Kerana Nasi Lemak

Salam admin dan pembaca semua. Lagi sekali Ariff Budiman ke udara menceritakan kisah yang tidaklah seram tetapi banyak pengajaran yang dapat di ambil iktibar. Moga Allah pelihara kita semua.

Aku menerima panggilan talipon dari seorang yang tidak aku kenali. Katanya ingin berjumpa denganku. Menurut katanya badannya sakit dan demam menghampiri 2 minggu. Akhirnya aku tetapkan tarikh dan tempat pertemuan. Bila aku tiba, mereka masih belum datang. Akhirnya sebuah kereta berhenti di sebelahku. Keluar sepasang suami isteri. Seorang lelaki perkenalkan dirinya sebagai Hamzah sewaktu bersalaman. Bila menyentuh tanganku, sudah terasa kepanasan. Bahang panas dari badannya turut aku rasai. Satu yang aku pasti ialah bau di badannya dan makhluk yang berada di sisinya. Firasat aku mengatakan Hamzah sudah terkena santau berdasarkan bau busuk di badannya. Itulah pengalamanku sewaktu arwah isteriku terkena santau. Makhluk disisinya amat menggerunkan. Mukanya seperti zombi menanah dan air busuk menitik-nitik ke bawah. Mungkin itu yang menyebabkan bau busuk.

Hamzah nampak keletihan dan isterinya pula nampak amat risau. Ya la siapa tidak risau melihat keadaan suminya. Aku terus beri nombor ustaz untuk mereka berbincang.
“ En Ariff rasa apa yang tidak kena dengan suami saya.” Tanya isteri Hamzah. Aku terdiam. Perlukah aku berterus terang terhadap mereka.
“ Macam ni la. Ini hanya pendapat saya berdasarkan pengalaman yang pernah isteri saya lalui. Pada pandangan saya suami puan terkena santau.” Mendengar perkataan santau, terus menangis isterinya
“ Minta maaf sebab berterus terang tapi ini hanya pandangan saya. Biar ustaz yang memberi pandangan sebab dia boleh scan. Saya hanya bagi pendapat hasil pengalaman saya saja. Jangan risau. Puan tolong berdoa moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada suami puan.

Selang beberapa hari, aku mendapat mesej dari isteri Hamzah. Katanya memang tepat kata-kataku. Hamzah terkena santau dan harus berubat dengan segera. Keesokkan harinya aku membawa mereka berjumpa ustaz.
“ Pakjang ada apa-apa nak bagitau saya.” Tanya ustaz. Dari gerak hidungnya aku dapat meneka yang ustaz telah berbau sesuatu.
“ Ustaz…Ada satu makhluk yang hodoh dekat Hamzah. Mukanya di penuhi dengan nanah dan menitik ke bawah.” Ustaz membeliakkan matanya
“ Takpa sat kita tengok.” Kata ustaz sambil membaca ayat suci al quran dekat Hamzah
“ Hamzah ni kena santau angin pakjang. Santau ni kurang mudarat dari santau tuju tapi masih juga bahaya kalau tidak di rawat.” Kata ustaz dan aku percaya berdasarkan apa yang telah terjadi terhadap isteriku.

Isteriku terkena santau tuju. Santau yang di tujukan khas untuknya. Sebab itu habis semua organ dalaman isteriku rosak dan gagal berfungsi dan akhirnya is pergi meninggalkan kami.
“ Hamzah ada ingat apa-apa tak. “ Tanya ustaz dekat Hamzah
“ Apa yang saya ingat, lepas saya beli nasi lemak dan makan, saya mengalami muntah d***h dan sakit dalam badan.” Ustaz terus membaca ayat suci al quran.
“ Ada orang sengaja tabur santau di situ. Dia tak ada tempat nak buang jadi di situ saja tempat dia. Nasib siapa yang terkena.” Kata ustaz
“ Pakjang…Makhluk tu masih ada di sebelah Hamzah ka.” Tanya ustaz dan aku mengiakan. Ustaz membaca sesuatu dan tiba-tiba Hamzah mengeliat lalu membuka bunga tari
“ Saya berdoa kepada Allah agar Allah ikatkan tangan kamu.” Kata ustaz dan tiba-tiba tangan Hamzah seperti terikat
“ Siapa kamu.” Tanya ustaz kepada Hamzah tapi yang sebenar bukan kepada Hamzah tetapi kepada jin hodoh
“ Aku jin santau. Lepaskan ikatan aku.” Kata jin
“ Macam mana kamu ada dalam badan Hamzah.” Tanya ustaz
“ Aku dapat tahu bila seseorang tu makan tanpa menyebut kalimah tuhan lalu aku mengambil kesempatan masuk ke dalam badannya. Itulah tempat tinggal aku.” Kata jin

“ Ini kes makan tak baca kalimah Allah pakjang. Nampak..kita leka saja meranalah jawabnya.” Aku tersenyum dan betul apa yang aku nampak selama ini siapa yang makan dan minum tanpa membaca Bismillah, ada yang pasti mengambil kesempatan. Makhluk muntah hijau, kencing, berak di atasa makanan dan minuman. Yang paling teruk ialah bila ia dapat memasuki badan kita.
“ Sekarang ni aku bagi tawaran dekat kamu. Nak keluar atau m**i di sembelih.” Tegas kata-kata ustaz
“ Aku nak keluar tapi ke mana harus aku pergi. Aku tak ada tempat.” Kata jin
“ Kalau kamu masuk islam, aku akan hantar kamu ke madinah.” Kata ustaz
“ Apa yang aku harus buat di sana.” Tanya jin
“ Tugas kamu di sana hanyalah beribadat kepada Allah.” Kata ustaz dan akhirnya jin bersetuju.

“ Aku nak bawa keluarga aku sama.” Kata jin
“ Berapa.” Ringkas pertanyaan ustaz
“ Tiga.” Jawab jin dan ustaz izinkan
“ Pakjang…Macam mana depa ada ka.” Ustaz tanya aku dan aku anggukkan kepala
“ Baiklah sekarang aku nak kamu semua ikut aku..Ashhadu alla ila haillahlah….” Aku mendengar jin di badan Hamzah mengucap dua kalimah syahadah manakala yang lain hanya menunduk saja.
“ Baiklah sekarang kamu semua sudah islam. Aku akan masukkan kamu ke dalam botol dan hantar kamu ke Madinah.” Kata ustaz. Hamzah hanya anggukkan kepalanya. Ustaz membaca ayat quran lalu menarik satu persatu ke dalam botol.
“ pakjang..depa ada ka dalam ni.” Tanya ustaz sambil menunjukkan botol kepadaku dan aku mengiakan. Ustaz terus membuat isyarat mengeluarkan mereka dan di hantar ke Madinah. Terus kosong di dalam botol tersebut.

Hamzah tersedar dan agak kehairanan. Badannya tidak lagi berbau dan kepanasan. Cuma ia masih lagi keletihan. Ustaz membuat air penawar dari daun bidara untuk di mandikan bagi memulihkan tenaga dan di buat air minuman. Sewaktu di dalam perjalanan pulang kami sempat berbual
“ Encik Ariff. Kami nak ucap berbanyak terima kasih atas pertolongan encik.” Kata isteri Hamzah.
“ Lepas ni pastikan kita biasakan dengan membaca Bismillah sebelum makan dan minum. Beritahulah kepada kaum keluarga yang lain.” Kataku kepada mereka
“ Insyaallah Encik Ariff. Banyak pengajaran yang kami dapat dari apa yang telah terjadi

Dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Apabila kalian hendak makan, bacalah “bismillah”, jika lupa tidak membaca basmalah di awal, bacalah, “Bismillahi fi awwalihi wa aakhirihi.” (HR. Ahmad 25733,  Turmudzi 1977 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.3]

25 thoughts on “Kerana Nasi Lemak”

  1. Jin ni terus ikut cakap.Ada sesetengah jin, nauzubillah kemain degil nak keluar. Thanks sebab advise 💕 Nice story and ada pengajaran. 10/10.

    Reply
  2. – KINI TELAH HADIR GAME FENOMENAL 2017 YANG SANGAT BOOMING TAHUN LALU DI POKER BINTANG
    SUPER 10, YA GAME INI TERINSPIRASI DARI SAKONG ONLINE.
    DAN MENJADI GAME TERBAIK DAN PALING DI MINATI DI SEMUA KALANGAN PECINTA GAME ONLINE.

    SEGERA MAINKAN PERMAINAN SUPER 10 DAN DAPATKAN JACKPOT MENARIK BERSAMA SUPER 10.

    DAPATKAN JUGA EVEN PROMO ESKLUSIF DARI POKER BINTANG :
    – BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 10 %
    – BONUS TURN OVER SETIAP MINGGU 0.5 %
    – BONUS REFERAL 10 % (SEUMUR HIDUP)
    – JACKPOT TERBESAR
    – BONUS T COIN ( UNTUK TURNAMEN POKER )

    JUGA DAPATKAN FASILITAS :
    – KEAMANAN DATA TERJAMIN
    – 7 GAME DALAM 1 USER ID
    – LAYANAN LIVE CHAT 24JAM ONLINE
    – MINIMAL DEPOSIT & PENARIKAN DANA DI MULAI DARI IDR 20.000
    – TURNAMEN POKER SETIAP WAKTU

    SEGERA BERGABUNG DI : http://WWW.BINTANG-QQ,COM
    BBM : D866631B
    LINE : pokerbintang
    WA : +6287772383534

    JANGAN TUNGGU-TUNGGU BESOK LAGI YA GAN, NANTI HOKINYA KEBURU KABUR LHO !!
    SALAM SUKSES

    Reply
  3. salam.en.arif budiman.saya suka karya en arif.kongsilah lagi cerita mistik yang boleh dijadikan pengajaran.insyaallah secara tak langsung meningkatkan iman kita dan ibadah kepada Allah bersama.

    Reply
  4. pendek tp terkesan kisahnya

    sy ade soalan utk ditanya. santau ni selain org islam yg kena, mereka yg kepercayaan lain, bagaimana proses mengubat dan adekah selain Islam, mereka akan sembuh?

    Reply
  5. Semua story dr Ariff Budiman ni SGP baca, tak prnh mengecewakan..
    Sntiasa terselit dgn ilmu & pengajaran yg blh kite jdkan ikhtibar..

    #impressedandsalute

    Reply
  6. best & bermanfaat. ntah mcmmna jumpa tp terus binge following all your stories here. series byk pengajaran.keep it up! (Y)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.