Kelibat di Rumah Mummy

Kelibat di Rumah Mummy

Pengalaman terserempak dengan kelibat kerap kali kita dengar. Mujurnya, kelibat ni jarang-jarang dia menampakkan diri secara penuh. Kadang-kadang kita cuma lihat melalui ekor anak mata sahaja sebab pada masa itu, kita cuma macam perasan jer. Ni aku cerita pengalaman aku sendiri bab kelibat ni. Jangan harap cerita ni akan jadi seram sebab kelibat ni selalunya kelihatannya memang tak seram kerana ia selalunya menyerupai orang yang kita kenal.

Cerita 1:
Rumah teres kepunyaan keluargaku standard jer. Jenis 3 bilik, ada ruang tamu dan ruang makan kecil serta ruang serambi dapur kira macam stor terbuka la. Jadi kalau nak ke dapur kena lalu bilik mandi dan bilik air (jamban). Rumah aku ramai saudara mara kata seram. Tapi aku dan family yang duduk rasa biasa jer. Ada yang kata rumah yg kami duduki ini tempat laluan makhluk halus. Kalau duduk ramai-ramai memang tak terasa, tapi kalau duduk rumah tu seorang diri agak seram jugak ler.

Suatu pagi tu, aku terasa nak buang air kecil, jadi pi la jamban tu, betul-betul depan bilik belakang (bilik aku ler tu). Selepas tunai hajat, buka pintu jer aku nampak kelibat adik aku lalu. Masa tu tak rasa apa la, tapi aku perasan dia jalan punya la laju, mcm jalan atas angin. Bentuk badan dia memang sama macam adik aku yg nombor 2 tu. Dari potongan rambut, baju dan kain batik yang dia pakai semua memang seiras. Cuma dia tak bercakap ler. Wajah dia pon membelakangi aku. Aku pulak takder la nak tegur dia buat apa bagai.

Tapi naluri manusia kan, nak tengok jugak apa kejadah dia buat kat dapor pagi-pagi buta ni kan. Jadi aku pon terus ke dapur. Dapor kecik jer, memang tak perlu nak geledah, tengok-tengok jer dapur kosong jer. Takder sorang manusia pon. Wah, ini macam tak boleh jadi, aku tak puas hati, aku gi ruang tamu lokasi bilik adik aku kat sebelah tu. Tengok-tengok baik punya tidor adik aku. So, aku anggap dia hanya lalu jer, masuk bilik sambung tidor.

Cerita 2:
Cerita masih di rumah yang sama. Kali ni atuk aku duduk sekali. Dia suka tidor kat ruang tamu. Lokasi dia tidor memang kelakar, antara sofa dan meja kopi. Dia suka betul port tu. Selesa katanya, padahal kami dah sediakan bilik utk dia rehat dan tidur. Dia pulak kalau tidor memang tak pakai baju, hanya kain pelikat sahaja, dan dengan kain pelikat itulah dia buat selimut, maksudnya dia akan selubung seluruh badan dia dengan kain pelikat tu. Jenis orang-orang lama punya tidur, layankan jer.

Setiap subuh aku akan pergi surau yang terletak depan rumah jer. Jadi memang dengar azan, so tak sedap pulak kalau tak pergi solat berjemaah yer tak. Jadi satu pagi tu, macam biasa la aku nak solat subuh, tiba-tiba atuk aku bangun dia tanya, “Bukan kau dah keluar awal tadi ker?”. Aku jawab, bila pulak, baru nak gi ni. Dia jawab, “kau dah keluar pagi tadi, atuk nampak kau jalan depan atuk, baju ni la kau pakai tadi. Aku tegur, kau diam jer, cuma kau agak tinggi sikit tadi. Dia senyum aku pon senyum.

Cerita 3:
Satu malam tu, aku dgn bini teringin nak makan maggi. Jadi kami ke dapor ingat nak masak dan makan bersama. Dinding dapur masak tu, mak aku gantung segala kuali dan pan utk mudahkan acara memasak. Ntah macam mana, bini aku tegur aku, dia kata “Sapa tu bang?”. Aku tenung bini aku. Mata dia tepat memandang buntut kuali yang tergantung depan dapur masak tu.

Kebetulan pulak malam tu buntut kuali tu punya la kilat macam cermin. Mak aku sental agaknya pagi tadi. Nampak macam ada bayang orang lelaki pakai kain pelikat kat buntut kuali tu. Aku dengan bini saling berpandangan. Nak toleh ke tak nak? Mata kami saling berpandangan dan soalan tu bukan diluahkan pon, cuma macam kami saling memahami secara telekinesis giteeeww. Kelibat lelaki macam berdiri menegak jer mengadap kami berdua. Kami perlahan-perlahan reverse dan terus berlari ke ruang tamu.

Cerita 4:
Pernah satu malam tu aku balik lewat agak-agak dalam pukul 2 pagi. Gi tengok midnight kat bandar. Memang aku jenis suka tengok wayang sorang-sorang jer. Aku rasa bebas beli popcorn, hotdog dan makan sorang-sorang sambil tengok movie skrin besar. Bebas duduk kat row mana yang aku suka. Seat belakang sekali belah tepi dekat dgn tangga jadi kaki aku bebas nak parking memang pilihan aku. Habis movie balik rumah memang jalan dah sunyi sepi.

Sampai depan rumah, bukak gate baru jer aku nak buka pintu rumah, aku perasan ada kelibat lalu belakang aku. Ini memang real punya rasa beb. Bayang hitam lalu aku memang nampak dia punya kelibat. Aku buat tak endah jer, masuk rumah, buang air, tukar baju aku baring dekat sofa ruang tamu. Baru-baru jer nak lelap, macam dalam fasa nak ke alam tidur tu, aku rasa sesak macam kena hempap gitu. Habis kaki tangan semua tak boleh nak gerak.

Aku cuba seluruh upaya kekuatan dan kederat jantan nak bangun memang tak boleh. Seolaholah macam ada batu besar sedang himpit aku dari kaki sampai ke kepala. Ini bukan cramp ni, sebab aku pernah rasa cramp. Aku pon teringat pesan orang-orang tua cuba gerakkan jari sikit. Boleh jer gerak jari, tapi tak lut la natang ni masih himpit aku lagi. Aku pon cuba azan, perlahan-perlahan aku cuba azan dengan betul. Perlahan aku macam nampak kelibat tadi macam ada bara dari dalam badan dia. Bara tu makin lama makin terkeluar seolah-olah macam nak meletup gitu. Kalau kita bakar kertas kan kita akan nampak bara tu bergerak sepanjang kertas tinggalkan abu, macam tu la aku nampak. Last-last aku terlepas dari himpitan, fuhhh memang lega giler rasanya, macam dapat nafas baru beb.

Kesimpulan
Rumah tu, sampai sekarang mak aku duduk. Dah biasa katanya. Aku pon kadang-kadang balik ziarah mak aku, cuma tak bermalam jer sebab rumah sendiri pon dekat jer. Jadi, memang makhluk Allah nama jin ni ada dimana-mana. Satu amalan yang bagus utk kita amalkan adalah Manzil. Amalan ni power giler, kalau diamalkan jin akan lari. Kalau ada budak kecil asyik nangis boleh amalkan Manzil ni. Insyaallah hilang nangisnya. Wallahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.8]
Aidil Galaksi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.