Salam kepada semua. Lama dah tidak hantar kisah seram kat sini. Mungkin kisah ini tidak seram mana tetapi kisah ni permulaan Nurul di ganggu. Baik, kita mulakan kisah ya.
“Guys! Saya nak bagi first assignment kepada you all ni. Haish!”keluh En.Zaiyad (bukan nama sebenar). Riuh rendah dalam kelas mula senyap. Tekun mendengar apa assignment pertama mereka.
“Baik, untuk first assignment kamu semua, kamu perlu buat Movie Maker. Untuk topic pula, terserah nak buat apa. Due date pula, kamu hantar ke saya dalam kelas minggu hadapan. Sebelum tu kamu buat presentation di dalam kelas nanti. Saya harap kamu faham apa yang saya terangkan. Kamu semua boleh keluar sebab saya ada meeting lepas ni.” Kata En. Zaiyad sebelum bergegas keluar.
“Dila! Kau nak buat tajuk apa untuk Movie Maker nanti? Aku nak buat pasal Hutan Aokigahara di Jepun tu. Hutan tempat orang b***h diri! Eeee..seram” celoteh Ika (bukan nama sebenar),orangnya kecil molek dari Penang.
“Macam tak tau pulak! Dila mestila nak buat pasal hantu!” kata Dila bersemangat kerana dia sudah nampak dalam fikirannya apa yang nak dimasukkan ke dalam Movie Maker nanti. Gambar-gambar pontianak, pocong, langsuir, hantu galah dan macam- macam hantu lagi dari serata dunia.
Untuk sound effect pula, pada mulanya Dila mahu menggunakan lagu Ulek Mayang atau Lingser Wengi dari Indonesia, tetapi akhirnya Dila memutuskan untuk menggunakan Lagu Pulangkan dari Misha Omar. Iyalah, manalah tahu ada yang lemah sengat, pengsan pula! Naya!.
Pada malam itu, Aku sebagai Dila. Aku bersama-sama Ayu (bukan nama sebenar) dan Ika leka berbaring di atas katil dan masing-masing membuat hal masing-masing. Ayu sedang leka di telefon dengan ibunya manakala Ika pula bervideocall bersama “boyfriend tersayang. Terkekeh-kekeh ketawa, biasalah orang sedang dilamun cinta macamtu la. Aku pula sedang ralit mengedit movie maker namun setelah lama khusyuk focus di paparan skrin laptop, aku pun tutup movie maker lalu membuka Facebook memandangkan waktu sudah pukul 12.00 lebih.
Kemudian kedengaran sayup-sayup..
“Wuuuuuuuu..isk..wuuuuu. isk!isk!” suara wanita menangis. Kami terdiam. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Lalu Ika yang bersuara dan matanya tepat memandang tepat kearah aku. Nadanya marah. “ Dila! Kan dah larut malam ni! Tutuplah movie maker tu”getus Ika marah. Di fikirannya dia tahu topic movie maker kawannya itu yang sedikit keterlaluan baginya memandangkan hari sudah larut malam.
“Dila dah lama tutupla. Sekarang tengah syok dengan Facebook” kata Aku mempertahankan diri sendiri. Tidak puas hati dituduh sebegitu. Sayup-sayup masih kedengaran suara tangisan wanta tersebut a.k.a Pontianak. Yelah siapa lagi yang menangis tersedan-sedan. Ni mesti kes hilang anak. Confirm! Sekejap sayup-sayup, sekejap dekat. Orang kata kalau kita dengar benda mistik ni jauh, itu namanya dia dekat dengan kita, kalau dekat maksudnya dia jauh. Wallahualam.
Lantas, tanpa membuang masa, Ika menguatkan lagi volume lagu yang didengnya manakala Ayu membuka bacaan Yassin melalui laptopnya. Manakala aku pula menutup laptop dan bergegas tidur. Walaupun aku bukan sejenis yang penakut dan bukan juga yang terlalu berani. aku tutup laptop dan tidur kerana tiada perkara yang ingin dilakukan selepas itu walaupun tangisan tersebut masih kedengaran.
Semenjak dari insiden tersebut, aku kerap diganggu. Kaki dipegang dengan tangan kecil macam baby, pintu digegar macam orang nak pecah masuk rumah, tingkap digegar selepas Maghrib, pintu diketuk tiga kali dan Pontianak berdiri di hujung katil sewatu di hotel.
Pakcik aku mengatakan bahawa aku sedari dari kecil memang ada kebolehan untuk nampak tetapi bukan selalu. Namun walau apa sekali pun kita perlu sentiasa meningkatkan amalan kita dan sentiasa berserah kepada Allah kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.Sekian
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI