Kawan Aku Psiko

Kisah ni berlaku pada 2 tahun lepas, semasa aku berumur 17 tahun masa tu baru lepas habis SPM. Nama aku Kimi, nama ni nama panggilan yang mak aku beri. Nak jadikan cerita aku ada seorang kawan yang sangat baik dengan aku. Aku ni anak tunggal, dia ni dah macam abang aku, nama dia Naz (bukan nama betul), dia ni memang seorang yng baik. Aku berkawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi, aku cakap dia macam abang aku sebab dia selalu jaga aku, kalau aku kena buli ke, tak bawak duit ke dia lah yang tolong.

Nak dijadikan cerita aku dengan dia masuk sekolah menengah yang sama, bila sampai sekolah baru ni aku jumpa dengan 4 orang lagi kawan baru.
Sorang nama dia Alip, dia ni peneman aku, aku selalu datang sekolah awal, dia lah selalu teman aku datang awal. Kedua, Hafiz dia ni kawan aku dalam bersukan terutamanya dalam bola. Qayyum, kawan yang banyak tolong aku, dia ni caring sikit pasal kawan kawan dia. Paan pula,dia teman berbual aku, ok sambung pada cerita asal. Jadi sejak menginjak ke alam menengah ni aku dah jarang jumpa dengan Naz, tapi dia selalu tanya khabar.

‌Masa aku form 5, kisah seram dalam hidup aku dimulai, aku mula tau perangai sebenar Naz, dia bukan orang biasa dia psiko, yaa psiko! Pernah sekali tu aku gaduh dengan sorang budak ni, aku bertumbuk dengan budak ni, tiba tiba Naz datang terus tibai budak tu, nyawa nyawa ikan budak tu kena, tapi aku tengok Naz dia tak rasa bersalah sebaliknya dia senyum dengan aku. Mungkin dia rasakan telah membantu aku dengan baik.

Pada suatu hari aku jumpa lah seorang budak perempuan yang berjaya pikat hati aku, nama dia Tasha (nama rekaan) dia ni baik, tapi aku tengok dia macam takut dengan Naz ni. Satu hari ade salah faham sikit antara aku dengan Tasha, kami bertekak sikit dan si Tasha ni dia tengking aku. Lepastu dia bla, masa tu kat korridor, dekat hujung korridor aku nampak Naz merenung tajam kat Tasha.

Masa balik aku dekat parking motor, aku cerita kat Qayyum sebab dia paling rapat dengan aku, mana tak nye motor pun sama 125zr. Qayyum pun bagitau aku “tak pape lah jangan risau”. Aku pun diam je, malam tu dalam pukul 10 macam tu aku dapat call dari Tasha. Aku angkat suara takut, dia tinggal sorang dekat rumah, mak ayah dia outstation. Dia cakap dia dengar bunyi dari tingkap bilik dia, bilik dia tingkat dua, bila dia pergi jenguk dia nampak Naz tengah pandang tajam tepat kat dia sambil tersenyum, dia cakap dekat aku Naz ade dekat situ dari pukul8 tak gerak gerak ,gila lah 2 jam siot.

Aku pun risau lah, terus aku call Qayyum aku suruh dia bagitau yang lain lain suruh kumpul dekat kedai mamak dekat dengan rumah Tasha. Aku sampai je diorang dah tunggu aku. Tiba tiba aku dapat call dari Tasha dia cakap Naz dah takde ,tapi dengar bunyi pintu di ketuk dan di goyang, aku bagitau kawan kawan aku yang lain. Tanpa buang masa terus start motor pergi sana ,sampai je aku tengok kawasan sunyi pintu dah terbukak, aku suruh Paan dengan Alip pergi rumah Naz bagitau mak ayah dia.

Aku, Qayyum and Hafiz berlari masuk, sampai kat bilik Tasha aku nampak Naz tengah mengacu kan pisau kat Tasha, Qayyum terus tarik Naz dan terus tolak dia kat dinding, antara kitaorang Qayyum paling kuat, dia jerit suruh kita orang lari keluar dia kejar dari belakang, sampai luar Naz tolak Hafiz dan Qayyum, terus tumbang dua dua, kuat gila. Aku sempat bertumbuk dengan dia, tumbukan aku tak berkesan, dia pukul sekali je terduduk aku, rasa macam tumbukan 5 orang dah. Dia terus belari dan lepastu libas pisau dekat Tasha. Alhamdulillah aku sempat selamat kan Tasha dan libasan tu kena tepat kat belakang aku. Lepstu aku tak sedarkan diri,y ang aku sedar Qayyum ade baca ayat ayat sucilepas tepuk pada dia, masa tu sebelum aku pengsan aku ade rasa angin panas yang kuat sangat.

Aku sedar je, aku dah dekat rumah Naz, semua orang keliling aku. Mak Ayah aku sampai lepas Paan call diorang. Diorang cakap tak nak besarkan kes ni dan biarkan kes ni sampai sini je. Aku tanya Alip mana Naz, lepastu Qayyum papah aku pergi bilik sebelah aku tengok Naz dah macam orang tak betul. Dia tak boleh bangun duduk terbaring je macam baby. Mungkin sebab benda pada dia tu dah takda. Aku lupa nak cakap, Qayyum boleh buat macam tu sebab ayah dia pandai ubat kan orang, dari situ dia belajar.
Aku dan Tasha pulak akan bertunang lagi 4 bulan, doakan kami. Luka di belakang masih mempunyai kesan sampai sekarang, dan tak lupa juga untuk aku doakan Naz akan sembuh dan jadi manusia normal. Sama-sama lah kita mendoakan Naz agar kembali sembuh. Sekian sampai disini saja cerita aku mengenai sahabat aku Psiko…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Shahrizal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.