KAN DAH KENA!

Cerita ini merupakan kisah yang diceritakan oleh adikku yang aku anggap paling nakal dalam family ni. Almaklumlah budak-budak nak meningkat remaja ni rajin sangat melepak dengan kawan-kawan sampai ke tengah malam. Bila ditegur suruh balik awal katanya malam masih muda. So cerita ini boleh dijadikan pengajaran buat budak-budak kat luar sana yang suka sangat melepak sampai ke tengah malam.

Cerita ini berlaku lebih kurang 14 tahun dulu. Masa tu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Emak aku dah makin risau sebab adikku dari tadi tak balik-balik. Lepak dengan kawan-kawan katanya. Sampai emak aku kata “kang ada yang mengikut kau balik baru tau!”. Mulut emak ni masin ye kawan-kawan. Dan ape yang terjadi malam tu memang ada yang ikut adik aku balik (hahaha… padan muka kau!).

Nak dijadikan cerita, port adik aku lepak tu terletak bersebelahan kubur. Ya kubur! Tapi jaraknya adalah dalam 100m macam tu. Alah, dah nama kawasan kampung, lepak pun area warung yang ada jela kan. Masa tu ramai lagi dekat warung tu. Bila waktu dah menginjak ke pukul 11.30 malam, makin lama pelanggan pun mulai berkurang. Kira tinggal group adik aku jer yang lepak masa tu.

Dalam kecoh-kecoh berborak tu, adik aku ni pun terpandanglah sebatang pokok yang rendang terletak betul-betul di tengah kubur tu. Tiba-tiba dia terperasan dekat dahan pokok tu macam ada benda yang bergoyang-goyang. Makin diamati baru adik aku perasan yang dia nampak tu adalah sepasang kaki perempuan yang sedang berhayun dekat dahan pokok tu. Dongak sikit jer nah dia tunjuk satu badan tapi dia pandang ke bawah so muka tak nampak. Rambut dia pun panjang cecah ke lutut. Dan yang paling menakutkan, perempuan tu duduk mengadap adik aku!

Kawan adik aku, Faizal (bukan nama sebenar) pun tegur adik aku tu sebab lama sangat dia tenguk adik aku duk tenung ke arah pokok tu “ape yang ko tengok tu Ijal??” Adik aku terkejut sambil tunjuk dekat pokok tu. Bila semua kawan dia toleh, habis semua ketar lutut. Semua nampak ape yang adik aku nampak. Salah sorang kawan dia yang agak cabul mulut pun tegur “tu…tu hantu kan??”. Lepas jer kawan adik aku tegur terus perempuan tu dongak muka mengadap diaorang!

Diaorang pon ape lagi terus angkat helmet, bayar duit minuman terus pergi ke motor masing-masing. Sampai jer kat motor semua dah cuak nak balik. Ape taknya, kalau nak balik memang akan tempuh laluan depan kubur tu. Nasib baik salah sorang dari kawan adik aku tu anak bilal. Rumah dia pon arah berlawanan dari arah kubur tu. So diaorang pon plan singgah rumah anak bilal dulu sebelum balik rumah.

Rumah anak bilal tu terletak kira-kira 2km jugak dari port adik aku lepak tu. Masa on the way ke rumah anak bilal tu, kawan adik aku yang tegur tadi terkena. Motor dia tiba-tiba terasa berat sangat. Tapi dia diamkan aje. Nak toleh side mirror pon dia tak berani. Tiba-tiba terasa macam ada kain mengibas-ngibas belakang kepala dia. Baca ayat pon tunggang langgang. Last-last dia laungkan azan kuat-kuat baru motor dia terasa ringan. Dengar jer kawan ni azan, terus semua pecut motor sampai ke rumah anak bilal tu. Lepas parking motor, semua berlari masuk rumah. Terkejutla si bilal ni tengok ramai-ramai masuk rumah dia.

Anak bilal ni pon explain la ape yang berlaku. Lepas dengar penjelasan anak dia, si bilal pun suruh semua tidur di rumah dia dulu. Esok pagi baru balik rumah masing-masing. Adik aku pun serba salah. Kang nak telefon emak nanti kena marah. Tak dengar cakap satu hal. Nak taknak kenala dia ikut cakap bilal tu. Masa tu pun nak dekat pukul 2 pagi. Terpaksala batalkan hasrat nak balik rumah malam tu.

Maka berhimpit-himpatla enam orang sekawan tu tidur satu bilik anak bilal tu. Baru jer diaorang nak lelapkan mata, tiba-tiba pintu pagar bergegar dengan kuat. Masing-masing terus bangun dan jenguk ke luar. Alangkah terkejutnya diaorang bila diaorang nampak perempuan yang dekat kubur tadi sedang berdiri di luar pagar sambal satu tangan duk gegar pagar dan satu tangan melambai-lambai ke arah diaorang. Gayanya macam minta simpati nak masuk ke dalam rumah. Masa ni baru nampak muka perempuan tu dengan jelas. Mengikut kata adik aku muka perempuan tu cantik tapi pucat lesi. Tenguk muka macam muda lagi macam umur belasan tahun. Pastu ada darah sikit dekat bahagian mulut dan dahi dia. Tengok muka perempuan tu memang kesian. Tapi kesian pun takkan nak bagi masukkan. Lepas tu anak bilal tu pun cakap “takpe korang jangan risau. Rumah ni ayah aku dah pagarkan. Insha allah dia tak boleh masuk”. Lama jugakla perempuan tu berdiri depan pagar tu. Lepas 5 minit macam tu lama-lama dia pun hilang.

Pagi esok tu, adik aku tengok miscall dekat 50 miscall. Semua dari emak aku. Mesti emak risau giler ni, kata adik aku dalam hati. Sebab dia pon terlupa nak bagitau emak yang dia tidur rumah bilal malam tadi. Dia pon cepat-cepat bangun, solat subuh dan minta izin bilal untuk balik ke rumah. Sampai je kat rumah habis adik aku kena marah. Nak taknak memang kena hadapla bebelan emak aku tu. “Tula emak cakap taknak dengar…kan dah kena!” marah emak aku. 3 hari jugak adik aku demam tak kebah-kebah. Bagi minum air penawar baru kuat sikit dia. Lepas dari hari tu, dia pon dah tak berani nak lepak malam dah. Dia kata cukupla sekali tu dia terserempak dengan hantu macam tu. Dah serik dah.

Moral of the story, lain kali bila emak cakap tu dengar. Jangan melawan. KAN DAH KENA! So sampai sini jela citer aku. Sorrylah kalau cerita ni tak seseram mana. Just nak share jer. Assalamualaikum…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

nur iman
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.