Keris Pengantin

Kisah ni berlaku 6 tahun yang lepas. Kami sekeluarga mula sibuk dengan majlis perkahwinan adik perempuan ke empat. Ambil baju pengantin dan pelamin dari kedai yang sama. Sehari sebelum tiba hari perkahwinan tokey baju pengantin sudah datang membawa baju pengantin dan pada masa sama juga tukang pasang pelamin juga ada dirumah.

Sedang sibuk cek set baju pengantin lelaki dan perempuan baru papa aku perasan mana keris untuk lelaki?, alahai..takde keris la pak cik! Jawab kedai pengantin tu. “Takpe..takpe..nanti saya bawak keris saya!” tak semena-mena pak cik yang sedang pasang pelamin tu menyampuk. Agaknya dari tadi dia dengar je perbualan kami tu. “ Alhamdulillah, terima kasih banyak !!” kata papa.

Keesokannya majlis berjalan dengan lancar adik aku nampak manis sekali dengan gaun pink hitam dengan pasangannya disamping tanjak dan keris di pinggang. Keris tu pendek sahaja berhulukan emas dan bersarung keemasan jugak. Memang lengkaplah sebagai raja sehari gayanya. Alhamdulillah setelah semuanya selesai berkemas pun sudah aku pun balik ke bandar tempat bertugas kira-kira sejam saja perjalanan dari kampung. Sabtu berikutnya aku balik kampung lagi dan aku dapati pelamin sudah clear tapi keris yang di beri pinjam owner pelamin masih ada atas meja di rumah.

“ Kenapa tak diambil?”, tanya aku.
“ Entahlah dah banyak kali papa ingatkan rupanya sampai sudah depa tak ambil, ditinggalkannya macam tu je !”,jelas papa.
“ Jom la kita pulangkan “, aku cadangkan.
“ Papa dah call butik pengantin tapi katanya keris tu bukan depa punya, bila tanyakan sape orang yang pasang pelamin tu depa tak kenal pulak,bukan orang yang selalu khidmat untuk mereka. !!” Laa macam tu pulak, nak pulangkan keris pun susah.

Akhirnya berhari-hari keris tu ada di ruang tamu rumah papa. Mama pulak mula mengadu panas demam dan sakit-sakit badan. Puas kami urut, bagi ubat dan sapu ubat tapi mama selalu kerutkan kening seolah-olah sakit sangat badannya, kesian mama agaknya masih letih uruskan hari kahwin tu. Aku pulak sejak malam tu tak boleh tidur lena kat rumah mama. Kami tidur di ruang tamu dan aku asyik terjaga. Mata aku asyik pandang siling atas dan merasakan kegelapan dan kesunyian yang amat sangat. Biasanya tak macam ni sebab rumah mama aku sebelah jalan besar tapi kali ni rasa berat kepala dan seram sunyi. Bila aku dah balik ke Taiping selang beberapa hari lepas tu dapat panggilan dari papa yang mama tiba-tiba strok ! Allah Hu Akhbar.

Mujur mama strok kecil, tangan sebelah kiri saja lembik tapi di hospital beberapa hari sudah elok tu macam biasa. Aku ambil cuti dan duduk di rumah mama beberapa hari. Satu malam tu anak lelaki aku umur 8 tahun tidur dengan aku diruang tamu. Tiba-tiba aku terjaga jam 1 pagi. Aku tertanya-tanya mana anak aku pergi?.. mungkin tidur dengan aki dia sebab itu kebiasaanya di kampung. Tiba-tiba aku dengar bunyi air di bilik air. Bilik air nun di di dapur sana tapi simbahan air tu kuat macam orang tak tutup pintu, biasanya budak-budaklah tak tutup pintu. Eh, anak aku kencing kot! Aku pun bangunlah nak jenguk ke toilet dalam keadaan pelik sebab biasanya anak akan diajak teman malam-malam gini. “Mil kencing ke..?!”, tanya aku bila dah nak dekat sampai dan jelas dengar anak aku jawab pendek “yia.” bila makin dekat ke bilik air simbahan air tu bukan main galak lagi, aku pun senyum confirm anak aku dah boleh pi bilik air malam-malam takyah kacau mak tidur dah!! Kona je tang dapur yang terang tu diaaaa, pintu terbuka, bilik air kosong ! gelap ! sunyi je !!.. Aku punya terkedu time tu tak terkata. Siapa yang jawab tadi..!? Perlahan-lahan berundur dan pi jenguk bilik papa mama si anak elok je peluk aki dia. Aku pun tidur balik tutup kepala dengan bantal sampai pagi.

Esoknya aku ceritakan hal ni pada papa aku dan aku tanyakan apakah ‘benda’ baru yang selama ni takde kat rumah ni tiba-tiba ada dan kita diganggu lain macam ni.? Kerisss…!! teriak aku. Kami pandang ke meja diruang tamu tu keris tu masih di situ. Papa dan aku berpandangan. Itulah ‘benda’ yang baru masuk dalam rumah ni. Malam tu aku masih tidur di rumah papa dan aku bermimpikan keris tu. Aku buka keris tu dan dapati besinya merah hitam gelap. Tak padan langsung dengan luarannya yang cantik. Aku bagaikan berlawan dengan ‘keris’ tu dan aku menang dalam mimpi tu.

Aku ceritakan gangguan mimpi tu pada papa dan papa tekad untuk hantar keris tu pada butik tu semula. Mujurlah owner butik tu terima je keris tu. Mustahil kedai pengantin tu tak kenal tuannya biar mereka bertanggungjawab memulangkannya semula pada tuannya. Mungkin mereka nak ‘buang’ keris tu sebab tu ditinggalkan begitu saja dan kamilah mangsanya.

Semua ini adalah ketentuan Allah dan Alhamdulillah selepas memulangkan keris tu,  semuanya telah tenang dan kembali seperti biasa.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AimiraZt
FOLLOW FB KAMI.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.