Kenangan Tahun Akhir

Aku seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu di salah satu kampus di Sabah. Kisah aku ni terjadi pada akhir tahun diploma iaitu pada awal semester 3. Pada permulaanya aku dan roommate aku Hana (bukan nama sebenar) dipindahkan ke aras 4 bilik yang berada di hujung bangunan. Block kami ni kebetulan bersebelahan dengan hutan tebal dan kami ada terdengar cerita-cerita daripada senior yang tempat tu keras so takleh terlalu bising takutnya menganggu kententeraaman benda tu.

Beberapa bulan sebelum exam tu memang kami yang menghuni bilik tu kena kacau tapi taklah teruk sangat sekadar terdengar ketukan, cakaran and benda tiba-tiba jatuh tanpa ada angin. Tapi kami buat tak tau je dan sehinggalah perkara tu jadi normal bagi kami.

Tapi bukan sekadar tu je, seminggu sebelum exam tu aku dan Hana kena teruk dengan benda tu, benda tu macam tau-tau je yang kitaorang dah nak blah dari tempat tu so mungkin dia nak ciptakan memori terindah la bagi kitorang kenang kan dia. Okay just kidding. Tapi serius kami takkan lupakan kisah yang terjadi selama seminggu tu.

Pada awalnya Hana kena deluan, masa tu dia stay up sampai larut malam sebab dia kena study untuk paper dia esok pagi. Dia cerita kat aku yang masa jam 3 tu dia dengar suara perempuan merintih and suara tu direct kat telinga dia macam just kat sebelah dia, pada awalnya dia sangka aku tengah mengigau dalam tidur so dia buat tak heran je tapi bulu roma dia menegak macam ada sesuatu. Bunyi tu stop untuk beberapa minit so Hana decide nak teruskan study sebab mata belum ngantuk.

Tapi selepas dalam lebih kurang 5 minit suara tu datang lagi tapi bukan merintih tapi suara tu lembut je macam suara ibu dodoikan anak dan masa tu Hana dah rasa lain macam and dia decide tak nak teruskan study dan dia terus matikan lampu dan tidur. Tapi belum sempat Hana lelapkan mata dia terdengar bunyi cakaran kat pintu bilik. Cakaran seperti seekor anjing nak buka pintu.

Dua malam Hana experience benda tu tapi hari ketiga baru dia bagitau aku sebab malam kedua tu dia dah tak tahan sebab dia nampak kelibat perempuan berwarna hitam berdiri kat depan katil perhatikan aku tidur.

Masa dia cerita kat aku tu memang memerang bulu roma satu badan. Tapi aku heran kenapa benda ni sekarang baru nak berlaku? Selama ni kitaorang okay je. So cerita Hana tak beberapa memberi kesan kepada aku ni jenis bila nampak benda tu depan mata barulah aku percaya.

Sehinggalah benda tu terjadi kat aku masa aku terlelap waktu mahgrib. Orang tua-tua kata tak bagus tidur waktu mahgrib ni tapi disebabkan terlalu penat aku terlelap jugak. Masa tu aku sorang kat dalam bilik Hana stay kat bilik member dia, sejak dia kena kacau dua malam tu dia jarang stay kat bilik melainkan ada aku atau dah nak tidur je baru dia masuk kat dalam bilik.

Okay balik kat cerita yang terjadi pada aku petang tu. Korang semua pasti familiar kan dengan ‘sleep paralysis’ iaitu satu keadaan yang terjadi waktu kita tidur di mana badan kita tidur tapi otak kita dalam keadaan terjaga and boleh membuatkan kita berhalusinasi benda-benda yang menakutkan seperti ternampak bayangan hitam berdiri kat sudut bilik kita.

So, itulah yang terjadi pada aku petang tu, aku berada dalam keadaan separuh sedar tapi seluruh badan aku kaku takleh gerak cuma mata aku je yang boleh digerakkan dan aku terpandang di sudut bilik aku dan di situ jantung ku mulai berdegub kencang bagai nak pecah. Kelibat perempuan berwarna hitam, berambut panjang dan dia semakin menuju ke arah aku. Benda tu tak berjalan kerana kaki dia tak sampai lantai dia bergerak macam pergerakan kita bila naik escalator tapi pergerakan dia slow je.

Aku nak jerit tapi suara aku tersekat kat kerongkong. Sehinggalah benda tu berada terlalu dekat dengan aku dan aku terus pejamkan mata sekuat hati. Tapi ia tidak berakhir sampai ke situ sebab masa aku pejam mata aku tahu benda tu tak lari lagi sebab aku dapat rasa yang kat tepi katil aku terturun seperti seorang sedang duduk kat situ sambil perhatikan aku tidur. Siapa lagi yang duduk kat situ kalau bukan benda tu!

Sumpah aku tak pernah experience benda macam tu seumur hidup aku. Segala perasaan terus bercampur baur rasa nak nangis pun ada bila aku rasa yang benda tu makin dekat dengan muka aku dan bisikkan sesuatu kat telinga aku. Aku langsung tak dengar apa-apa perkataan tapi yang aku tahu benda tu bisikkan sesuatu since aku boleh rasa seperti ada angin bertiup perlahan kat telinga aku.

Selepas tu aku terdengar pintu terbuka dari luar and aku terdengar jeritan ketakutan seorang perempuan dan semua berlaku dengan cepat sebelum aku pengsan tak sedarkan diri.

Dalam beberapa lama kemudiaan aku terjaga dan dalam bilik tu dah ada beberapa orang termasuk seorang ustaz dan warden asrama.

Aku seolah-olah hilang ingatan sekejap hinggalah mereka ceritakan apa yang telah berlaku. Hana cerita kat aku sewaktu dia nak masuk bilik dia ternampak lembaga hitam berambut panjang tu duduk kat tepi katil aku sambil mendekatkan mukanya kat telinga aku.

Ustaz tu bagitahu yang aku bernasib baik sebab benda tu tak sempat masuk kat tubuh aku sebab kat telinga salah satunya body part kita yang selalunya senang dimasuki oleh makhluk halus yang ingin menyakitkan kita. Dia juga bagitahu kitorang yang tempat tu memang laluan benda-benda tu so kami pun tanyalah kenapa selama ni okay je tapi baru kali ni diganggu seteruk ni.
So ustaz tu pun explain kat kitorang yang benda tu diganggu ketenteramannya so dia tanya la sama ada kita orang ada buat bising ke apa ke.

Dan baru kitaorang teringat yang malam seminggu sebelum exam kitaorang dan member lain ada buat kejutan birthday untuk Hana and kitaorang pun lepak kat bilik tu sampai tengah malam pasang lagu kuat-kuat, berketawa sakan semua maklumlah malam hujung minggu and dah final year belum tahu bila dapat jumpa lagi.

Malam tu kami terus dipindahkan ke bilik lain yang berada di blok depan dan bilik tu terus ditutup untuk sementara waktu. Barulah kami dapat tidur nyenyak dan study dengan aman malam tu.

Dan satu lagi kisah hari terakhir yang tidak akan aku lupakan sebelum kitaorang keluar dari asrama tu sampai bila-bila entahlah kenapa mata aku tiba-tiba terpandang dekat bilik lama kitaorang tu dan mata aku terpandang benda tu berdiri kat tingkap seolah-olah dia memerhatikan kitorang sebelum kitaorang blah dari tempat tu. Aku pun tak tunggu lama dan aku bagitahu je roommate aku yang aku tunggu dia kat bustop kang tak pasal-pasal benda tu lambai-lambai pulak sebagai tanda farewell..

Namelessbee
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 comments

    1. hangguk kau la. mmg dh tau typo kot & blh agak perkataan sbnr ikut context ayat. itu pn nk kecoh dh xde modal sgt dh?

      1. Memerang jugak jadi mangsa keadaan. Dah la banyak aku jumpa mati kene gilis kat atas highway waktu musim kemarau. Kang tak pasal aku jumpa hantu memerang pulak oiii. Ko jangan buat halll.

  1. mula-mula baca memang fokus sbb nak hayati, tapi bila masuk part memerang (baca : meremang) tiba2 tergelak. 😀

  2. typo ja pon jngn lah salahkan dia btw jalan cerita ni mmng best lahh keep it up yerr nnti klau ada story yg menyeramkan share lahh hihihi
    #sempoibakhang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.