“Keluarga Angkat” Siri 2

Assalamualaikum pembaca setia FS? . Thanks admin jugak siarkan citer aku ?. Okay sebelum aku mulaa citer, aku nak jawab dulu pertanyaan-pertanyaan pembaca yg komen citer “keluarga Angkat” siri 1:

-Pasal makan minum memang kitorang MASAK sendiri. Yelha dari kecik dah dididik supaya berdikari tak nyusahkan orang, belajar masak yang simple2 jer tak berat sangat. Process masak tu pun sampai dapur terbakar tau. Haa kalau rasa malas masak ape susah pergi kedai tapau la hahah?

-Haa tang duit belanja pegi sekolah barang dapur tu sume jeng jeng jeng~~ Parents aku setiap minggu balik kampung lah jenguk kami aduyai haha mak ayah mane tak risau anak oiiii ??

-Mesin basuh lah cuci baju kami dua, siap sidai terus haa, baju sendiri gosok laa bukan susah pun iron baju tu, tu penting nyee pepatah “melentur buluh biar dari rebungnye”.

-Kejut sendiri bangun, jam loceng kan hadooo, tak pun kadang2 parents call kejut bangun.

-Gilaa tak takot duduk berdua, mestilah rasa takot tapi lagi kuat rasa takot tu kat tuhan haa gituu. Lagipun jiran ada selalu gak jenguk2 kami.

Haaa selesai menjawab, moh ler aku sambung citer pasal “Keluarga Angkat” nie. Siri 2 ni aku kenalkan kat korang “ayah” dan “mak” dari “Keluarga Angkat” nie~~~~~

P/s: mase nie family aku dah transfer tempt keje dari Shah Alam ke kampung so xdalah tinggal berdua dah ?

Citer 1:
Satu hari tu suasana hening senja, jiran aku kat luar rumah buat ape xtau la. Jiran aku ni nampak sosok manusia serupa dengan arwah abah aku (arwah baru meninggal bln 7/2016 al-fatihah?) tengah tebang pokok pisang then jiran aku ni pun pegi tegur, “buat ape tu”. Biasa laa typical malay dah nampak tengah buat ape pegi tanye lagi hahaha. ??  Sosok yang menyerupai arwah abah aku tu tak layan, terus angkat pisang jalan membelakangi jiran aku tu. Jiran aku pun pelik laa terus masuk rumah. Esoknye dia tanye mak aku citer lah ape yang berlaku. Mak aku cakap arwah abah mase senja2 macam tu mane ade kat rumah, dah pergi masjid pun. Jiran aku diam haa demam terus. Kalau korang senja2 nampak manusia kat kebun belakang rumah pulak tu agak2 tegur tak?

Citer 2:
Mase ni suasana malam yang tenang, kak long aku balik keje. Kawan dia yang antar balik then sampai rumah tu kawan kak long aku x berani nak turun ke perkarangan halaman rumah kampung nie. So dia berhenti tepi jalan je. Then esoknye dia cite kat kak long aku, gitau dia nampak wanita muke macam mak aku. Pakai macam pakaian lama kain batik atas kepala ala macam orang nak g kebun tu sambil bawa parang ke cangkul aku tak pasti tak ingat?. Lembaga tu jalan jee terus masuk kebun sawit. Rumah kampung ni belakang ada kebun sawit family aku. Padahal mase tu elok je mak aku dalam rumah layan tv. Haa abes sape yang nak berkebun malam2 gitu??

Sebenarnye sosok muke serupa macam parents aku dah banyak orang nampak sekitar rumah ni. Orang kampung, cikgu2 aku kadang pernah gitau kalau malam2 tu lalu depan rumah aku nie nampak asap tebal je kat belakang rumah. Haa tu la “mak” dan “ayah” dari “Keluarga angkat” nie. Bile rumah kosong lama tinggal mesti ada yang tumpang, tapi tanah rumah ni takda orang tumpang ke??

So aku dah kenalkan akt korang sume ahli “Keluarga Angkat” nie . Seterusnye meh aku citer segala kejadian aneh, pelik dan seram pasal rumah kampung yang “keluarga angkat” ni tumpang ,tak pun kitorang yang tumpang tak tau lah sebab kitorang lambat masuk rumah nie. ??

Citer 3:
Waktu kejadian ni kat rumah ada aku, kembar dan kak ngah. Kak ngah aku bile cuti sem dia duduk kampung cari keje kat sini. Pada malam kejadian tu, kak ngah tengah iron baju kat luar bilik parents, aku ngan kembar plak tido dalam bilik tu. Tak lama tu tengah sedap tido, aku dengar suara perempuan cakap, “tolong, tolong, tolong, tolong” berapa kali pun tak tau laa tak kire plak hahah. Okay then aku dah rasa lain macam dah, aku kejutlah kembar aku so dia bangunlah. Aku tanye, “kau dengar tak Ira?”.

kembar aku yang mamai terus segar lepas dengar suara tu. Suara perempuan minta tolong tu makin kuat aku rase boleh dengar sampai luar bilik kot. Lepas tu ape lagi, cabutlah keluar dari bilik hahaha. Kelam kabut keluar dari kelambu, biasa la banyak nyamuk pakai la kelambu. Dah keluar dari bilik tu kan ada kak ngah aku yang tengah iron baju so kitorang tanye, “angah, kau tak dengar ke?”. Lepas tu dia cakap, “mende korang ni dengar ape?”. Aku ngan kembar pelik suara tu punye lah kuat takkan lah tak dengar kot so kitorang tak cakap ape terus masuk bilik sendiri. Haa len kali tido bilik sendiri jangan menyibuk bilik parents kot2 ada “parents” lain ke kan??

Citer 4:
Masa ni malam jugak kire dalam pukul 12 lebih camtu lah. Aku, adik bongsu lelaki, dan arwah abah aku tak tido lagi mase tu haa, mak aku je dah tido. Dipendekkan cite, mase tu aku tengah basuh pinggan, adik aku makan, arwah abah aku tengah check pancing dia. Jarak kitorang dekat je tak jauh. Aku basuh pinggan hadap/pandang kebun sawit, tingkapnye pulak jaring je. Biasalah, rumah kampung tak siap lagi. Adik lelaki aku makan hadap aku konon teman basuh pinggan la tu, arwah abah pulak kat depan dengan barang mancingnye. Tengah syok2 basuh pinggan aku macam dah perasan satu lembaga putih pandang je aku dari jauh. Aku buat bodoh jelaa sebab aku tak kacau sape2 pun kan.

Then lama sikit aku perasan lembaga putih tu makin dekat dengan aku haa. Kalau korang tengok cite hantu mesti ada babak yang hantu datang dekat makin dekat haa macam tu la. Tak lama tu lembaga putih tu betul2 depan aku. Haha. Kau bayangkanlah tingkap takda ape pun jaring je haa tak ke jelas bende tu. Lepas tu aku ape lagi rasa takot macam tak leh tahan dah sebab arwah abah aku pesan jangan tunjuk takot tu kalau “benda” camtu tunjuk muke.

Then aku saje cakap dengan adik aku, “haa Ijat sambung esok jelaa pinggan ni jum laa tido”. Jenis aku pulak kalau takot aku berlakon bercakap tak kisah lah ada orang ke takda orang dekat dengan aku hahaha. Lepas tu aku berhenti basuh pinggan aku terus pegi depan duduk dengan arwah abah aku. Esok paginyee tengah sarapan aku citer lah kat adik dengan abah aku pasal lembaga putih tu. Adik laki aku boleh gelak “hahahahah” macam tu. Dia bgitau sebenarnye dia pun nampak lembaga tu saje tak cakap dengan aku. Siot jer perangai nak bagi aku takot sorang2 hahaha ~~

Citer 5:
Kisah ni pasal kembar aku. Satu malam tu, kembar aku bangun tido biasa lah nak buat ape lagi kan mesti lah pegi tandas. Keluar dari tandas tu adik aku terserempak dengan sosok wajah arwah abah aku kat tepi pintu tandas berdiri bongkok, kepala pulak selubung kain pelekat. Adik aku tegur lah, “nak masuk tandas ye abah”, pastu adik aku jalan laa terus  On the way nak ke bilik tu lalu bilik parents aku dulu, so kembar aku ni tergerak hati pandang bilik parents aku tu mase tu pintu bilik tak tutup. Dah pandang tu haa terkejut adik aku nampak arwah abah aku tengah tido nyenyak kat dalam bilik tu. So sape pulak tunggu kat luar bilik tandas tu?

Haa itulah sebahagian je pengalaman seram pelik sepanjang duduk kat rumah kampung ni. Segala cerita ni adalah citer betul bukan rekaan atau dongeng. Pasal aku duduk berdua pun citer betul. Next time aku sambung lagi kisah seram ni. Maklumlah dah nak kawen sibuk sikit heheh pape pun kalau korang nak msuk rumah baru tu buat lah doa selamat. Kalau benda tu tunjuk muke tapi tak kacau korang, jangan takot buat bodo jee. Bukan kite jer ada kat muka bumi ni kan. Sekian citer aku, jumpe lagi siri 3 nanti assalamualaikum~~

9 comments

  1. best2..nnt kalau ada sila jgn segan2 utk sambung
    btw korg kawen serentak ke kembar sekalian..hihi
    selamat pengantin baru in advance 🙂

  2. إنا الله وإنا إليه راجعون
    Utk arwah abah korang moga ditempatkan di klngn org beriman.
    Nice stories…
    Anyways, selamat pengantin baru jg diucapkan.

  3. Selamat Bakal Pengantin Baru…!!!!
    Semoga semua urusan persiapan dipermudahkan…
    Aamiin…

    Nape mse basuh pinggan tu x buat2 melatah pastu tersiram air sabun basuh pinggan kt benda putih tu…???
    Heheheheheh…

  4. aku suke cite ni…bestttt…hahahahaha…nant sambong lagi ek…anyway, semoga sume urusan perkahwinan ko dipermudahkan and berjalan lancar..

  5. Biasanya rumah lama2 dia ada org duduk, then dia menampakkan rupa org yg duduk kat situ.. Masa aku kecik2 , selalu kena. Ayah aku kerja sampai seminggu dua tak balik, then tiba2 jiran nmpak dia kat rumah cuci kereta.. Apa cerita?? Haha?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *