Kem Kepimpinan Cemerlang 2017
#bycikguhana
Assalamualaikum wbt. Lama tak menulis. Sibuk sikit. Budak nak exam, cikgu pulun kelas tambahanlah, apa lagi? Sampai budak tanya, “cher, kenapa sekarang ni budak form one pun ada kelas tambahan? Bukan form three aje ke patut gi kelas tambahan?”
Terpanggil nak share cerita ni bila terbaca kisah yang dikongsi di FS, tajuk dia “eh, ada oranglah”. Rasa lebih kurang macam tu la tajuk dia. Sebab perkara yang hampir sama jadi kat kami, pada sebuah kem kepimpinan yang kami sertai.
Kem itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama banyak ceramah n team building, buat kat kolej. Sambung pulak dua hari di hutan, untuk mantapkan lagi team building yang dah dibina masa kat kolej tu. Masa tu aku belajar di tahun pertama di uni. Baru first semester. Tak.. Aku tak glamour pun masa tu. Sekarang je glamour, sebab cikgu disiplin, kan..
To cut it short, fasa pertama kem kepimpinan dah habis, kami pun berdebar la nak pergi masuk hutan. Memang ramai yang first timer masuk hutan. Excited la. Destinasi kami ialah sebuah kem BTN rasanya, bertempat di Ulu Sepri.
Sampai di sana, kami dah penat angkut semua barang… I mean SEMUA. balang gas nak masak, semuanya kami gilir-gilir angkat sampai la ke atas bukit. Penat jangan cakap la. Rehat, pastu ada jugak la sesi mental torture and yada yada.. Lepas tu fasi kumpulan pujuk kami. Masa fasi kumpulan pujuk tu, mereka ni ajak la main air. Air sungai. Aku masa tu malu. Aku duk bayang macamana nak mandi, nanti baju melekat kat badan, nampak bentuk badan. Ye, aku ni very the kampung gitu. So aku tak join hiruk pikuk kumpulan aku sangat. Once, fasi kumpulan panggil nama aku. Katanya setiap aktiviti ada markah, jangan asingkan diri sorang2 macam tu, nampak macam kumpulan kita tak bersatu. Ok, aku pun masuk air sama.
Aku meranduk air sehingga sampai ke kawasan yang agak dalam yang ahli kumpulan aku berkumpul. Kawasan tu bawah pokok yang sangat rendang. Ada jugak akar pokok berjuntaian ke air. Sebagai seorang yang kata orang ada sixth sense, aku rasa tak sedap hati. Sebenarnya aku tak percaya pun sixth sense bagai ni, tapi tu la.. Bila kita nampak apa yang orang lain tak nampak, kadang tu aku ingat aku ni gila ke apa? So, back to the river. Aku rasa ada something dalam air tu! Aku rasa ada yang merenung daripada dalam air. Serba tak kena jadinya aku bergerak dalam air. Seolah masa aku jalan dalam air, macam ada tangan-tangan kecil yang sejuk pegang kaki aku, pegang tubuh aku.
Then ketua fasi turun sekali ke dalam sungai. Betapa tadinya dia marah-marah, now dia friendly sangat, join kami main air. Fasi aku buat satu taktik, iaitu serang hendap ketua fasi sebab tadi ketua fasi marah anak-anak kumpulannya. So dia arahkan kami kepung ketua fasi, dalam kiraan tiga, SERANG. Aku je yang tak ikut serang. Sebab aku MALU. Sebab naluri aku kata, bukan kami je yang ada dalam air tu!! Ketua fasi pun balas serangan. Kemudian, ada satu lagi kumpulan join perang air tersebut. Hutan tersebut hingar bingar jadinya. Aku meminggir. Aku bukan orang yang sosial sangat. Aku tak tau macamana nak bergelak sakan bersuka riamacam kawan-kawan yang lain, depan-depan lelaki. Konservatif! Ya, name it.
Masa tu dah gelap. Dah lewat petang. Dah nak maghrib. Aku ingat pesan orang tua, kalau dah dekat waktu maghrib jangan keluar rumah. Aku serba salah jadinya. Aku duduk je la tepi gigi sungai. Kalau aku naik awal karang, kena tegur dengan fasi kumpulan pulak.. Mereka berhenti bergelak ketawa apabila Pak Lebai, staff kolej yang ikut serta alunkan azan maghrib. Kami bergegas naik, siapkan diri, solat jemaah dekat main camp dan get ready for NIGHT WALK!!!
Inilah aktivitii yang paling ditunggu. NIGHT WALK. Mulanya kami akan jalan dalam kumpulan besar, kemudian dipecahkan kepada kumpulan kecil, kemudian akan ditempatkan di certain tempat secara individu. Masa tu, akan dijalankan aktiviti OWLING pulak. Redha ajelah.
Ok, jalan punya jalan.. Stamina tak cukup, kan.. Aku mengah. Aku nampak berbalam-balam di hujung sana, ada pondok. Ada suami isteri duduk di tangga pondok tu perhatikan kami. Dalam pondok tu cerah la. Pondok tu diperbuat daripada anyaman buluh. Atapnya daun nipah. Pondok tu ada pagar yang diperbuat daripada batang ubi kayu! See, aku masih ingat details pasal tu.. Dah 13 tahun dah kem tu berlalu.. Ok, since aku dah penat, dan tiada tempat bersandar, aku pun gerak la ke pagar yang diperbuat daripada batang ubi kayu tu dan sandar di situ…
Gedebuk!
Aku jatuh.
Aku cari-cari pagar ubi kayu, dah tak ada. Akucari pondok, pun tak ada! Tapi tadi aku memang yakin ada ! Aku mula rasa tak sedap hati.. Ada yang memerhati, tapi dah mula tunjuk benci, tidak mahu dikenali lagi.
Kumpulan aku combined dengan sebuah kumpulan lagi, berhenti satu tempat, kami kena masak makanan kat situ dalam hutan, berbekalkan beberapa barangan sahaja. Masa tu ketua kumpulan satu lagi tu ajak solat. Aku masa tu, macam pelik la, badan kotor berlumpur nak solat isyak? Nanti karang kan balik ke main camp jugak.. Solat je la nanti. Dia insist jugak nak solat. Menyampah pulak aku nengok kedegilan dia. Menyampah pun jadi laki aku jugak la ni… Aku buat tak peduli pun sebab masa tu aku cuti solat. Aku sambung main masak-masak dalam meals tin. Selepas makan, kami gerak lagi, dan mula lah aktiviti owling tu.
Bagi aku, tak seram sangat pun owling ni. Sebab aku boleh nampak fasi-fasi duk lalu lintas kat depan kami. Aku pun bantai tidur la. Tapi aku meluat dengan seorang fasi ni, selalu je kejutkan aku kalau aku dah tertidur. Dah la tengah malam pakai baju putih masuk hutan! Bajet nak buat kami takut la? Biar la kami tidur.. Nak rehat la.. Aku pun tertidur lagi. Bila dah jaga, kami para peserta dikehendaki ikut satu tali, jalan sorang-sorang dalam hutan tu sehingga sampai ke kem utama. Aku pun jalan la sorang- sorang. Aku nampak ada kelibat berbulu hitam di celah-celah pokok. Seolah mengekori aku. Memang aku dah menggigil masa tu. Cepat-cepat aku jalan, sehinggalah aku jatuh tergolek dari bukit!
Sampai di main camp, kira semua peserta yang ada, tak cukup pulak.. Aduhai… Masa tu yang aku fikir, nak tidur je. Geng lelaki terbahagi dua. Ada satu puak nak tunggu sehingga peserta yang hilang balik ke main camp.. Ada satu puak lagi, nak masuk semula ke dalam hutan untuk cari peserta yang hilang. Ada pro and cons jugak la. Sebab fasi dah pesan, tunggu fasi datang. Jangan ke mana-mana. Aku malas jugak nak layan. Aku duk termenung je kat tepi khemah besar tu. Aku duk berdebar je dari tadi. Sekejap-sekejap aku pusing. Sekejap-sekejap aku toleh kiri kanan. Aku rasa diperhatikan. Entah- entah Pak Lebai kut… Tapi Pak Lebai tidak ada di tempatnya memasak. Lama jugak la diorang berdebat. Penghulu peserta, which is suamiku sekarang dah termenung dah. Kesian tengok dia. Then, fasi datang, dengan peserta yang sengaja mereka sembunyikan. Tujuannya nak tengok cara kami handle masalah kehilangan peserta itu. Kena brain wash lagi. Sebab kami tidak bertindak cepat untuk selamatkan kawan kami. Whatever la… Aku nak tidur.. Nak tidur.. Nak tidur!
Akhirnya kami dilepaskan juga kembali ke khemah. Aku masuk khemah, terus baring berhimpit dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku pejamkan mata. Tiba-tiba kedengaran sesuatu jatuh berdebuk ke tanah. Disusuli suara tangisan sayu.
Aku bayangkan masa tu, aku tengah mimpi. Kemudian dengar tapak kaki berlari-lari dari arah belakang khemah. Suara cemas. Suara minta tolong. Suara menjerit. Suara fasi dengan suara peserta saling bertingkah. Saling berlawan pendapat. Apa lagi ni… Dengar lagi jeritan minta tolong. Suara orang menangis. Dengar suara fasi ellaki masuk ke kawasan khemah peserta perempuan. Suara mengilai.
“Perhatian! Perhatian! Semua peserta, ini Abang Syah, ketua fasi awak semua. Tolong dengar dan patuhi arahan ini. Semua peserta dikehendaki keluar dari khemah dan berkumpul di khemah besar semula! Sekarang!!”
Kedengaran ribut suara cemas di luar. Aku buka mata. Pandang kawan-kawan aku. Aku sekhemah dengan rakan satu course, diorang semua India. Aku sorang je melayu dalam khemah tu.
“Woi, ko nak keluar tak?”
“Aku ngantuk weh.. Aku nak tido je.. Tolongggglah” aku dah mula nak menangis. Sebab aku nak TIDUR! Teruk, kan?
“Aku bawak debu suci. Korang bawak apa? Hana, ko tak bawak yassin ke?”
“Aku period weh, mana boleh pegang yassin. Dah la.. Dah pukul berapa ni.. Aku nak tido niii”
Kami pun sambung tidur. Teruk, kan? Aku dan tidur berpisah tiada.
Tak lama kemudian fasi datang dan arahkan kami semua keluar dari khemah. Aku dipimpin kawan-kawan aku yang lain, sebab aku macam memberontak, nak tidur la katakan..
Setibanya di khemah utama, kami disambut oleh fasi dan peserta yang lain dengan muka yang cemas. Aku dibawa ke tengah khemah dan ditenangkan. Semua pakat duk baca dan hembus ke telingaku.
“Hana, ko ok tak sebenarnya?”
Aku angguk.
“Kenapa? Kenapa serius sangat?”
“Hana, awak ahli kumpulan 7 jugak, kan?”
“A ah. Kumpulan Abg Awie. Mana Abg Awie?”
Semua mata tertumpu di sudut sana.
Abg Awie tersandar lesu dikelilingi beberapa orang fasilitator. Di sekelilingnya, kawan-kawan sekumpulan denganku dijaga dan ditenangkan oleh rakan-rakan peserta dan fasilitator.
“Kenapa sebenarnya ni?”
Seorang peserta yang kupanggil Kak Fiza memelukku rapat.
“Hana, awak tenang ya… Ikut akak baca sama-sama. Even period, tapi kita ni darurat. Boleh baca. Awak seorang lagi ni yang tak kena. Semua ahli kumpulan 7 dan kumpulan 4 dah kena. Fasi pun kena sekali.”
Seluruh badanku menggigil. Aku nampak fasi-fasi lelaki meronda di luar khemah, sambil berbincang. Pak Lebai melaungkan azan. Peserta lain bacakan yassin kepada peserta yang dirasuk, tetapi tidak ada perubahan. Mangsa rasukan ikut baca yassin sekali. Setiap kali aku pandang peserta yang kena rasuk, mereka mengerling tajam ke arahku, dan menggapai tangan seolah ingin mencapai aku.
Di luar khemah,aku lihat pelbagai makhluk yang mengerikan. Ada yang bergayut di dahan pokok, ada yang melingkar, ada yang merayap atas tanah, ada tompokan cecair hitam di sana sini… Aku pejamkan mata rapat-rapat. Tubuhku menggigil lebih hebat. Aku tidak ingin pandang semua itu. Aku rasa seolah aku menjadi mangsa buruan. Aku perasan seolah semua mangsa rasukan mencari aku. Hanya aku seorang lagi yang tinggal. Semua yang terlibat dengan perang air itu telah dirasuk!
Tidak lama kemudian, ada seorang pakcik tua datang diiringi felo kolej. Dengarnya, pakcik tua itu penjaga kawasan perkhemahan tersebut. Katanya, dia dah tahu perkara ini akan terjadi. Oh, wow di situ! Entah apa yang dibacanya, semua mangsa rasukan senyap. Kemudian pakcik tu minta daun dengan batu. Lahhh.. Main one two som ke.. Ada beberapa peserta keluarkan batu dan daun daripada beg galas, daripada jaket, dan poket seluar.
Keadaan tenang. Felo kolej decide untuk pendekkan kursus di hutan dan balik ke kolej pagi itu juga. Kami pun berkemas. Apabila matahari keluar sahaja, kami pun balik. Suasana sunyi sepi sepanjang perjalanan. Aku rasakan bas kami lambat sangat perjalanannya dibandingkan dengan perjalanan datang tempohari. Aku un tidur dengan tenang dalam bas.
Sampai di kolej, makanan dah sedia menanti kami. Kami pun makan dengan gembiranya. Sedang aku beratur nak ambil makanan, beberapa peserta rebah ke lantai. Peserta yang sama yang kena di hutan malam tadi. Dan aku? Aku satu-satunya peserta kumpulan terlibat yang tidak dijangkiti. Kawan aku, Ken nama dia tarik lengan baju aku dan duduk di meja.
“Now Hana u baca apa yang u boleh baca. U sorang saja ni. I know u kuat sebab tu boleh tahan lagi.”
Aku menggigil hebat.
Ken segera panggilkan peserta dan fasi perempuan untuk pegang aku.
“Hana ok kak. Cuma rasa sejuk. Sejuuuk sangat, kak”
“Takpe Hana, akak ada. Akak bagi jaket akak ni. Hana tenang ya.”
Sesudah dapat jaket, aku sambung makan dengan Ken. Ken gelak tengok aku.
“Ko ni gila, Hana. Kejap ok, kejap tak ok. Barang u mana? Nanti I hantar u balik bilik.”
Aku biar je orang nak bawak barang aku. Aku masih di tempat makan, Ken dah naik hantar barang aku ke atas. Sempat la aku saksikan peserta-peserta dan fasi yang kena rasuk berhempas pulas melepaskan diri daripada perawat. Time tu perawat darussyifa bangi dah sampai. Tengah aku syok memerhati, Darling girlfriend si Ken dah jemput aku untuk rehat di bilik.
Selepas Asar, kami diminta berkumpul. Tapi mangsa rasukan tak boleh berkumpul. Mereka macam pantang berkumpul. Mula la jadi balik. Felo minta peserta keluarkan semua barang yang dikutip dari hutan Ulu Sepri. Kami berpandangan sesama sendiri. Bukan ke dekat main camp dah minta? Rupanya, masih ada yang bawa balik daun dan batu daripada sana. Dan apabila jadi macam ni, mereka insaf, mereka bergegas ambil beg masing-masing untuk dapatkan batu dan daun tersebut. Tapi ternyata sudah terlewat.. Barang- barang tersebut sudah hilang daripada simpanan mereka!
Sekarang, semua sudah bawa haluan masing-masing. Apabila tahun berganti tahun, tiba batch kami pula yang kendalikan Kem Kepimpinan Cemerlang kolej, perkara itu yang jadi keutamaan untuk kami jaga. Jangan sebarangan ambil barang daripada hutan, jangan terlalu bersuka ria di dalam hutan. Sesungguhnya alam kita ini dikongsi dengan mereka. Kem Kepimpinan Cemerlang (KKC -17)
#bycikguhana
Assalamualaikum wbt. Lama tak menulis. Sibuk sket, budak nak exam,cikgu pulun kelas tambahan la, apa lagi.. Sampai budak tanya, “cher, kenapa sekarang ni budak form one pun ada kelas tambahan, bukan form three aje ke patut gi kelas tambahan”
Terpanggil nak share cerita ni bila terbaca kisah yang dikongsi di FS, tajuk dia “eh, ada oranglah”. Rasa lebih kurang macam tu la tajuk dia. Sebab perkara yang hampir sama jadi kat kami, pada sebuah kem kepimpinan yang kami sertai.
Kem itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama banyak ceramah n team building, buat kat kolej. Sambung pulak dua hari di hutan, untuk mantapkan lagi team building yang dah dibina masa kat kolej tu. Masa tu aku belajar di tahun pertama di uni. Baru first semester. Tak.. Aku tak glamour pun masa tu. Sekarang je glamour, sebab cikgu disiplin, kan..
To cut it short, fasa pertama kem kepimpinan dah habis, kami pun berdebar la nak pergi masuk hutan. Memang ramai yang first timer masuk hutan. Excited la. Destinasi kami ialah sebuah kem BTN rasanya, bertempat di Ulu Sepri.
Sampai di sana, kami dah penat angkut semua barang..I mean SEMUA. balang gas nak masak, semuanya kami gilir-gilir angkat sampai la ke atas bukit. Penat jangan cakap la. Rehat, pastu ada jugak la sesi mental torture n yada yada.. Lepas tu fasi kumpulan pujuk kami… Masa fasi kumpulan pujuk tu, mereka ni ajak la main air. Air sungai. Aku masa tu malu. Aku duk bayang macamana nak mandi, nanti baju melekat kat badan, nampak bentuk badan.. Ye, aku ni very the kampung gitu. So aku tak join hiruk pikuk kumpulan aku sangat. Once, fasi kumpulan panggil nama aku. Katanya setiap aktiviti ada markah, jangan asingkan diri sorang2 macam tu, nampak macam kumpulan kita tak bersatu. Ok, aku pun masuk air sama…
Aku meranduk air sehingga sampai ke kawasan yang agak dalam yang ahli kumpulan aku berkumpul. Kawasan tu bawah pokok yang sangat rendang. Ada jugak akar pokok berjuntaian ke air.. Sebagai seorang yang kata orang ada sixth sense, aku rasa tak sedap hati. Sebenarnya aku tak percaya pun sixth sense bagai ni, tapi tu la.. Bila kita nampak apa yang orang lain tak nampak, kadang tu aku ingat aku ni gila ke apa.. So, back to the river.. Aku rasa ada something dalam air tu! Aku rasa ada yang merenung daripada dalam air. Serba tak kena jadinya aku bergerak dalam air. Seolah masa aku jalan dalam air, macam ada tangan-tangan kecil yang sejuk pegang kaki aku, pegang tubuh aku..
Then ketua fasi turun sekali ke dalam sungai. Betapa tadinya dia marah-marah, now dia friendly sangat, join kami main air. Fasi aku buat satu taktik, iaitu serang hendap ketua fasi sebab tadi ketua fasi marah anak-anak kumpulannya. So dia arahkan kami kepung ketua fasi, dalam kiraan tiga, SERANG. Aku je yang tak ikut serang. Sebab aku MALU. Sebab naluri aku kata, bukan kami je yang ada dalam air tu!! Ketua fasi pun balas serangan. Kemudian, ada satu lagi kumpulan join perang air tersebut. Hutan tersebut hingar bingar jadinya. Aku meminggir. Aku bukan orang yang sosial sangat. Aku tak tau macamana nak bergelak sakan bersuka riamacam kawan-kawan yang lain, depan-depan lelaki. Konservatif! Ya, name it.
Masa tu dah gelap. Dah lewat petang. Dah nak maghrib. Aku ingat pesan orang tua, kalau dah dekat waktu maghrib jangan keluar rumah. Aku serba salah jadinya. Aku duduk je la tepi gigi sungai. Kalau aku naik awal karang, kena tegur dengan fasi kumpulan pulak.. Mereka berhenti bergelak ketawa apabila Pak Lebai, staff kolej yang ikut serta alunkan azan maghrib. Kami bergegas naik, siapkan diri, solat jemaah dekat main camp dan get ready for NIGHT WALK!!!
Inilah aktivitii yang paling ditunggu. NIGHT WALK. Mulanya kami akan jalan dalam kumpulan besar, kemudian dipecahkan kepada kumpulan kecil, kemudian akan ditempatkan di certain tempat secara individu. Masa tu, akan dijalankan aktiviti OWLING pulak. Redha ajelah.
Ok, jalan punya jalan.. Stamina tak cukup, kan.. Aku mengah. Aku nampak berbalam-balam di hujung sana, ada pondok. Ada suami isteri duduk di tangga pondok tu perhatikan kami. Dalam pondok tu cerah la. Pondok tu diperbuat daripada anyaman buluh. Atapnya daun nipah. Pondok tu ada pagar yang diperbuat daripada batang ubi kayu! See, aku masih ingat details pasal tu.. Dah 13 tahun dah kem tu berlalu.. Ok, since aku dah penat, dan tiada tempat bersandar, aku pun gerak la ke pagar yang diperbuat daripada batang ubi kayu tu dan sandar di situ…
Gedebuk!
Aku jatuh.
Aku cari-cari pagar ubi kayu, dah tak ada. Akucari pondok, pun tak ada! Tapi tadi aku memang yakin ada ! Aku mula rasa tak sedap hati.. Ada yang memerhati, tapi dah mula tunjuk benci, tidak mahu dikenali lagi.
Kumpulan aku combined dengan sebuah kumpulan lagi, berhenti satu tempat, kami kena masak makanan kat situ dalam hutan, berbekalkan beberapa barangan sahaja. Masa tu ketua kumpulan satu lagi tu ajak solat. Aku masa tu, macam pelik la, badan kotor berlumpur nak solat isyak? Nanti karang kan balik ke main camp jugak.. Solat je la nanti. Dia insist jugak nak solat. Menyampah pulak aku nengok kedegilan dia. Menyampah pun jadi laki aku jugak la ni… Aku buat tak peduli pun sebab masa tu aku cuti solat. Aku sambung main masak-masak dalam meals tin. Selepas makan, kami gerak lagi, dan mula lah aktiviti owling tu.
Bagi aku, tak seram sangat pun owling ni. Sebab aku boleh nampak fasi-fasi duk lalu lintas kat depan kami. Aku pun bantai tidur la. Tapi aku meluat dengan seorang fasi ni, selalu je kejutkan aku kalau aku dah tertidur. Dah la tengah malam pakai baju putih masuk hutan! Bajet nak buat kami takut la? Biar la kami tidur.. Nak rehat la.. Aku pun tertidur lagi. Bila dah jaga, kami para peserta dikehendaki ikut satu tali, jalan sorang-sorang dalam hutan tu sehingga sampai ke kem utama. Aku pun jalan la sorang- sorang. Aku nampak ada kelibat berbulu hitam di celah-celah pokok. Seolah mengekori aku. Memang aku dah menggigil masa tu. Cepat-cepat aku jalan, sehinggalah aku jatuh tergolek dari bukit!
Sampai di main camp, kira semua peserta yang ada, tak cukup pulak.. Aduhai… Masa tu yang aku fikir, nak tidur je. Geng lelaki terbahagi dua. Ada satu puak nak tunggu sehingga peserta yang hilang balik ke main camp.. Ada satu puak lagi, nak masuk semula ke dalam hutan untuk cari peserta yang hilang. Ada pro and cons jugak la. Sebab fasi dah pesan, tunggu fasi datang. Jangan ke mana-mana. Aku malas jugak nak layan. Aku duk termenung je kat tepi khemah besar tu. Aku duk berdebar je dari tadi. Sekejap-sekejap aku pusing. Sekejap-sekejap aku toleh kiri kanan. Aku rasa diperhatikan. Entah- entah Pak Lebai kut… Tapi Pak Lebai tidak ada di tempatnya memasak. Lama jugak la diorang berdebat. Penghulu peserta, which is suamiku sekarang dah termenung dah. Kesian tengok dia. Then, fasi datang, dengan peserta yang sengaja mereka sembunyikan. Tujuannya nak tengok cara kami handle masalah kehilangan peserta itu. Kena brain wash lagi. Sebab kami tidak bertindak cepat untuk selamatkan kawan kami. Whatever la… Aku nak tidur.. Nak tidur.. Nak tidur!
Akhirnya kami dilepaskan juga kembali ke khemah. Aku masuk khemah, terus baring berhimpit dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku pejamkan mata. Tiba-tiba kedengaran sesuatu jatuh berdebuk ke tanah. Disusuli suara tangisan sayu.
Aku bayangkan masa tu, aku tengah mimpi. Kemudian dengar tapak kaki berlari-lari dari arah belakang khemah. Suara cemas. Suara minta tolong. Suara menjerit. Suara fasi dengan suara peserta saling bertingkah. Saling berlawan pendapat. Apa lagi ni… Dengar lagi jeritan minta tolong. Suara orang menangis. Dengar suara fasi ellaki masuk ke kawasan khemah peserta perempuan. Suara mengilai.
“Perhatian! Perhatian! Semua peserta, ini Abang Syah, ketua fasi awak semua. Tolong dengar dan patuhi arahan ini. Semua peserta dikehendaki keluar dari khemah dan berkumpul di khemah besar semula! Sekarang!!”
Kedengaran ribut suara cemas di luar. Aku buka mata. Pandang kawan-kawan aku. Aku sekhemah dengan rakan satu course, diorang semua India. Aku sorang je melayu dalam khemah tu.
“Woi, ko nak keluar tak?”
“Aku ngantuk weh.. Aku nak tido je.. Tolongggglah” aku dah mula nak menangis. Sebab aku nak TIDUR! Teruk, kan?
“Aku bawak debu suci. Korang bawak apa? Hana, ko tak bawak yassin ke?”
“Aku period weh, mana boleh pegang yassin. Dah la.. Dah pukul berapa ni.. Aku nak tido niii”
Kami pun sambung tidur. Teruk, kan? Aku dan tidur berpisah tiada.
Tak lama kemudian fasi datang dan arahkan kami semua keluar dari khemah. Aku dipimpin kawan-kawan aku yang lain, sebab aku macam memberontak, nak tidur la katakan..
Setibanya di khemah utama, kami disambut oleh fasi dan peserta yang lain dengan muka yang cemas. Aku dibawa ke tengah khemah dan ditenangkan. Semua pakat duk baca dan hembus ke telingaku.
“Hana, ko ok tak sebenarnya?”
Aku angguk.
“Kenapa? Kenapa serius sangat?”
“Hana, awak ahli kumpulan 7 jugak, kan?”
“A ah. Kumpulan Abg Awie. Mana Abg Awie?”
Semua mata tertumpu di sudut sana.
Abg Awie tersandar lesu dikelilingi beberapa orang fasilitator. Di sekelilingnya, kawan-kawan sekumpulan denganku dijaga dan ditenangkan oleh rakan-rakan peserta dan fasilitator.
“Kenapa sebenarnya ni?”
Seorang peserta yang kupanggil Kak Fiza memelukku rapat.
“Hana, awak tenang ya… Ikut akak baca sama-sama. Even period, tapi kita ni darurat. Boleh baca. Awak seorang lagi ni yang tak kena. Semua ahli kumpulan 7 dan kumpulan 4 dah kena. Fasi pun kena sekali.”
Seluruh badanku menggigil. Aku nampak fasi-fasi lelaki meronda di luar khemah, sambil berbincang. Pak Lebai melaungkan azan. Peserta lain bacakan yassin kepada peserta yang dirasuk, tetapi tidak ada perubahan. Mangsa rasukan ikut baca yassin sekali. Setiap kali aku pandang peserta yang kena rasuk, mereka mengerling tajam ke arahku, dan menggapai tangan seolah ingin mencapai aku.
Di luar khemah,aku lihat pelbagai makhluk yang mengerikan. Ada yang bergayut di dahan pokok, ada yang melingkar, ada yang merayap atas tanah, ada tompokan cecair hitam di sana sini… Aku pejamkan mata rapat-rapat. Tubuhku menggigil lebih hebat. Aku tidak ingin pandang semua itu. Aku rasa seolah aku menjadi mangsa buruan. Aku perasan seolah semua mangsa rasukan mencari aku. Hanya aku seorang lagi yang tinggal. Semua yang terlibat dengan perang air itu telah dirasuk!
Tidak lama kemudian, ada seorang pakcik tua datang diiringi felo kolej. Dengarnya, pakcik tua itu penjaga kawasan perkhemahan tersebut. Katanya, dia dah tahu perkara ini akan terjadi. Oh, wow di situ! Entah apa yang dibacanya, semua mangsa rasukan senyap. Kemudian pakcik tu minta daun dengan batu. Lahhh.. Main one two som ke.. Ada beberapa peserta keluarkan batu dan daun daripada beg galas, daripada jaket, dan poket seluar.
Keadaan tenang. Felo kolej decide untuk pendekkan kursus di hutan dan balik ke kolej pagi itu juga. Kami pun berkemas. Apabila matahari keluar sahaja, kami pun balik. Suasana sunyi sepi sepanjang perjalanan. Aku rasakan bas kami lambat sangat perjalanannya dibandingkan dengan perjalanan datang tempohari. Aku un tidur dengan tenang dalam bas.
Sampai di kolej, makanan dah sedia menanti kami. Kami pun makan dengan gembiranya. Sedang aku beratur nak ambil makanan, beberapa peserta rebah ke lantai. Peserta yang sama yang kena di hutan malam tadi. Dan aku? Aku satu-satunya peserta kumpulan terlibat yang tidak dijangkiti. Kawan aku, Ken nama dia tarik lengan baju aku dan duduk di meja.
“Now Hana u baca apa yang u boleh baca. U sorang saja ni. I know u kuat sebab tu boleh tahan lagi.”
Aku menggigil hebat.
Ken segera panggilkan peserta dan fasi perempuan untuk pegang aku.
“Hana ok kak. Cuma rasa sejuk. Sejuuuk sangat, kak”
“Takpe Hana, akak ada. Akak bagi jaket akak ni. Hana tenang ya.”
Sesudah dapat jaket, aku sambung makan dengan Ken. Ken gelak tengok aku.
“Ko ni gila, Hana. Kejap ok, kejap tak ok. Barang u mana? Nanti I hantar u balik bilik.”
Aku biar je orang nak bawak barang aku. Aku masih di tempat makan, Ken dah naik hantar barang aku ke atas. Sempat la aku saksikan peserta-peserta dan fasi yang kena rasuk berhempas pulas melepaskan diri daripada perawat. Time tu perawat darussyifa bangi dah sampai. Tengah aku syok memerhati, Darling girlfriend si Ken dah jemput aku untuk rehat di bilik.
Selepas Asar, kami diminta berkumpul. Tapi mangsa rasukan tak boleh berkumpul. Mereka macam pantang berkumpul. Mula la jadi balik. Felo minta peserta keluarkan semua barang yang dikutip dari hutan Ulu Sepri. Kami berpandangan sesama sendiri. Bukan ke dekat main camp dah minta? Rupanya, masih ada yang bawa balik daun dan batu daripada sana. Dan apabila jadi macam ni, mereka insaf, mereka bergegas ambil beg masing-masing untuk dapatkan batu dan daun tersebut. Tapi ternyata sudah terlewat.. Barang- barang tersebut sudah hilang daripada simpanan mereka!
Sekarang, semua sudah bawa haluan masing-masing. Apabila tahun berganti tahun, tiba batch kami pula yang kendalikan Kem Kepimpinan Cemerlang kolej, perkara itu yang jadi keutamaan untuk kami jaga. Jangan sebarangan ambil barang daripada hutan, jangan terlalu bersuka ria di dalam hutan. Sesungguhnya alam kita ini dikongsi dengan mereka. Wallahualam.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
okay done baca !last camping macam nie masa form 5/08 . memang seram lar bila dah tengah malam cikgu arah berkumpul kena duduk sorang2 pastu tabur belerang sekeliling,walaupun boleh nampak kawan sebelah yg jaraknya dalam 5,6 tapak tetap rasa seram sejuk .
Saya tak pernah camping..?
Andai kata saya akan terjebak dalam mana-mana aktiviti perkhemahan suatu hari nanti,doakan saya pulang dalam keadaan selamat ya?
InShaaAllah!!
PS: Tahniah kerana berjaya meraih tempat pertama dalam sudut komen!?
Airish.. Adakah awak tgh bengang?? Huhuhu
tgk kat gravatar
Mungkin sbb x dpt no 1
Sikit…?tapi takper,lain kali mungkin giliran Airish untuk meraih tempat pertama..?
InShaaAllah
Hai airish. Awk pon tmpat pertama juga tahniah hahah
hai kak nas,takder thriler yang latest ke selepas Maria? hehehe hari2 usha page u sisturr
Waa terharu hakak. Ada tpi akk hantar kat FS Dulu lepastu baru akk update. Klo lama sangt baru hakak up. Hahaha apa rahsia dpt tempat pertama. Selalu akk gagal. Banyak makan kismis ke?
oooo ingat akk up dekat page dlu baru FS, okay2. banyak makan hati jer kak rahsianya setelah beberapa kali gagal dalam meraih tempat pertama didalam sudut komen hahahaha
Hai Kak Nas?
Takper,lagipun Airish redha yang hszr91 dah ambik tempat pertama..☹
Alhamdulillah,Airish pun dah cukup bersyukur dapat tempat kedua!?
hai airish ,sila cuba lagi kikiki
Terima kasih atas kata-kata semangat anda☺️?
terima kasih terima kasih. Ini semua berkat doa dari ibu bapa,kawan2 dan sahabat handai,tanpa doa mereka tak mungkin sy berjaya meraih tempat pertama dalam sudut komen ini . kikikiki
Hahahah ko punya ucapan dh boleh geng ngn si RC tapi x apa esok akk cuba meraih tempat pertama pula
Hszr91 share ler tips…huhuhu..
Teruskan berkarya!☝️?
Aku ingt ada dua story, rupanya dua kali paste…
tulah…sekali baca balik sama je cerita dia
Camping adalah perkara paling aku minat tapi hal mcm ni mmg selalu ada. Jgn biarkan diri tu jauh dari temn2
tempat ke tiga pon oklah
time kasih cikgu sebb ingtkan balik waktu sekolah nas dulu
Kak nasawiyatonah.. Bila nak ajk aku pi hiking.. Huhuhu
Mana ko tau aku suka hiking??? Terperanjat besar hakak
Alaa kak nasarawijaya… Camping ke hiking ke, bila nak pegi…
Barang da ready ni.. Huhuu
Samalah dgn sy. Kalau ade camp mesti muka sy je yg mncul hahahha smpai cg ii dgn lecture bosan tgok muka sy. Tp sbb kn kem ni jgklh sy dpt ape yg sy dpt skrg ni
Pernah la ikut camping…Ada satu aktiviti ni SOLO CAMPING. Aku kena duduk kat kelas…. Boleh pulak ada orang terkentut pasal takut sangat.
Urmm.. Ada bau x? Huhuu
Cik syer. Kentut mesti berbau. Biasanya klo kentut kuat bau dia slow. Klo kentut slow perghhh!!! Boleh meninggalll
Kak nasanikitawilli kentut bunyi kuat ke slow… Huhuhu
#TanyaJe
Ahh x pernah kentut. X tau pon makna kentut tu apa
cara ko suka panggil nama orang tah pape mengingatkan aku kat sorang kawan aku ni…suka main bedal je nama orang…haha
Hahahhaha ok ni kelakor
Yup…bila ad sixth sense pcyla…da rs xsedap hati tu ikut j rasa hati tu.sb akak pun ada cmtu.tmbh2 g tmpt2 yg rasa cam angker sikit.perasaan tu lain.
Pernah bwk budak2 g kem..di satu pulau di perak.night walk.akak plak yg kne duk paling belakang mngawas budak2 tu..dia boleh cuit2 blkg…xkn akak nak lari.abistu budak2 kt depan?? Tgk akak huru hara nanti diorg lg la bsepah lari nanti. Takut xyah ckp…baca apa yg tahu. Ketar bjalan pegang tali sampai jumpa based camp.Nasib xikut balik.
Nice story cikgu.
5?????
Haa aku faham perasaan kau sbb aku pn pernah kne mcm ni. Tp alhamdulillah aku tk kene teruk mcm bdk ii lain. Just nmpk dn kne tegur je HAHHHAHHAHA tu pun dh cuak ok
Firsttt!!!!
Gigih aku baca dua kali cerita ni.
Baca sekali lagi dikk bagi paham btol2
hah kak nasahana ?
hey..hana tu aku la..huhuhu
ye aku tahu..hehehehe
kem? hm aku sepanjang hidup tak pernah lagi sertai kem kem ni. Huhu.
kepimpinan? hm. Saya nak pimpin awak ke jinjang pelamin boleh? huhu
☕
Nak pimpin saper tewwww?hikhik
kalau awak lelaki, saya nak pimpin awak je lah. hahhaahhhaha
jual teh ke? haha
ofkos lahhh ? tapi mcm x jadi je ni. kena usaha lagi lah ni hm huhu
huhu. selamat maju jaya. ??????
dah berjaya jgn lupakn aku. huhu
kalau dapat ni, aku nak buat doa selamat. nanti jgn lupa datang huhu
Senang difahami & menarik
??
tu je???
tak pndai nk bagi ulasan. kang terkecam pulak. huhu
ehh..sejak bile ko takut kene kecam ni?hihihi
cakk..bg summary setori ni pliss..
sejak anak ko tinggalkn pesanan! ???
bamm, ko jgnlah kantoikan aku. aku baca sekali imbas je. aku nak naik carta je
nampak sangat x ikhlas hm
ikhlas tapi, tak brapa sgtlah. huhu
hahaha..siot je ko kan..niat da terpesong ni..hahaha
aku rindu kt anak aku la cakk..sob..sob..
.
Camping sibuk nak tidur. Dah nama pun camping, kau kena la tahan fizikal & mental kau. Aku pun slalu g camping gak, balik balun lah tidur puas2.
nice storry
?
Aummm kawdu
👍
cter best.
pegi tempat2 mcm ni mmg xleh seronok sgt.. x psl2 jd mangsa.
cerita best. tapi aku still benggang pasal tido tu.