Kampung Toyol

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih la dekat Admin sebab sudi publishkan kisah aku yang tak seberapa ni. Nak kata seram tu tak ada lah sangat tapi kalau sekadar hiburan ok lah jugak. Ni antara pengalaman & kisah yg orang pernah ceritakan kat aku la. So harap korang enjoy la ye kisah aku ni.

Aku ni boleh dikategorikan berani jugak la. Bukan nak meninggi diri tapi memang hakikat. Hehe. Okay, sorry.

So kali ni aku nak cerita la beberapa kisah mistik yang pernah aku alami. Even sampai sekarang pun aku tak pasti apa yang aku alami tu realiti atau ilusi. So let’s go!

Kisah 1: Sah, Toyol!

Kejadian ni terjadi masa aku berumur 15 tahun. Waktu ni tak ada siapa pun kat rumah kecuali aku & adik-adik yang berumur 12 tahun dengan setahun. Mama, abah dan along aku keluar pergi meeting CNI. Tau tak CNI? Time ni memang parents aku agak aktif la. Tiap-tiap malam pegi meeting tinggal aku & adik-adik kat rumah. Rumah aku dekat area kampung. Setanah dengan rumah aku tu ada rumah pak cik aku betul-betul sebelah rumah aku dengan rumah mak usu aku sebelah belakang. So kalau ditakdirkan terjadi apa-apa, pak cik aku ada. Even mak cik aku batuk pun boleh dengar sampai ruang tv rumah aku. So boleh bayangkan, dekat sangat kan rumah kitorang?

Berbalik kepada cerita tadi. Malam tu tak ada la sunyi sangat. Kebiasaannya aku dan adik-adik aku akan tidur kat ruang tv tu je la sambil tunggu parents aku balik. Ruang tengah which is ruang tv ni bersambung dengan dapur. So kalau tengah tengok tv pon memang akan straight nampak dapur terus tanpa ada apa-apa halangan. Sebelum tidur, aku akan check semua pintu dan tingkap. Tingkap belah dapur tu memang selalu jugak la kitorang bukak malam-malam sebab panas, biar angin masuk. Aku akan tutup semua lampu dalam rumah sebab aku tak boleh tidur kalau lampu terbuka. So cahaya yang ada cuma dari porch kereta yang masuk melalui tingkap tapi samar-samar lah kan.

Dah siap semua, aku dan adik-adik pun tidur. Adik aku yang umur setahun tu tidur dalam buaian. Dalam pukul 12 tengah malam macam tu, aku terjaga sebab aku dengar something kat dapur. Jarak antara aku dengan ruang dapur tu sangat dekat. Dalam dok termamai-mamai tu aku pandang ruang dapur kat atas sinki. Aku nampak macam ada benda bergerak-gerak. Aku besarkan mata nak fokus la betul ke apa yang aku nampak. Sah! Toyol masuk rumah aku!

Yang seekor aku nampak dekat sinki. Yang seekor lagi aku nampak dia dok berpusing-pusing dekat meja makan. Aku apa lagi, menjeritlah! Segala ayat keluar. Tak habis-habis aku sebut, “Allah! Allah!”

Adik-adik aku pun terjaga sebab dengar aku menjerit. Adik aku yang dalam buaian boleh automatik melompat turun sebab terkejut. Aku dah cuak dengan aku seram sejuk menggigil lagi, dengan adik-adik aku menangis. Memang aku nampak jelas sebab cahaya porch kereta memang masuk menerangi ruang dapur.

Ada la dalam 5 minit macam tu aku menjerit. Then aku rileks jap tarik nafas. Pujuk adik-adik aku. Aku bukak lampu lepas tu aku pergi dapur jenguk-jenguk. Tak ada apa. Pak cik aku yang duduk rumah sebelah telefon tanya dengar tak ada orang menjerit-jerit. Sambil menangis, aku cakap la aku yang jerit. Pak cik dan mak cik aku terus datang rumah aku. Aku cerita la semuanya. Nasib baik adik-adik aku dah okay time ni. Tak lama lepas tu mak dan ayah aku balik. Terkejut la diorang tengok kat rumah ramai-ramai kat luar.

Aku terus peluk abang aku sambil menangis. Pak cik aku yang cerita dengan parents aku. Malam tu memang aku tak boleh tidur. Kitorang pakat tidur kat ruang tamu ramai-ramai. Dalam pukul 3 pagi macam tu aku terjaga sebab aku tengok ayah dan abang aku macam kecoh-kecoh. Aku tanya mak aku kenapa, tapi mak aku diam je. Ayah dan abang aku pergi round keliling rumah, tapi tak ada apa. Tak lama lepas ayah dan abang aku masuk, kami terdengar macam ada orang baling batu kat atap rumah. Tiga kali macam tu. Selang sejam macam tu, bunyi tu jadi lagi. Aku tak tahan dah nak menunggu, aku tidur sampai subuh. Esoknya aku tanya kenapa dengan bunyi tu. Mak aku cakap, tuan punya toyol tu panggil ‘anak’ dia balik.

Dekat kampung aku tu memang ada lima atau enam orang yang bela toyol ni. Kalau orang-orang yang hijab terbuka boleh nampak toyol tu diletak atas bahu, diusung ke hulu ke hilir.

Kisah 2: Kerja Kahwin.

Aku tak pastilah kampung lain macam mana, tapi bab-bab toyol ni memang famous dekat kampung aku. Tuan punya toyol ni semua orang tahu. Semua orang kenal. Tapi diorang ni ala-ala muka tembok gitu. Tak makan dek nasihat.

Kebiasaanya bila musim kenduri kahwin, kebanyakannya akan berhati-hati. Aku ingat lagi time abang-abang aku kahwin. Mak aku akan asingkan sampul duit yang orang-orang yang dikenal pasti tuan punya toyol ni. Sebab diorang akan ikat toyol tu dalam sampul. Once kau bukak je sampul tu, toyol tu akan berkeliaran dalam rumah.

Kejadian ni terjadi masa abang sepupu aku yang duduk sebelah rumah aku tu kahwin. Macam biasalah, alhamdulillah semua berjalan lancar. Pak cik aku pun dah sedia maklum pasal hal toyol ni. Pak cik aku dah siap sedia asingkan sampul orang-orang berkenaan. Nak dijadikan cerita, kakak sepupu aku yang masa tu belajar dekat Melaka nak balik semula ke hostel. So, pak cik aku tu hulurlah tiga ke empat sampul toyol tu dekat kakak sepupu aku. Pak cik aku pesan, buka kemudian sebelum sampai hostel. Tapi entah mana silapnya, kakak sepupu aku terbukak sampul tu dalam rumah, then dia terus balik Melaka.

Nak kata petua pun tak, kepercayaan pun tak. Mak aku cerita, duit sumbangan kepada pengantin ni kalau boleh jangan kira dalam rumah. Kena bawa ke tempat lain untuk kira, atau terus masuk dalam akaun bank.

Malam tu pak cik aku dok kira duit sumbangan tu dekat rumah sebab dia yakin yang toyol-toyol tu dah dihantar ke Melaka naik bas. Hahahaha.

Selesai je mak cik aku solat Isyak, dia pun sambung berzikir. Pak cik dan sepupu lelaki aku pergi masjid. Tinggal mak cik aku dekat rumah sorang-sorang. Waktu berzikir tu, tiba-tiba mak cik aku rasa mengantuk. Tapi dia lawan jugalah sebab nak habiskan zikir. Tiba-tiba dia rasa macam ada benda terbang atas kepala dia. Terbang dalam bulatan, gitu. Mak cik aku dah berpeluh-peluh dah. Tak lama lepas tu dia dengar ada benda berlari atas bumbung rumah. Rumah mak cik aku ni rumah kayu tinggi. Boleh rasalah bergegar rumah dia.

Dia teruskan jugak berzikir. Dia tak nak kalah. Tak lama lepas tu, mak cik aku dengar pak cik aku balik dari masjid. Dia dah rasa lega. Gangguan tu pun dah hilang. Atas nasihat mak aku, diorang sambung kira duit tu dekat rumah aku dan simpan dekat rumah aku, sebelum esoknya pak cik aku masukkan dalam bank.

Kisah 3: Kena Paku.

Kejadian ni terjadi waktu majlis perkahwinan adik aku dua tahun lepas. Kisah ni adik aku yang cerita apa yang terjadi sewaktu majlis sambut menantu dekat rumah mertua dia. Adik aku berjodoh dengan orang sekampung jugak. Bapa mertua adik ni memang seorang yang dikenalilah. Apa-apa hal yang terjadi dekat kampung tu semua akan panggil bapa mertua dia tolong settle. Kakak-kakak ipar adik aku ni memang ada yang boleh nampak benda-benda halus ni. Ada juga yang lemah semangat, senang kena rasuk.

Sewaktu persiapan majlis tu, salah seorang kakak ipar adik aku ni tiba-tiba sakit kepala. Tak larat nak buat kerja semua sebab dari awal minggu tu macam-macam dah dia buat. So diorang suruhlah berehat, masuk bilik. Kira-kira lepas zohor macam tu anak-anak buah dia berlari turun ke dapur, tempat orang-orang tengah rewang. Ada yang terjerit. Ada yang menangis. Rupanya kakak ipar adik aku tu dah mengamuk dekat atas rumah. Kejap-kejap menangis. Kejap-kejap ketawa.

Masa mula-mula, salah sorang anak buah dia pergi jenguk dekat bilik dan nampak kakak ipar adik aku menangis dekat sudut bilik. Bila ditanya kenapa, terus disergahnya budak tu. Mengikut cerita adik aku, kakak ipar dia tak boleh berdiri. Membongkok macam orang tua sambil menangis. Bapak mertua dia dengan beberapa orang kampung dan imam cubalah tenangkan kakak ipar dia. Akhirnya, kakak ipar adik elok seperti sedia kala.

Seorang lagi kakak ipar adik aku ni ada anugerah hijab terbuka. Sepanjang majlis tu berlangsung, macam-macamlah ulasan kakak ipar yang seorang ni. Kejap karang dia cakap orang ni bawak toyol dekat bahu, kejap karang, orang ni ada bela saka. Yang ni pulak bawak hantu raya. Siap cerita detail macam mana rupa makhluk-mahluk ghaib yang dia nampak.

Macam biasalah, pengasingan sampul dilakukan, tapi bapa mertua adik ni ekstrim jugaklah. Habis je majlis, sampul-sampul yang diasingkan tu dia pakukan dekat tiang rumah. Tak ada siapa berani sentuh. Malam tu tuan punya toyol datang rumah merayu-rayu mintak bapa mertua adik lepaskan toyol-toyol yang dipaku tu. Sampul-sampul yang berisi toyol tu semua dipulangkan kepada tuannya.

Kisah toyol ni dah jadi kelaziman dekat kampung aku. Tuan punya toyol ni pun ada yang dah tua & nyanyuk sekarang. Berlegar-legar dekat kampung nak cari pengganti. Kadang-kadang satu tuan sampai tiga atau empat ekor toyol dibelanya, tapi macam tu jugak. Tak kaya-kaya pun.

Ada yang nak ganti? PM tepi, okay? Hehehe..

Lieynne Ramly
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 comments

  1. Cerita ni 100% best..perhhh klau aku jadi ketua kampung tu dah lama dah aku halau tuan toyol tuu.hahahahaha.bukan apa sbb nk pastikan keselamatan kampung jaa hihihi klau ketua kampung tu bela toyol jugak aku pon x tau cam mna nk settle hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.