Karen

Karen Si Pramugari

Aku Karen.Gadis asal Sarawak,Aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman seramku lewat teman baikku El sewaktu bekerja di KLIA.Kini aku sudah berumahtangga dan tidak lagi bekerja.Berat buatku untuk menceritakan pengalamanku kerana bimbang ada yang enggan percaya akan kisah seram ini.Ia antara satu garis masa yang aku sendiri tidak sedar di antara realiti atau cuma permainan mata.

Kegembiraanku ternyata berubah, kadang2 aku sendiri merasa seram ketika ingin memasuki mana2 kamar hotel di setiap night stop destinasi tujuan penerbanganku.Letih dan berbaur bimbang bersatu.Letih kejadian berlaku di hotel negara bersempadan dengan Siam itu terjadi lagi..seram juga mengintai perasaan dalam masa yang sama.

Ouh aku terlupa.Aku bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan gah tanah air..Aku seorang Kristian katolik asal Borneo yang agak susah untuk mempercayai kejadian seperti ini.Di dalam agamaku juga kami percaya wujud permainan syaitan dan iblis.Permainan yang tidak berakhir seperti janjinya kepada Tuhan untuk mempermainkan manusia sampai bila2.

Destinasi ku pada hari itu cuma lah dekat dan penerbangan hanya mengambil masa 2 jam 45minit.Vietnam….Aku bertugas seperti biasa.Wajahku dandan serapi mungkin..Aku tidak memerlukan dandanan tebal kerana kulitku yang cerah tidak memerlukan make up yang berlebihan.Pagi itu aku di tugaskan untuk penerbangan pendek negara bersempadan dengan Siam.Kota Ho Chi Minh indah dengan budaya dan kebanyakkan penumpang memenuhi perut pesawat adalah pekerja2 Vietnam yang bekerja di Malaysia didalam pelbagai sektor.

Aku menjalankan tugas seperti biasa..Pesawat membelah langit dengan tenang dan cuaca begitu baik di luar.Aku mengemas segala bekas makanan dan menolak troli makanan ke galley (dapur kecil tempat penyediaan makanan di dalam pesawat).Crew yang bertugas untuk pesawat Boeing 737-400 itu cuma 7 orang.Kapten Dan First Officer.Ketua pramugara serta 4 crew biasa..

Kapten mengumumkan akan mendaratkan sebentar lagi dan menyuruh semua anak kapal dan penumpang memakai tali pinggang keselamatan.Pesawat mendarat dengan kemas meluncur di landasan.Setelah semua penumpang keluar.Kapten mengadakan short briefing.Kemungkinan kami akan bermalam di Kota Ho Chi Minh kerana dia mengesan seperti ada masalah teknikal pada pesawat yang menyebabkan route balik semula ke KL..Ho Chi Minh – Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.

Sebetulnya.penerbangan ini hanya route harian dan tidak memerlukan kami untuk nite stop.Kami akur atas sebab keselamatan,pesawat harus diperiksa seharian dan mungkin semalaman sehingga pesawat diisytihar selamat oleh pihak engineering untuk terbang semula.

Kami akan ditempatkan di hotel di Kota Ho Chi Minh.Hotel yang telah disediakan oleh pihak syarikat penerbangan.Sepertimana kalian tahu,aku tidak banyak memikirkan hal2 yang aneh2 kerana fokus hanyalah untuk berehat selepas selesai tugas.Van yang membawa kami pergi ke hotel pun telah sedia.Kami dibawa ke satu hotel yang agak mewah di kota itu..Hotel itu masih kelihatan mewah dan megah walaupun ia dibina zaman pendudukan Peranchis di Vietnam satu ketika dulu..

Setelah daftar masuk selesai.Aku melangkah masuk ke kamar.membersihkan diri dan menukar pakaian biasa.Ouh lupa.,kami crew penerbangan memang telah dilatih untuk membawa kelengkapan diri dan pakaian seragam lebih jika berlaku apa2 seperti makanan tertumpah ke pakaian atau jika berlaku hal seperti ini.Makanya kalau anda perasan,jika anda ke airport anda melihat para crew menarik bag trolly kerana didalam bag adalah pakaian standby kami seperti seragam dan kelengkapan diri.

Kamar itu kelihatan biasa dengan konsep tradisional khusus Vietnam.Kamar menghadap Kota Ho Chi Minh.Traffic di Kota ini kelihatan sesak kerana kebiasaan mereka lebih suka menunggang motosikal dari mengemudi kereta.Kota itu bersulam bangunan lama kolonial penjajah dan bangunan moden.Ditepi jalan,kabel elektik berserakkan di tiang2 elektrik.Kotanya teratur cuma lain dari kota2 di Malaysia yang biasanya sudah moden dan tidak ada kabel2 eletrik berjujuran di tepi jalan utama..

Siang pun melabuh tirai.Malam menjelma….aku membuka langsir jendela seluasnya agar aku boleh berteman Malam itu dengan bermandi cahaya lampu2 neon dari luar mencuri masuk melalui cermin jendela kamarku.Sangat tenangku rasakan saat itu.Jam di atas meja sisi menunjukkan 1240 malam.Mataku masih gagal untuk lena.Aku beralih ke Kiri Dan KE kanan memujuk mata agar tidur dengan cepat.Bantalku tepuk Dan ku selimut tubuhku..masih juga tidak mempengaruh diriku untuk membuai lena.

Mataku mula meredup.Tiba-tiba jam wake up call di meja sisi hidup dengan sendiri dan memainkan lagu yang aku sendiri tidak mengerti bahasanya.Nyanyian germersik suara wanita..Seperti lagu gurindam orang zaman dulu2 dengan hayunan gesekan biola dan harmonika.Jam penggera wake up call itu memang sudah direka untuk boleh memainkan frekuensi radio.kiranya 2 dalam satu fungsinya pemain radio dan penggera wake up call(jam loceng).

Aku segera menutup.Gila !bebelku perlahan..aku bingkas bangun dan menuju ke kamar mandi.Aku menyalakan lampu kamar mandi bagi menyedapkan perasaanku agar tidak berbaur dengan Hal yang bukan2 yang singgah di fikiran..

Aku merebah tubuh keatas katil.Di saat itu,aku merasakan sesuatu yang aneh.Seperti ada orang bermain2 dan menarik lembut rambutku.Aku terbangun dan berfikir sejenak.Tuhan.Apa lagi ini…Tatkala itu wajahku seperti dihembus angin sehingga aku dapat merasakan rambutku juga ditiup bersama.Aku memandang air cond.Mungkin air cond.bisik hati untuk menyedapkan hati yang semakin bergelumang dengan rasa takut.

Di satu sudut disisi jendela.. …Mataku terpana….Dua susuk seperti kabus yang tidak begitu jelas kabur2..lelaki dan perempuan..memakai baju pengantin….gaun putih dan lelaki memakai kot hitam…seperti sedang dibuai romantis bercanda tawa malam pertama.Aku mengosok mataku berkali2.mencubit lengan kiriku juga.sakitt!!!.Ya Tuhan.benarkah apa yang aku lihat…?????

Apa yang sedang aku lihat ini,tuhan..?aku mula berdoa mengikut agama keyakinanku didalam hati.Mulutku terkumat kamit menyebut nama tuhan sembahanku..
Mereka berdua ketawa mesra.aku seperti terpaku.Inginku gerakkan tubuhku.Tidak boleh sama sekali…mataku juga seperti tidak boleh mengalih ke tempat lain..

Sandiwara itu tiba2 bertukar lain.Sang lelaki tiba2 marah dan menghentak tubuh perempuan.ketika itu jeritan kudengar dari bibir sang pengantin perempuan.Bahasa yang ku dengar seperti tidak ku fahami…Lelaki itu mula mengeluarkan sapu tangannya dan menekup mulut dan hidung sang pengantin perempuan..Aku tidak tahu apakah ini mimpi atau benar2 kejadian berlaku di depan mataku.Aku ingin menjerit tetapi gagal.Anak tekak ku seperti kebas dan tidak mengeluarkan suara…..Ku lihat gadis itu mengelupur dan lama kelamaaan mengalah lemah Dan longlai…Tiba2 pengantin lelaki itu merenung tajam ke arahku….

Dia mencium sapu tangannya yang digunakannya untuk menekup sang pengantin perempuan tadi…..aku sudah berpeluh kedinginan dengan mataku gagal menutup dan tapak kakiku terangkat tegang…Tidak bergerak….Aku mencuri nafas…ketakutan…waktu itu aku hanya pasrah.biarlah apa yang terjadi dengan permainan iblis ini.
Dia menuju ke arahku.menerpa Dan mencekik leherku….menutup mulutku dengan sapu tangannya.Aku mengelupur melawan dan ingin menjerit suara ku terkunci tidak keluar….waktu itu aku tidak tahu sama ada pandanganku membohongiku atau ia benar2 kejadian….

Aku longlai kelemasan….Dengan sisa tenaga yang ada aku mengerakkan tubuhku dan melawan.Aku tersedar bangun Dan berjaya melawan….Aku mengosokkan mataku.Ia menghilang .kedua2nya menghilang…Apakah aku bermimpi..?
Kerana apa yang aku rasakan tadi seperti aku berada di satu alam di mana antara sedar atau fantasi….Aku meluru KE kamar mandi.Ku lihat ada kesan merah berbekas di leherku…Seperti nafasku juga..mengah tercungap2.Aku memandang cermin Dan membasuh mukaku.

Aku menangis….Sebentar tadi aku seperti di bawa ke satu situasi yang aku sendiri begitu sukar untuk aku jelaskan kerana bagaikan aku bermimpi tetapi ianya seperti benar2 kejadian…masakan tidak mataku membuntang menyaksikan apa yang aku lihat sendiri.Malam itu aku membuka seluruh lampu kamar dan menghidupkan tv.Aku berjaga sepanjang malam Dan mengharapkan agar siang cepat2 menjelma……

Begitulah serba ringkas ceritaku….apakah sleep paralysed pada perkiraan anda?tepuk Dada tanyalah sendiri……sekian cerita Karen KE El..

Elle
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

23 comments

  1. Biasalah hotel lama sejak dr zaman kolonial lg…mesti byk sejarah yg mengerikan pernah berlaku di hotel tersebut….bg teman ini hanyalah permainan syaitan @ iblis…hanya dgn kuasa tuhan segala ini dpt dielakkan…

  2. Ya Allah bahayanya permainan syaitan ni.. Lain kali kalau ke tempat kita baru jejak jangan la tinggal sorang2. Kita tak tahu sejarah tempat tu. Mungkin banyak misterinya.

    By the way, penulisan awak sangat mengagumkan. Mudah difahami dan penggunaan bahasa sastera yang optimum. Syabas! Semoga awak menjadi seorang penulis suatu hari nanti.

      1. Awat maimon rasa ko ni mcm org islam je, sbb jrg org lain agama jwb amin bila di beri puji2an .. hehehh
        Bykkn bersyahadah klu btl. Btw best cite ko

        1. Maaf say orang sarawak.isu agama sangat sensitif di sarawak.jadi xperlu persoalkan ye.banyakkan baca surah Al kafirun……tq….sebab dalam keluarga saya pun ramai Muslim Dan katolik….jadi kalau semua org Ada mentaliti macam awak Ni bahaya…..baca terjemahan surah Al kafirun…..hormat agama org..org akan hormat agama kamu.

  3. Pengalaman yg amat menyeramkn.. sempat juga sy meletakkn diri sbg penulis yg berada dlm situasi begitu.. terima kasih atas perkongsian pengalaman kpd kami..

  4. Mungkin satu ketika dah pernah ada kejadian di bilik yg awak dok tu.pengantin baru sedang berhoney moon kot.tiba2 tercetus perbalahan dan pembunuhan.roh mereka masih kat situ kot.roh gentayangan..anyway tu bukan sleep paralysis cuma sis di berikan peluang untuk melihat sesuatu kejadian apa yg pernah terjadi kat bilik tu.

    1. pramugari ada yg kena ada yg x.xsemua ..tapi yg dah kena memang akan berhati2 dah setiap masa.yg selalu mengusik kat hotel ni bunyi cawan dilagakan dan bunyi flush toilet aje..

  5. len x klau takde teman bmlm lm hotel tu, bwa lh aku.. biar aku je teman engko tdo sekatil. Hm, paham2 laa klau dh mcm tu.. rasa seram takkan ada tym tu cayalh. Aku bgi engko nyaman pai kpagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.