Kelibat

Assalamualaikum w.b.t. Ini adalah kali pertama aku post cerita aku di FS, sebelum ni cuma menjadi pembaca tegar. Maaf kalau gaya penulisan aku seperti kekok sebab aku tak pandai mengarang. Tanpa membuang masa mari aku ceritakan gangguan yang aku terima ketika belajar di sebuah IPTA di Perlis.

Kejadian ini berlaku sewaktu aku dah berada pada semester kedua di poli tersebut. Seperti biasa, setiap pelajar mesti tak pernah lekang dengan tugasan-tugasan yang banyak sehiggakan terpaksa belajar hingga lewat malam. Pada pertengahan semester, kami diberikan tugasan iaitu kami semua perlu menjayakan sebuah acara larian peringkat negeri (tapi akhirnya cancel :’)) yang memakan masa hampir 3 bulan.

Hendak dijadikan cerita, aku tergolong dalam kumpulan perancang majlis yang mana aku telah dilantik sebagai pengacara majlis bersama kawanku, Huda. Dalam kumpulan tersebut terdapat 13 ahli dengan jawatan tersendiri. Yang kami kurang gemar, En. Fazli yang juga seorang pensyarah, suka membuat perjumpaan pada waktu malam yg selalunya berlarutan sehingga lewat malam.

Seperti biasa, aku dan ahli-ahli kumpulan akan berjumpa dengan En. Fazli pada pukul 8.45 malam. Sepanjang perjumpaan tersebut, semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah apabila kami telah tamat berbincang pada pukul 1.05 pagi. En.Fazli menetap di kuaters pensyarah dan setiap perjumpaan akan dilakukan di kediamannya. Yang menjadi masalah ialah kami para pelajar yg perlu pulang ke asrama/kamsis yang terletak agak jauh dari kuaters berkenaan. Pada waktu itu aku bersama 5 orang rakanku, ingin pulang kebilik masing-masing apatah lagi setelah semua telah kepenatan dengan kuliah pagi sehingga petnag dan aktiviti tambahan. Aku mediami asrama yg terlatak agak jauh berbanding 4 lagi rakaknku terpaksa memberanikan diri untuk pulang sementelah lagi aku menetap di aras 4.

Sepanjang perjalanan pulang aku tidak menerima sebarang gangguan. Hanya rakan-rakan ku yang mengusik sepanjang perjalanan memandangkan poli tempat aku belajar memang terkenal dengan kisah seramnya. Sebut sahaja nama poli ini, mesti ia akan menjadi topik hangat untuk dibincangkan. Aku ni tak la begitu berani, tapi terpaksa la menggagahkan diri untuk pulang. Nak panggil teman sebilik teman pun macam janggal memandangkan sebelum ini juga aku pernah pulang sendirian tanpa teman. Namun pada malam itu terasa sedikit berbeza. Dimulakan dengan nama aku dipanggil berkali-kali tetapi tiada orangnya. Mualnya aku anggap ia adalah satu usikan pelajar-pelajar yg mengenali aku, tapi bila difikirkan agak pelk kerana yg memanggil aku merupakan suara seorang perempuan. Asrama perempuan terletak agak jauh dari blok aku tinggal jadi aku pedulikan saja.

Suara tersebut terus memanggil diselangi dengan suara lolongan anjing yg membuatkan jantung aku bagai nak terkeluar dari tempatnya. Tapi aku bersyukur kerana berjaya sampai ke tangga blok dan tanpa berlengah aku terus melajukan langkah untuk terus smpai ke bilik. Untuk pengetahuan, bilik aku berhadapan dengan tandas dan bilik mandi, jadi untuk kebilik aku perlu melintasi tandas tersebut yg mana disetiap sinki adanya cermin. Entah kenapa, malam itu gatal saja aku nak toleh kearah tandas. Betapa terkejutnya aku apabila terlihat didalam cermin tersebut kelibat lembaga hitam berbulu yg tajam merenung aku. Aku kaku tak dapat berbuat apa-apa. Kaki seolah terkunci dan mulut juga terkedu dari meminta pertolongan apatah lagi untuk membaca sebarang ayat. Apa yg dapat aku dapat lihat, kelibat tersebut seakan-akan bergerak perlahan-lahan menghampiri tempat aku berdiri iaitu dihadapan pintu bilik. Lembaga tersebut kelihatan bongkok namun aku tak dapat melihat wajahnya kerana tersorok dengan rambutnya yg lebat sehingga mencecah lutut. Kukunya yg tajam, dan bau seakan bangkai yg kuat mula terhidang sehingga membuat aku hampir muntah kerana tak tahan akan baunya yg memualkan. Pada saat lembaga tersebut seakan hampir dengan aku, lembaga tersebut lesap hilang dari pandangan apabila teman sebilik ku, Zafran membuka pintu bilik untuk ke tandas.

Syukur aku rasakan pada saat itu kerana lembaga tersebut hanya ingin memperlihatkan dirinya tanpa mengapa-apakan aku. Zafran yg seakan faham melihat muka aku yg sedikit pucat terus menarik aku masuk kedalam bilik tanpa banyak soal. Keesokkannya, aku demam panas yg menyebabkan aku mc selama 3 hari. Zafran ada menyanyakan aku perihal kejadian tersebut dan aku menceritakan apa yg terjadi serba sedikit kerana masih kurang sihat.

Selepas kejadian tersebut, aku dah kurang balik lewat malam, dan kalau pun aku perlu pulang lewat, aku takkan pualng bersendirian. Sekian tamatlah cerita seram aku. Harap admin paparkan kisah aku ini. Sejujurnya, kejadian ini hanyalah mukadimah kepada gangguan lain aku terima. Aku akan kongsikan kisah-kisah lain pada masa akan datang. Terima kasih.

Kerol

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Kelibat”

  1. Time aku study situ dlm thn 2009, kwn baik aku pesan kt aku, “aku nk p toilet ni, kalau 5minit aku xbalik lg, hg p cari aku”.. 10minit tggu, lps tu aku p cari, dia ddk cangkung ats sinki. Hg rasa? Kenangan betoi la bangunan kej letrik..

    Reply
  2. Jdikan pengajaran…makhluk tu x bgi balik lewat mlm lah tu kut..haha…sorg2 lak tuu….ape da nasib student kan…jadual penuh….jd student ni laa kene banyak kuat semangat…💪

    Reply
  3. nice..pengalaman asrama memang ‘rare’,smpai snggup buat kerja gila trutama yg lelaki ni..ada jer aktiviti nk “hunting paranormal” dia hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.