Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku nak perkenalkan diri buat yang belum pernah membaca penulisan aku di dunia Fiksyen Shasha ni, namaku Kasyaf Mahmud. Buat yang pernah, semoga korang ingatlah aku ni siapa haha.
Kali ini aku nak share satu cerita yang bagiku agak seram kalau dilalui sendiri, kalau dengar-dengar, mungkinlah bagi korang tak seram. Tapi why not baca dulu kan. Manatau ada yang pernah senasib dengan aku, korang bolehlah share pengalaman korang di ruangan komen mahupun ceritakan di Fiksyen Shasha ni.
Kisah ni terjadi masa aku Tingkatan 5. Betul-betul tak lama lepas aku pergi bersilat dalam alam bunian tu. Kalau korang tak ingat ataupun belum tahu, bolehlah search cerita KEMBARA ENAM SAHABAT-INDERA. Ada dua bahagian, jadi, bacalah kalau ada masa terluang.
Aku mulakan cerita. Mungkin ramai yang tak tahu, aku ni pemain bola sepak sekolah dengan empat orang lagi member aku yang mungkin korang dah lupa iaitu Rizman, Helmi, Fiqri dan Ameen. Manakala Amanda pula pemain futsal kategori perempuan. Jadi, kitorang ni wakil sekolahlah dan pertandingan tu diadakan di salah sebuah sekolah yang aku rahsiakan nama dia. Memandangkan banyak pusingan, jadi kitorang pun diminta untuk menetap kat sekolah tu selama seminggu.
Sebelum aku pergi sekolah tu, banyaklah kisah-kisah seram yang budak-budak sekolah aku ni cerita. Biasalah,budak-budak harian yang tak pernah duduk asrama. Cerita seram cliché yang aku boleh kategorikan sebagai urban legend dan cerita paling famous dekat sekolah tu adalah “Penari Tradisional”.
Cerita pasal sekolah tu, bagiku sekolah tu agak unik di mana sekolah ini berada di pinggir laut. Jadi, tak mustahil la banyak pantang larang pun.
Jadi, sebelum berangkat ke sekolah adalah beberapa syarat dan pantang larangnya sebab sekolah ni berada dalam kawasan pedalaman cikgu aku cakap. So, bila dah pedalaman ni, mestilah ada syarat dan pantang larang dia.
Sebelum kitorang berangkat tu, ada seorang lelaki tua yang menjadi pengiring kitorang. Dia pun bagitaulah kitorang tentang syarat dan pantang larang kat sekolah tu. Antara yang aku ingat, “Syarat yang utama, sebaik bas masuk ke pagar sekolah, jangan lupa baca Al-Fatihah dan cakap dalam hati, kami datang sini setakat nak bertanding. Walaupun kami tetamu, kami takkan kacau kamu.
Pantang larang yang pertama pula, jangan berjaga lebih daripada pukul 10 malam. Pantang larang kedua kalau dah langgar pantang larang pertama, jangan buat apa-apa pergerakan. Maksudnya, lepas je pukul 10 kalau tak tidur lagi, baring secara statik. Jangan sesekali ada sebarang bunyi mahupun pergerakan. Kalau langgar juga pantang nombor 2, saya tak boleh jamin keselamatan kamu dekat sana. Faham?” tegas dan garang orang tua tu bercakap. Aku ni pulak, badan dah penat apa bagai sebab minggu ni berlatih tanpa henti, aku dengar tak dengar jelah apa orang tua tu cakap. Biasalah, budak lagi kan masetu. Tapi, sebab dah biasa lalui benda ni, aku tak anggaplah benda ni mengarut. Cuma masatu aku penat gila, so, setakat tiga pantang larang tu apalah sangat nak ikut.
Long story short, kitorang pun berangkatlah dan tahu tak. Syarat yang utama tu aku dah langgar di mana, aku tertidur dalam bas. Aku tersedar lepas dengar suara guru pengiring aku kejutkan kitorang. So, cepat-cepat aku baca al fatihah dan ulang ayat pakcik tu tadi. Semasa turun dari bas, Rizman dan Helmi tegur aku.
“Wehhhh, aku tertidur siak tadi. Aku tak baca Al-Fatihah pun. Macam mana eh?” soal Rizman.
“Sama bodo. Aku pun. Mengantuk gila aku rasa tadi. Sedar-sedar dah sampai”. Ujar Helmi pula.
“Kau Kasy? Macam mana?” soal diorang serentak.
Aku menguap panjang sambil menggosok mata. “Aku pun lupa”. Jawabku tenang.
“Santai gila kau”. Tegur Helmi.
“Bukan masalah santai, benda dah tertidur. Nak buat macam mana kan? Lagipun, kita datang sini bukan nak buat kerja jahat. So, lek ahh. Kalut sangatlah korang. Kalau takut, baca jelah Al-Fatihah dan ikut apa yang pakcik tu cakap pagi tadi. Settle”.
“Boleh ke do? Tapi tadi dia cakap, masa bas masuk pagar. Sekarang, bas dah terlebih dah,” jelas riak risau pada wajah Rizman semasa mengutarakan kata-kata tersebut.
Belum sempat aku menjawab, Fiqri, Ameen dan Amanda menyusul kat belakang. Masing-masing wajah pucat dan takut.
“Weh, tadi kitorang tak sempat siak nak ikut syarat pakcik tu. Macam mana eh?”
Amanda mewakili budak Fiqri dan Ameen. Suaranya berbisik, risau didengari oleh cikgu pengiring kitorang yang tengah mengira bilangan pelajar dan tiba-tiba cikgu tu pandang kitorang semua dengan wajah risau. “Ada antara kamu hilang ni”.
Kitorang semua berpandangan antara satu sama lain dan aku pun perasan bilangan kitorang tak cukup.
“Okay macam ni, memandangkan kamu semua je yang tinggal sekarang, jadi saya taknak malamni semua daripada kamu berjaga. Tapi sebelum tu, saya nak dari sebelah kiri saya, kira nombor masing-masing. Shazwan, satu!”
Sampailah ke giliran aku yang terakhir. “Kasyaf, 30 cikgu!”
“Okay baik, tiga puluh. Nanti saya tengok balik list nak tengok siapa lagi yang belum ada kat sini. Sepatutnya kamu semua mesti ada kat sini sebab ada satu bas saja. Ni mesti ada dalam kalangan kamu tak ikut syarat yang disuruh”. Bebel cikgu pengiring tu.
Kitorang berenam dah gelabah. Sebab kitorang yang tak ikut syarat tu. Cumanya nasib baik tak hilang lagi dari radar.
“Jangan nasib baik lagi kalau kamu masih ada dekat sini. Saya nak sebelum bergerak ke asrama tu, baca balik Al Fatihah dan ayat yang Pak Lat ajar. Kalau dah, baru boleh bergerak masuk ke asrama”. Pergh, macam tahu-tahu je apa yang aku cakap dalam hati. Hebat siak.
Kemudian, semua orang mula bergerak ke asrama mengikut barisan. Kitorang berenam ni alang-alang dah sebaris, jadi ada dua orang pelajar yang mengiring untuk pergi ke asrama. Dahsyat, selamani kalau pergi sekolah lain tak pernah kena iring. Ni first time mat, memang terasalah betapa seramnya sekolah ni.
Sampai je asrama, kitorang berlima terus baring. Bapak berdebu siak bilik ni, memang patutlah sekolah ni berhantu pun. Ini, kalau kat rumah aku pun boleh berhantu kalau kotor macamni.
Aku bangun dari berbaring dan terus kibas katil. Sampai terbatuk Fiqri kat sebelah kena debu. Kemudian, Fiqri tarik aku.
“Aku rasa ada something wronglah. Aku rasa macam tak sedap hati,” sangat tiba-tiba membuatkan dahi aku berkerut pandang dia.
“Kenapa kau cakap macamtu?”
Fiqri angkat bahu lalu menunjukkan sekeliling bilik ini. “Kau tengok bilik ni, nampak macam dah lama tak pakai. Kau tengok kat beranda, takde sesiapa. Kita ni macam dalam satu bangunan yang langsung takde orang. Kau tak rasa ke kita ni sebenarnya dah dapat balasan sebab langgar syarat utama?”
Aku terdiam mendengar kata-kata Fiqri. Dan ya, aku tak nafikan apa yang dia bagitau. “Pengurusan sukan pun bodoh pergi hantar kita kat sekolah macam ni. Tak logik langsung. Banyak lagi sekolah yang boleh jadi tuan rumah, ini? Nak jugak hantar kat tempat puaka macam ni”.
Fiqri terus tepuk lengan aku manakala Rizman dari jauh, meluru ke arah aku lalu ketuk kepala aku. “Sakit bodo. Kau dah kenapa nak ketuk-ketuk?” marahku. Aku dengan serabutnya, dia pergi ketuk pulak. Memang menyiraplah.
“Mulut kau tak boleh cover sikit ke? Senyap-senyap dahlah”. Rizman kelihatan bengang. Kisah pulak aku, yang aku tahu sekarang ni aku berapi. Ni kalau tersesat dalam alam jin lagi, nak keluar macam mana?
“Fiqri, apa jadi sebenarnya ni?” soal Rizman kepada Fiqri. Ameen dan Helmi mula berlari menuju ke belakangku dan duduk di atas katilku.
“Takdelah. Korang tak perasan ke tempat kita ni macam asrama terbiar?”
Sebut pasal asrama terbiar, automatik memori kitorang tentang terperangkap dalam asrama berhantu kat sekolah kitorang dulu terngiang-ngiang dalam fikiran. Takkanlah sekali lagi?
Dalam pada kitorang mulai ketakutan, tiba-tiba pintu bilik diketuk. Ameen dengan Helmi menjerit sakan, manakala Fiqri dan Rizman sudah mulai bersembunyi di belakang. Dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba pintu terbuka dari luar.
Kitorang semua tutup mata serentak, dan tiba-tiba….
“Laa, korang berlima kat sini rupanya. Buat apa dekat bilik ni? Aras ni tak dipakai, sebabtu berdebu. Macam manalah korang boleh ada kat sini? Patutlah hilang masa nak bawak aras atas”. Budak tu adalah budak pengiring kitorang tadi. Perlahan-lahan kitorang bukak mata dan ya, nampak muka budak tu jelas keliru.
“Kau yang bawak kitorang datang sini tadi. Kau yang tunjuk bilik ni!” memang aku syak dia hantu sebab dia sendiri tadi yang tunjuk bilik ni pastu bila toleh belakang, dia terus hilang.
“Laa, saya tunjuk tadi sebab saya cuma nak cakap yang aras ni tengah renovate dan dikosongkan. Memang kesemua bilik bawah ni tak berkunci sebab esok dah start nak buang semua katil untuk ganti dengan katil baru. Saya tadi tengah bercerita sambil naik tangga, bila sampai aras atas baru saya perasan yang korang semua hilang kat belakang. Saya risau kalau-kalau jadi apa-apa kat korang, saya terus laporkan dekat Pak Lat dan Cikgu Arif pasal korang dan kitorang berpecah cari korang. Rupa-rupanya korang dekat sini. Dah, jom naik. Nanti kang tak pasal-pasal lain pula jadi”.
Kitorang berlima berpandangan sesama sendiri. Lah, ye ke?
Tanpa menyoal banyak, kitorang pun ikut budak tu dan sampai je aras atas, barulah nampak macam betul-betul bilik. Buat penat je panik.
“Korang berlima ni suka betul menghilang. Tahu tak bahaya? Dah, pergi bersiap dan lepas asar, dalam pukul 5 nanti turun dewan. Kita makan!” marah Cikgu Arif.
Aku mencebik lantas berlalu masuk ke dalam bilik diikuti kawan-kawan aku.
***
Jam pun dah menunjukkan pukul 9 malam. Dan buat masa sekarang, tiada apapun yang berlaku. Yang kedengaran hanyalah bunyi desiran ombak di waktu malam. Angin malam yang menerobos masuk melalui tingkap kedengaran seolah-olah seperti bunyi siulan.
Dalam kesunyian yang melanda kitorang kerana masing-masing melayan perasaan penat dan cuba untuk melelapkan mata sebelum pukul 10, aku mulai menyoal satu soalan yang memang menggambarkan aku seorang Kasyaf Mahmud.
“Korang dah nak tidur ke?” soalku memecahkan keheningan di antara kitorang.
Member semua kedengaran melepaskan keluhan. “Kalau kau curious apa jadi kalau kita tidur lepas pukul 10, kau curiouslah sorang-sorang. Jangan ajak kitorang”. Helmi bersuara. Macam tahu-tahu saja apa yang terbuku di dalam hati.
“Korang tak curious ke do? Yelah, manatahu diorang saja je over react pasal bend ani. Padahal sebenarnya, lepas pukul 10 nanti, maybe kita akan tengok orang menari dekat laut. Lagipun Fiqri kan pandai membaca, apa salahnya….” Belum sempat aku habiskan kata-kata, Fiqri terus memotong.
“Membaca tu kalau dalam keadaan darurat. Bukannya sengaja cari nahas”. Ringkas kata-kata Fiqri.
“Betul. Kalau setakat menari tu okaylah. Kalau benda lain? Ingat sikit, kita dah berapa kali dah hampir mati, Kasyaf,” Rizman juga memberi amaran.
“Betul, betul.” Ujar Helmi dan Ameen serentak.
“Yelah, yelah”. Aku mengalah. Benda betul kan, buat apa nak tegakkan benang yang basah. Tambah pulak terlalu banyak kitorang lalui. Jadi, aku agak penat dan semestinya aku percaya bahawa alam Jin itu wujud. Segala jenis hantu yang kita dengar dari nenek moyang itu semuanya wujud, cumanya dorang tu pokok pangkalnya adalah golongan Jin. Dan golongan Jin merupakan makhluk ghaib dan kita sebagai orang Islam wajib beriman dengan perkara ghaib.
Jadi, untuk menafikan kewujudan depa ni semua memang taklah. Cukup sekadar percaya, tapi jangan takut ataupun berani sangat.
Aku tilik jam, lagi setengah jam nak pukul 10. Jadi, kitorang pun ambil keputusan untuk cepat-cepat tidur.
***
Aku rasa aku dah terlena, tetapi tiba-tiba lenaku terganggu dengan bunyi gelang kaki yang sangat bising. Seolah-olah ada yang sengaja bunyikan gelang kaki tu dalam bilik ni. Aku hampir bukak dan menggosok mata, namun nasib baik aku ingat akan pesanan Pak Lat. “Pantang larang pertama, jangan tidur lepas pukul 10. Kalau terlanggar pantang larang pertama, ingat pantang larang kedua. JANGAN MEMBUAT SEBARANG PERGERAKAN. BARING DALAM KEADAAN KAKU!”
Terus aku kakukan pergerakan dan membatalkan niat untuk membuka mata. Namun, bunyi gelang kaki tu semakin kuat. Ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir bunyi gelang kaki tu membuatkan mata aku semestinya terasa segar-bugar. Nak bukak, tapi takut. Nak tutup, memang tak boleh tidur dah.
Tapi aku tetap cuba untuk berlagak tenang walaupun bunyi gelang kaki tu kedengaran semakin kuat seolah-olah ada beberapa orang sedang menari. Ah pishang!
Tidak lama kemudian, tiba-tiba aku rasa tilam aku perlahan-lahan terasa seperti tengah berbaring di atas pasir. Dan paling jelas terasa pasir adalah kaki dan lenganku yang tak berlapik sebarang fabrik. Aduh, kat mana pulak aku ni!
Masani aku memang berdebar gila dah. Memang berdebarlah mat. Elok-elok kau tidur atas katil, sebelum pukul 10, last-last kena kacau jugak! Takkan sebab tak baca masa datang tadi, sekarang kesan dia!
Jantung aku macam kena pam. Kau bayangkan, dalam keadaan mata kau bertutup, kau tak tahu apa-apa kat sekeliling kau, pastu dengar pulak bunyi gelang kaki yang semakin rancak berbunyi. Dan yang membuatkan aku hampir menjerit adalah tiba-tiba rasa ada air yang terkena atas kepala aku. Aku rasa air laut tu tengah menampar pantai dan pendek kata, sekarang aku berada betul-betul tepi pantai!
Sumpah masatu aku nak menangis. Terngiang-ngiang niat aku nak tahu apa jadi kalau tidur lepas pukul 10 dan memang sekarang aku cakap menyesal aku fikir macamtu tadi.
Dengan keadaan aku yang mata tertutup, tak tahu kat mana kedudukan aku sekarang ni, aku seorang ke ataupun dikelilingi makhluk yang sedang rancak menari. Aku takt ahu apa-apa mat! Yang aku tahu, aku berdebar, tangan aku sejuk dan perasaan nak larikan diri tu terasa membuak-buak! Bodolah, apalagi aku akan kena ni aduhmak!
Sedang aku dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba gelang kaki tu berhenti berbunyi. Tetapi angin laut masih lagi aku dapat rasakan. Sangat sejuk bahkan siulan angin malam dan bunyi ombak memang jelas kedengaran kat belakang aku je. Ni silap haribulan, aku boleh mati kat sini sebab kena tarik ombak.
Tidak lama kemudian, setelah berhenti bunyi gelang kaki, tiba-tiba gemilan gong pulak mengambil alih. Ahsudah! Apa pulak ni?
Dalam keadaan aku terbaring kaku seperti sekarang, aku cuba mengenalpasti muzik yang dimainkan. Setelah aku amati, rupa-rupanya gong tu sedang memainkan muzik salah satu lagu pemujaan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu….
Ulek Mayang.
Mendayu-dayu sebelum bunyi gong itu diiringi dengan bunyi gelang kaki yang mengikut rentak muzik. Alahai, barbie betul lah mat! Dengan sorang-sorang macamni, memang aku cakap seram tu berada pada tahap maksimum. Kalau macam ni, memang aku rela mati mat daripada hidup ketakutan macam sekarang.
Badanku yang menggeletar hebat aku cuba tahankan. Tetapi tidak lama kemudian, kaki aku terasa sangat panas yang seolah-olah ada bara api diletakkan betul-betul di telapak kaki aku membuatkan usaha aku untuk berbaring secara statik akhirnya gagal. Aku menjerit dan terus terduduk sambil pegang kaki aku.
Sebaik aku bukak mata, memang tak salah lagi, aku berada di tengah-tengah pantai. Dari tempat aku duduk sekarang aku boleh nampak ada sekumpulan perempuan menari menggunakan baju tradisional mengikut rentak lagu. “Korang nak apa?” jeritku sambil menggenggam telapak kaki yang terasa berbahang. Dengan keadaan aku sorang-sorang kat sini, semua member aku hilang tak tahu kat mana. Memang aku buntu gila masatu dan semestinya detik itu adalah detik paling cemas aku dapat rasakan seumur hidup aku.
Tidak lama kemudian, diorang berhenti menari dan salah seorang daripada diorang datang mendekati aku. Setelah diamati, pishanggggg. Takde muka siakkkkk! Rataaa je, aku masetu macam, ahsudahhhh! Main-main takde muka pulak. Nak nangis.
“Wahai tuan hamba, apa khabar? Sudah tercapaikah hajatmu untuk maklum apa yang berlaku setelah jam sepuluh?” suaranya lembut tetapi kedengaran sangat sinis nadanya.
Aku ketap bibir dan buat-buat tak tahu. Kemudian, dengan keadaan tapak kaki yang sakit, aku pun bangun sambil mengipas tangan, untuk membuang segala pasir yang melekat di telapak tangan.
“Usah tuan hamba berpura tidak melihat beta. Tuan hamba yang ingin melihat, maka beta tunaikan hajat”. Tidak lama kemudian, dia mengilai. Sumpah merinding gila bulu roma aku masetu. Korang bayangkan, dengar bunyi mengilai tapi tak nampak tuan badan pun dah rasa nak lari tak cukup tanah. Inikan pulak bila nampak tuan badan.
Apalagi, larilah aku sekuat hati. Memang taklah mat aku nak tunggu kat situ. Mungkin tengok aku lari lintang pukang, semakin galak dia mengilai diikuti kawan-kawan dia.
“Mana tuan hamba mahu lari? Ke sana ke sini, beta yang punya”. Ujarnya namun aku tetap teruskan berlari menuju ke arah blok asrama.
Peluh dingin merecik dekat dahi. Setelah rasa macam tak nampak kelibat diorang, aku pun berhenti berlari dan masuk ke dalam salah sebuah bilik asrama yang dikatakan tengah renovate ni. Aku masuk, tutup pintu perlahan-lahan dan pap! Kedengaran katil paling depan mulai jatuh. Ahsudah. Pishang, pishang.
“Aku tak kacau kau, aku nak bersembunyi je”. Rungutku sambil membuka perlahan-lahan daun pintu.
Pap, satu lagi katil dijatuhkan. Tidak lama kemudian, kedengaran satu suara halus menyanyi. Sayup-sayup kedengaran.
‘Katil satu dah tidur…
Katil dua pun dah tidur…
Katil tiga?’ katil ketiga dijatuhkan.
‘Pun dah tidur..
Yang belum tidur, yang dekat pintu tu..
Cucu nak temankan nenek kira katil ya…’
Dengar sahaja pasal diri aku diseur, terus aku bukak pintu dan berlari. “Nek kiralah katil tu sorang-sorang!” bebelku lalu melajukan larian. Sumpah aku tak tahu nak lari mana sebab aku tahu semua kawasan ni memang ada diorang.
Lari punya lari, tiba-tiba aku dirempuh sesuatu daripada salah sebuah bilik asrama tersebut membuatkan aku jatuh terduduk. Baru sahaja aku ingin sambung berlari, tiba-tiba kedengaran benda tu mengaduh.
“Aduh, sakitnya!”
Eh kejap, ni macam suara Amanda.
Aku cuba beranikan diri untuk menoleh ke arah pemilik suara tersebut dan macam betul Amanda. “Weh, Manda ke?”
Makhluk tu tengok aku dengan wajah ketakutan sebelum akhirnya kelihatan lega sedikit. “Weh, Kasyaf ke?”
“Ha, akulah”.
“Tak boleh, aku taknak percaya. Tadi kat sana aku baru jumpa Zairul, last-last jadi asap hitam. Apa bukti kau Kasyaf?”
“Lah, nak bukti gak ke dalam keadaan darurat macamni? Sekali kau yang hantu!”
Tanpa buang masa, tiba-tiba Amanda membaca ayatul kursi dan kemudian meminta aku pula membacanya. Dan cepat-cepat aku baca ayatul kursi tu.
Setelah agak yakin, tiba-tiba Amanda kata. “Kasyaf noob. Lemah, acah hebat”.
Aku mula tu blur tapi sebab sakit hati, aku terus luku kepala dia sampai mengadu member tu. “Okay betul kau Kasyaf. Mana ada hantu cepat koyak macam kau”. Bebel Amanda.
Tahik betul. “Mana yang lain?”
“Tak tahu weh. Aku bangun-bangun tiba-tiba dekat pantai. Padahal aku tidur awal kot semalam. Kau tengok stokin aku ni, berlubang sebab kena cucuh dengan obor api. Bodohlah penari pantai tu. Bengang gila aku”.
“Kau kena jugak ke? Samalah, aku pun kena ni”. Ujarku sambil menunjukkan kaki aku yang terluka sebab kena tekap dengan bara api. Bara apilah kot.
“Gilalah. Asal eh? Sebab kita langgar syarat tu ke?”
Aku mengangkat bahu bagi menjawab persoalan Amanda. “Entahlah. Semua pelik sangat ni. Ni nasib baik aku jumpa kau. Lagi empat ekor tu mana entah”.
“Tulah pasal. Weh, aku rasa semua tempat ni memang tak selamat untuk kita. Dan aku rasa ada satu benda yang lagi besar akan jadi pasni. Baik kita cari budak berempat tu sebab kalau kita sembunyi pun takkan jadi apa-apa sebab memang semua tempat ni diorang punya”.
Aku mengangguk setuju. “Betul, tapi tulah. Kita nak cari macam mana?”
Kitorang terdiam seketika sambil berfikir tentang apa yang ingin dilakukan.
“Okay macamni….”.
Cerita ni tak tergantung, jangan risau. Aku akan upload secepat mungkin. Cuma aku stop kat sini dulu sebab panjang sangat. Jumpa di bahagian seterusnya.
BERSAMBUNG….
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
👍
Bila nak sambung part 2 Kasyaf
Acik akan tunggu sambungannya …terima kasih sbb dh sudi kongsi kembali dlm Fiksyen Shasa.
adehhh tengah syok layam.. cepat2 upload
Cpt lah sambung En Kasyaf .. Jgn di biar menunggu lama2..
cepatlah sambung part seterusnya.
Wah…lagenda 5 ghey dh kembali…abg bagi 5 pedang,,,
Nak episode 2 !! Lama tunggu . Hehe