Panglima Hitam Berkuda Tanpa Kepala

Panglima Hitam Berkuda Tanpa Kepala

Salam buat pembaca dan admin. Saya Amy. Ni cerita saya yang kedua selepas “Dia Datang Lagi!”. Cerita yang berikutnya ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh arwah bapak saya di tahun 80-an. Saya masih bersekolah rendah waktu ini. Nanti akan diceritakan sedikit penglibatan politik arwah bapak saya. Era politik zaman dahulu lain dengan sekarang. Bear in mind, it happened during the 80’s. Arwah bapak banyak terlibat dalam penganjuran aktiviti2 serta pelbagai program untuk remaja, seperti sukan, perkhemahan, bengkel2 masakan dan jahitan buat wanita, serta lain2. Namun karier politiknya tidak panjang, kerana tiada wang, sukar mendapat kuasa. Sekadar usaha dan niat yang baik tidak membawa cita2 politik untuk tujuan yang murni ke mana2. Mohon jangan ada kecaman ye. Arwah bapak saya seorang yang sangat cool if you knew him in person. Al fatihah untuk beliau.

Cerita ayah:

Banyak tanggungan aku. Belanja sekolah anak2, sewa rumah, bil, susu, makan minum. Kalau difikirkan memang tak berkesudahan masalah duit. Kerja sebagai tukang kebun sekolah, hanya berapa saja pendapatan aku. Tapi minat dan cita-cita aku untuk bekerja dalam sektor kerajaan tak pernah padam. Banyak kemudahan. Aku menjinakkan diri dalam pelbagai persatuan, mesyuarat pemuda 4B umno. Semua memerlukan aku untuk hadir ke mesyuarat. Di platform politik ini sahajalah aku berpeluang untuk menyuarakan pandangan untuk membantu masyarakat untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan serta sumbangan kerajaan untuk aktiviti-aktiviti serta bengkel-bengkel kemahiran untuk penduduk daerah ini.

Aku berharap, dengan aktiviti2 politik dan kemasyarakatan akan memberi aku peluang masuk bekerja di sektor kerajaan suatu hari nanti.

Akibat aktiviti-aktiviti di malam hari, yang kadang-kadang membawa hingga ke larut malam, menyebabkan aku sentiasa dimarahi isteri. Tapi apakan dayaku, aku faham kepenatannya menguruskan rumah tangga. Anak seramai lima orang, dengan serba serbi kekurangan, aku hanya tahan dimaki. Malas untuk aku melanjutkan pertengkaran. Diam adalah yang terbaik.

Aku dan keluarga baru sahaja berpindah ke rumah sewa di kampung ini. Kejadian dikacau hantu dirumah sewa yang lama menyebabkan aku terpaksa mencari rumah lain. Aku tahu rumah tu berpenunggu. Tapi memikirkan kos untuk berpindah, deposit rumah dan segala kos lain, aku selalu menidakkan kerisauan dan kehairanan yang selalu diutarakan oleh isteriku. Bunyi2, penampakan.
Aku tahan dikacau hantu. Aku selalu juga nampak dan dengar bunyi2 gangguan. Tapi desakan hidup menyebabkan aku keringkan hati. Apa? Kalau aku susah, hantu tu ke nak belikan susu anak aku, hantu ngengsot tu ke nak bayar yuran sekolah aku? Kak ponti ke nak pergi pasar belikan ikan dan ayam untuk anak2 aku? Hantu cina ke nak ngajar mata pelajaran sains? Persetankan semua tu!

Setelah kantoi yang belakang rumah aku penuh dengan jerat Cina dan India, aku tiada pilihan. Kalah debate dengan isteriku. You want a definition of a happy marriage? Let your wife wins the arguments. The real man never fall for the trivial issues. We forget and just move on. Aku berjaya mendapatkan rumah 2 bilik di kawasan yang berhampiran. Tapi kali ni jamban pulak kat luar. Berkongsi dengan jiran sebelah. Sigh. Anak2 aku kalau lepas melabur akan selalu komplen yang tahi jiran sebelah besar siap dengan description colour serta bau. Aku yang sedang melantak ikan sumbat akan terus menyumbatkan makanan walaupun tekak dah kembang sambil ter-imagine rupa ketahian itu.
Isteri aku tak berani komen lebih2. Tahi jiran atau hantu ngengsot? Pilihan di tangan anda.

Sejak akhir-akhir ini, aktiviti mesyuarat semakin rancak disebabkan pilihanraya yang semakin hampir. Aku hari2 pulang lewat malam. Aku berkali-kali diberi amaran keras oleh isteriku. Jangan lagi balik lewat, kalau tak aku akan dikunci diluar rumah. Amaran isteriku memang bukan tahap main-main. Pernah aku dikunci di luar. Diam-diam anak sulung aku bukakan pintu. Kasihankan bapaknya di luar.

“Tom, hang balik takde kena kacau ka?” Tanya Din boroi.
“Kena kacau? Apa maksud hang?”
“Lah… berapa ramai dah terserempak dengan hantu takda kepala, woi! Hang jangan dok buat main2. Area rumah hang tu lagilah… penuh kubuq. Kotlah dia pi melawat kawan2 dia kat area sana, lalu depan hang. Naya woi!”
“Hmmm… aku ni keluaq meeting, bukannya jola-joli. InshaAllah, takde pape.”
“Itulah. Saja ja peringat kat hang. Depa kata panglima hitam takda kepala ni mai melawat semusim je setiap tahun. “

Aku hanya sengih tanpa membalas apa2. Dey, rumah aku dulu, belakang penuh kubur kot! Kau apa tahu? Takde kepala konon. Bini aku jumpa yang takde kaki tau… dia ngengsot2 nak terkam bini aku. Aku assume je la dia takde kaki. Kelakar pulak teringatkan wife aku kena kacau.

Aku kick-start motor RX-S aku. Beli 2nd hand. Tangki besar kaler merah. Motor ni la aku naik berempat dengan anak2 aku tiap pagi untuk hantar ke sekolah. Motor menderum meluru ke rumah aku. Jauh. Mata berat dan mengantuk. Letih. Angin pagi sejuk, suasana malam gelap, sunyi. Jam sudah 2.30 pagi.
Sampai rumah, aku tongkatkan motor kesayangan aku depan porch rumah. Aku lock pagar rumah yang dah tak macam rupa pagar. Aku just try my luck. Aku ketuk pintu rumah. Mula-mula perlahan. Lepas tu aku kuatkan sikit ketukkan ku.
Tiada siapa yang buka (rumah sewa tu cuma boleh selak pintu dari dalam, so memang takde kunci pendua). Aku pergi ke bahagian luar tingkap bilik anak aku. Ku ketuk tingkap nako.
“Ina, Ina! Bapak ni. Bukakan pintu.” Tak ada jawapan. Dah tidur tahap REM, mungkin?

Jawapannya; terpaksalah aku tidur luar hari ni. Aku landing baik punya atas motor. Tangan dua2 dibawah kepala, Satu kaki dilurus, satu lagi dibengkokkan. Aku betul2 penat. Sebelum tidur aku berdoa moga Alllah pelihara aku dari terjatuh dari motor. Tak sampai beberapa minit aku terlelap…

“Kcing..kcing…kcing…kcing…”

Lenaku diganggu bunyi loceng dari kejauhan. Terpisat2 aku.

“Kcing…kcing…kcing…kcing…”

Dari kejauhan aku terdengar bunyi bising loceng. Perlahan2 aku bangun dari atas motor. Posisi duduk separa tegak, aku amati betul2 bunyi itu. Ya, tak salah lagi, bunyi loceng itu diikuti dengan bunyi derapan kaki kuda!

Bunyi loceng diselangi bunyi derapan kaki kuda berlari terdengar jelas di telinga. Segar bugar mataku, aku terpinga2 kehairanan. Bunyi kuda?!
Dari kejauhan aku nampak kelibat manusia, berjubah hitam dibawah sinaran lampu jalan yang kelam. Menghayunkan tali menyebat belakang kuda. Dua ekor kuda, seorang penunggang dan satu carriage. Jelas terbuntang mata aku makhluk penunggang itu memakai jubah hitam dengan kain di belakang (cape) lagak seorang panglima, namun tiada kepala! Berlari laju kuda2 itu melintasi aku. Jelas. Hitam pakaiannya, tapi tanpa kepala.
Peluh ketakutan mula menitik. Aku takut… tapi lembaga itu dan kuda2nya berlari seolah2 tidak sedar kewujudanku. Setelah hilang dari pandangan, aku masih dalam keadaan terkejut. Betullah apa yang Din Boroi cakap tadi. Itu semua bukan cakap-cakap kosong.

Belum habis aku bermonolog dalam hati, aku terdengar kembali bunyi loceng dan derapan kaki kuda seolah-olah patah balik. Syaitonnirrojim sungguh! Oleh kerana panik, aku pura2 tidur dalam posisi asal. Kali ni, satu tangan bawah kepala, satu lagi diatas dahi. Ko tadi buat tak nampak aku, this time around aku pulak buat tak nampak ko. Aku dengar dengan jelas bunyi loceng seolah2 menunjuk kedatangannya. Derapan larian kaki semakin perlahan, dan perlahan….dan I am 100% sure kuda2 itu kini berhenti betul2 depan pagar rumah aku. Aku dengar bunyi kuda (neighing).

Aku terkedu. Aku kakukan diri, peluh jantan, betina serta bapok mula membasahi diri. Apa yang dia nak?. Blah la! Aku cuba untuk tidak bernafas. Dengan harapan dia ingat aku dah m**i. Namun taktik tak menjadi. Senyap.
Aku bukakan sedikit mataku. Sedikit. Dari celahan kelopak mata, panglima tanpa kepala masih duduk diatas kuda, dan badannya, tegap dan tegak, tangan sebelah mencekak pinggang dan sebelah memegang tali kuda menghadap ke arah aku. Ya Allah….dugaan apakah ini. Aku mula membaca surah2 al quran dengan tunggang terbalik. Aku betul2 rasa kaki aku menggeletar. Tidak berapa lama selepas itu, aku dengar kembali bunyi tapak kaki kuda dan bunyi sebatan seperti menyuruh kuda2 itu bergerak.
Keesokan harinya, aku tidak menceritakan peristiwa yang hampir membuatkan aku terbuang air atas motor kesayanganku. NO. Tidak sekali2. Aku tau, itu adalah salah satu point untuk isteri aku memaksa aku berpindah lagi. Aku tahu dia tak puas hati kerana dapat rumah yang jambannya di luar. Dia tak cukup point untuk memaksa aku berpindah. Ku simpan kemas peristiwa aku berjumpa dengan makhluk itu baik2. Akan aku ceritakan bila tiba masanya.

Diceritakan kembali oleh arwah bapak pada aku. Headless ghost tu seolah-olah hanya nak menampakkan dirinya. Dia tak kacau lebih2. Sewaktu arwah bercerita memang dia tak sangka sewaktu kawan2nya bercerita tentang kewujudan makhluk itu, dia sendiri yang kena game dengan headless horseman tu. Maaf kalau cerita tak seram. Harap readers enjoy the story. Sekian.

Assalammualaikum.
#Amy

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Amy
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

70 comments

        1. Uish..memang muka tembok..haha
          Owhh begitu..tapi kak..admin x publish cerita malam² terutama nya waktu orang dah tidur..haha

          1. ibu selapan dengan kau nak huhu kakak kau tu waktu lunch baru dia bangun. menyesal pulak ibu ambik dia jadi kakak ko hahahahaahhahaha

          2. Hahaha..tu lah ibu..kakak nie sebiji perangai dia dengan ayah..pastu x nak buat kerja² d rumah tu..tolong² ringan kan beban ibu..ish..haha

            Opss..ter mengadu pula..haha

          3. hm. so, apa kita nak buat dgn kakak kau ni? nak kick terus ke? atau nak perasap dulu? atau nak simbah dgn teh hijau yg kau buat tu? hahaahahhha

          4. Bagi dia minum teh ibu je.. biar dia dengar cakap ibu..patuh dan hormat..pastu boleh lah suruh² dia jadi macam tukang gaji..hahahaha (evil laugh)

          5. Hahaha..tapi ibu..susu anlene ke yang mengasi otak tu berhubung..bukan anmum essential ke..haha

          6. hm tu laa. aku suroh belajo, ko pegi mandi sungai ngendap anak aunty medi kau! hmm. anmum essential tu untuk ayah kau yg asyik sangat buasir tu. itu pun tak tahu ke hahahahahhah

          7. Ehh..salah tu..susu anlene tu untuk ayah lah sesuai.. tulang ayah kan sedikit reput..hihi pulaa dah..ibu dengar cite tu dari siapa.. seharian RC d rumah nie ibu..kakak yang kurung RC..uhuk²

          8. mokcik bawang lah yang jaja cite pasal kau. hm. kakak kau tu pun satu, hm malas lah ibu nak cakap. hahahahahaha

          9. Alaa ummi… kk long dh jaga malam nak cop tempat ummi kat FS ni hahahah ummi buatlah sarap plak hahahah

          10. tengok gambar kau pun dah serupa sangat dengan perangai kau hmm. esok pagi ko bawak ummi pi market! ummi nak shopping sikit huhu

  1. Mana xseram.seram la tu…kira kental jg la ati ayah tu. Akak ingat ayah dah ketuk pintu rumah sampai nak roboh. Tapi bagus btul. Cover lg..tahankan takut sebab xnk kantoi kat mak..

    Meh akak rate
    5?????!!!

  2. kalo da takut peluh bapok pun blh kua eh..hahaha..

    setori best..ade unsur seram & lawak..next setori peliss..
    aku bg 8.5/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.