betul-betul di sebelah sungai utama di kampung. Banyak sejarah sungai tu, antaranya sebagai penghubung orang kg waktu dahulu melalui jalan air. Menurut ma aku juga, sungai tu dulu pernah dijadikan lokasi filem “Sandokan” atau apa entah tajuknya, sekitar tahun 60-an atau 70-an.

Dalam kisah 1 ni, terjadi bila arwah tokki kami meninggal. Pada masa tu kaklong berumur 5 atau 6 tahun. Kaklong amat rapat dgn arwah tokki, jadi bila arwah tokki meninggal, kaklong berasa amat sedih.

Kemuncak kisah 1 ini adalah pada masa arwah tokki diletakkan di ruangan tamu rumah untuk orang kampung & sanak saudara ziarah, terjadi peristiwa di mana berpusu-pusu “rombongan” berjubah hijau & putih memasuki ruang tamu seperti menziarahi arwah, ramai. Sehingga beratur luar rumah. Masuk seorang demi seorang dan kemudian keluar. Mengelilingi arwah seperti menziarahi buat beberapa ketika.

Walaupun masih kecil masa tu, kaklong beritahu bahawa org lain seperti tidak sedar dan perasan akan kedatangan “rombongan” tersebut. Mereka hanya singgah dan melawat arwah sehinggalah semua urusan selesai.

Jadi dengan kisah pertama kaklong ni, terubatlah kerinduan kami adik beradik lain yg tidak sempat kenal dan bersua dengan arwah tokki kami, samada di sebelah mak atau ayah. Sebab kami adik beradik yg lain belum lahir lagi.

Dan disebalik cerita ini, kami semua ambil iktibarnya. Apa yg terjadi hanya Allah yg Maha Tahu akan segalanya.

Memang byk cerita dari kaklong aku ni, dari dia kecil, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk U, bujang sampailah lepas berkahwin, akan ada saja cerita dari dia, haha.

Peristiwa 2: Suara lolongan dari sungai.

Di sungai kg aku (sealir dgn sungai dari kisah 1), dari tahun 1990-an ke tahun 2000 sebelum terbinanya lebuhraya sekarang, pengangkutan yg menjadi penghubung antara kampung kami dengan kampung seberang adalah bot. Kami panggil “bot nambang”.

Dulu, sungai kami ni memang selalu terjadi tragedi lemas setiap tahun. Sampaikan orang-orang kampung memberi gelaran “sungai makan orang”.

Sebenarnya kes lemas ni terjadi sebab mangsa yang mandi tak minta keizinan dari mak ayah, atau ditemani orang-orang yg bepengalaman, pandai berenang dan boleh tolong awasi kalau nak mandi sungai. Macam aku. Eh, ewah!

Okay, berbalik kepada kisah “sungai makan orang”, kaklong berkongsi kisahnya bilamana masa tu dia dalam tingkatan empat atau lima macam tu.

Pada satu malam tu, dia terdengar satu lolongan suara yg mendayu dayu, “tolong… tolong…”

Sayup-sayup terdengar dari kejauhan. Mendayu-dayu dan kendengaran sedih. Kaklong masa itu berada di hadapan cermin sambil menampal bedak sejuk pada mukanya. Dia memasang telinga dan berkata dalam hati, “eh, ini bukan bunyi kucing bergaduh ni…”

Jelas lolongan suara tu, “tolong… tolongg…”

Mendayu-dayu sayu, datangnya dari arah sungai. Lama kelamaan hilang dari pendengaran.

Dan selang beberapa hari lepas tu, berlaku kejadian lemas di sungai kampung kami.

Kaklong terkesima.

Hanya Allah yg Maha Mengetahui segala sesuatu.

Beberapa siri tragedi lemas dan meninggal juga terjadi, antaranya adalah rakan aku sendiri dan ada yang hampir lemas depan mata aku sendiri.

Sekarang, sudah tiada kejadian lemas di sungai kampung kami, sebab anak remaja sekarang sibuk ber-Tik-tok dan ber-Kiki, eh!

Taklah, sebab dah dibina jambatan penghubung antara kampung kami denhan kampung seberang.

Terima kasih Dato’ Sami Vellu! Eh, betullah… dia yang rasmikan jambatan tu. Masih kuingat, masuk surat khabar lagi tahu! Ayah long dengan member aku interframe sebelah Dato’. Haha.

Dan banyak lagi kisah seram Kaklong sebenarnya. Antaranya, kejadian histeria di asrama sekolah menengahnya apabila kehadiran tetamu berpakaian serba hitam dan bersongkok berada di sudut dewan sekolah. Kaklong dan beberapa orang membernya sahaja yang tak histeria. Terpaksa mengawal lalulintas serta tolong mengawal para pelajar yang histeria.

Yang hairannya, sosok tetamu bersongkok dan berpakaian serba hitam tu sebenarnya Kaklong seorang aje yang perasan! Namun semuanya berakhir apabila ustaz hadir.

Seterusnya kisah pocong semasa di asrama. Terjadi apabila Kaklong berpaling muka (dari sisi kanan ke kiri), katil jenis double decker. Kaklong tidur di sebelah atas. Pap! Bila berpaling je, betul-betul pocong berada hampir dengan muka Kaklong. Posisinya sedang berdiri. Bayangkanlah betapa tingginya pocong tu. Allah!

Dengan tenang Kaklong memalingkan kembali mukanya ke arah dinding. Kaklong memanggil dan bertanya kepada membernya yang tidur di katil bawah, “sis, dah tidur belum tu?”

“Ya, sis? Ada apa sis?” membernya menjawab.

Lantas kaklong pn memberi arahan, “tak ada apa, sis. Sambunglah balik tidur. Menghadap dinding tau…”

Alamak, apa lagi! Member Kaklong aku tu pun cuaklah! Dia dah syak sesuatu, sebab dia tahu Kaklong aku ni macam mana. Kalau ada arahan macam tu, maknanya ada perkara yang tak kenalah tu. Habis menggigil dia. Kaklong aku ni pulak, dia kata dia tak berani nak turun dari katil, sebab dia takut nak palingkan muka.

Maka esok tu, berhuhulah antara mereka berdua dan rakan-rakan yang lain bila Kaklonh beritahu kisah semalamnya tu.

Seterusnya ada lagi cerita Kaklong. Antaranya, kelibat lembaga tanpa kepala sedang mandi. Amat jelas memang tak ada kepalanya, Kaklong beritahu.

“Kecebur! kecebur!” Mencedok air dari gayung dan mandi. Nasib baik dia tak menyanyi je.

Peristiwa ni terjadi masa dia menyewa rumah masa belajar.

Dan banyak lagilah kisah dari Kaklong. Mungkin jika Kaklong aku sendiri yang karang cerita-ceritanya, mesti lebih syok.

Ada aku beritahu pada dia untuk menulis cerita-cerita yang dialami, namun dia menolak. Nantilah kalau ada masa, katanya. Mungkin kekangan masa sebagai seorg guru. InshaAllah, kalau diizinkan.

Aku mohon maaf jika ayat-ayat yang dikarang ini berterabur lenggok dan bahasanya.

Terima kasih admin jika berkongsi dengan semua pembaca Fiksyen Shasha kisah-kisah Kaklong kesayangan kami ini.

Assalamualaikum dan sekian

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Kim

13 thoughts on “Kak Long”

  1. kalu aku yg duk tpt kak long ko masa bertentang mata ngan pocong tu….x taula ape jd..x aku lari..pocong tu yg larik..serem…sambungla lagi

    Reply
  2. Tanyakan juga kak long apakah amalan arwah tokki semasa hayatnya…mungkin kah sorg guru agama?…..sehingga diziarahi rombongan misteri di akhir hayatnya

    Nanti sambng Tau…kami tggu

    Reply
  3. Bagus gaya penulisan anda. Jelas dan ringkas, mudah difahamkan. Sila teruskan mengarang kisah kak long yang berlaku lagi.

    Reply
  4. Cerita ni buat aku teringat kisah masa ibu aku meninggal. Family ada kat johor tapi masa tu aku kat kedah. Bila aku sampai je rumah abah aku, aku nampak ada seorang lelaki berbadan tegap, tinggi dan pakai fullset blazer warna hitam. Dia pegang camcorder besar macam untuk orang nak shoot video. Dia diri kat corner rumah abah. Masa tu, aku tak terfikir benda pelik. Cuma aku macam marah dalam hati, “ko dah kenapa nak rekod video jenazah ibu aku?”. Tapi aku tak tanya siapa² pun pasal org ni. Sampai la esok hari masa tgh breakfast dgn family dan saudara mara, aku tanya siapa org tu. Dan tiada seorang pun yang ngaku nampak orang tu. Aku siap marah. Punya la besar tinggi orang tu, tak kan takde siapa yang nampak. Sampai sekarang aku berteka-teki.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.