“Keluarga Angkat”

Kisah ni bermula masa aku kecik umur dalam 11 atau 12 tahun camtu lah. Sejak kes aku kene kacau katil bergoyang dekat rumah aku macam boleh nampak sosok entiti gitu πŸ˜‚. Means benda halus camtu lah. Dari umur tu sampailah 22 tahun ni macam2 benda aku nampak dah. Mase umur aku 13 tahun aku dan kembar terpakse kene tinggal kat rumah yang baru siap kat kampung. Yelah ada tanah baik buat rumah kan.

Dipendekkan cite kami dua je tinggal kat rumah tu sebab parents keje kat Shah Alam. Kami dua pun terpakse jugak la sekolah dekat kampung tu. Rumah kat kampung tu mase kitorang duduk sebelum tu memang takda orang duduk so paham2 lah kalau tetibe ada “keluarga angkat”. Degilnye umur 13 tahun mase tu tak nak duduk asrama, sekolah pun tak jauh so aku dengan kembar duduk rumah tu berdua.

Korang mesti rasa tipu kan budak umur 13 tahun duduk berdua je. Kami memang dah biasa berdikari so parents tak heran sangat family pun jenis out spoken dan open minded (macam family orang puteh gitu) hahaha. Okay stop kat sini. Sambung pasal “keluarga angkat ” tu aku mula lihat “dorang” satu persatu. P/s aku duk rumah kampung dari 13-17 tahun .

Citer 1:
Mase ni form 2. Satu hari tu aku nak pergi mandi lah. On the way nak ke bilik air tu mesti akan lalu dapur. Haa mase tu lah aku nampak sosok budak kecik duduk kat atas meja dapur. Budak tu pandang aku. Aku pandang budak tu kire mata bertentang mata gitu tapi tak jatuh cinta tau hahaha. Aku tak jerit, aku macam tergamam sekejap pastu aku blah jalan terus ke bilik air. Budak tu macam main lah barang2 kat dapur tu .

Citer 2:
(Form 4). Kalau dah name tinggal berdua bangun lambat memang tak dapat pisah haha. Dijadikan citer, malam tu aku cakap lah dengan kembar tak nak bangun lambat, kembar pun iye kan je pastu kitorang tido. Pagi tu aku tak pasti pukul berapa maybe pukul 4 or 5 kot, aku dengar suara orang kejut aku, ” Iqa bangun”. 3 kali suara tu cakap sambil pegang tangan aku. Then bile aku dah celik mata aku nampak badan sebijik macam kembar aku pakai baju warna KUNING lari ke arah bilik parents aku.

Aku positif je tak pikir ape mase tu mungkin kembar aku mengantuk lagi kot terus lari masuk bilik. Aku panggil laa kejar dia still mamai lagi nak tanye pkul berapa ni. Sampai je kat bilik tu aku nampak kembar aku masih tido pakai baju warna PUTIH. Aku terdiam tak leh pikir ape, aku just pikir laju betul kembar aku tukar baju haha. Jadi sape plak kejut aku??

Citer 3:
(Form 5). Mase tu parents aku cuti, abang aku pulak cuti sem so dorang balik lah kampung tido rumah nie. Malam tu kitorang tido kat ruang tamu. Yelaa rindu adik-beradik sume jauh, so nak tido sama2 la konon. Haa abang aku pulak first time jejak kaki kat rumah kampung ni. Aku tido sebelah abang. So citer nye dalam pukul 12 lebih camtu aku terbangun. Tak tau lah nak kencing ke ape tetibe terbangun.

Aku toleh ke kanan, aku nampak abang aku tido nyenyak jer tapi bile pandang ke kanan lagi aku nampak sosok nenek tua rambut panjang hitam. Mata merah tak la merah sangat. Muke putih duduk mencangkung pandang je abang aku. Pastu nenek tu pandang kat aku pulak. Kau rasee haaahaha aku tak menjerit aku diam kembali ke posisi tido. Aku amek selimut haa berselubung hahaha. Mungkin “benda” tu tak penah nampak abang aku tu heran sikit kot.

Citer 4:
Aku beli arnab bela lah kat kandang belakang rumah. Satu hari tu aku bawa masuk rumah main2 then lama sikit aku cari tak jumpe. Setiap inci rumah tu aku tak jumpe arnab tu. Arnab tu bukan kecik sangat, saiz gemok besar . Aku dah penat cari, aku stop mungkin dah lari keluar aku pikir. Seminggu lepas tu bilik aku bau macam taik arnab. Aku carilah ikut bau tu.

Sekali tu aku tengok bawah katil penuh dengan taik arnab kecik bulat berserta dengan arnab tu sekali haaa. Aku pikir balik bawah katil ni aku cari haritu setiap inci rumah aku cari. Habes macam mane arnab ni kat bawah ni pastu taik dia pulak seolah-olah macam dah lama kat bawah? Mungkin “benda” tu pinjam nak main jugak kot .

Inilah sedikit citer dari Rumahku Syurgaku. Haa dari citer 1-4 tadi aku dah kenalkan kat korang “adik”, “kakak”, dan “nenek” dari “keluarga angkat ” nie. Nanti aku sambung citer. Lupe nak gtau “keluarga angkat” ni ahli ada 5 orang. Next citer aku kenalkan kat korang “mak” “ayah” dorang plak tau. Tunggu jangan tak tunggu hehehe…

5 comments

  1. Ko klu x sambung psl mak bapak tu mmg sajoooo je kan…

    Berani sungguh ekkk dok berdua je kt umh tu…
    Kot keluarga angkat tu x memudaratkan pon, risaaauuuu jer ABANG ANGKAT KEPALA HITAM dtg menziarah kot…

    Dialog nenek mase renung muke abg tu…
    “Hmmmm…anak ikan mak…aauuummm…”

    Ekekekeee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *