Kekal Misteri

Salam semua, saya Mi.
Saya menulis sebab teringin nak tahu, apa sebenarnya benda yang saya nampak sewaktu di asrama dulu. Mana tahu, kalau ada yang tahu. Nanti comment ok….

Asal saya bukanlah dari keluarga senang, normal atau bahagia, adik beradik cuma dua. Saya dan kakak. Abah dan mama dulu seolah-olah jarang serumah. Sampai sekarang saya tak faham cara hidup yang mereka jalani dulu. Yang pasti, mama selalu ada untuk kami. Abah pula, bila ada, sering buatkan kami tak senang duduk….

Bab nafkah dia pada keluarga, biarlahkami sekeluarga yang tahu. Jadi hidup kami seolah-olah walaupun sewaktu belum bercerai, mama dah seperti ibu tunggal..membesarkan dua anak perempuan sendirian. Sebab itu, sedaya upaya saya cuba membalas sedikit jasa mama selagi mama masih di dunia ini..moga Allah melimpahkan kasih untuk mama dan kurniakan syurga padanya nanti. amiiinnn..

Berbalik kepada misteri yang masih membuatkan saya tertanya-tanya sampai sekarang, ..entah kenapa waktu tu saya dan kakak dihantar bersekolah asrama di suatu tempat di Bagan Serai, Perak. Sekolah asrama ni bukan macam English style boarding school tu ye. Hihi..sekolah asrama ni, asrama pondok. Mungkin niat mama abah masa tu nak kami hafaz Al-Quran kot. Entah. Macam saya cakap, keluarga kami bukan seperti keluarga biasa yang normal bahagia. Apa-apa keputusan, bukan melalui perbincangan bersama..kami sebagai anak, perlu menurut sahaja.. jadi sehingga sekarang saya masih tak faham tujuan kami disekolahkan di situ selama hampir setahun.

Ketika itu kami berdua telah berada di situ selama hampir 2 – 3 bulan. Sebelum saya sendiri mengalami peristiwa itu, saya telah mendengar desas-desus beberapa hari sebelumnya. Tetapi tiada cerita yang jelas. Entah kenapa, setiap malam bila hampir waktu untuk tidur, sekitar jam 9 – 10pm, keadaan dorm menjadi sunyi. Padahal semua pelajar ada di dalamnya. Bersiap sedia untuk masuk tidur. Saya tak pasti sama ada kami pelajar perempuan semuanya benar-benar baik bersopan santun mendengar arahan ustazah warden, ataupun ada sesuatu pada waktu itu yang membuatkan keadaan bukan seperti biasa.

Tenang sebelum terjadinya sesuatu yang menakutkan.
Tepat pukul 10 malam itu, lampu di dalam dorm semuanya ditutup. Tinggal lampu balkoni di luar dorm sahaja yang membenarkan kami untuk melihat apa-apa. Semua rakan dorm termasuk saya sudah pun berada di atas katil masing-masing. Tiba-tiba selepas keadaan betul-betul sunyi dan beberapa kawan saya sudah pun lena tidur, saya terasa nak ke tandas. Dalam berani dan takut, saya jejakkan kaki ke lantai.
Dorm kami ini memanjang dari pintu depan ke belakang. Katil dua tingkat juga disusun memanjang di sebelah kanan dan kiri dorm. Kaki akan terarah ke pintu semuanya sewaktu baring. Ada ruang di tengah-tengah untuk berjalan dan duduk-duduk.

Setelah turun dari katil, saya cuba membangunkan kakak di tingkat atas. Seperti biasa, dia bukanlah orang yang paling ideal untuk dibuat teman pada waktu-waktu genting. Cepat sungguh dia lena walau di mana sahaja lelapkan mata. Siap berdengkur. Aduhhhh.. saya betul-betul perlu ke tandas. Dalam redha dan terpaksa saya cepat-cepat berjalan keluar dari pintu. Terus ke tandas kecil yang hampir dengan dorm. Setelah selesai, terdetik rasa takut di hati.

Tapi cepat-cepat saya lupakan dan membasuh kaki dan tangan untuk masuk kembali ke dalam dorm. Lega.. setelah sampai di dorm dan mengunci pintu, saya berjalan perlahan menuju ke katil. Keadaan yang samar-samar terang dengan cahaya lampu balkoni membuatkan saya perlu berhati-hati. Bimbang terlanggar sesuatu di lantai mengejutkan rakan-rakan yang tidur.

Setelah sampai di katil, segera saya baring sambil memusingkan badan menghadap ke arah tingkap. Terdiam saya melihat sesuatu yang sangat pelik ada di luar tingkap tersebut.
Dua makhluk, seperti manusia lelaki dan perempuan. Menjenguk ke dalam dorm. Keadaan mereka sangat pelik. Lelaki, berkopiah, tetapi tidak memakai apa-apa pakaian selain itu. Perempuan juga sama, bertudung, dan tiada pakaian walau seurat benang. Allah. Cuba menguatkan hati, saya perlahan-lahan menarik selimut sedikit demi sedikit menutup kaki. Sambil berpura-pura menutup mata saya masih melihat ke arah kedua makhluk itu.

Keadaan mereka tetap, langsung tidak bergerak. Saat itu saya cuma bersyukur yang kedudukan katil saya dan tingkap tersebut tidak terlalu dekat. Saya terus cuba menarik selimut perlahan-lahan sehingga berjaya menutup seluruh badan. Saya tiba-tiba terperasan ada seorang rakan yang berada di katil hampir dengan hujung kaki saya juga masih belum tidur. Tidak mampu berbuat apa-apa pada waktu itu, saya cuma cuba menutup mata dan melupakan apa yang saya nampak. Pelik. Aneh. Geli. Takut. Saya berdoa keadaan ini akan segera berlalu. Allah kabulkan, sepanjang malam, saya nampak dua makhluk pelik itu terus menjenguk dari tingkap tanpa apa-apa pergerakan lain. Sehinggalah akhirnya kami semua tersedar sewaktu azan subuh.

Beberapa rakan rapat saya segera bercerita. Rupanya ramai antara kami yang turut nampak apa yang saya nampak malam tadi. Mujurlah tiada apa yang lagi pelik berlaku. Malam-malam selepas itu, kami terus mengubah kedudukan katil supaya rapat ke dinding dan rapat ke katil rakan sebelah. Tiada lagi katil di sebelah kanan dorm, di tepi tingkap di mana dua mahkluk pelik menjenguk ke arah kami. Alhamdulillah, tiada lagi kejadian sama berlaku. Sehingga sekarang, ia kekal misteri bagi saya.

Setelah hampir setahun bersekolah asrama, saya dan kakak akhirnya disekolahkan kembali ke sekolah biasa. Mungkin mama risau, selepas kejadian saya terjatuh di dalam kolah besar sewaktu mandi. Air semakin cetek membuatkan saya perlu menjingkit untuk mencedok air. Akhirnya hilang timbang dan terjatuh ke dalam kolah. Kelakar tapi sakit. Tangan saya bengkak dan perlu diurut.

Masa yang terus berlalu makin banyak peristiwa yang semakin pudar dari ingatan…tak banyak yang saya ingat tentang hidup saya selain cerita yang saya tulis ini. Saya dan kakak dibawa berpindah ke Kuala Terengganu oleh mama. Saya memulakan kembali sekolah seperti pelajar yang lain .
Sekian. Terima kasih pada yang sudi baca.

-Mi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mi
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.8]

2 comments

  1. cerita ok dah tp bab nafkah tu, xperlu pun masuk dlm cerita. cukup je cerita fmly hntr ke sekolah pondok tanpa berbincang. tu je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.