Kau…milikku

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Fiksyen Shasha kerana sudi menerbitkan cerita saya. Saya, Hani..selama ini silent reader di Fiksyen Shasha..tapi, kali ini memberanikan diri untuk bercerita mengenai kehidupan sahabat baik saya, Sofea yang bertahun sakit kerana dendam manusia. Kisah ini adalah benar berlaku dan telah mendapat kebenaran dari beliau untuk dinukilkan di sini. Tapi, sebelum itu..saya mohon maaf sekiranya penulisan saya tidak sebaik penulis yang lain. Sis cuba ok..

Dalam penceritaan ini, saya akan bahasakan diri sebagai “Aku” untuk memudahkan penceritaan. Kisah hidup Sofea ini dah berlaku hampir 25 tahun yang lalu, tapi masih segar dalam lipatan ingatan aku dan Sofea sendiri..baik..kita mulakan kisah hidup Sofea, bahagian pertama..

Sofea..secantik namanya..begitu la cantik orangnya. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, Sofea merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Yang sulung, Abg Long..dan, kakak Sofea bernama Kak Yati. Sofea dari kecil anak yang cerdik dan cantik, putih mulus kulitnya..sehinggalah Sofea menginjak remaja..beliau menjadi kegilaan ramai remaja lelaki. Tak kira la ke mana pun beliau pergi, pasti ada yang berkenan dan cuba memikat.

Tapi, apa yang aku lihat..Sofea hanya layan sebagai sahabat sahaja. Aku pernah bertanya pada Sofea, “Kenapa kau anggap sebagai kawan aje? Ramai kot yang tergila-gilakan kau” aku berseloroh sambil tersenyum. Sofea, gadis tinggi lampai dan lemah-lembut hanya tersenyum manis..lalu menjawab “Kita baru 15 tahun Hani, aku belum terfikir nak ada boyfriend ke, serious relationship ke..aku nak jadi macam Kak Yati, belajar rajin-rajin sampai dapat masuk universiti. Ko pun kena ikut aku masuk uni tau! Jangan hilang fokus! Study”. Iya, itulah sahabat baikku, bukan sahaja cantik, malah pandai pula. Kadang aku cemburu tengok Sofea yang sentiasa fokus dengan targetnya, tak pernah terfikir nak couple-couple pun walaupun berderet lelaki sanggup sujud di kaki dia. Dan, Sofea..tidak pernah pula sombong dengan kecantikan yang dimiliki..solat sentiasa terjaga sebab mak ayah Sofea orang yang tegas. Dia bukan gadis liar, walaupun sesekali ajak aku teman dia bila ada budak lelaki ajak pegi minum atau nak belanja makan.

Suatu hari, Ila..rakan sekelas kami yang duduk di meja belakang Sofea meminta tolong..”Sofea, aku nak minta tolong kau boleh tak?”. “Tolong apa?” Sofea bertanya semula. “Erm…aku ni tak berapa pandai la nak bercakap dengan budak lelaki..aku nak minta tolong kau bagitau kat sorang budak lelaki ni yang aku belum bersedia nak couple-couple ni..boleh eh, tolong jadi orang tengah aku?”, rayu Ila. Aku dan Sofea bila terdengar permintaan Ila tu, hampir nak tergelak..memang kami ni rata-rata tak pandai bercakap dengan budak lelaki sebab kami sekolah semua perempuan. Mana-mana peminat Sofea ni datang dari sekolah-sekolah berdekatan atau di kejiranan beliau.

“Hmm..ok la..aku tolong cakapkan..nanti kau kena belanja aku makan la kalau gitu” Sofea membalas dengan gurauan. Sofea memang sentiasa ceria orangnya..mungkin sebab itu ramai suka berkawan dengan beliau. “Ok, nanti aku bagi nombor telefon rumah kau pada dia, aku suruh dia cakap sendiri dengan kau, thanks Sofea..kau memang penyelamat aku”, ujar Ila sambil berlalu keluar kelas. Disebabkan 25 tahun lepas remaja zaman tu takde telefon bimbit atau apa pun media sosial, maka telefon rumah la yang biasanya jadi penghubung. Dan, telefon rumah Sofea memang setiap hari berdering dengan panggilan-panggilan peminat Sofea.

Tapi, Sofea dijaga rapi oleh kedua orang tuanya & Abg Long. Setiap panggilan yang masuk, akan ditapis dulu siapa orangnya dan dari mana. Kadang peminat Sofea ni pandai juga minta tolong adik, kakak atau kawan mereka untuk telefon kan Sofea sebab takut dengan Abg Long Sofea.

Tapi, pada malam tu, Sofea sendiri yang menjawab telefon. Ternyata, orang yang membuat panggilan ialah kawan lelaki Ila yang Ila beritahu pagi tadi. “Hello, assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Sofea?”. “Waalaikumussalam, ya..saya Sofea….siapa di sana?”. “Saya…Ray…kawan Ila…”. Maka, bermulalah perkenalan mereka melalui telefon semenjak pada malam itu. Walaupun Sofea cuma ingin maklumkan pada Ray yang dia hanya orang tengah antara Ray dan Ila, tapi Ray masih berkeras ingin mengenali Sofea dengan lebih dekat. Mungkin Ray juga sudah terpikat dengan suara Sofea yang manja dan lemah-lembut itu. Sofea pula agak kagum dengan keberanian Ray bercakap sendiri dengan Abg Long setiap kali telefon ke rumah, walaupun Abg Long selalu soal-siasat Ray. Disebabkan Ray kellihatan sebagai seorang yang “gentleman”, Sofea akhirnya bersetuju untuk bersemuka dengan Ray.

“Hani, aku takut la nak beritahu Ila yang aku akan jumpa Ray hujung minggu ni, nanti Ila kata apa pula kat aku”, Sofea meluahkan kebimbangan dia pada aku..bimbang Ila pandang serong pada dia sebab jadi macam “perampas” pula walaupun Ila yang reject Ray mula-mula dulu. Bila mana aku terangkan pada Ila situasi Sofea dan Ray..Ila hanya ketawa riang sahaja dan berkata “Sofea, aku rasa kau lebih sesuai dengan Ray, sebab orangnya putih, tinggi lampai, sepadan dengan kau, sama cantik..sama padan..”. Maka, bermula lah perhubungan Sofea dengan Ray dengan lebih rapat lagi.

Seingat aku..Ray la orang pertama yang berjaya menakluki hati Sofea. Sebelum ini, ada je lelaki yang sampai menangis-nangis ditolak cintanya oleh Sofea..yang jadi stalker tunggu depan pagar rumah setiap hari pun ada..yang sanggup suruh pemandu bas sekolah drop dia dekat dengan sekolah kami supaya dapat tengok Sofea pun ada..macam-macam ragam..aku sebagai sahabat baik Sofea dapat menyaksikan betapa Sofea memang menjadi rebutan ramai jejaka. Tapi, Ray akhirnya yang dipilih Sofea..

Ray…seorang lelaki sebaya kami yang sangat tampan..tinggi dan sasa orangnya..putih kulitnya..betul kata Ila, sama cantik, sama padan dengan Sofea. Sofea kelihatan amat bahagia dengan Ray..Ray pula sangat bangga dapat memiliki gadis seperti Sofea yang menjadi idaman ramai lelaki. Tapi, pada suatu hari..Sofea bersuara pada aku “Hani…aku rasa aku nak kawan biasa aje la dengan Ray tu..” Aku sedikit terkejut sebab aku rasakan mereka pasangan yang ideal. “Nape pula kau ni Sofea, dah setahun lebih kau bercouple dengan dia, tak kan nak putus tetiba pula?” tanya aku keliru. Ya, tahun itu 1995, kami nak ambil SPM..dan, Sofea yang aku kenali memang jenis yang fokus pada pelajaran dan ada wawasan. “Aku cuma rasa aku dah hilang fokus la..aku nak fokus pada study..tahun ni kita nak SPM..aku nk masuk uni macam kakak aku”, ujar Sofea.\

Betul sangkaan aku, Sofea memang fokus pada target dia untuk dapat keputusan cemerlang supaya dapat melangkah ke menara gading. Dia memang tak suka kalau ada yang ganggu fokus dia. “So…aku nak beritahu Ray supaya kita berkawan dulu..aku nak masuk uni..nak dapat kerja elok dan balas jasa mak ayah aku dulu..baru aku nak fikir tentang relationship.” “Hmm..terpulang pada kau, Sofea..tapi, Ray tu baik dan setia..aku rasa dia sanggup aje tunggu kau sampai bila-bila”.

Akhirnya, Sofea memberanikan diri untuk memutuskan hubungan dengan Ray…Ray..pada masa itu, sangatlah kecewa..sebab dia memang sangat serius dengan Sofea. Tapi, Sofea berkeras untuk berkawan biasa sahaja sebab dia ada cita-cita yang perlu digapai…aku masih ingat lagi Ray beritahu pada Sofea.. “Awak…milik saya…”

Beberapa bulan selepas itu..kami berhempas-pulas study untuk SPM. Kadang kami akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sofea memang seorang yang sangat rajin dan pandai. Dan, seperti biasa..ke mana sahaja dia pergi..ada sahaja yang cuba mendekati. Tapi, Sofea tetap fokus pada targetnya..Tapi, satu yang aku selalu perasan..tiap kali aku keluar dengan Sofea, pasti aku ternampak kelibat Ray..tapi, Ray tidak mendekati..hanya dari jauh memerhati Sofea..aku pernah beritahu Sofea perkara ini..dan, Sofea ada maklumkan pada aku yang Ray memang seorang yang “over-protective”. Tapi, aku masih rasa curiga sebab pandangan Ray seakan…berdendam..

Fast forward….akhirnya segala usaha, perit jerih kami study untuk SPM berhasil apabila masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang & akhirnya kami dapat panggilan ke sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanahair untuk menjalani pengajian Matrikulasi. Sofea dan aku amat teruja sebab kami dapat tempat yang sama.

Semasa menghitung hari membuat persiapan untuk ke sana, Sofea menelefon aku “Hani, Ray nak jumpa aku la..kau rasa aku perlu pergi tak?”..”Hmm..aku rasa kau pergi je la jumpa Ray lagipun kau nak pergi jauh..ke utara..dia pula di selatan”, kataku..”Ok la, aku pergi jumpa dia sekejap aje la”, ujar Sofea. Maka ,pertemuan Sofea dan Ray berlaku pada hujung minggu itu di tepi pantai..”Saya nak hadiahkan awak ni..” Ray bersuara sambil menghulurkan kotak kecil berwarna merah. Kotak itu disambut Sofea dengan senyuman manis dan dibuka..ternyata sebentuk cincin emas dihadiahkan oleh Ray untuk bekas kekasih hatinya..Sofea hanya terdiam..”Awak pakai cincin ni sampai bila-bila ya…walau apa pun yang berlaku antara kita…pada saya, awak tetap milik saya..” Ray berkata sambil Sofea masih berdiam diri. Sofea mengaku pada aku yang dia tak sampai hati untuk menolak pemberian Ray kerana dia tak mahu melukakan hati Ray lagi. Jadi, Sofea terima sahaja sebentuk cincin emas itu sebagai tanda persahabatan. Tapi…di situ la bermulanya mimpi ngeri Sofea selama 13 tahun lamanya…

Tiada siapa pernah menyangka yang hidup Sofea akan kucar-kacir semenjak itu. Even aku yang selalu bersama Sofea dari sekolah hingga masuk universiti, tak pernah menyangka cincin itu la penyebabnya. Apa yang aku perasan..Sofea yang dulu tidak pernah minat dengan mana-mana lelaki..mudah terpikat pada lelaki berimej “bad boy” pula..Malah, dia pula yang menjadi mangsa ditinggalkan lelaki di universiti. Bukan tiada yang berminat, tapi setiap kali perhubungan menjadi rapat, akan ada sahaja sesuatu yang menghalang yang akhirnya membuatkan Sofea sangat kecewa.

Belum pernah lagi aku nampak Sofea menangis kerana lelaki. Tapi, apabila teman lelaki Sofea di universiti tinggalkan Sofea, Sofea meraung di bahu aku…sesuatu yang pelik pada aku. Dan, ada juga yang lain cuba mendekati…tapi, Sofea pula jadi garang semacam sampai dihalau-halaunya jejaka tersebut..perwatakan Sofea makin hari makin pelik, berlainan daripada Sofea yang manja dan lemah-lembut yang aku kenali selama ini.

Lebih mengharukan apabila wajah Sofea yang putih mulus mula ditumbuhi j*****t yang amat buruk..sehinggakan dia sendiri menangis apabila melihat wajah dia di cermin. “Hani..kenapa dengan aku ni?Kenapa muka aku jadi macam ni?” Sofea mengadu pada aku sambil menangis teresak-esak. Aku mengaku yang aku sendiri ngeri tengok wajah Sofea yang bertukar hodoh dalam sekelip mata..j*****t yang penuh tumbuh di muka Sofea hanya berlaku dalam satu malam sahaja.

Sebelum tidur, tiada apa pada wajah..tapi, keesokan pagi..penuh dengan j*****t yang bernanah. “Jom.kita pergi jumpa pakar kulit” ajakku sebab terlalu kasihan pada Sofea. Sepanjang pengajian kami di universiti, keadaan wajah Sofea adakalanya elok dan normal..tapi, adakalanya menjadi semakin teruk yang membuatkan Sofea jadi kemurungan dan mula bercakap seorang diri.

Suatu hari aku ingin ke bilik Sofea..aku tahu Sofea berseorangan waktu itu sebab rakan sebilik beliau ada kuliah pada waktu itu. Tapi dari luar bilik..aku dengar seperti dua orang yang sedang berbual. “Kau siapa selalu datang kat aku?” kedengaran suara Sofea dari luar. “Aku..sayang kau..” suara Sofea juga..tapi, intonasi yang berbeza. Aku amat kaget waktu itu, lantas terus membuka pintu..Sofea memang jarang mengunci pintu bilik dia. Ternyata hanya Sofea di dalam bilik itu. “Kau bercakap dengan siapa Sofea?” aku bertanya pada Sofea dalam keadaan panik. Sofea yang sedang duduk di atas katil hanya tersenyum “Aku cakap kat telefon la..” sambil tunjuk telefon bimbit pemberian ayah beliau dan sambil tersenyum Sofea cakap “Ray….dia call aku tadi..” Sumpah waktu itu senyuman Sofea amat menggerunkan..dengan wajah yang menggerutu dan rambut yang kusut-masai..aku tahu..aku bukan berdepan dengan Sofea yang sebenar. “Dah..dah..kau pergi mandi sekarang..kita keluar makan”, ajakku untuk meredakan perasaan sendiri. Sofea akur dan berlalu ke tandas sambil tersenyum sinis pada aku..seram bila diingat kejadian itu.

Semenjak hari itu, aku sentiasa memerhatikan gerak-geri Sofea..dan, baru aku tahu yang Ray memang sering menghubungi Sofea. Dari mana Ray dapat nombor telefon Sofea, aku tak pasti. Tapi, yang nyata..Ray memang tidak pernah melepaskan Sofea sepenuhnya…apa yang berlaku selepas itu, akan aku ceritakan di bahagian seterusnya…insyaAllah…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hani Olivia
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.