Kawan Aku?

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca fiksyen shasha dan kalau cerita ini tersiar harapnya memberi sebuah sentuhan mistik dalam menjalani hari-hari korang. Saya nak cerita tentang satu kejadian yang terjadi masa sekolah sekitar tahun 2012 tak silap iaitu kem organisasi pengawas. Bersekolah di sebuah sekolah cina dan bolehlah bayangkan kalau camping tanpa bimbingan ustazah atau ustaz sebab mostly cikgu under pengawas semua chinese .

So, without further do jom kita mulakan cerita seram kita. Diikutkan tentative program, pelajar muslim akan brgerak ke surau pada pukul 6 petang (sabah maghrib awal). Dijadikan cerita, salah seorang dari kawan aku ni nama Aman (bukan nama sbenar), masa kitorang lalu deretan pokok ke surau tu dia ada bisik kat aku.

Aman: Uii , ko nampakkah di atas pokok tu ada perempuan sedang tengok kita?

Me: Mana ada, perasaan mu jak tu! Mulut jangan celupar bah, sekarang maghrib ni.

Untuk pengetahuan, Aman ni lembut orangnya so tau la jenis ni lepas cakap tak sudah. Then, lepas kitorang solat maghrib mata si Aman ni dah mula merah macam sakit mata dan lepas tu dia nampak macam lesu semacam. Tapi, one of our AJK masa tu cakap yang kitorang homesick tu yang buat perangai la apa la. Selesai solat maghrib dan isya’ kitorang gerak ke bilik mini theater. Dalam perjalanan ni, si Aman menggesel2 badan dia kat aku sambil cakap, “ada perempuan tu tengok aku dari kafe tu. Macam mana ni? Aku takut”.

So aku pun pegang tengkuk dia then suruh dia jalan tanpa toleh belakang. Tiba-tiba, kawan aku sorang ni nama Paisal, dia tanya, “Man, cantikkah perempuan yang ko nampak tadi?”. *Suuuuuuupppp*~ angin menerpa dari belakang aku since Paisal kat sebelah aku. Aku dapat rasalah angin tu dan masa aku toleh belakang guess what? Aku pun ternampaklah perempuan tengah duduk kat meja kafe tu sambil pandang kitorang. Serta merta jugak c Paisal ni boleh diam, padahal dialah paling banyak cakap sebab dia tua setahun dari kebanyakan peserta.

Sepanjang berada di mini theater untuk ceramah pemantapan organisasi, si Paisal yang memang hyperaktif dari pagi tu dah mula macam sotong jadi lemah semacam je. Mata pun tukar merah macam sakit mata tu dan bibir dia juga pucat gila. Aku tanya sepatah dia jawab sepatah. Keadaan Aman dan Paisal ni berterusan sampai hari ketiga kem. Pada hari ketiga ni lha semua jenis jin bertindak. Bijak modus operandi hantu ni, bertindak masa orang semua dah takda maya so senang la dia nak lompat2 tumpang badan manusia.

Awal pagi hari ketiga kem tu, kitorang berkumpul di dalam surau lepas tu aku bergurau la so aku cekik kawan aku si Paisal ni sebab aku dah buat kat kawan lain semua geli. Tapi, bila aku cekik si Paisal ni dia takda expression dan dia cekik aku balik. Mula2 rasa geli, lepas tu jadi sakit macam tak boleh bernafas. Aku pun tepislah tangan dia tapi tak dapat. Aku try jugak last2 dapat juga aku lepaskan.

Me : Paisal kalau ko main2 pun agak2 la sampai cekik aku kuat macam tu. Sakit budu tengkuk aku.

Paisal : Ko mau main sangat kan…

Me : Ko dah kenapa? Sejak malam tu terus berubah. Malam mata melilau tengok ceiling, lepas tu…

Belum sempat aku habiskan ayat aku, dia tampar muka aku. Semua pakat gelak aku kena tampar, padahal dia tampar kuat gila bibir aku berdarah kot kena gigi aku.

Paisal : Kalau ko dah tahu diam2 lah, ko dah kawan dengan aku dua hari takkan baru sekarang mau ungkit (suara dia agak dalam).

Pergh, masa tu bulu roma aku berdiri tegak beb. Jantung aku jangan cakaplah, macam lepas buat plank 1 jam. Tapi aku diamkan ja, sebab takut punya pasal. So, tengah hari macam tu kitorang ada kawad kat dataran. Paisal and Aman ni macam dikecualikanlah sebab dorang tak sihat. Masa dorang dua duduk kat satu kerusi bawah pokok tu, tiba2 Paisal ni macam kejung half paralyzed, mata dia putih je.

Suara dia kejap bunyi perempuan kejap bunyi lelaki garau. Lepas tu Aman kat sebelah ni menjerit kuat gila dan terus pengsan. Semua pun apalagi, kawad entah ke mana, semua lari tapi lari takde tujuan hahahahaha. So, aku lari panggil pak guard dan pak guard tu nampak perempuan tu bertenggek atas bahu kawan aku. Lepas Pak guard tu ubatkan Paisal dan Aman, dorang dua tu dah okay. Paisal yang memang hyperactive suka sakat orang tu pun dah jadi macam biasa. So aku pun adalah tanya dia apa dia rasa masa kena rasuk.

Me : Pai, apa jadi dengan ko tadi tu masa ko kena rasuk?

Paisal : Ko tau ka, lepas kita solat isya’ hari pertama tu aku rasa macam sudah tiada dalam badan aku dah. Tu yang aku lapar gila. Aku rasa aku tidur lama gila, aku sedar pun masa ko bagi aku minum air lepas pak guard tu ubatkan aku.

So , kiranya aku dah tidur 2 malam dengan BUKAN KAWAN aku. Since aku memang rapat dengan Paisal ni memang aku tidur sebelah dia. Patutlah 2 malam tu aku rasa panas gila walaupun semua orang cakap dorang kesejukan dan tak panas langsung + setiap malam hujan. Yang paling mengejutkan, badan si Paisal ni penuh dengan cakaran dan tapak tangan, merah2 badan dia. Benda ni attack waktu tengah hari kot, so memang betullah benda macam ni tak kira malam ke pagi kalau rasa horny dia dah sampai edge dia terus masuk je gedik sungguh !!!

Lagi satu cerita, lepas Paisal ni kena rasuk. Dengar cerita Paisal dah senang kena ganggu makhluk halus dan satu hari kelas agama kitorang heboh bila Aman yang lembut ni tiba2 pengsan dan aku pun entah kenapa pandai sangat panggil lah Paisal ni kononnya nak minta tolong tapi dengan dia-dia sekali kena rasuk. Nampak kot benda tu berjalan2 kat tangan dia under his skin, Paisal jerit, “Ustazah tengon tangan aku!!! Ada benda gerak2”. Lepas tu, ustazah baca ayat qursi terus benda tu hilang. Paisal dan Aman diberi surat REHAT oleh sekolah selama seminggu kot rasanya.

Rasanya sampai sini kot penulisan aku. Sorry kalau slang sabah aku terikut sekali masuk dalam cara penulisan aku. Harap korang terhibur.

Loading...

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *