Kasi Bom Itu Rumah!

KASI BOM ITU RUMAH

Assalamualaikum dan selamat membaca. Aku Jatt, sebelum-sebelum ni aku pernah menghantar 4 karya ke Fiksyen Shasha dan keempat2nya diterbitkan oleh admin. Yang paling mengujakan, 2 kisah terawal tu aku hantar sekali gus pada pukul 1 pagi dan diterbitkan keesokan malamnya. Kiranya 2 kisah tu disiarkan sekali gus lah. Bila aku dapat tahu cerita aku keluar dalam Fiksyen Shasha, aku pon hantar satu lagi cerita pada malam tu dan cerita aku pon disiarkan pada keesokan harinya. Jadi aku amat berterima kasih kepada para admin kerana menerima cerita aku walaupon cerita aku tu tak seberapa sebab tu kali pertama aku cuba menulis cerita. Antara kisah yang aku tulis ialah “Hooray, Aku Berseorangan Akhirnya!”, “Suaranya Memikat Hati”, “Malam Ini, Malam Jumaat Kan Bang?” dan “7-10”. Bagi aku, kisah “Suaranya Memikat Hati” dan “7-10” tu tak menarik sangat dan agak mengarut juga sebab cerita tu aku tulis masa aku mengantuk. Tapi 2-3 bulan lepas bila aku check, 2 cerita aku dah dipadamkan balik oleh admin fb Fiksyen Shasha, jadi mungkin ada cerita yang korang tak dapat baca. Aku tak tahu kenapa cerita aku dalam fb dipadamkan, mungkin admin ada sebab tersendiri. Apa-apa pon aku amat berterima kasih atas sokongan admin dan para pembaca. Okay, aku akan mulakan cerita aku sekarang.

Kali ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku masa budak-budak dulu, masa tu aku nakal lagi dan banyak tak dengar kata mak aku. Kejadian ini berlaku masa aku umur 12 tahun dan berlaku pada 4 Syawal. Okay, pada hari itu aku, adik aku iaitu Wan dan Mirul serta kawan kawan aku merancang untuk bermain mercun pada waktu malam selepas azan isyak. Jadi segala persiapan untuk bermain mercun seperti mercun bola, mercun bunga api, mercun mancis, mercun das, ubat nyamuk dan sebagainya telah aku siapkan. Untuk mengelakkan mengantuk pada waktu malam tu, aku tidur sekejap pada petang tu. Seingat aku, bila azan Magrib tu baru aku terjaga, tu pon sebab Mak aku kejut. Mahu tak mengamuk Mak aku bila dia masuk bilik, aku masih tidur masa magrib tu. Terpaksalah dengar bebelan Mak aku yang tengah mengamuk. Dia marah, tapi marah dia tu tanda sayang. Jatt pon sayang Mak juga, cuma Jatt nakal je masa tu.

Lepas tu aku terus mandi dan solat magrib dengan adik-adik aku. Kami rancang sebelum azan isyak tu, semua berkumpul kat rumah aku sebab tempat yang kitorang rancang nak pergi main mercun tu lebih dekat jika melalui jalan depan rumah aku. Sambil tunggu kawan-kawan aku, kami makan dan siapkan kelengkapan ‘perang’ kami terlebih dahulu. Kira-kira pukul 8.24 iaitu 5 minit sebelum isyak, semua kawan aku berkumpul di depan rumah aku. Sebelum bertolak pergi, aku minta izin daripada Mak aku terlebih dahulu, tapi aku tipulah. Aku cakap kat Mak aku yang kitorang nak pergi beraya kat rumah kawan kami yang buat rumah terbuka malam tu. Mak aku tak percaya yang aku nak pergi beraya, tapi lama-lama dia bagi juga sebab adik aku yang nama Mirul pon cakap kitorang nak pergi beraya kat rumah kawan. Mak aku percaya cakap kami sebab adik aku(Mirul) tu baru umur 9 tahun dan tak pernah berbohong lagi dengan mak kami. Ya, aku seorang abang yang tak baik. Aku dah pesan siap-siap kat adik aku tu supaya menipu dan cakap kitorang nak pergi beraya rumah kawan aku. Tu lah kali pertama adik aku menipu mak aku. Tapi Mak aku tetap pesan supaya lepas je balik dari rumah kawan aku tu, kami terus balik ke rumah dan jangan pergi ke tempat lain. Mak aku pesan juga supaya kitorang pergi surau dulu untuk solat Isyak sebelum pergi ke rumah kawan aku tu. Tapi aku tak dengar cakap mak aku tu, kitorang terus je pergi tanpa bersolat terlebih dahulu.

Kami pon terus bertolak ke destinasi kami yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumah aku. Misi kami yang pertama ialah memasang mercun di kawasan perumahan. Kami berpecah kepada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri dari 2 orang, seorang mengayuh basikal dan sorang lagi akan membaling mercun di hadapan pagar rumah yang bertuah. Aku berpasangan dengan adik aku yang umur 9 tahun (Mirul) tu untuk menjadi peninjau bagi memastikan kawasan itu selamat bagi kami melakukan misi berbahaya kami itu. Kiranya aku dan Mirul akan bergerak di depan sehinga kami berada di hujung jalan dan setelah kami memastikan keadaan selamat, barulah kami akan memberi isyarat supaya 4 kumpulan lagi bergerak untuk bergerak ke depan sambil membaling mercun ke beberapa rumah terpilih. Jahat kan kitorang? Riuh kawasan perumahan itu dengan bunyi mercun dan maki hamun penghuni rumah di situ. Manakala kami semua melarikan diri sambil bergelak ketawa. Seronok betul kami masa tu sebab dapat baling mercun dan buat orang marah. Kami semua melarikan diri dengan berpecah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Sebelum kami pergi ke tempat itu, kami telah membuat perancangan untuk berjumpa semula di kawasan yang berhampiran dengan sekolah kami.

Aku terpaksa mengayuh basikal dengan laju kerana ada beberapa orang remaja mengejar kami dengan motor apabila mereka ternampak kami melarikan diri ketika kawasan perumahan itu riuh dengan bunyi bising. Setelah berada jauh dari beberapa orang yang mengejar kami tadi aku membelok ke kiri yang menuju ke ladang getah. Manakala kawan-kawan aku yang lain meneruskan kayuhan mereka untuk menyelamatkan diri ke tempat lain. Aku segera menarik Mirul untuk menyorok di dalam semak di ladang getah itu apabila terdengar bunyi enjin motorsikal menghampiri kawasan ladang getah itu. Mirul menangis apabila aku menariknya masuk ke dalam semak kerana pertama, dia takut ditangkap oleh kumpulan remaja itu dan yang kedua kerana kawasan ladang itu terkenal dengan banyak kejadian seram.

Ladang getah itu memang terkenal dengan ke’angker’anya sehingga kami yang tinggal jauh dari kawasan itu pon mengetahui tentang cerita seram yang berkaitan dengan ladang getah itu. Banyak kejadian aneh dan seram berlaku di situ. Benda yang paling seram di ladang itu ialah ladang itu dihuni oleh satu entiti berupa harimau yang menjaga kawasan ladang itu. Dikatakan bahawa benda itu ialah saka yang ditugaskan oleh nenek moyang pemilik sekarang untuk menjaga kawasan itu dari bahaya dan kejadian kecurian. Dahulu pemilik ladang itu tinggal di sebuah rumah usang yang terletak di hadapan kawasan ladang, tapi mereka sekeluarga berpindah kerana tidak tahan ganguan yang terdapat di ladang itu. Mereka sering diganggu oleh bunyi ngauman harimau di belakang rumah, bunyi tangisan bayi, kedudukan perabot sering diubah secara misteri dan kelibat putih yang selalu melalui kawasan jendela. Mereka berpindah setelah bertahun tahun terpaksa mengadap kejadian yang misteri itu, lagipula pemilik ladang itu telah membina rumah banglo di kawasan yang berdekatan dengan ladang itu. Yang kedua, ramai saksi yang telah ternampak kelibat putih yang berambut panjang bertenggek dia atas pokok getah itu pada waktu malam. Pada mulanya mereka ingat benda itu hanyalah kain yang diletakan oleh budak-budak nakal untuk mengusik orang yang melalui kawasan itu, namun apabila saksi menegur benda itu, kain putih itu tiba-tiba mengilai dan bergerak perlahan-lahan ke arah mereka. Ya, benda itu adalah Kak PON. Seram wei, aku dengar pon dah tak dapat bayang macam mana keadaan saksi tu. Terkencing dalam seluar mungkin?

Yang ketiga, ladang itu juga terkenal dengan penemuan bangkai-bangkai haiwan seperti lembu, kambing dan burung. Bangkai haiwan itu merupakan haiwan belaan penduduk kampung yang telah hilang. Sekiranya penduduk kehilangan haiwan ternakan, 70% peluang untuk menemui semula haiwan itu di kawasan ladang getah itu. Namun kebanyakan haiwan yang ditemui telah menjadi bangkai dengan hanya sebahagian kecil anggota badan masih ada. Kadang-kadang hanya tinggal kepala berserta tali atau dengan keadaan isi perut habis dibaham sesuatu. Selalunya, banyak bangkai haiwan ditemui dalam keadaan ngeri. Sekiranya pemilik haiwan itu bernasib baik, mereka dapat menemui haiwan mereka berkeliaran di dalam ladang itu. Walaupun begitu, aku meragui bahawa kejadian itu disebabkan 100% oleh mahkluk misteri kerana mungkin ada pihak yang mengunakan peluang untuk mencuri haiwan ternakan milik penduduk dengan menyalahkan ladang itu. Oleh kerana terlampau banyak kejadian misteri yang berlaku di ladang itu, pemiliknya membiarkan kawasan itu terbiar dan tiada sesiapa pon yang sewenang-wenangnya berani memasuki kawasan hutan itu sekiranya bersendirian.

Malah pada bulan puasa pon, penduduk kampung di kawasan itu takut untuk memasuki ladang getah itu walaupon pada waktu siang. Bukan apa, selain dari keangkeran tempat itu, ladang itu juga dipenuhi dengan pelbagai serangga dan binatang berbahaya seperti tebuan, ular dan kemungkinan juga dihuni oleh harimau. Aku pernah mengikuti mak aku ke ladang tersebut untuk mengutip daun getah untuk dibuat sebagai pembungkus tapai. Tidak dapat dinafikan hutan itu kelihatan sangat seram dan menakutkan walaupun pada waktu siang. Itulah serba sedikit info mengenai ladang getah itu. Mungkin penjelasan aku terlampau panjang, tapi aku rasa aku perlu ceritakan secara teperinci untuk membantu pembaca mengambarkan keseraman ladang itu. Okay, kita sambung kepada peristiwa awal-awal tadi.

Masa aku dengan Mirul menyorok kat ladang getah tu, kami rasa tak sedap hati tapi sebab risau kena tangkap dengan pengejar kami tu. “Bang, kenapa masuk sini? Aku takutlah… nak balik,” kata Mirul sambil menangis. Mirul terus menangis dan aku cuba menutup mulutnya supaya suaranya tidak kedengaran.

Tiba-tiba Mirul berhenti menangis dan kelihatan seperti terpaku memandang kearah pokok dihadapan kami. Aku yang pelik melihat keadaan Mirul, terus melihat kearah pokok itu. Nak tahu apa yang aku nampak? Aku Nampak kain putih sedang melayang-layang diatas pokok itu. Bunyi burung hantu dan ranting patah menambah keseraman ladang itu. Disebabkan terlampau takut, aku dan Mirul menjadi kaku tanpa dapat mengeluarkan suara langsung. Kami terpaksa bertahan di tempat itu kerana risau akan ditangkap oleh pengejar kami sekiranya kami keluar dari tempat persembunyian kami. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana situasi kami sekarang seperti “terlepas dari mulut harimau, masuk dalam mulut buaya”. Dan tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi ngauman harimau dari arah belakang kami.

NGGGAUMMM!

Aku mengambil keputusan untuk keluar dari tempat itu kerana risau kami akan diapa-apakan oleh harimau itu, tetapi Mirul menolak keras kerana dia kata dia tidak dengar pon sebarang bunyi harimau. Aku cuba memaksa Mirul untuk mengikut aku tetapi dia enggan dan merayu supaya aku tidak keluar dari tempat itu. Aku akur dengan kehendak Mirul dan menganggap bunyi harimau tadi hanya khalayan aku semata-mata. Tidak lama kemudian aku terdengar suara kawan aku yang menangis dan merayu-rayu dari arah simpang masuk ke ladang getah ini. “Maaf bang, bukan saya buat. Bukan saya yang baling, lepaskan saya. Dia yang buat, bang ….dia ni,dia ni ” jerit Asyraf. Aku tiba-tiba teringat yang adik aku Wan berada dengan Asyraf di belakang kami ketika kami melarikan diri. Bimbang sekiranya Wan diapa-apakan oleh sekumpulan pemuda itu, aku cuba untuk keluar dari tempat persembunyian itu dan menyelamatkan Wan.

Walaupon aku sering buat pedajal kat Wan, tapi naluri aku sebagai abang masih kuat. Jauh dalam sudut hati aku, aku sayangkan adik-adik aku. Aku menyuruh Mirul untuk kekal bersembunyi dalam ladang itu sementara aku keluar untuk menyelamatkan Wan. Mirul menentang cadangan aku dan menyuruh aku supaya kekal bersembunyi bersamanya di situ. “Wan okay tu. Jangan tinggal aku wei, kalau jadi apa-apa kat aku camne?” bisik Mirul. Tapi aku tetap mendesak untuk keluar dari tempat persembunyian kami dan pergi menyelamatkan Wan. Mirul menangis dan terkencing apabila aku meninggalkan dia keseorangan di ladang itu.”Duduk situ dan jangan pergi mana-mana…kalau jadi apa-apa kat aku, kau lari balik rumah!” kata aku kepada Mirul.

Apabila aku keluar dari ladang itu aku masih dapat mendengar bunyi tangisan Mirul yang sayu-sayu. Aku berjalan perlahan-lahan kearah Asyraf dan Wan untuk mengetahui apa yang terjadi kepada mereka. Aku nampak Asyraf sedang menangis dan Wan duduk di atas tanah sambil dikelilingi oleh 4 orang remaja yg berumur sekitar 15-17 tahun. Mereka memukul Wan dan Asyraf sambil memarahi mereka. Aku cuba memikirkan cara untuk menyelamatkan Wan dari terus dipukul oleh mereka. Pada masa itu aku berangan bahawa aku mempunyai kuasa halimunan dan menyelamatkan Wan. Setelah yakin bahawa aku seorang manusia biasa, aku terus redho dan menyerahkan nasib aku kepada Allah. Aku berjalan kearah mereka dan menyuruh mereka berhenti memukul adik aku. Aku memohon maaf kepada mereka dan meminta supaya kami dilepaskan. Mereka hanya ketawa dan salah seorang dari remaja itu menarik telinga aku untuk menghampiri mereka.

“Ooo ni lah kepala penjahat yeee! Mari sini budak” kata salah sorang dari mereka.
“ Ya bang, dia lah yang suruh saya ikut dia baling mercun. Saya tak nak pon” kata Asyraf.
“Hahahaha, kecik-kecik dah jahat ya ko ni? “ kata seorang dari remaja itu yang paling besar badannya.
“Maafkan saya bang. Saya minta maaf sebab buat kacau. Tolong lepaskan adik saya, bang…dia tak salah, saya yang salah” kata Aku.
“Saya pon minta maaf, bang. Lepaskanlah kami” kata Wan dan Asyraf serentak.

Walaupon kami telah meminta maaf tetapi kami masih dipukul oleh mereka. Setelah puas memukul, mereka meminta wang dan barangan yang kami ada. Aku terpaksa menyerahkan wang sebanyak 2 ringgit dan baki mercun kepada mereka supaya mereka melepaskan kami. Aku berasa geram dengan perbuatan mereka dan aku bersumpah untuk mengingati muka mereka sampai aku mati. Sebelum meninggalkan kami, mereka masih sempat untuk memberikan sedas dua penampar kepada kami.

Aku meminta Asyraf dan Wan untuk menemani aku masuk ke dalam ladang getah itu semula untuk menjemput Mirul yang masih menyorok. ”Mirul ooo Mirul….mana kau pergi?” jerit aku apabila mendapati Mirul tiada di tempat persembunyian kami tadi. Aku dan Wan berdebar kerana Mirul telah hilang dan kami risau terjadi apa-apa kepada Mirul. 10 minit kami mencari Mirul tetapi masih belum berjaya menemuinya. Asyraf secara tiba-tiba berjalan keluar dari ladang itu dan ingin pulang ke rumahnya. Kami berasa sedikit terkilan dengan sikap Asyraf yang seolah-olah mementingkan diri. Tambahan lagi sebab sebenar dia dan Wan ditangkap tadi kerana Asyraf tiba-tiba memberhentikan basikal yang ditunggangnya bersama Wan walaupon mereka telah berada jauh dari kumpulan pengejar tadi, dan menjadikan Wan sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri. Tindakan Asyraf yang cuba menyalahkan Wan tadi telah menyebabkan pandangan aku terhadapnya telah berubah.

Aku dan Wan meneruskan pencarian kami dan secara tiba-tiba kami terdengar suara. “Aku kat sini Jatt…..sini,sini” jerit satu suara seperti suara Mirul. Aku berasa pelik kerana Mirul tidak pernah memangil aku sebagai Jatt kerana adik-beradik aku panggil aku ‘abang’. Walaupon pelik dengan panggilan suara itu, kami tetap bergerak kearah suara itu. Makin kami dekat dengan suara itu, tiba-tiba terdengar pula suara Mirul dari arah kanan kami. “Sinilah..aku kat sini” jerit Mirul. Kami terus bergerak kearah suara Mirul itu. Semakin lama semakin jauh kami masuk dalam ladang itu. Sedang kami asyik mencari punca suara Mirul, tiba-tiba kami terdengar pula Mirul memangil kami supaya mendekatinya. “Wei Mirul kat sini lah Jatt. Takkan Jatt tak nampak Mirul. Mirul kat depan ni je…sini sini!” panggil Mirul. Aku pon mendekati kawasan itu secara perlahan-lahan kerana risau tersepak akar kayu atau terpijak binatang berbisa. Aku memangil Wan untuk pergi bersama aku untuk mengesahkan punca kedudukan Mirul. Kami berhenti seketika dihadapan timbunan semak samun yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Mirul. Hati aku ragu-ragu untuk memasuki semak itu kerana aku percaya yang kemungkinan suara itu bukan Mirul.

Aku menyelak semak itu dan terkejut apabila Mirul tiada di situ dan pada masa yang sama lega apabila tiada lembaga yang memunculkan diri di hadapan kami. Tapi jangkaan aku salah kerana apabila aku perhatikan betul-betul, ada bangkai haiwan yang telah kering di situ. Saiz bangkai itu lebih kurang sebesar anak kambing tapi aku tak pasti binatang apakah itu kerana tiada kepala dan keadaan malap yang menyukarkan penglihatan. Apabila aku ingin berpaling kearah Wan, tiba-tiba ada sesuatu yang menolak dan menghempap belakang aku. Aku cuba bangun tapi tak terdaya kerana ketakutan. Aku cuba memanggil Wan tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba benda yang menghempap aku itu bergerak dan seolah-olah cuba untuk bangun. Otak aku berharap janganlah benda tu cuba untuk mengapa-apakan aku. Sejujurnya aku mengeletar ketakutan dan hampir saja pengsan. Tiba-tiba terdengar suara “Aduh sakitnya kaki aku….maaflah bang, aku tersepak akar pokok dan jatuh atas kau. Ok tak bang?” kata Wan. Fuhhh lega aku.

Aku memarahi Wan kerana telah menyebabkan aku jatuh dan ketakutan. Aku ingat dia nak ketawa ke apa bila aku marah dia, namun reaksi muka Wan seperti tiada perasaan. Aku dan Wan cuba untuk meneruskan pencarian kami dan berkira-kira untuk meminta pertolongan kawan-kawan kami yang lain. Dan tidak semena-mena selepas itu kami terdengar bunyi orang menangis dan berkata “aku kat depan kau ni”. Aku dan Wan cuba menyuluh kearah depan kami tetapi tiada sesiapa di depan kami. “Aku kat atas ni, cuba angkat kepala sikit, hehehhe” terdengar bunyi yang seolah-olah berada di atas kepala aku dan apabila aku mendongak ke atas…….aku ternampak kibaran kain putih yang berada betul betul di atas kepala aku. Aku tak sanggup untuk memandang ke arah lebih tinggi kerana aku takut untuk memandang rupa makluk itu. Aku pasti makluk itu merupakan PORN TI ANAK.

“HiHiHiHiHiHi, dah jumpa aku kan? Jom aku ikut korang balik”

Aku dan Wan mengeletar ketakutan dan tanpa membuang masa kami terus berlari untuk mencari jalan keluar. Kami berpusing pusing sekitar ladang itu kerana tidak dapat menemui jalan keluar dari ladang itu. Pada masa yang sama kami dapat merasai bahawa benda itu masih lagi mengikuti kami dari atas. Bunyi hilaian bergema di seluruh kawasan ladang itu. HiiiiHiiii hihihiHiHiHiHiHiiiii. Aku dan Wan menangis ketakutan dan tanpa kami sedari bahawa kami telah terkencing dalam seluar. Aku nekad untuk berlari secara lurus dan akan keluar dari ladang itu sebaik saja ternampak cahaya atau orang. Taktik kami berjaya dan kami dapat keluar dari ladang itu dengan keadaan baju basah dengan peluh dan seluar basah dengan air kencing.

Walaupon ketakutan, aku masih ingat tentang kehilangan Mirul. Aku memerhati keadaan sekeliling kami dan berasa lega apabila benda tu dah tiada. Kami mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah dan menceritakan keaadaan sebenar kepada mak kami. Kami pulang dengan menaiki satu basikal saja kerana aku terlupa untuk mengambil basikal aku yang disorokkan dalam ladang itu. Tambahan pula aku takut untuk memasuki hutan itu kembali. Sebaik saja kami pulang ke rumah, mak terkejut melihat keadaan kami yang pucat dan lebam lebam. Apabila aku menceritakan kehilangan Mirul, mak hanya tersenyum dan berkata “Biarlah Mirul tu, dia lapar dia baliklah tu”. Aku cerita kat mak aku yang kami di kejar oleh seorang pak cik yang marah kami bermain di surau dan sebab itulah aku, Wan dan Mirul menyorok kat ladang getah tu lalu Mirul hilang. Aku tak cerita perkara sebenar kerana aku tahu yang mak aku akan menghukum kami semua dan hal ini akan menjadi isu besar. Tapi mak aku tetap kata:
“Biarlah Mirul tu……esok pagi dia lapar balik lah tu. Hi Hi Hi”

Okay tu lah cerita aku masa aku kecil dahulu. Masa dulu aku amat nakal dan suka lawan perintah Mak. Peristiwa ini antara penyebab aku berubah sikit menjadi budak baik. Tapi takde lah berubah terus, aku cuma dah tak buat kerja-kerja baling mercun kat depan rumah orang lagi. Aku baling belakang rumah orang pula. Hehehehe

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa cerita aku macam tergantung. Kenapa mak aku cakap macam tu? Betul ke tu rumah dan mak aku? Apa jadi kat Mirul? Mirul tu hantu ke sebenarnya?

Okay, sebenarnya masa aku, Wan dan Asyraf tengah cari Mirul, dia ada je kat tempat yang aku tinggalkan dia tu. Cuma entah kenapa kitorang tak nampak dia dan Mirul kata dia dah panggil kitorang banyak kali tapi kitorang tak dengar. Bila dia nak pergi kat aku dan Wan, tiba-tiba dia kata kami terus hilang dan dia terus lari keluar dari ladang tu. Dan Mirul cakap dia nampak ada Kak PORN atas kepala aku ikut je ke mana aku pergi sebelum aku dan Wan hilang tu. Mirul nangis-nangis kat simpang menuju ke ladang tu dan nasib baik ada kawan dia (Said) yang lalu kat situ. Said terus ajak Mirul tidur rumah dia dan mak Said call Mak aku beritahu yang Mirul tidur rumah Said. Tu yang Mak aku nampak macam pelik je dan macam tak kisah Mirul hilang.

Malam tu aku dan Wan tak dapat tidur sebab risaukan Mirul dan juga sebab terlampau takut dengan kejadian itu. Bila subuh tu bila Mak aku nak kejut kami untuk solat Subuh, dia terkejut sebab kami tak tidur lagi. Mak aku terus bagitahu yang Mirul sebenarnya tidur rumah Said. Walaupon dah lega sebab Mirul sebenarnya tak hilang, aku dan Wan demam 2 hari sebab kejadian tu ditambah lagi tak tidur seharian.

Dan 4 orang remaja itu merupakan senior sekolah aku apabila aku belajar di sekolah menengah pada tahum seterusnya. Diorang dah lupa aku tapi aku ingat muka diorang sampai bila-bila. Aku balas dendam kat diorang dengan pancitkan motor, curi helmet dan report kat cikgu apabila aku nampak diorang buat benda-benda buruk.

Sekian saja kisah aku, terima kasih kerana sanggup baca sampai habis dan terima kasih kepada admin kerana sanggup menyiarkan kisah aku ini. Laptop aku 2 kali rosak masa aku tengah tulis cerita ni. Aku tulis cerita ni dari pertengahan bulan puasa lagi tapi sebab laptop aku dah 2 kali rosak, harini baru siap tulis. Aku harap admin terimalah cerita aku ini sebab dah banyak kesusahan yang aku hadapi semata-mata untuk tulis cerita ni. Cerita ini cerita benar, cuma aku tambah sedikit MSG dan tempoyak untuk menambah kesedapan cerita ni. Komenlah apa saja kekurangan penceritaan aku ni, kritikan dan komen korang akan membantu aku supaya menjadi lebih matang dalam penulisan.

Sekian, Terima Kasih
Mr. Topeng @ Jatt @ Ijam @ Izat.

Mr Topeng
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 comments

  1. Ajer dajei korang yer…padan muka korang kn kaco ngan hantu..nasib hantu tu tak kokak tengkuk korang…lain kali…korang dok bolen jer…confirm hantu tu cabut lari…

    1. Checklah cerita yg saya pernah tulis sebelum ni. Search ‘Mr. Topeng’ atau pon taip je tajuk yg saya sebutkan kat atas tu. Terima kasih

  2. Kalau korang nak kritik atau nak komen apa2 je ttg penulisan aku, aku terima je. Aku lagi suka sbb boleh baiki cara penulisan aku. Kalau belum baca lagi cerita aku yg sebelum ni. Boleh search ‘Mr. Topeng’ ataupon taip je tajuk yg aku sebut kt permulaan cerita tu. 🤗

  3. amboiii. kau yg pedajal org dulu baling2 mercun kat rumah org, lepas tu bila sendiri kena bantai bkn main berdendam bagai. buruk betul perangai. kalau aku pun org dok main mercun dpn rumah aku memekak tak tentu hala mmg aku marah. lagi satu bahaya, buatnya TERkena org ke apa ke. kan naya.

    1. Kan??….masa budak2 dulu mmg otak tak matang. Buat org takpe, org buat kt saya….saya marah. 😂 Tapi sbb yg saya berdendam kerana diorang tu bukan tinggal kt situ. Diorang kacang hantu…..diorang saja je nk pukul kitorang. Siap pow duit lagi

  4. Best ler cter ni..tp pdn muka gak..mungkin tu balasan sbb korg nakal sgt..kekeke~lps kejadian tu korg bkawan lg x ngn asyraf?mujur ler x kena sorok ngn bunian..kalau x,mmg naya ler korg..😂

    1. Kawan je….cuma kepercayaan tu dah takde. Kalau kitorang pergi mana2, jarang bawa dia sekali. Kalau bermain je sekali

  5. Aku jd ingt dgn nkal2 aku dlu wktu kcik ahhahahahaha aku bley imgne la bnde ni sbb ak pn tggl dkt kwsn prhutanan.. Best cite kau jatt hahaha kmslm kt adik2 kau ngn mak kau

  6. Teringat pesan jurulatih plkn dlu..kalau masuk hutan jgn sebut nama(gelar sesuatu yg lain.cth:nombor)..jangan suluh ats dari paras pinggang..cik pon nak bergurau jugak..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.