Kenapa Mesti Aku

Assalamualaikum admin Fiksyen Syasya dan pembaca. Aku tengok ramai yang post cerita seram ni, teringin pun ada nak kongsi cerita haha . Macam mana nak mula eh ? Oke nama aku Echa . Maaflah mukaddimah tak menarik sangat sebab cerita aku yah , tak menarik mana pon , haha tapi kalau admin siarkan cerita aku terima kasih dan kepada yang baca pon terima kasih ! 🙂

Okey cerita dia macam ni , aku ni takda lah penakut mana sangat , yelah sebab tak biasa nampak benda benda halus apa bagai sebab tu tak takut , tapi kalau dah kena , menangis tak berlagu bhai . haha

Aku ni ada perangai pelik , mula jadi perangai pelik ni aku tak tahu ah bila. nak jadikan cerita , normal bagi perempuan kan kalau period dia mesti segugut . Aku punya segugut tu Allah je tahu macam mana sakit dia . Aku kalau segugut je mesti duduk dalam tandas . Bila duduk dalam tandas tu sedikit sebanyak aku rasa selesa je , tak sakit dah perut ke pinggang . Semanjak aku dapat tahu yang duduk tandas tu tak sakit, aku suka sangat duduk tandas setiap kali sakit . Kalau kau nak tahu , mula pukul 12malam je, mesti aku segugut . Setiap malam macam tu.

Aku masih ingat aku sakit sangat hari kedua aku period , sampai aku tak tahan sangat sakit tu , aku pun ambik keputusan nak duduk dalam tandas , jadi dengan keadaan yang tak berbenang dekat bahagian bawah , sambil duduk atas mangkuk jamban , dalam keadaan berpelukan lutut if u can imagine how i look like time tu haha dalam beberapa minit aku duduk atas tu , memang darah aku keluar banyak gila. Darah kotor lah kan , aku pon tak fikir banyak time tu , aku fikir nak lega je, aku pun terlupa yang aku duduk tempat syaitan bertandang. .

Mula aku suka duduk tandas tu ,aku selalu mimpi benda pelik . 3/4 hari mimpi benda yang sama seperti ada benda jilat darah dekat bahagian peha , gigit bahagian peha , duduk bertenggek atas perut . lepas bangun pagi ja aku rasa bahagian peha aku kebas padahal posisi aku tidur elok ja, macam sebelum-sebelum ni lah aku maksudkan.

Ada satu masa aku nak mandi , aku dah jirus air apa bagai dekat badan, aku rasa sakit sangat bahagian peha . Aku belek punya belekorang kedah punya bahasa ada tiga kesan cakar . Bila aku ingat balik, tak ada pulak aku jatuh ka senirih mana mana. Akhir-akhir aku biarkan je.

Hari keempat atau kelima tu, tengah malam dalam pukul 12 , aku bangun tidur sebab sakit tengah belakang kan, masa tu memang aku terkejut gila bila aku bukak je pintu tandas , tahu apa aku nampak ? Aku nampak benda tu sebijik macam aku ! Cara duduk, pakaian , rambut , cuma rambut dia serabai gila. Yang aku takut sangat ada darah ah. Penuh darah mengalir dekat jamban tu . Aku jatuh terduduk jugak la sebab terkejut kot. Aku jerit panggil mak ayah tapi dorang tak dengar padahal jarak bilik 5/6 langkah ja. Tapi benda tu takbuat apa pon dekat aku. Aku lari masuk selimut ler time tu..

Bilik aku ada cermin besar taw , bertentangan dengan tandas . jadi tengah malam jugak , sebelum tidur aku suka sikat rambut, dan aku kerap sangat nampak orang yang sama macam aku masuk tandas. aku tak pasti sama ad tu bayangan aku ka apa, tapi aku buat tak tahu sebab kalau aku ambik tahu , lepas benda tu tahu kata aku tahu tu dia ,dia kacau aku mampoih . Aku ni dahla penakut piang -.-

Ada satu malam , keluarga aku semua takda rumah , aku sorang ja. Pastu kawan aku datang. Lepas aku bukak ja pintu , kawan aku terus tanya ” hey hang kokka (dukung) anak sapa pulak kat belakang tu, takberat ka ” . Aku pon hairan jugak la kenapa dia cakap macam tu , aku buat bodo je sebab aku pon tengah lenguh badan masa tu, aku suruh la kawan aku balik cepat-cepas . Tapi bukan halau haha.

Aku tengah tengok cerita zombie kampung pisang malam tu, dalam gelap la acah tutup lampu apa semua konon nak tengok dalam panggung wayang kihkih. Lepas dua tiga minit aku gelak , aku dengar macam ada orang bisik sesuatu dekat telinga aku mcm “kawariya nin koyo hai jurita blabla”contoh , bahasa apa entah yang dia cakap, aku tak faham langsung.
Aku macam biasa , buat bodo lagi tapi hati aku mintak mak ayah balik cepat la sebab aku takut gila time tu .

lepas kejadian pelik mari kat aku ni, aku selalu jugak mamai , cakap benda bukan bukan masa tidur , tidur dalam tandas . tak kira lah tandas kat dapur ka bilik ka , pernah sekali mak ayah cakap aku mamai nak keluar rumah , aku cakap aku nakpegi laut jumpa kawan pukul 3 pagi . Nampak macam kelakar tapi itulah realitinya.

Okeh , itu saja kot . ada lagi benda aku duk nampak macam kaki terjuntai dekat pokok , nampak macam tahi bintang jatuh walhal tu benda lain , dengar orang ketuk tingkap padahal aku duduk tingkat 2 . haha kalau aku dapat positive comment aku cerita lagi dekat korang kejadian pelik yang jadi dekat aku. Aku tahu ada benda duk menumpang dalam bilik aku sebab adik adik aku yang kecik ni pon dah tak mau masuk bilik aku sebab dorang cakap nampak aku serabut sambil cakap benda pelik. Aku takut sebenarnya tapi aku jadi macam nak tahu lagi apa benda ni nak buat dekat aku sebab aku tahu benda macam ni tak boleh sentuh manusia. haha

Jadi aku nak pesan dekat para wanita di luar sana , kalau period sekalipun jangan lah duduk dalam toilet lama lama, takut nanti ada benda yang duk mai jilat darah korang. Nak pulak tu darah kotor, memang kegemaran dia lah. Ok semua . Jangan kecam cerita aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FOLLOW FB KAMI.

9 comments

  1. awat citer hang ni mcm syok sendiri? orang penakut takkan duduk dalam gelap tengok tv. aku rasa bende tu dh duk dlm badan hg, tah2 yg citer ni pun bukan hg yg sebenar

  2. cerita awak ni okay je, tapi satu je saya cakap jaga kebersihan bila period, bahaya lah sebab darah kita kotor. selalu baca ayat pelindung diri supaya kurang sakit dan gangguan.

  3. best. tapi tak seram ke bila nampak benda macam tu kat cermin😂kecut perut mak oii kalau aku tak tengok cermin dah😂penulis nanti sambung la lagi cerita ni. nak jugak tau apa kesudahhannya

  4. Kenapa aku rasa penulis ni tak amek serious dgn apa yg jadi kat dia? Dia xde mention pun dia ikhtiar utk berubat or seeking help/advice from family/friends (or am I missing reading that part??). She is like so casual. Bende darah period dgn gangguan makhluk halus ni bukan benda main2. Seek help sis. X mau bende ni melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.