Kebaya Merah

Assalam admin and FS reader. Aku one of FS fan, selalu juga baca cerita2 kat sini. Lepas baca cerita ‘bilik tak bernombor’ tu, datang rajin pula aku nak share pengalaman sendiri and kawan2 aku. Jangan marah yer. Aku kenal kan diri aku as ‘M’ je la. Ni cerita pengalaman aku di sebuah matrikulasi. Matrikulasi mana tu aku rahsia kan. Aku dapat tawaran lepas SPM dalam tahun 2010. So, masuk matrik 2011-2012 tapi tak sampai setahun pun. Mungkin cerita ni tak seram tapi aku nak share gak la.

Macam biasa cerita dekat asrama ada history sendiri kan. Gitu juga la matrik ni. Tak tau la ni rumours ke or based on true story. Sebab matrik ni memang banyak kes dari zaman senior aku. Aku bagi overview sikit pasal asrama kami yer. So, senang paham sikit jalan cerita. Block matrik ni ada A sampai F. 4 block perempuan and 2 block lelaki. Perempuan A sampai D and selebih nya lelaki la. Aku dapat block A yang dekat sangat dengan tangki air asrama belakang kafe.

Block A ni jauh sikit dari block B, C and D. Tiga2 block ni bersambung and kalau nak pergi block A perlu  lalu kafe and lalu tangki  air besar yang aku cakap tadi.  Block A ni paling hujung and berdepan je dengan bilik tutorial. So kalau nak skip, senang la. And I’m one of skipper juga la. Okay back to story.

Block A ada 4 tingkat, 3 wing which is wing kanan, kiri and belakang. Aku dapat wing kiri and tingkat 3. So bilik aku sebelah je dengan toilet. Kalau nak ikut kan semua block suppose to full kan yang block first kan? Tapi block kami tak di benar kan full the reason is sebab tak ckup katil. Tu yang fasilator cakap la.

Okay, kita think positive dulu ya. Ingat tau block A. Block lain pun ada kes juga tapi aku nak cerita pasal block A dulu. Tingkat 4 block A ni tak banyak yang tinggal. Bilik atas aku macam ada satu bilik jer ada orang and opposite nya dalam 2 or 3 bilik jer. Wing belakang tak payah cakap la. Memang tak ada yang tinggal.

Aku tak tau betul ke tak incident ni. 2 or 3 tahun sebelum batch aku ni ada student yang tinggal dekat tingkat 4 wing belakang tu di temui meninþggal  dalam locker. Time tu nak abis sem and ramai yang balik dah kan. Lupa nak bagi tahu,  1 bilik tu ada 4 orang yang tinggal. Memang agak besar la bilik tu. Nak jadi kan cerita tingkap bilik aku ni coincidentally berdepan dengan bilik yang pernah ada incident tu.

Continue balik macam mana student tu boleh di temu mati dalam locker. Student tu actually pregnant and kita tak tau la betul ke tak. Jangan kecam aku. Aku panggil ‘K’ lah ya student tu. Time cuti tu, ada 2 senior yang belum balik. One of them is K.  K pesan dekat roommate dia, nanti kalau nak check out asrama jangan lupa kunci locker dia skali.  K ni memang dah siap packing. Dia letak bag kat hujung katil. Roomate dia tengok jer dia pack bagai sebab dia pun dah habis packing.

In the same time, felo ada buat spot check nak cari student yang pregnant. K ni dengar jer news tu, dia terus sembunyi dalam locker tu. Roommate K ni pikir K pergi toilet sebab bag K masih ada jer kat hujung katil. Dia pun pergi lock je lah locker K ni. Aku pun tak tau kenapa K tak bersuara masa roommate dia lock. Mungkin tertidur or apa kita tak tau. Yang malang nya roommate K ni balik lepas dia pergi lock locker K.

Korang imagine, cuti sem ni 1 bulan lebih kot. Agak2 K macam mana? Family K pun cari la K dekat matrik sebab student lain dah balik. Dia sorang je belum. Kes ni heboh juga la masa parent dia tanya dengan lecturer dekat sana. Sebab parent K expect K stay kat asrama. Lepas parent K bagi tahu details K, senang sikit kerja lecturer nak trace student yang stay block mana.

Lepas tu aku tak tau dah macam mana jalan cerita dia. Yang aku tahu laporan polis dah sah kan memang K yang meninggal. So, bilik tu sekarang memang junior2 tak guna la. Bukan setakat bilik, 1 aras kot. And masa batch aku aku pernah gak nak try naik bilik tu sebab young blood kan, Curiosity memang tinggi. Meja study aku ni kalau buka je memang nampak bilik K. So memang nampak jelas. Bilik tu setiasa terang and tak pernah tutup pun lampu tu.

Ni pengalaman kawan aku yang stay dekat tingkat 4 atas bilik aku, dia ni di kira, di anugerah kan hijab lah sebab boleh nampak benda gitu tapi tu dulu. Sekarang dah tutup dah sebab tak tahan kan. Tapi tak tahu kenapa, dia boleh nampak lagi benda tu. Dia buat tak tahu jer la sepanjang dia stay bilik tu. Dia nampak benda tu menumpang tinggal di bilik sebab masa awal2 tak da gak nampak benda gitu. Mereka expect mungkin aras tu K dah haunted kot. Kita tak tahu kan. Alluahualam.

Sepanjang kawan aku dok kat bilik tu. Aku yang tingkat bawah ni selalu dengar bilik dorang tarik2 kerusi. Tapi buat biasa jer sebab student kan suka stay up sampai pagi. Aku syukur gak la sebab aku tak da hijab yang boleh nampak benda gitu. Okay sambung cerita. Bilik kawan aku ni selalu panas setiap malam. Boleh di kata kan malam2 jer memang panas. Dia ni memang selalu nampak Benda tu dekat2 dengan dorang kalau nak masuk tidur.

Ada sekali, nak masuk waktu maghrib la. Dah ambik wuduk bagai. Kawan aku ni solat la. Ekor mata kita kan boleh nampak kan. Benda tu tengok je kawan aku solat dekat dari hujung katil. Kawan aku cakap hitam and tinggi. Rambut tak payah cakap la. Memang serabai. Sampai kawan aku tak tahan tinggal kat bilik tu. Even lepas solat dh baca ayat2 al-quran, benda tu masih ada. Hilang sekejap jer tapi datang lagi. Sampai dia suruh roomate dia gabung katil nak tidur sama2. Kadang2 bila buka mata, benda tu dah ada dekat hujung katil. Tertonjol muka dia tengok kawan aku tidur sampai kawan aku pengsan setiap kali dia terjumpa benda tu. Kalau aku, Mungkin lama dah belah kot.

Yang ni cerita sama gak. Tapi kes yang lain. Kita pun tau kan setiap institution ada majlos dinner. Time tu macam lepas raya so theme dia bercampur gak la. Ada yang retro, aidilfitri, traditional and etc. Kelas aku kena themes aidilfitri. So, kalau theme raya ni memang pakaian banyak yang baju kurung, kebaya, jubah bagai kan. Malam dinner tu kami combine dengan kelas lain yang pilih theme raya. Setiap dinner akan ada king and queen, the best busana and onwards. Ada sorang student perempuan ni,  memang cantik. Dia pakai kebaya merah. Yang betul2 merah menyala bak hang. Ramai gak la budak2 bergambar dengan dia ni. Aku pun tak kenal gak. Sebab dia pakai masquerade kan. Tapi time ambil gambar tu dia buka la. At the end of majlis tu budak tu terpilih as queen of the night. Cari punya cari tak jumpa so mungkin dia dah balik kot.

Nak jadi kan cerita, gambar yang kawan2 aku ambik dengan dia kabur kot. Kawan2 aku nampak jer muka.  Jelas abis. Kalo gegar pun Mesti muka kawan2 aku pun tak nampak kan? Gambar budak tu memang tak nampak. Color merah jer nampak. Tu pun kabur2 macam yang cahaya merah jer tinggal. So benda ni viral gak la kat matrik aku. And one day tu, ada senior aku buka cerita. Benda tu memang setiap tahun jadi. Selalu nya queen of the night memang akan hilang. So benda tu dah jadi tradition. Setiap kali dinner ‘kebaya merah’ tu memang akan datang. And ada gak senior aku cakap, K ni datang melawat. Sebab masa arwah K masih hidup,  dia selalu menang competition or event2 gitu. K ni memang cantik gak la. So,  memang event2 Dinner memang K tak kan pernah missed.

Fuhh. Baru 3 cerita. Ni second last cerita aku nak share. Mungkin cerita ni short je laa. Aku pun pernah lalui gak. Korang ingat tak ‘tangki air’ yang aku mention tadi tu. Awal2 aku introduce pasal matrik aku?. Tangki ni tinggi tau. Tangki ni antra kafe and block aku. So kalau nak lalu block aku, perlu hadap tangki air ni. Kes dekat tangki air ni tak payah cakap la. Memang banyak budak2 bunuh diri. Cuma aku tak pernah jumpa la benda tu. Tapi setiap malam memang korang akan terserempak dengan kucing hitam.

Aku macam biasa la. Memang lari jer kalau terserempak dengan kucing hitam tu. Ada sekali aku datang berani. Lepas balik dari block kawan aku, dalam jam 1 or 2 pagi. Aku dengan kawan aku lalu tangki tu. Memang nampak kucing tu la macam biasa. Kami ni berlagak berani la kata kan. Nak halau kucing tu. Korang imagine kucing tu tak bergerak. Dia tengok je muka kami. Aku baling batu pun dia tengok jer. Kalau kucing lain. Lari dah kot.

Dia bukan takat jeling, dia pergi dekat kami. Apa lagi, kami pun belah la. Malam yang next tu, kawan aku nak pi bilik aku. Macam biasa la budak asrama. Kalau tak malam, xmencari Maggi. Kawan aku lalu la tangki tu, dia nampak budak2 and mak budak main dekat bawah tangki tu. Ya allah, aku tengah type ni pun goosebump. Kawan aku tu patah balik bilik dia. Terus esok nya ‘kwang’. Demam panas.

And ni last one. Memang betul2 short and simple jer. Tak seram mana. Ni kisah block B or C. Sebab block B and C ni dekat sangat. Jadi aku tak boleh beza block mana satu. Benda ni pun di kira kan tradition untuk matrik ni juga lah. Belakang block ni ada hutan and dejat hutan tu ada satu batu besar. Batu tu memang besar la. Boleh Baring2 lagi kot.

Dekat matrik aku ni, setiap weekend akan ada ‘outing’ and ada mini bus datang jemput student. So, pak cik2 bas ni cakap bercerita. Selalu nya kalau bulan mengambang batu dekat belakang tu akan terbelah and keluar air mecurah2 and time tu ada la bunian2 turun dekat batu tu. Aku tak tau mitos cerita ni. Betul ke tak, sebab aku tak pernah nak usha setiap kali bulan mengambang. So, sampai sini jer cerita aku. Nak cerita lagi tapi jari tak mengizinkan.

Thank you FS reader sebab sudi membaca. If cerita aku kena publish, sangat2 bersyukur admin. Mungkin tak seram, sebab aku just nak share cerita kawan2 aku and pengalaman aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *