Kebun cendawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fs. Nama Aku khai. Umur aku… Er.. Rahsia hehe… Ini kali pertama aku menulis cerita di fs, sebelum ini aku hanya menjadi ‘silent reader’ sahaja. Cerita yang aku nak kongsi kan ni bukan dari pengalaman sebenar aku, tapi dari pengalaman mak cik aku. Tapi sebelum aku memulakan cerita, aku doakan agar semua yang membaca ni sentiasa dilindungi tuhan dan dijauhi dari semua penyakit… Amin… Dan… Terima kasih kepada admin fs jika cerita aku ni disiarkan. Kalau tak disiarkan, mungkin tiada rezeki la jawabnya.

Makcik aku sekarang ni muda lagi, awal 20-an. Dan sudah dikurniakan 3 cahaya mata. Boleh dikatakan dia kahwin muda. Mak cik aku ni ada banyak kisah mistik dalam hidup dia. Jadi aku akan cerita mengenai semua pengalaman mistik yang berlaku dalam hidup dia dari kecik sampai lah sekarang.

KISAH PERTAMA
Rumah makcik aku ni berdekatan hutan. Rumah dia memang betul betul jauh dari jalan raya. Pernah juga lah aku tersesat masa dalam perjalanan ke rumah dia. Rumah makcik aku ni belakang nya ada kebun cendawan. Boleh dikatakan bapa dia ni pembekal cendawan. (oh ya.. Lupa nak bagitahu, ini bukan makcik dari nenek aku, er… Aku pon tak tahu nk jelaskan macam mana. Nk sebut makcik ipar? Macam tak kena. Alah… Dia adik ipar kepada ayah aku. Ok… Dah faham?) sambung…

Nak dijadikan cerita, masa tu dalam pukul 6 pagi macam tu. Makcik aku ni baru sekolah menengah masa tu. Lepas dia dah pakai kasut sekolah, dia pun panggil mak nya, nak Salam. Tapi tiada sahutan. Dia pun pergi ke kebun cendawan dan kelihatan mak nya sedang memetik cendawan. “mak.. Ila nak pergi sekolah dah ni. Bye… Assalamualaikum.” mak nya tidak menjawab. Sebaliknya hanya diam sambil memetik cendawan. Makcik aku masa tu tak fikir pun pasal hantu ke apa. Mungkin mak dia masa tu memang tiada mood.

Dia pun pergi semula ke rumah. Tiba tiba dia nampak mak nya baru keluar dari pintu rumah. “Ha… Mak kat dapur tadi. Tak dengar plak ila panggil. Dah nk pergi sekolah dh ke?” makcik aku masa ni dah cuak. Mak dia kat dapur? Habis dengan siapa dia bercakap tadi. “Haah… Nak pergi sekolah dah.” kata makcik aku lalu menyalam tangan mak nya. Mak cik aku tak beritahu pun pasal kejadian tadi. Lalu dia pun berjalan kaki ke sekolah.

KISAH KEDUA
Kisah kali ini bukan terkena kat makcik aku, tapi terkena kat ayahnya. Masa tu ayah makcik aku ni sedang lepak depan rumah sambil isap rokok waktu malam. Tiba tiba seorang perempuan datang berhenti kat depan rumah. Perempuan tu berpakaian elok. Jadi ayah makcik aku ni tak syak apa apa yang pelik pon. Perempuan tu minta tolong suruh hantar dia sampai kat bustop tepi jalan raya tu, sebab jarak dari sini sampai bustop tu agak jauh juga kalau berjalan kaki. Ayah makcik aku tu pun setuju lalu mengambil kunci motor dan menghidupkan motor nya.

Keluarga makcik aku ni memang susah. Motor je yang mampu beli. Selepas enjen motor dihidupkan. Perempuan tu pun duduk di belakang ayah makcik aku. Tapi… Di pertengahan jalan. Motor tiba tiba terasa ringan. Ayah makcik aku tu pun membetulkan cermin sisi motor dan lihat ke belakang melalui cermin. Tapi nak tahu tak apa dia nampak? KOSONG.. perempuan tadi dah tiada. Tahulah dia bahawa perempuan tu bukan manusia. Ayah makcik aku tu pun patah balik rumah. Dan sambung balik isap rokok depan rumah.

Beberapa minit kemudian, tiba tiba dia didatangi seorang ‘manusia’ tanpa kepala. Ayah makcik aku tu pun dengan berani nya bangun dan melangkah menghampiri makhluk itu. Takde lah dekat sangat. Jarak 3 meter maybe. “Kau balik lah ke tempat asal kau. Ni bukan tempat kau. Jangan kacau keluarga aku.” kata ayah makcik aku. Makhluk itu pun menghilang. Setelah itu ayah makcik aku menghentikan aktiviti nya dan terus masuk ke rumah.

KISAH KETIGA
Cerita kali ini juga terkena dekat ayah makcik aku. Masa ni dia tengah tidur. Tapi aku tak pasti sama ada isteri nya ada sekali di tempat kejadian atau tidak kerana kisah ni sudah lama diceritakan oleh mak cik aku.
Masa tu tengah malam. Ayah makcik aku tiba tiba terjaga dari tidur disebabkan bunyi bising di dalam bilik nya. Bila mata nya sudah terbuka luas, tiba tiba dia perasan sesusuk tubuh yang berbalut kain kafan berdiri di hadapan pintu. Keadaan bilik agak gelap, jadi wajah nya tidak kelihatan. Hanya samar samar kelihatan ‘gula gula’ berdiri di situ. Belum sempat dia melakukan apa apa. Badan nya dicakar sesuatu. Time tu ayah makcik aku tak pakai baju. Biasalah… Lelaki tidur mana suka pakai baju. Berkali kali badan nya di cakar. Kemudian dia membaca beberapa surah ayat yang terlintas di kepala. Tidak lama selepas itu, cakaran terhenti. Cik poc yang berada di hadapan pintu juga mula hilang.

KISAH KEEMPAT
Kisah kali ni tentang sepupu makcik aku. Sepupu makcik aku ni tinggal dengan keluarga makcik aku disebabkan mak ayah nya dah lama meninggal. Ayah nya dulu seorang buruh. Tambahan pula ayah nya m**i di tapak pembinaan. Sepupu makcik aku ni ada juga adik beradik lain. Tapi semua nya perempuan dan dah besar. Jadi mereka dah ada haluan masing masing. Nama sepupu makcik aku ni Airil (bukan nama sebenar). Ya, dia lelaki. Dia seorang sahaja lelaki dalam keluarga nya.

Jadi disebabkan itu, sebelum bapa dia meninggal. Bapa nya ada membawa nya pergi berubat, tapi bukan berubat cara islam. Tapi cara yang menentang agama islam. Bomoh. Bapa nya meminta kawan lelaki yang boleh sentiasa bersama Airil. Permintaan bapa nya ditunaikan. Tapi malangnya…kawan yang dimaksudkan bukanlah manusia. Tapi makhluk makhluk Allah yang lain. Setiap kali aku berjumpa dengan Airil sewaktu melawat keluarga mereka, aku selalu perasan dia bercakap seorang diri. Aku pun tanya lah makcik aku “mak ila… Kenapa abang Airil suka cakap sorang sorang.” makcik aku pun jawab “Ouhh… Dia bercakap dengan kawan dia.” Aku bingung dengan jawapan makcik aku.

Beberapa hari selepas itu barulah makcik aku cerita ‘kawan’ Airil yang di maksud kan itu. Pernah suatu hari tu, mak dan ayah makcik aku pulang ke kampung halaman mereka di Indonesia. Jadi tinggal lah Airil seorang di rumah. Airil ni orang nya ringan tulang. Apa sahaja kerja dia akan buat. Jadi keesokan harinya, dia mengemas stor yang berada berdekatan kebun cendawan. Dalam stor tersebut ada banyak racun tumbuhan. Tiba tiba kawannya berbisik menyuruh nya meminum salah satu racun yang Berada di situ. Airil punĀ  menuruti kata kata kawannya itu. Botol tersebut penuh. Airil hanya meminum sedikit apabila terasa tekak nya pedih. Dia segera masuk ke dalam rumah dan menelefon makcik aku dan memberitahu perkara yang terjadi. Makcik aku datang bersama pakcik aku dan membawa Airil ke hospital. Mak dan ayah makcik aku tak dapat balik. Masih lagi di Indonesia ketika Airil dimasukkan ke hospital. Dan selama ketiadaan mereka, Airil disuruh duduk di rumah pakcik aku. Rumah pakcik aku ni di sebelah rumah aku je. Kawasan rumah teres. Keadaan abang Airil sekarang sudah semakin baik. Dia dah jarang bercakap sorang sorang.

Sampai di situ sahaja lah cerita yang aku dapat sampai kan. Maaf kalau cerita aku ini terlalu panjang dan tidak begitu seram. Sekian dari aku… Ada masa aku kongsi pula tentang diri aku.

Hantar losah anda : fiksyenshasha.com/submit

Khai

1 thought on “Kebun cendawan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.