KEK MAHAL

KARYA PANDA

β€œBila sampai?β€œ

Baru keluar dari perut kereta berbau hapak, aku disapa Muaz jiran sebelah yang suka π’ƒπ’–π’”π’šπ’ƒπ’π’…π’š.

Aku tidak menunjukkan riak apa pun. Kepenatan aku mengatasi rasa hormat pada jiranku. 18 jam aku penat di luar. Tak usahlah menambah lelahku.

β€œEh, abang Leman dah balik? Tengok kak Lia tu, menempel dah atas katil. Afiya selsema, Sara dah bagi ubat,β€œ

Langkah ku percepatkan kerana tidak mahu lama di luar.

β€œAfwa demam panas tu, bang Leman. Tak sempat bawa ke klinik. Abang Muaz pun tak berapa sihat. Kalau boleh bawa cepat ye, bang?β€œ

BAM!!!

Ku hempas pintu sekuat hati. Biar mereka tahu aku tak suka mereka sibuk ambil tahu hal anak bini aku.

Lepas tu canang satu taman perumahan ni, mengata aku tak ambil berat hal anak-anak. Aku abaikan isteri. Biarkan d***h dagingku hidup sengsara di dalam rumah.

Tak padan dengan suami naik kerusi roda! Masih sibuk hal rumahtangga orang!

β€œBawak bersabar, bang.β€œ

Liana yang sedang menyusukan Afwa memujuk dengan nada lemah. Pucat wajahnya bagaikan kain putih yang lusuh.

Isteri yang ku nikahi sepuluh tahun yang lalu, gigih bertahan hidup bersama aku yang miskin dan tak membanggakan ini.

β€œLama-lama hilang sabar juga. Semua benda nak ambil tahu. Rumah ni sesuka hati je nak keluar masuk! Abang tak boleh lah!!β€œ

Bentakku sambil menghenyak bucu katil.

β€œAbang!!!β€œ

Jeritan Liana berhenti di situ. Aku bingkas bangun dari bucu katil menuju ke bilik air. Dengan cuaca panas yang menghangatkan badan, baik aku mandi. Dapat juga melegakan hati yang panas ni.

Tangisan Afiya ku biarkan. Anak berusia lapan tahun itu mana mengerti peritnya aku memperjuangkan kehidupan mereka?

Usai mandi, sejuk sedikit hati ini. Walau pun rengekan Afwa sedikit mengganggu emosiku. Ketenangan yang sedikit ku capai tadi secebis demi secebis terurai.

β€œAfiya jaga adik!β€œ

Bertuah punya anak! Adik demam pun dibiarkan merengek.

Tubuh kurus Liana masih terbaring tak bergerak. Begitulah dia kalau sakit akan menempel tak makan tak minum.

β€œAyah…,β€œ Afiya mula merengek pula. Sedunya semakin kuat.

Aku yang sedang menyarung baju mula rasa bengkak di hati.

β€œLia, anak nak apa tu? Cubalah faham abang ni kena cari duit untuk kamu bertiga.β€œ

Tuala ku lemparkan ke atas katil. Liana sejak tadi memalingkan mukanya ke arah dinding. Betapa bencinya dia sejak menyedari aku bukan lelaki yang mampu membahagiakan hidupnya.

Liana masih berdiam. Dengan dada berombak lesu, sesekali tersedu juga dia walau nada suara ku tinggikan.

Oh, lupa. Aku lelaki tak punya harta. Mana mungkin Liana sudi pandang lagi? Badanku busuk. Dari pagi ke malam aku di luar mencari duit. Untuk siapa?

Ya, mana hartaku? Satu-satunya kereta itu adalah hadiah dari ayah Liana ketika Liana baru hamil anak pertama.

Seorang ayah yang sanggup menjual kebun sayur demi melihat anaknya menaiki kenderaan empat roda, lalu motorsikal cabuk ku jual ke kedai Ah Tiong.

β€œAyah,β€œ Afiya memanggil ketika aku membuka pintu kamar.

Jeda langkahku.

β€œEsok harijadi ibu. Belikan ibu kek. Boleh?β€œ mata bundarnya berkilau. Bagai serpihan kaca berterabur menanti masa meluncur laju ke pipinya.

β€œJiran sebelah jual kek, mintaklah!β€œ aku menghenyak jiwa si anak kecil.

Herdikanku membuatkan Afiya mengecutkan diri. Berlari dia ke pangkuan ibunya. Afwa membuka lengan kecilnya meminta si kakak datang memeluk.

Pergi mampuslah! Duduk rumah menganga mulut tunggu disuap bolehlah mengada-ngada.

Lalu aku keluar tanpa menghiraukan mereka lagi. Terserahlah padamu, Liana. Kau pun tak suka aku ambil tahu hal kau dan anak-anak.

Bukan aku yang zalim, aku telah cuba sebaik mungkin. Untuk jadi suami yang mithali, juga ayah yang penyayang.

Ternyata kau tak pandang aku walau sebelah mata. Makanan ku bawa balik kau lempar ke luar jendela. Bersepai isi bungkusannya.

Begitu juga bersepainya hati aku melihat sikapmu. Kau tak pernah cuba memahami aku.

β€œBaru balik dah nak keluar, abang Leman?β€œ muka putih melepak bermata sepet mengerling aku dengan nada agak ramah.

Dia fikir aku dungu agaknya?

Manusia talam dua muka!

Di depan manis bagaikan gula.

Di belakangku kaulah puaka.

β€œTak baik sombong dengan jiran,β€œ rungut Sara.

Sara. Isteri seorang bekas askar. Muda lagi usianya. Tapi memilih untuk menikahi orang tua seperti Muaz.

Bangga bercerita sana sini yang dia beruntung. Kerana suaminya penyayang. Serba serbi lengkap hidupnya.

Dasar mata duitan! Setakat duit pencen suami kau, aku nak tengok berapa lama kau mengecapi keberuntungan kau?!

Tiba di simpang keluar dari taman, aku berselisih dengan sebuah lori. Agak mencuri perhatianku kerana tertera besar di dinding lori tulisan berwarna merah pekat.

’KEK MAHAL-Hanya Untuk Insan Terpilih’. Senyum aku melihat ayat yang tertera. Semua itu strategi perniagaan. Sedapnya, belum tentu.

Mahal sudah pasti. Jujur syarikat pengeluaran kek itu. Siapa mampu, boleh beli. Yang tak mampu, boleh blah!

Sampai di satu bulatan berhampiran pekan. Aku meraba poketku. Ah, lupa pula bawa telefon 3310.

Malam nanti aku ada projek besar dengan Karim dan Syuk. Mungkin dengan projek besar itu nanti aku akan merubah pandangan semua orang terhadapku. Aku akan kaya.

Mustang warna hijau sudah terbayang-bayang siang dan malam. Nanti bolehlah aku hantar anak isteriku ke alam barzakh. Sudah ku beli racun untuk mereka teguk malam nanti. Biar ku selesaikan projek besar dulu.

Tin tin !!

Kereta belakang membunyikan hon seperti orang gila. Rupa-rupanya aku termenung di depan lampu isyarat.

β€œAh! Kacau betullah!!β€œ

Tanpa memberi π’”π’Šπ’ˆπ’π’‚π’, aku terus melakukan pusingan U di situ. Berasap jalan tar seiringan dengan bunyi berdecit tayar tanpa bunga.

Telefon harusku ambil dulu. Tanpanya sukar aku nak berurusan dengan Karim dan Syuk. Dua rakan seperjuangan aku sudah pun merasa wanginya helaian-helaian wang kertas di atas tilam.

Masa tu aku terpaksa batalkan projek pertama bersama Syuk dan Karim sebab Liana jatuh pitam di depan rumah, hampir satu lorong perumahan menghubungi aku.

β€œBini kau dalam icu, Leman!β€œ Wak Kental orang pertama mencari aku di kedai tikam nasib.

Berkicap aku beratur menunggu giliran di kedai 4D masa tu. Kalau tak fikirkan aku tak boleh marah-marah di hari ’tikam nasib’, memang sudah ku lempang muka Wak Kental tanpa belas kasihan.

Kemudian menderu masuk panggilan dari Sara si penyibuk dan beberapa jiran lain. Suara Afwa dan Afiya menangis menambah serabut di kepala.

Tiinnnnn !!

Sekali lagi aku berselisih dengan lori kek tadi. Kenapa dia hon aku? Bukan aku makan jalan dia! Aku cuba mendongak melihat siapakah pemandunya?

Panjang leherku meninjau sampai terteleng-teleng kepala. Tapi gagal juga melihat pemandu di dalam lori. Cerminnya gelap pekat seakan cermin bilik kebal.

Setibanya aku di depan pagar rumah, mataku mengerling ke rumah jiran talam dua muka. Kereta MPV Muaz tiada.

Baguslah. Senang aku berjalan dengan tenang. Daripada disapa dengan ramah mesra oleh manusia pandai berpura-pura.

β€œKotak apakah?β€œ

Mataku tertarik dengan sebuah kotak merah di depan pintu rumah sewaku.

Tak pernah ada parcel singgah di rumah. Mana mungkin Liana yang tak pernah aku tinggalkan walau sekeping wang kertas akan membeli sesuatu secara π’π’π’π’Šπ’π’†.

Semakin dekat semakin jelas kotak merah terletak elok di atas kain lap kaki.

’KEK MAHAL-UNTUKMU, INSAN TERPILIH’

Siapa pula beli kek?

Ku toleh kiri dan kanan. Tiada satu pun manusia yang muncul.

Mungkin benarlah ini kek yang ditempah Liana sempena ulang tahun kelahirannya esok.

Terik matahari di luar memaksa aku berfikir sebentar. Biarkan di luar atau bawa ke dalam?

Ikutkan hati yang masih membengkak ini, aku biarkan sahaja kotak ni menjadi tugu di sini.

Berkali-kali aku mengetuk pintu, tiada respon dari dalam. Senyap dan sunyi seakan-akan hanya aku manusia yang hidup di dunia ini.

Krekkkkkk…..

Tangan kiriku menolak daun pintu yang tidak berkunci. Manakala tangan kanan ku jinjing kotak yang berikat reben berwarna hitam.

Masuk ke dalam rumah. Benar-benar sunyi di dalamnya. Pintu kamar terbuka luas, menampakkan di dalamnya tiada sesiapa pun.

β€œMana Afwa? Mana Afiya? Ke manakah Liana bawa budak dua tu?β€œ hatiku tertanya.

Kotak kek ku letakkan di atas meja. Telefon burukku memang terletak di atas meja juga.

Panggilan masuk.

Nama Muaz tertera. Aku biarkan ianya terdiam sendiri.

Satu lagi panggilan masuk. Kali ini tertera nama Syuk. Yang ini harus dijawab. Otakku memberi arahan. Pantas ku jawab panggilannya.

β€œLeman, kita 𝒄𝒂𝒏𝒄𝒆𝒍 jumpa hari ni. Port baru kita kena π’‚π’Žπ’ƒπ’–π’”π’‰ lah, adoiyaiii!β€œ

Alamak! Macam mana pihak berkuasa boleh kesan tempat kami nak menurun nombor ekor? Sedangkan sebelum ni ramai keluar masuk tanpa halangan.

β€œAda yang buat kerja tak 𝒄𝒍𝒆𝒂𝒏. Bersepah barang depan kubur. Mestilah orang repot polis. Oklah. Lain kali kita usha tempat baru.’

Talian diputuskan Syuk.

Aku masih kehilangan kata-kata. Impianku berkecai! Hatiku mula bagaikan larva yang akan memuntah sekejap lagi.

β€œLiana!β€œ

Senyap.

β€œMana kau pergi? Baru kena lempang sikit dah hilang pulak kau ni!!!β€œ

Tubuh Liana adalah β€™π’‘π’–π’π’„π’‰π’Šπ’π’ˆ π’ƒπ’‚π’ˆβ€™ paling sedap ku tibai. Setiap kali aku marah, setiap waktu aku lelah…tubuh itu ku pijak, ku tumbuk hingga lunyai.

β€œSial!β€œ telefon ku campak ke lantai.

Di mana akan ku cari duit yang berkepuk-kepuk seperti Syuk? Karim sudah merasa juga. Bila giliran aku pula?

Dalam keadaan marah begini, perutku pula berasa lapar. Tudung saji biru hanya sebagai hiasan!

Sudah lama tudung saji itu tidak berkhidmat untuk keluarga kami. Meja tak pernah ada makanan seperti jiran lain.

Anak-anakku makannya hanya bubur nasi bersama lobak masin yang dicincang halus.

Liana pun jarang dapat makan, didahului anak-anak dari jeritan perutnya yang meminta diisi.

Harumnya bau kek!

Tergoda aku dengan keharuman baunya. Belum makan sudah terasa akan manisnya. Kek Liana!

Tersenyum sumbing aku melihat kotak merah bereben hitam di hujung siku. Persetankan anak isteriku. Perutku lebih penting dari mereka!

Ku buka penutup kek berbentuk bulat di depan mata. Terpampang sebiji kek coklat dihiasi buah π’”π’•π’“π’‚π’˜π’ƒπ’†π’“π’“π’š.

Selera ku terbuka dengan tiba-tiba. Seumur hidupku tak pernah beli kek secantik ini. Baunya sahaja memikat seleraku.

Pisau pemotong kek yang melekat di atas penutup ku ambil dengan gelojoh. Tidak sabar untuk memotongnya. Biarlah aku makan separuh, separuh lagi nanti Liana makanlah dengan budak dua tu.

Ku p****g dengan penuh teliti, manalah tahu di dalamnya ada buah lain. Kalau bernasib baik, ada cincin emas! Kuat betul aku berangan.

Setelah membelah kek menjadi dua, aku p****g lagi menjadi enam. Tiga untuk aku! Hahaha…

Mulut ku nganga seluas luasnya. Dengan sekali ’ngap’, ianya selamat kutelan masuk ke dalam perut.

Kesedapannya sangat luar biasa! Ada hirisan-hirisan seperti cheese atau lelemak di dalam kek.

Aku menjilat jari yang melekat krim coklat. Pertama kali aku makan kek sesedap ini. Tak sabar nak makan potongan yang kedua.

Potongan kedua aku renung seketika, hirisan apakah berwarna pink? Tidak seperti kepingan cheese. Tapi baunya membuatkan aku tidak sabar.

Potongan kek kedua ku telan seperti ular sawa. Terasa seribu kemanisan di dalam mulut.

Kali ini seakan kasar-kasar kepingan-kepingan seperti tadi. Lebih terasa ’umphh’.

Waktu ini mataku mula berkedip menahan pedih. Sekejap silau sekejap kelam pandanganku.

Perutku mula memulas. Entah kenapa tidak selesa badanku. Peluh mula memercik dari liang romaku. Haba panas di dalam rumah mula terasa dingin.

Bagaikan serangga-serangga halus mula memanjat dari tapak kaki mulai ke lutut. Perasaan sejuk datang mendadak. Kini terasa amat menyesakkan nafasku.

Meja makan tiba-tiba bergegar seperti sedang berlaku gempa bumi. Lantai yang ku pijak pula tidak bergerak langsung. Aku pula yang terhuyung hayang tidak duduk kejap di atas kerusi.

Penutup kotak tadi bergerak menghampiri aku. Mataku terbuka luas melihat ada perkataan halus di bawah tulisan besar.

β€œKek Mahal-Untuk Insan Terpilih…β€œ

Menggigil-gigil bibirku membaca perkataan seterusnya.

“Bersama ramuan racun dan kepingan daging manusia keparat seperti kamu!!”

Apa?????

Pranggg!!!

Aku menolak baki kek bersama kotaknya ke lantai. Tika ini mataku, badanku, akalku juga sudah mulai tidak terkawal.

Cuba bangun dari kerusi, tapi semakin banyak pula serangga kecil seperti kumbang memanjat dari kaki dan merayap ke perut.

Ku buka luas mulutku untuk menjerit meminta tolong. Buat pertama kalinya aku ingin memanggil Muaz jiranku yang cacat kedua kakinya.

Atau pun Sara isterinya yang selalu mengambil tahu apa yang berlaku pada anak-anak dan Liana. Dialah yang akan membawa anak isteriku ke klinik.

Tak terkira berapa kali Liana meminta bantuan dari Sara untuk bawa anak-anakku ke klinik jika mereka demam.

Sehinggakan Afiya turut pandai meminta bantuan Sara untuk menghantar isteriku ke klinik selepas Liana kenyang dengan sepak terajangku.

DAM!!!

Kepalaku jatuh menghentak ke lantai. Beribu ekor kumbang sedang berebut-rebut menyerang aku. Berebut rebut masuk ke dalam rongga mulut, hidung dan telingaku.

“Arghhhh!!! Tidak!!!!”

“Aku..menyesal!! Lepas..kan a..ku, huarghhh…”

Tiada kata lain dapat kuucapkan lagi. Kumbang-kumbang hitam mula berjaya menerjah kerongkongku! Menawan diriku secara total.

Tidak ku sangka akan berakhir kehidupanku seteruk ini. Tanpa anak-anak dan isteri di saat aku bertarung dengan ajal. Tiada pelukan dari mereka yang aku abaikan selama ini.

Berilah aku peluang! Maafkanlah aku. Maafkan aku…Allah. Tiadakah peluang kedua untukku? Batinku menjerit tanpa didengari sesiapa.

Anak mataku mula mengecil. Tidak berdaya mengeluarkan suara sedikit pun. Seluruh jariku mengeras. Membiru.

Ampunkan kesalahanku, Liana. Maafkan ayah, Afiya. Ayah bersalah. Kerana tidak sayangkan kamu dan Afwa.

Selayaknya tempat ayah adalah di dalam neraka paling dalam.

Selamat Tinggal.

.

.

.

Dua jam kemudian.

Kami pulang dari klinik bersama Sara dan abang Muaz yang baik hati. Agak terkejut juga bila melihat kereta Leman berada di luar pagar.

“Terima kasih Sara dengan abang Muaz. Banyak bantu Lia dengan anak-anak.β€œ aku merasa malu kerana telah banyak termakan budi Sara dan suaminya jiran baik kami.

β€œKita ni berjiran, Lia. Bukan orang asing lagi. Kalau boleh, Sara nak Lia dengan anak-anak tinggal dengan kami. Sunyi hidup kami tanpa suara budak kecil.”

Betapa luhurnya hati seorang jiran terhadap kami tiga beranak. Aku menjadi malu sebenarnya, di sebalik rasa malu ini…timbul perasaan terharu dan sebak yang mencengkam perasaan.

Tertunduk aku cuba menutup perasaan hiba ini. Ku cium dahi Afwa yang lena dalam dakapan. Mungkin penat berperang dengan perasaan takut berdepan dengan doktor yang puas memujuk di klinik tadi.

β€œBiar Sara yang

peluk Afwa. Lia duduklah,β€œ lantas Afwa bertukar tangan.

Aku akur kerana sedar akan kesakitan di tubuhku setelah ditampar oleh Leman.

Kami bertiga menerima rawatan di klinik atas ehsan duit pencen abang Muaz. Kebaikan suami isteri ini hanya Allah yang mampu membalasnya.

Tangan kecil Afiya dipimpin oleh Sara menuju ke pintu rumah sewa kami. Sepasang kasut milik Leman tersusun di luar.

β€œIbu, Afiya nak main di rumah mama Sara. Boleh?β€œ

Alahai anakku. Sudah ibu baca isi hatimu. Sudah tentu tidak mahu berdepan dengan ayahmu. Sebaknya hatiku memikirkan nasib malang anakku.

Sara tersenyum pada Afiya sambil membuka pintu.

β€œA..abang Leman?!β€œ jeritan Sara memaksa aku melangkah lebih laju dalam menahan kesakitan.

β€œAyah!β€œ Afiya berlari masuk ke dalam rumah.

Tubuh ini seperti dipanah petir bila melihat tubuh Leman terbaring di atas lantai. Matanya terbeliak memandang ke atas, buih-buih putih bercampur d***h masih mengalir dari mulutnya.

Hampir sahaja aku terjelepuk di atas lantai bersama Afwa yang belum mengerti apa-apa. Di lantai bertaburan serbuk yang entah dari mana datangnya. Serpihan botol kaca berhampiran dengan tubuh Leman.

β€œAbang Leman dah tak ada, Lia.β€œ

Longlai kaki ini mendekati sekujur tubuh yang telah membiru. Kejang seluruh badannya. Aku menangis sekuat hatiku. Kenapa begini keras dugaan hidupku?

β€œJangan menangis, Lia. Mulai hari ni…tinggal dengan kami. Mulakan hidup baru. Mungkin Allah nak beri Lia dan anak-anak kehidupan baru,β€œ pujuk Sara sambil mengambil Afwa dari pelukanku.

β€œJauh dari situ. Keluar dulu. Atas lantai tu serbuk racun!β€œ jerit abang Muaz dari pintu.

Entah bila Afiya pergi mencari abang Muaz yang dianggap seperti ayahnya selama ini. Wajah Afiya yang sedang menolak kerusi roda abang Muaz tidak menunjukkan dia sedih seperti aku.

β€œAbang rasa Leman ni m**i b***h diri. Biar polis yang siasat. Semua keluar dulu.β€œ abang Muaz mula menekan nombor di skrin telefonnya.

Tengok pada keadaan Leman, memang betul dia minum racun. Mungkinkah Leman sudah putus asa untuk teruskan kehidupan di dunia ini?

Atau dia lakukan itu kerana kesan dari pengambilan dadah? Bukan sekali dua dia berhalusinasi. Tak terbilang berapa kali dia berperangai pelik selepas pulang dari sarang penagih.

Selamat tinggal suamiku. Ini yang

terbaik untuk aku dan anak-anak

XXXXXXXX

Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3: β€œSesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

Sekian.

Sebuah kisah seram pendek dari Panda untuk semua❀️

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 29 Average: 3.6]

2 thoughts on “KEK MAHAL”

  1. Wahhh cerita menarik…setiap watak ada jalan cerita masing2. Kisah penceritaaan smpai kpda pembaca…Xnmpk lngsng sprti carita drama sinetron!!Goodjob …bab kena imbush msti ada hnturya,xpn port dh lma buat krja biar brsepah je cmne xkna imbush…tp serkap jarang bukan amalan ,BUKTi itu wajib

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.