Kerana Cinta Jadi Binasa

Assalamualaikum wbt. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada admin Fiksyen Syasya sebab sudi publish cerita aku ni. Aku minta maaf siap-siap jika cerita aku ni tak seram mana tapi ape yang akan aku ceritakan ini semua ape yang berlaku pada ahli keluarga aku, oleh itu mungkin serba sedikit nama akan diubah untuk menjaga aib.

Kisah ni berlaku dalam 20 tahun lebih yang lepas, dalam tahun 1997. Daripada emak aku still bernyawa hingga lebih kurang 10 tahun dah arwah meninggalkan kami sekeluarga. Tetap benda sama yang berlaku. Bayangkanlah impak yang terjadi daripada kisah cinta palsu dan hasad dengki berlarutan dan menjejaskan masa depan seseorang itu sehingga kini.

Ini berlaku kepada salah seorang daripada 4 kakak aku. Untuk lebih mudah aku labelkan kakak aku sebagai Bunga. Sekitar tahun berkenaan tak silap aku dia dalam lepas SPM ke SRP i’m not sure sebab aku baru darjah 2 ke 3 pada waktu itu. Tapi sebab keputusan tak berapa bagus dia bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di bandar Nilai. Di sini lah bermulanya titik pertemuan dia dan seorang lelaki durjana lah kiranya bagi aku. Aku labelkan sebagai M. To be fast aku cut the love story punya part. Sebab dah semakin sayang bagai kakak aku ni bawak la si mamat ni berkenalan dengan family aku. Makin lama makin rapat.

Sampai lah satu tahap aku tak tahu apa punca family aku mula rasa tak sedap hati kat mamat ni dan larang kakak aku si Bunga ni berkawan dengan dengan M. Pada ketika itu aku tak berapa paham lah sangat sebab budak-budak lagi kan. Rupanya family aku dah macam perasan yang something happen pada kakak aku ni. Seolah-olah kena “guna-guna”. Apa tak nya semua gaji si Bunga ni dia serahkan pada si gampang M ni. Bukan setakat tu je semua barang kemas milik si Bunga senyap-senyap lesap tak da satu pun tinggal. Bila family aku tanya Bunga cakap dia tak tahu padahal suma dia da serahkan pada laki tak guna tu.

Mula saat itu, Bunga disuruh berhenti kerja sebab dah teruk sangat dah sebab macam dah lupa diri terus. Ada kalanya sampai meracau-racau. Ni semua lebih teruk terjadi bukan sebab guna-guna tu mungkin juga sebab family aku larang Bunga bertemu dan berkawan dengan M. Dari situ kami satu family boleh agak yang si M ni bertindak lebih dari itu. Rasanya dia da hantar something pada kakak aku. Memang ye pun. Teruk kakak aku meracau, merayu, menangis, mengilai, macam-macam benda aneh la yang jadi kat Bunga lepas dia tak dapat jumpe si M. Bayangkan tengah-tengah malam Bunga menjerit sekuat-kuat hati kemudian mengilai. Tak meremang bulu roma dengar. Adakala bila satu family tengah tidur, Bunga keluar senyap-senyap dan bila kami sedar Bunga da ade tengah kat tengah laman duduk bersila macam tengah “menurun”. Orang tua-tua tahu lah kot term tu.

Bayangkan tengah pagi pukul 3 camtu dia kat laman bila kami nak tarik bawak masuk rumah dia menjerit-jerit then mengilai-ngilai. Sudah semestinya jiran kiri kanan depan belakang semua boleh dengar dan nampak kan. Dari tak tahu terus jadi tahu. Pada ketika ni kitorang dah tak pikir malu yang kitorg tahu nak Bunga sembuh je. Arwah mak aku waktu bekerja jadi kena amek cuti yang panjang untuk jaga Bunga. Sampai kakak ipar aku dari Perlis balik untuk tolong mak aku jaga Bunga ni. Tiap-tiap malam die buat hal. Dah banyak jugak tempat berubat but still tak jugak mujarab. Makin hari makin susut badan bunga tapi makan nya, Astagfirullah macam bukan selera manusia. Kalau makan nasi x menggunung tak sah, tak lahap tak sah.

Bunga makin teruk apabila dia mula bercakap bersendirian seperti orang tidak waras. Bercakap sorang-sorang. Dah macam pesakit skizofernia pun ada. Sampai dia tidur mak n ayah aku temankan. Tengah2 malam dia jaga menjerit, menangis sebab dia kata ada orang mengintai dia dari luar, dari balik pintu, kadang di sebalik langsir. Korang bayangkan tengah-tengah malam dia kata nampak ade orang sana sini tinjau dia padahal tade pun sume tu. Dan bila kitorg tanya sapa sambil nangis dia kata tak tahu.

Ada satu malam tu ayah aku tak tahan, dia panggil kawan dia and maybe orang ni biasa pulihkan pesakit-pesakit macam ni kot. Aku ingat lagi dia pakai lada hitam dengan minyak ada bawang putih sekali. Lada hitam tu dia picit kt buku lali Bunga. Banyak kali sampai berbekas buku lali Bunga asyik kena picit dengan lada hitam. The best part is tiap kali Bunga kena dengan lada hitam suara dia terus garau menjerit kesakitan. Aku ingat lagi waktu tu, depan aku Bunga menjerit sakit tapi suara lelaki. Tapi tak tahu ape susah sangat benda tu nak keluar. Lepas dia sakit memaki hamun kawan ayah aku tu, dia change karakter. Menangis pulak then mengilai. Kitorang satu family memang syak semua yang berlaku ni berpunca di si M.

Family aku bawak la Bunga ni berubat sana sini kot lama jugak la sesi nak baik pulihnya dan agak ramai yang cuba merawat sampai satu tahap tu family kami macam dah mula start give up. Tapi alhamdulillah berkat usaha dan doa tawakal semua makin lama si Bunga macam dah ok sikit. Tapi tak sampai kat situ je, bila Bunga dah mula makin ok agaknya si M ni masih tak berpuas hati dia buat semula. Kali ni lagi teruk sebab mak dan kakak ipar aku yang tolong jaga Bunga ni pun ada kalanya boleh nampak benda tu datang nak ganggu Bunga. The best part dorang nampak siang bukan malam dan tepat 12 tengah hari.

Waktu tu Bunga tengah tidur atas katil dan kakak ipar aku duduk tepi dia jaga Bunga kan. Dia pun penat then terlayang la sekali kat tepi katil tu. Sedang tertidur tu kakak ipar aku ni tersedar sebab rasa tangan dia sakit sangat. Sebab dia tertidur tangan dia letak atas katil sebelah si Bunga. Bila dia bukak mata dalam separa sedar or mamai tu dia nampak lembaga hitam tinggi pijak tangan dia. Patut rasa sakit sangat. Dalam keadaan takut dah peluk merecik tu dia baca ayat kursi kuat-kuat. Then benda tu hilang. Nak demam jugak kakak ipar aku bila kena macam tu. Yela mana nak aspect kan tengah-tengah harinsiang pulak benda tu muncul.

Tu kakak ipar aku. Mak aku jugak pernah lepas solat zuhur kat ruang tamu, dia nk duk rehat dia terasa ade orang macam perhatikan dia. Dia jeling ke arah pintu masuk utama rumah kami. Benda yang sama lembaga hitam tinggi duk tenung dia. Time tu mak aku hanya sebut Allahuakbar dua tiga kali. Then cepat-cepat sibling aku yang lain datang and benda tu lenyap. Mak aku cakap benda tu hitam tinggi tapi tak nampak muka. Tak pasti la tak nampak or memang mak aku tak sanggup tengok.
Ada kes kadang tengah malam bila Bunga ni tidur dan mak aku tak tidur, dia perasan dan terasa macam ada orang duk jenguk2, intai2 Bunga sedang tidur. Kadang dia perasan macam ada dari tingkap, sebalik pintu. Mak aku kata macam main cak-cak. Betul-betul uji kesabaran. Kiranya selama ni memang betul la Bunga nampak benda-benda tu. Walaupun dia dah macam tak berapa waras. Kesian sangat tengok dia waktu tu. Kadang sampai lebik teruk badan waktu sesi berubat tu.

Sampai berbulan-bulan sakitnya si Bunga ni. Kitorang tak tahu lah apa salahnya sampai ada yang sanggup buat Bunga macam ni. Akhirnya ada sorang kawan abang aku ni dia nak cuba ubatkan Bunga. Dia ustaz la kot sebab pandai sikit hal-hal begini. Sebab dah banyak usaha kot mandi bawah jambatan, mandi bunga, limau lelang la, air muara semua da buat but still tak mujarab. Standard lah orang dulu-dulu kan selalu jumpe dukun bagai nak berubat. End up kawan abang aku ni cuba lah ikhtiar nak ubatkan kakak aku. 3 malam turut jugak la dia datang. Dengan baca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dan setiap kali Bunga dengar je dia menggelupur kepanasan dan meronta-ronta dan memaki hamun kawan abang aku tu. Sibling yang lain tolong pegang. Bayangkan Bunga yang kurus tu sampai 5 lelaki sador tolong pegang. Tu pun hampir terlepas. Aku time tu paling takut waktu suara Bunga berubah. Memang kitorang yang kecik suma diasingkan duduk dalam bilik. Sebab pernah aku tengok depan-depan then aku terus demam lepas tu. Tak kuat semangat mungkin.

Tapi 3 malam berturut tiap kali sesi perubatan angin kt luar kencang sangat berderu-deru sampai tahap deruan tu macam dengar suara perempuan merayu-rayu. Bayangkan la. Tapi bila selesai je semua ok balik sikit angin pun tak de. Masuk malam ke3, Alhamdulillah Bunga getting better dan malam terakhir tu lambat pulak si ustaz ni pulang. Dari lepas isya’ dekat 2 pagi baru selesai. Then dia bagi si Bunga ni minum air mungkin dah dibaca ayat2 suci Al-Quran. Dia bagi sebotol gak la katanya minum air ni untuk tenangkan jiwa si Bunga. Then dia siram air apa aku tahu keliling rumah.

Keesokan harinya ustaz tu datang ziarah family kami, datang siang kali ni. So dia cerita lah semalam yang dia siram tu sebab nak pagar kawasan rumah kami supaya benda2 tu tak dapat masuk. Dan dia cerita yang selama hari mengganggu si Bunga ni, yang kadang2 kakak ipar aku dan mak aku nampak tu HANTU RAYA. Memang ada yang menghantar untuk buat hidup kakak dan family aku kucar kacir. Kitorang memang tahu ni semua kerja si M tapi kami tak nak menuduh sebab benda2 camni mane datangnya bukti kan. Lagi pun kitorang takde niat nak balas balik ke ape. Memang tu pun yang dituntut kan. Kami tak nak la terbabit dengan benda2 syirik ni.

Alhamdulillah si Bunga makin ok. Waktu ustaz tu datang ziarah, kami ada tanya kan, kenapa badan Bunga lebam2. Dan aku pun ade jugak ye. Macam kena gigit lebam besar 50 sen. Bila ustaz tengak kat kaki dan belakang badan aku ustaz kata ni semua bekas gigitan pelesit. Astagfirullah. Kalau aku ade 2 je bekas. Korang bayangkan bekas lebam tu ade la dekat 8 ke 10 bekas pada kaki dan badan si Bunga ni. Alhamdulillah start dari itu Bunga da kembali ok. Dia berhenti kerja dan cari kerja lain. Kitorg tak nak dia jumpa lagi dengan si M tu.

Tapi kisahnya tak berhenti kat situ. Disebabkan si Bunga ni pernah kena buatan orang semangat dia jadi lemah. Dia tak boleh terlalu stress dengan tekanan hidup. Benda2 lain plak senang masuk dalam badan dia and jadi balik. Bayangkan lah. Sampai sekarang sampai mak aku da takde, penangan dari pertama kali dia kena dek sebab bercinta dengan orang yang salah terus jadi punca untuk dia selalu kena gangguan makhluk2 halus ni. Since the 1st time kena, selang 2 atau 3 tahun mesti dia kena balik. Tak kira la bulan puasa ke tak. Sapa kate bulan puasa takde hantu. Hantu raya plak tu yang selalu ganggu dia.

Kadang2 sampai ayah dan mak aku tak larat berhabis duit penat lagi pergi berubat, kami hanya berdoa je memohon pada Allah bagi kesihatan pada Bunga ni. Lebih2 lagi ayah aku. Tengah2 malam akan bangun semayang hajat, baca yassin. Alhamdulillah even amek masa kadang2 sampai 3 ke 4 bulan baru sembuh but Alhamdulillah. Janji kita jangan hilang harapan dan kepercayaan terhadap Allah. Kita hambaNya yang lemah dan sememangnya kita meminta Pertolongan dariNya yang Maha Berkuasa. Tapi aku terkilan sebab sampai mak aku dah takde, benda ni selalu terjadi dan berulang. Dari aku kecik ke zaman sekolah dan sampai sekarang. Tak sangka kan disebabkan cinta pada lelaki yang salah pada zaman dulu membawa padah sampai sekarang dan membinasakan diri sendiri. Jadi beringat lah kepada pembaca semua berhati-hati jangan sampai salah memilih kawan. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Tak semestinya perempuan tak boleh lakukan benda yang sama seperti M ni kan. Berhati-hati la kita semua.

Last but not least, sorry if my story tak seram aku just nak share dan harap dapat bagi iktibar dan pengajaran kat korang semua. Nanti masa akan datang kalau admin FS sudi aku akan ceritakan selepas 20 tahun lebih rumah aku di “PAGAR” semula.

Sekian,

M.A.

.

M.A.
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

14 comments

  1. Ya Allah…kesian nya keluarga kau x slah pa pe pun terutamanya kak Bunga. Sedih pula sya baca. Sabar ya ada hikmah di sebaliknya tu dan Allah bagi ikut kemampuan korang semua. Sya doakan Allah beri ketenangan dan kebahagiaan kpd korang dunia akhirat. Aamiin.

    Dukun² ni mmg x leh percaya sbb mereka pun guna benda² ni utk merawat. Org yg sakit kadang bukan sihat tapi getting worst ada lah…

    Klu nk berubat terdesak mana pun carilah ustaz² yg boleh dipercayai sbb yg lain² tu kalau kita berubat pun effect dia lagi teruk. The most important thing is bergantung kpd Allah yg Maha ESA.

  2. Moga akak bunga, ayah dan keluarga terus kuat dan tabah mengharungi dugaan, ada hikmah dengan setiap kejadian. Teruskan menulis…

  3. Besar dugaan keluarga ko dik..apepon smgt adik beradik kene kuat..tlg sesama sendiri..yakin pada allah..inshaallah segala yg baik datang dari allah, yg buruk dari kita sendiri..wallahualam

  4. Ini bukan Si M makhluk halus tak suka saya kaaannn…
    Heheheheh…

    Ape daaa M tu…
    Kot ilmu tu byk noo ko g ar mandrem jutawan memane…
    Lg berbaloi nk kikis…
    Ini minah kilang…
    Ko ingt sng nk berdiri sepanjang hari buat keje utk dpt gaji x seberapa tu…???
    Dpt plak kena kikis bersih…
    Kesian wei…
    Mmg merana kurusler kwn tu dibuatnye…

  5. Jadi beringat lah kepada pembaca semua berhati-hati jangan sampai salah memilih kawan. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Tak semestinya perempuan tak boleh lakukan benda yang sama seperti M ni kan. Berhati-hati la kita semua.

    * Kes adk sya hampir sama spt si Bunga…cumanya yg mengaut duit tu PEREMPUAN..Bos dia sndri..mmg sedih,sudh adk skt,duit adk,duit fmly abis perempuan tu sapu,kena tipu ngn ‘ustaz’ lg..mcm2 dugaan utk pulihkan adk sy ni…

    1. Boss paw anak buah????
      Aiikkk???!!!
      Buruk siku namenye tu dh bayor gaji pastu mtk balik…

      Asalnye mmg boss tu couple ngan abg awak ke????
      Boss tu dh lanjut umur ke???

      1. ini bos head dept je kak yulie….adik sy pompuan gk..bt nk berjinak2 kja dunia luar…dpt kwn ngn bos xguna…

  6. Org melayu selalu baca yasin nak halau jin dan syaitan sdgkan yg rasulullah suruh kita baca ayat alkursiy dan surah al Baqarah.

    Jadi kena ubah lah minda, selalu baca surah al Baqarah. Sabda An Nabiy sallallaahu ‘alaihi wasallam : Sesungguhnya Syaitan sungguh2 akan lari dari rumah yg dibaca di dlmnya surah al Baqarah

    1. Azan empat penjuru dlm rumah tu sb sabda rasulullah bahawa setan akan lari tercirit2 bila azan dikumandangkan.
      InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.