PART 1
Kedengaran Azan berkumandang dari luar menandakan masuknya waktu solat fardhu subuh. Nama aku Haris. Sebagai umat Islam, aku mengaku yang aku Islam hanya atas IC.
Solat? Jarang sangat aku nak buat, puasa apatah lagi. Hidup aku 100% berlandaskan duniawi manakala akhirat aku biarkan berlalu pergi.. macam lirik lagu pulak.
Aku nak cakap yang aku jadi macam ni mungkin sebab aku berasal dari keluarga yang tak begitu menitik beratkan soal agama, tapi bila difikirkan balik, ia 100% salah diri aku sendiri.
Kedua ibu bapa aku mentaati tuntutan agama, aku di hantar ke sekolah kafa dari darjah satu hingga enam dan begitu juga kesemua adik beradik aku yang lain. Mereka semua baik akhlaknya cuma aku je macam ni. Jadi aku tak boleh salahkan ibu bapa aku. Ini adalah pilihan diri aku sendiri. Tapi, hidup aku mula berubah bila aku melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti yang diiktiraf MQA. Tulisan aku untuk kali ini bukanlah untuk menceritakan ‘keangkeran’ tempat belajar aku. Aku pun tak tahu kalau tempat belajar aku tu ada hantu ke tak. Jadi kita abaikan part tu, sekarang aku nak bercerita pasal housemate aku.
Dalam rumah yang aku sewa, ada lagi 5 orang jejaka idaman malaya yang menyewa dengan aku. Disebabkan rumah ini cumu ada 3 bilik yang boleh didiami (sebuah bilik lagi tuan rumah dah pecah jadikan ruang solat walaupun kitorang perangai macam shayatanun) maka setiap bilik akan di kongsi dua orang. Bilik A didiami oleh Ammar dan Zafrul , bilik B pula di diami Ehsan dan Yassin manakala bilik C adalah bilik aku dan penyewa baru, Adam.
Adam ni sebenarnya aku dah kenal sejak sekolah menengah lagi, tapi aku tak berapa nak ngam dengan budak Adam ni sebab Adam terkenal dengan ‘keistimewaannya’. Hampir semua pelajar tak sanggup nak berkawan dengan si Adam walaupun dia ni boleh di kategorikan budak “hot” masa belajar dulu sebab dia ni asal exam je mesti straight A.
Keistimewaan Adam bukan lah bermaksud yang dia ini pemegang kad orang kurang upaya.. Kalau dia kurang upaya, aku share cerita ni dekat blog bersamamu je takde makna nak tulis kat platform cerita hantu ni. Kenapa aku cakap Adam ni istimewa? Sebab si Adam ni suka bercakap seorang diri, tapi gaya dia bercakap tu macam berbual dengan 4/5 orang. Kadang-kadang masa cikgu mengajar Add maths kat depan dia bantai ketawa terbahak-bahak. Takde angin takde ribut dia gelak, kau rasa? Entah apa yang lawak sangat addmaths ni pun aku tak tau la. Cara dia ketawa macam tengah tengok “Runningman”, bila ditanya apa yang lucu? Dia cuma menyeringai sambil memuncungkan bibir ke arah tepi cikgu yang sedang mengajar. Meremang segala bulu kat badan aku ni bila teringat balik dia punya sengih tu.
Kejadian tu antara salah satu punca kenapa awek-awek satu batch aku tak berani nak menggedik dengan si Adam walaupun dia jauh lagi hensem dari aku. Cikgu yang pada mulanya denda si Adam sebab ingat dia main-main, lama kelamaan mula takut jugak bila dia kerap melakukan hal yang sama berulang kali. Akhirnya kitorang semua biarkan je dia dengan dunia dia.. Lantak kau la Adam nak gelak ke, nak berenang ke ikut kau. Janji kau tak dekat dengan kitorang.
Lepas tamat sekolah menengah , aku langsung tak tahu apa yang jadi dekat Adam, sampai lah pada satu hari…..
Yassin : “Weh Ris , harini kita dapat housemate baru tau. Nanti ko ‘share’ la bilik dengan dia ye, ko pun dah lama bermaharajalela duduk bilik sorang kan? padan muke! hahahaha”
Gelak Yassin sambil menampar bahu aku berkali-kali. Yassin ni harap je nama Yassin, Tapi perangai mengalahkan SICCIN! Okay-okay ampun sin, jangan taichi aku ..
aku masa tu daripada ‘happy’ terus kemurungan sebentar bersama kitkat sebab aku ni sebenarnya lagi suka duduk bilik seorang. Bila terfikir yang lepas ni aku akan ada roommate, serta merta aku teringat kat setan-setan rumah aku ni yang semuanya tidur berdengkur macam haiwan oink oink tu. Haih..
Fast forward, malam pun tiba.. Tak silap masa tu aku tengah layan cerita Bruce willis part dia tengah watcha watcha, elok je dia tengah watcha, pintu rumah aku ni pun orang ketuk. Kawan-kawan aku yang pemalas nak buka pintu ni pun buat tak tahu je. Diorang malas? aku lagi la malas, mampus kau sana, ketuk la pintu sampai kiamat. Sape suruh pemalas bawa kunci. Dalam fikiran aku masa tu mesti si Ehsan lupa bawa kunci. Sebab mamat tu je yang selalu lupa semua benda.
Tengah kitorang semua buat tak tahu tiba-tiba aku terjelepok jatuh ke lantai macam kena sepak dari belakang, dalam masa yang sama aku dengar suara orang cakap “Haris , tolong ah buka pintu”. Bengang beb tengah syok tengok movie kena terajang. Terajang dia bukan biasa-biasa.. tahap aku macam cicakman melekat kat lantai. (sila bayangkan..)
Aku pun apa lagi , terus bangun dengan muka menyinga niat nak maki hamun individu yang dah jadikan aku cicakman free tapi bila aku pusing…. ‘krik krik…’ aku cuma dijemput dengan bunyi cengkerik, sekor makhluk pun tak ada dalam bilik aku ni.
Ah sudah… siapa pulak yang flying kick aku tadi.. Belum sempat aku dapat merungkaikan misteri ni, tetiba pintu bilik aku kena tendang dengan si Ammar, nasib baik tak tertanggal. Badigol sood setan sekor ni. kalau korang nak tahu si Ammar la ketua baran dalam rumah ni. Baran dia memang kadang-kadang aku pun tak boleh handle. Sebab tu la mangkuk ni selalu kena tinggal. Tapi isu Ammar selalu dengar lagu jiwang lepas kena tinggal dengan aweks (tambah s belakang sebab awek dia ramai) dia tak ada kena mengena dalam cerita ni jadi kita abaikan.
Lepas je pintu bilik aku kena terajang, maka terjengul la muka tak puas hati Ammar sebelum aku kena cepuk dengan dia tanpa amaran
“kau ni dah apasal der terjah bilik aku terus pukul-pukul ni? kau jangan melebih sangat Mar” Marah aku pada Ammar tapi dalam nada yang terkawal memandangkan aku malas
nak bergaduh dengan housemate.
Ammar -“dah kau yang gampang sangat sekeh kepala aku kat bilik tadi tak melebih pulak?”
Kata-kata Ammar buat aku terkedu. Bila masa pulak aku sekeh dia? Belum sempat aku nak menjawab, Zafrul pulak mai berlari masuk bilik aku dengan towel yang separuh londeh , buih syampu penuh kat rambut , aku dengan Ammar dah pelik asal pulak mamat ni rushing sangat sampai mandi pun tak habis?
“Weh Rul , ko ni asal ? kena kejar hantu ke apa?” laju je mulut si Ammar ni tanya.
Ikut hati nak je aku cepuk mulut dia.
Zafrul yang tadi muka macam ayam berak kapur kali ni macam tertelan biji durian pulak.
Ah sudahh. Aku tak sedap hati.
Dari ekspressi si mamat ni je aku dah dapat agak mesti dia pun kena jugak.
Zafrul : “T-tadi weh… masa aku kat toilet ada orang ketuk pintu toilet.. Aku ingat ko Ris, siap main tutup lampu lagi. Aku pun marah la. Lepas tu..”
Adam : “Lepas tu?”
Zafrul: “Lepas tu.. tiba-tiba aku dengar suara bisik kat aku “buka pintu la bodohhhh” sakit weh dia bisik! berdesing! siap aku kena tolak lagi. Nasib tak terhantuk kat singki. Masalahnya aku kat toilet tu sorang.. Sapa pulak yang bisik siap tolak aku tu?”
Ha kali ni Ammar dah tertelan air liur sambil tersengih-sengih pandang aku konon macam nak say sorry la tu.
Puih. Nasib tak kena ludah betul-betul.
Jadi kitorang bertiga pun dok garu la kepala yang tak gatal memikirkan hal misterius yang baru terjadi ni.
Tapi tak sempat nak capai konklusi, pintu rumah kitorang kena ketuk lagi. Kali ni gegar dia macam nak pecah pintu tu gamaknye.
Kitorang dah masing-masing bertolak “kau la bukak”, “eh pahal pulak aku, kau la. kau kan kaki gaduh, ko gaduh la dengan hantu tu” haha sempat lagi Zafrul kenakan Ammar time macam ni.
Akhirnya kitorang bertiga cuma pandang je pintu tu kena gendang sampailah……
“Ktak”
Kunci pintu berjaya dibuka oleh hantu dari luar ! Itu apa yang aku fikir la.. Si Zafrul dah ready nak cabut towel yang sedia londeh untuk tunjuk tutt dekat hantu (bila aku tanya kenapa, dia cakap tok dia bagitau dulu-dulu kalau hantu tengok kita punya tutt, hantu lari sebab malu. Tepuk dahi je aku dengar alasan dia)
Masa ni semua dah menunggu dengan penuh suspen. Ammar yang konon hero Tamil pun tetiba jadi tikus.
“KREKKKKK” Tombol pintu perlahan-lahan di pulas sebelum di tolak menghasilkan bunyi yang sangat menyeramkan. Selama ni aku tak pernah perasan pun bunyi pintu tu macam tu. Tiba-tiba….
“Woi ! kat sini ghupanya hampa semua! (kat sini rupenye korang semua)
Awat orang dok katok-katok pintu hampa dak bukak? (Asal orang ketuk pintu korang tak bukak?)
Kesian housemate baru kita ni dok nunggu depan pintu terkatok-katok bagi salam hampa dak bukak. (kesian housemate baru kita tunggu depan pintu dari tadi bagi salam takde orang bukak)
Hish!” Bebel Ehsan dengan dialek kedahnya yang sekali sekala muncul bila dia dalam mood nak membebel.
Aku, Ammar dan Zafrul cuma menyepi memandang Ehsan dengan pandangan kosong sebelum Ammar bukak mulut.
“Ko nak sembang ape san. Housemate baru konon, ko yang malas nak cari kunci bukak pintu kan? Mana housemate baru? Mana?” , marah Ammar sebab belakang si Ehsan takde sape pon. So, kitorang assume dia main-main.
“Hang ni kalo aku kata buta nanti marah. Cuba hampa semua bukak mata tu besaq-besaq, pandang kat luar tu!” Balas Ehsan. Maka menjenguk la kitorang bertiga ke luar sambil tolak si ehsan ke tepi. Okay part ni best. Kitorang semua ternganga. Bukan sebab nampak hantu, tapi nampak kereta yang tengah park depan pagar… BMW BEBBBBB! Mak aih. Anak orang kaya mana pulak yang sesat menyewa dengan kitorang ni?
Ammar- Perghh, loaded gila budak baru ni weh! Tapi kalau dia loaded, asal sewa sini do. Mesti kete sewa ni.. Hahaha
Aku dengan Zafrul sekadar pandang sesama sendiri dan main jungkit-jungkit bahu sebab malas nak layan si Ammar walaupun ada logiknya ayat si mamat ni. Tapi sape la yang bongok sangat sanggup sewa kete mahal semata nak menunjuk?
Zafrul yang tiba-tiba macam dapat berhubung dengan otak aku tetibe angguk
Zafrul – “Ada do Ris orang macam tu. Bio papa asal bergayo! Mesti orang Nogori ni” (To all orang Negeri Sembilan. Jangan bash aku pulak. Si Zafrul yang cakap ye. Bukan aku. Aku tak ‘negerism’ . Peace no war)
Aku- “Ahh dah la korang ni. macam-macam, baik kite tolong dia angkat barang mana tau dapat KFC free ke. Jom-jom.”
Maka bersama-samalah kami menonong keluar dengan niat nak tolong budak baru tu angkat barang. Zafrul yang syampu selepat atas kepala pun turut serta tapi lebih kepada menyibuk nak usha kereta budak tu sebenarnya. Macam la aku tak tahu.. Huh.. Tapi kat sini lah silap kami. Nampak budak baru terus lupa pasal kejadian pelik yang baru tak sampai sejam kami alami.
Ehsan – “Ha Adam, mai kami kenalkan. Yang belum habis mandi macam Pak Maon ni Zafrul , si sado ni Ammar dan tu , yang muka toya sikit nu Haris, merangkap roommate hang. Ha dengan dia la hang kena habiskan baki sisa-sisa hidup hang sampai habis study na.. No room change allowed sebab bilik kami semua dah penuh.”
Adam ? Asal macam familiar semacam je nama ni eh? Tak kan la Adam TU kot? Mungkin nama je kot yang sama ? Aku terfikir sendiri sambil cuba jengah sikit muka budak Adam ni. Ish semak je pakai topi malam-malam. Bukak la woi !
Lepas je aku terfikir macam tu , aku tak tau la kuasa Saitama apa si Adam ni pakai , dia betul-betul buka topi dia beb ! Macam boleh baca pulak fikiran aku ni.
Dan sudah tentu la yang berdiri gah disitu harus menjadi Adam rakan aku dari sekolah menengah aku dulu ye kawan-kawan. Korang pun mesti dah boleh expect kan? Maka kami pun bertukar pandangan. Dia pandang aku, aku pandang dia, sama-sama pandang. Tinggal lagi aku pandang dia dengan muka terkejut la pun, si Adam pulak boleh hadiahkan aku sebuah senyuman yang cukup “friendly”. Macam mana nak “explain” ye… Senyuman dia tu macam pertama kali jumpa aku dan tak pernah kenal aku langsung. Mamat ni yang lupa siapa aku ataupun ni Adam yang lain ? Tapi tak kan la kebetulan sangat taik lalat tepi batang hidung tu. Taik lalat igauan kakak angkat aku dulu kot. Hari-hari suruh aku kirim salam kat si pelik ni.
Adam – “Korang semua dah makan ke? Aku ada bawak pizza 3 box ni.. Tadi kebetulan lalu Dominos, tu yang beli sekali. Kalau sudi ambik lah.”
Zafrul – “Ehhh ape pulak tak sudi! Sudi weh sudi , baiknyalah kau ni. Baru-baru datang dah belanja kitorang makan. Mane barang-barang kau weh? Meh sini kitorang tolong angkat”
Si Zafrul ni kalau bab mentekedarah memang laju je. Lagi-lagi kalau benda free. Ammar yang susah nak ngam dengan orang pun bukan main lebar senyum bila tau member bawa pizza. ah mudahnya kawan-kawan aku dibeli dengan makanan. Aku pulak masih rasa yang si Adam ni berpura-pura tak kenal aku. Come on la , lepas je kami kene kacau hantu tetibe je dia terjengul. Tak kan la kebetulan kan? Tambah pulak dia ni dulu ada sejarah berperangai menakutkan. Memang haram la aku nak makan makanan kau bawak.
Tapi disebabkan kawan-kawan aku tak tahu apa-apa pasal si Adam ni , aku pun diam jela.
Lepas je kami tolong dia bawak masuk barang dia (hanya satu beg bagasi, satu beg galas dan kasut sukan. WTH?) , mangkuk-mangkuk ni pun meluru laju je ke dapur lahap makanan Si Adam ni bawak. Adam pula dari awal sampai tak sudah-sudah tenung aku. Apahal pulak mamat ni? ingat aku kunyit ke apa?
“Haris.. Kau tak rindu aku ke? hihi…” Ah sudah dia dah berbunyi.. Amende do, kiranya betul la dia ni ADAM . Mampus aku.. Automatik pergerakan aku terhenti bila dengar suara si Adam tanya macam tu.
Rasanya sampai disini saja dulu penceritaan aku mengenai Adam.. InsyaAllah umur panjang aku kongsikan sambungan cerita ini… Assalamualaikum..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cepat la sambung…curious ni..haha
Cepat skit tulis do x sabar baca..ni kisah benar ke..bro
Haaannngggokkkk nko dekk!!! Hakak nk prbetulkn ayat peribahsa nko tu.. Bio.. Pape asey brgaye tu.. Bkn dri nismilan!! Tu tag line org perok la mangkokkk😂🤘
Apa² pn citer nko best hakak sukeee trhibur giittcheww
BAHAHA klaka do citer kau..sambung cepat pls!
Best bestt . sambung sambung , x sabar nak baca.
sumpah best sgttt citeee kauu niiii..cepatlh sambungg ehhh….dari first baca asyik tergelak jeee..HAHAHAHHAHAHAH
tergantung sepi………………………..
Lawak do cara crita best senang fhm. Cpat la smbung. Tak sabaq nihh
Kau tak takut ke kawan kau Adam tu tau kau citer pasal dia kat sini..? he he he he he. Sebabtu kau citer sekerat jalan je kan.. he he he he he he.. Get ready bro, he he he he he he he..
cepat la sambung!
sorry bro, cerita kau potong. banyak sangat merapu dan tak straight forward. please be more straight to the point with a concrete humor. can be better, aku baca suku je.
hahahaha baru baca asyik gelak je.. lawak do, cepat sambung cite yaa ahahahaa
adduhh.. sambung lak.. cepat sket sambung ye…
Sabo la genggg.
Aku busy kerja melambak lepas PKP do.
Mana nak bagi anak bini dalam game makan lagi, nak jaga asset2 game lagi… Sila faham..
Hahaha
Insha Allah next week kalau mood tak kelaut aku sambung.
Aku pon tak tau la pahal aku tak boleh reply kat comment korang sekor-sekor. Niat nak reply tapi site ni macam han** je. huh..
Terima kasih la sudi baca cerita aku ni. Aku doakan korang sume kalis covid-19. Aminnn.
Sambung pat sikietttt
Lawak 😂 xhenti ii aku duk gelak sorg ii ni😂
X sabar nk bca
“Haris Hensem” Em ok
Sambung plzzz
Penat dah gelak sensorang nie…
Cepatlah sambung
Cepat la sambung tak sabar nak baca niiiii. Cepat laaaaa
Smbung lagi😹 lwk do cita kau😸 dari seram jadi komedi ha😹
Cepat laa sambung oiii
best oiii cepat ar sambungg..adoi la dlm takot mengekek aku gelak ngan penulisan dia.. kelako doo
cerita menarik tak membosankan
aduiiiiiii kene ke benti separuh jalan?? potong stim tulla… cepat sambung
pandai ko merapu, bole tahan
cepat skit sambung akk nak bace kikiki
Ok.. Cerita menarik.. Sila sambung..
Bapak kelakor …
cerita terbaik …
terlalu byk sgt lawak pun boring gak bro
Terbaik
Kelakar giler cite kau xde la bosan nk baca….
Kelakar giler cite kau xde la bosan nk baca…. Ni Aku baca balik cite ni sebab X puas lagi gelak..