Kejadian Menyeramkan Dalam Perjalanan Pulang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kipas-kipas susah m**i FS,setelah lama menjadi pembaca di FS akhirnya hati tergerak untuk berkongsi pengalaman seram yang pernah aku lalui. Pada masa itu, aku adalah penuntut di sebuah politeknik di Melaka. Kawan-kawan aku,panggil aku Ajim dan aku menyewa bersama dengan enam orang sahabat aku. Iaitu Den,Cem,Bob,Jibal dan Luq (semua ni nama nickname). Nak dijadikan cerita, pada satu malam dalam minggu study week Jibal bagi cadangan untuk kitorang lepaskan stress dengan pergi ke kolam air panas yang terdapat di Jasin.

Lepas je solat isyak dan makan malam, kitorang pon bergerak daripada rumah sewa ke kolam air panas tu. Sepanjang perjalanan pergi dan mandi di sana kitorang betul-betul enjoy sampai tahap tak ingat dunia. Kalau aku throwback balik serius memang perangai kitorang masa tu macam kanak-kanak yang pertama kali jejak kaki kat kolam air panas. Hahaha,memang macam tulah biasanya kalau kita dengan bestfriend kita kan?. Lepas penat bersuka ria kitorang pon beli air daripada mesin gedegang sambil makan snek ringan yang ada dijual di situ. Bob tiba-tiba membuka satu cerita tentang sebuah jalan pintas bagi pulang ke Merlimau.

“Wei korang,dah nak tengah malam ni kalau ikut jalan tadi memang lambat nak sampai. Ada satu shortcut dari sini nak balik Merlimau,t api jalan tu…”kata Bob tanpa sempat menamatkan ayatnya.
“Kau jangan macam-macam Bob, jalan tu bahaya. Kita ikut jalan sama je”pintas Den pula seolah-olah boleh menghidu niat tersembunyi Bob.
“Haha, rilek la Den kau ade kan? kalau kau ade bapak hantu pon takut”celah Loq pula.
“Betul cakap Loq tu, Den. Aku on je kalau nak lalu situ. Ajim kau on tak?Cem kompen taknak punya. Hahaha”tanya Jibal kepada aku. “Ntah, aku ikut korang. Kalau ramai nak ikut, aku on je”kata aku pula.Aku,Jibal,Loq dan Bob saling memandang Cem dengan senyuman nakal. Cem ni boleh dikatakan gentleman di antara kitorang berenam tapi satu je kelemahan dia yang semua tau, dia memang penakut.

Kalau movie night kitorang layan filem seram memang dia akan bagi banyak alasan untuk tak sertai. Sekali tu, kitorang paksa dia jugak ikut tengok filem “Changi Hospital”,awal-awal dia dah ambil bantal cusion tapi bila sampai part seram je kitorang sorang-sorang terjerit-jerit macam perempuan.
“Korang memang macam ni kan? Den,aku naik dengan kaulah”jawab Cem terpaksa.
“Eh aku naik dengan Den, Jibal dengan Bob. Kau naik dengan Ajim la, haha”cadang Loq pulak. Cadangan Loq tu dipersetujui oleh aku,Bob dan Jibal.Aku ni nak kata berani tak jugaklah,selagi tak nampak aku tak takut. Setakat dengar bunyi-bunyi tu aku boleh cover berani lagi,huhu. So, ikut cadangan Loq kitorang berenam naik ikut partner masing-masing. Kedudukan kitorang macam ni, aku dan Cem tengah-tengah, diapit oleh Bob dan Jibal kat depan dan Den dengan Loq kat belakang.

Bob pecut laju walaupun dia dan partnernya berbadan besar, aku cuba untuk ikut kelajuan Bob manakala Den dan Loq steady dekat belakang. Tak lama lepas tu,kitorang jumpa satu papan tanda dan Jibal bagi signal dah nak masuk jalan pintas tu sambil tersengih-sengih tunjuk tangan dia pada Cem. Aku tersenyum juga macam nak masuk rumah hantu kat funfair tapi aku silap. Pengalaman yang aku akan tempuh lepas ni lebih kurang seram macam filem “Changi Hospital” tu (bagi akulah). Masuk je jalan tu aku dah rasa lain macam. Sunyi sepi jalan tu dan kebun kelapa sawit di kiri dan kanan jalan menambah lagi rasa tak sedap hati .(Mengingatkan aku pada satu lagi pengalaman seram yang aku pernah hadap). Berpandukan Bob dan lampu motor masing-masing kitorang tempuh jalan yang gelap gelita tu. Tiba-tiba Bob yang tengah laju memecut,brek secara mengejut dan memotong ke kanan jalan bagai mengelak sesuatu. Jibal menoleh sekilas pandang sebelum Bob memecut balik.

“Allah!” jerit aku sebaik saja ternampak susuk tubuh makhluk berbulu hitam yang besar ,tinggi dan bermata merah menyeringai terlentang di tengah-tengah jalan sambil memerhati aku dan Cem. Aku hampir terbabas ke sisi jalan tapi sempat kawal handle motor dan terus memecut. Cem memeluk erat tubuh aku untuk mengelakkan daripada terjatuh.

“A-a-a-pe tu…” Cem cuba berkata sambil mengigil. Aku tak endahkan dia dan suruh dia baca apa-apa ayat yang dia hafal sambil aku pon turut baca ayat Kursi. Dari cermin sisi aku nampak makhluk tu bangun dengan pantas dan melompat ke atas pokok kelapa sawit sebelum melompat dari pokok ke pokok macam cuba mengejar aku. Den pulak memecut laju bagi menyaingi aku. Dia macam perasan jugak makhluk tu kejar aku. Aku dah tak nampak lagi kelibat motor Bob kat depan dan mula fikir yang bukan-bukan.

Aku ingat keadaan tak boleh jadi lagi buruk tapi aku silap apabila ada seekor lagi makhluk yang tengah duduk di sisi jalan seperti menunggu aku. Aku terdengar suatu lolongan seperti monyet memanggil kawannya dari jauh apabila aku melepasi makhluk tu. Kini ada dua makluk sedang mengejar aku. Satu kat atas pokok dan satu lagi kejar aku dari tepi jalan. Kelajuan aku dah capai 110km tapi jarak antara motor aku dengan makhluk tu tetap tak berubah. Dia mula menggunakan tangannya yang panjang untuk mengapai tubuh Cem. Makhluk itu bagaikan teruja sehingga lidahnya berwarna merah berdarah terjelir keluar apabila dia semakin hampir.
“Slulllurp!”
“Cem kau peluk aku kuat-kuat wei!”

Mujur Den dan Loq sempat tiba sebelum makhluk tu dapat tangkap Cem. Loq menendang makhluk tu sehingga tergolek ke tepi dan terjatuh sebelum hilang menjadi asap berwarna hitam. Aku perasan makhluk yang ada kat atas pokok tadi berhenti mengejar. Dia cuma perhati kitorang sebelum bertukar jadi asap hitam dan lenyap dalam kegelapan malam. Selepas beberapa ketika kitorang akhirnya selamat keluar dari jalan pintas itu. Aku dan Den menghentikan motor di tepi jalan kerana Cem tiba-tiba mengadu kesakitan. Bila Loq suluh guna torchlight fonnya nampak ade kesan cakaran kat buku lali kanan Cem. Aku cuma lega takde apa-apa yang serius jadi dekat dia dan kitorang. Alhamdulillah.

Oklah itu saja kisah yang aku dapat kongsi pada kali ni. Panjang dah aku tulis ni, tangan(lebih tepat lagi jari) dah lenguh. Korang mesti perasan macam ada sesuatu yang tertinggal kan dalam cerita ni? Bukan aku sengaja tak tulis, tapi cerita lagi satu tu pon panjang jugak .Cukup untuk aku tulis satu lagi cerita. Oleh itu,aku janji akan tulis cerita sekual kepada cerita yang ni. Aku nak ucapkan terima kasih yang dah baca cerita ni sampai habis dan nantikan sekualnya ok?..Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submi

Zim Sigler

3 thoughts on “Kejadian Menyeramkan Dalam Perjalanan Pulang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.