Kerja Bersama Hantu Di Singapura

Bismillah
Ini kisah benar yang benar benar terjadi pada aku…

9 tahun lalu, aku mendapat kerja sebagai pembantu chef di sebuah hotel bertaraf lima bintang di singapura. Hotel yang puluhan tahun ada disitu tapi masih gah dan cantik.

“Vie, jom pergi kantin! Ifa dan Sera dah tunggu tu”. Ajak aku sambil membetulkan earphone. Buat kerja sambil dengar lagu baru layan! Haritu genap 3 minggu aku bekerja di hotel tersebut. Vie dan teman yang lain dah bertahun di hotel tu, tapi kami cepat mesra macam dah lama kenal. Mereka bertiga berasal dari Singapura. Manakala aku di Jb (Johor Bahru). Jadi hari hari aku akan ulang alik Jb – Singapore untuk ke tempat kerja. Vie teman sekerja aku, kami bekerja di dapur yang sama. Yang dinamakan ‘island kitchen’. “Jom lahh!” kata Vie. Kitchen kami berada ditingkat 4 dan agak jauh ke belakang. Manakala kitchen Sera dan Ifa pula berada di tingkat 2, dapur kek atau di gelar ‘Rainbow kitchen’.

Sampai kami di bawah, Sera dan Ifa seronok bergelak ketawa, ntah apa yang kelakar pun tak tau. ” Lambat kau win?” Tanya Sera padaku. “Haah island kitchen ada wedding function tu kat atas, tu yang lambat”. Kataku sambil mata melilau cari makanan apa yang sedap. Maklumlah dari Jb aku langsung tak jamah satu makanan pun. Untuk pengetahuan semua aku bekerja shift malam. ” Eh korang dah makan ke?” Tanyaku. “Dah makan lah, lama sangat tunggu kau turun”.. aku abaikan je, perut dah berghazal tahan lapar. Yang si Vie, macam biasa rehat 45 minit tu tak sah kalau dia tak membuta!

Staff department lain tengok aku sepi. “Macam tak pernah tengok orang!” bebelku. Yang aku pelik, aku tak pernah nampak Vie, Sera dan Ifa ni makan. Tak taulah mungkin aku terlambat ke apa, tapi tak pernah sekalipun aku nampak diaorang makan. Aku abaikan lagi.. Sambil aku makan, banyak topik yang kami bualkan. Selesai makan, aku dan Vie minta izin untuk balik ke kitchen, banyak kerja lagi nak dibuat.

Kami berjalan menuju ke lift staff, ” Win, kau naik dulu eh.. aku sakit perut lahh.” Kata Vie dengan mimik muka macam kucing nak beranak! ” Ha yelah, aku naik dulu”.. memang tandas ditingkat bawah lebih selesa banding yang di atas yang suram sepi.. Butang tingkat 4 di tekan, laluan ke island kitchen ni sebenarnya agak menyeramkan sebab perlu lalui satu lorong panjang yang penuh dengan barang barang ballroom dikiri dan kanan lorong. Meja makan, kerusi untuk function, lampu (chandelier) dan banyak lagi barang, tapi semua ditutup dengan kain putih untuk mengelakkan habuk semestinya.

Sampai je aku di kitchen, mata aku terbeliak, earphone yang setia di telinga aku tarik. Aku terkejut, ” Oi Win kau dah kenapa macam nampak hantu!” Pekik Vie! “Jap..jap kau bukan kat tandas bawah ke tadi?!” Tanyaku cuak.. “yelah aku dah naik lah lalu lif barang kat belakang tu, malas aku nak pusing lalu lif depan, kan jauh”.. jelas Vie. Aku memanjangkan leher menjengah lif barang di belakang. Tapi aku tak dapat tengok sebab penuh barang di belakang sana.Fuhh lega! Lega yang tak berapa lega sebenarnya…

5.10 minit pagi. Selesai tugas kami dikitchen. Bahan bahan untuk chef dah tersedia seperti dijadual. Kami turun ke bilik locker, untuk mandi dan dan serahkan uniform ke dobi hotel. Untuk pengetahuan semua hotel tempat kami bekerja ada menyediakan bilik mandi khas untuk staff disana.

Selesai mandi, tiba tiba aku teringat, waktu rehat tadi aku ada warning pada kawan aku bertiga jangan tinggalkan aku sebelum balik. Kelakar pun ada, bulat mata masing masing dengar aku warning macam tu. Yelah 3 minggu aku disitu hari hari balik sorang. Apa salahnya tunggu aku. Bus stop pun satu je ada di belakang hotel. Mentang mentang diaorang orang sana. Nak marah sangatpun tak boleh, cuma diaorang je kawan
aku kat situ. Huhh!

Selesai berpakaian, siap apa yang patut. Aku keluar dari bilik locker. Terkejut aku tengok mereka bertiga berdiri di depan pintu. “Ha macam ni laaa.. baru kawan aku. Tunggu aku balik. ini tak, hari hari tinggalkan aku.” “Win, kau ada 10 dollar tak?” Tanya Sera padaku. Kasihan pula aku tengok. “Ada memang ada tapi ini untuk bayar pas bas aku sampai lusa nanti”. Tapi memang aku dilahirkan tak boleh tengok kawan susah. Aku bagi jugak, takpe lah gaji lagi berapa hari je nak masuk, fikirku. “Thank you win, sayang kau. Sera peluk aku erat. Senyum lebar dia.

Kami bertiga berjalan menuju ke guard untuk ‘bag checking’ sebelum keluar hotel. Aku beratur depan sekali, happy aku balik ada teman haritu, tak lah bosan sangat. Tak sampai 3 langkah aku toleh belakang semua kawan aku dah takde. Pak guard singh tu tengok aku blur. “Huh, kena tinggal lagi, ‘Ahh, mungkin diaorang amek barang tertinggal kot, fikirku.. demi tak sanggup di tinggal bas untuk balik ke Jb aku berjalan ke bas stop. Sendiri.

Esoknya aku terpaksa cuti kecemasan 2 hari, ada kematian ahli keluarga rapat belah mak aku. Chef dan Manager dah aku bagitau tak dapat hadir kerja. Yang pening kan aku, kawan aku 3 orang ni langsung tak dapat bila aku call. Pesanan ringkas dah banyak aku hantar tapi satu pun tak dibalas. Aku abaikan, mungkin diaorang sibuk. Tekaku..

Selesai urusan keluarga selama 2 hari, esoknya aku pergi kerja macam biasa. Tapi dari rumah lagi hati aku macam tak sedap. Berdebar debar lain macam. Aku selawat nabi harap semuanya ok. Aku sampai awal 1 jam di tempat kerja. Sampai di hotel, aku terus ke kantin pekena nescafe panas kaw dulu. Sambil mata aku tercari cari kawan kawan aku tu.

Biasa waktu macam tu diaorang dah sampai. “Hai win!” Sapa Joe padaku. Staff berbangsa cina. Joe adalah tukang cuci pinggan di island kitchen. “Oh hai joe.. eh Joe u ada nampak kawan i tak? Yang selalu dengan i tu?” Joe pandang aku dengan dahi berkerut. “Kawan? Hahaha u mana ada kawan. Hari hari pun i tengok sorang ma”! Ishh, budak Joe ni dah gila agaknya.

Geram aku tahan dalam hati. “U hari hari kerja, i nampak u nyanyi saja, kadang cakap seorang. I ingat u cakap sama telefon sebab u selalu ada earphone ma, sambil tangannya memegang megang telinga sendiri. Jantung aku berdebar makin laju. Aaah! ni tak mungkin, sangat tak mungkin 3 minggu aku kerja ngan diaorang kot. Tak puas hati punya pasal aku berlari pergi ke pak guard, aku tanyakan kalau kalau ada ternampak kawan aku yang bersama aku tempoh hari. Jawapan pak guard lagi rare. “,Haritu u sorang adik, mana ada kawan jalan sama u.” Kata pak guard singh selamba!

Aku macam nak menangis, macam tak percaya semua bercampur baur. Berbaki 20 minit waktu kerja bermula, aku berlari pergi ke HR office untuk mendapatkan kepastian. Ya Allah! Nama mereka tak wujud dalam sistem. Island kitchen hanya ada nama aku sorang selama 3 minggu ni. Rainbow kitchen dah lama tutup untuk renovation kata HR waktu tu. Lutut aku lembik. Semua ingatan aku tentang kawan kawan aku datang satu persatu.

Patutlah sebelum hari terang diaorang dah takde, tak pernah makan, patutlah masa aku call chef nak ambil cuti dia bagitau yang dia boleh buat kerja sorang dalam tempoh aku bercuti. Maknanya aku memang takde partner selama ni! Yang paling mengejutkan aku takde lif barang pun di island kitchen. Ya Allah aku kerja dengan siapa selama 3 minggu ni! Ya Allah!!

Dengan fikiran celaru dan tak boleh fikir. Aku amek keputusan untuk resigned tapi aku senyapkan, bekerja di singapura sangat sangat tak dibenarkan berhenti mendadak. Banyak soal dari pihak sana nanti. Sebab esok dah gaji. Aku tak peduli! Nasib baik aku tak salin uniform lagi waktu tu. Berbekalkan semangat yang ada mungkin 5 persen. Aku gagahkan diri untuk bagitau manager untuk sambung cuti lagi 1 hari. Nasib baik mood manager aku baik walaupun kena bebel sikit. Ahh lantak! Dalam otak aku nak berhenti terus esok. Sepanjang aku nak ke pintu keluar pak guard tu, aku terbayang bayang kelibat Vie, Sera dan Ifa. Sedih, takut semua ada. Tapi aku nekad nak berhenti!

Tapi dalam masa yang sama aku nak cari tahu siapa diaorang sebenarnya. Alang alang aku nak balik, aku terus ke guard singh. Aku percaya dia banyak tau cerita kat situ. Berdasarkan faktor umur dia yang tak berapa muda lagi. Pada tahun 1995, 3 staff wanita tempatan dijumpai mati di 3 tempat berlainan.

Menurut pak guard lagi, staff pertama dijumpai mati di lif barang tingkat 4 dalam keadaan perut di tikam akibat tak puas hati antara staff. Sejak itu lif tersebut di tutup. Seorang lagi staff mati bu nuh diri dari tingkat 7 ke bawah gara gara hutang. Dan yang terakhir staff wanita hamil 3 minggu bu nuh diri di tandas tingkat 4!!

Ya Allah dugaan apa ni! Aku tak cakap banyak terus ambil bas ke Jb. Sampai di rumah aku ceritakan segalanya pada mak. Mak setuju dengan keputusan aku untuk berhenti kerja. Kerana terlalu letih, aku masuk ke bilik dan apa yang aku nampak di atas meja bilik aku guys??!
10 dollar cantik terletak atas meja bilik. Alhamdulillah aku pengsan!

Sekian…..

-AWIN-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Awin
FOLLOW FB KAMI.

12 comments

  1. Aku pegi Singapore dlm 2013-2014, owner kedai cina elok je ajak aku sembang cakap Melayu. Aku pergi seminar jumpa Melayu, elok je Bahasa Melayu nya.

    1. Aku lahir dan besar di Singapura. Dari kecik aku cakap melayu kat rumah, dengan sedara mara. Kat sekolah lain cerite.
      Rare lah cter kao no dik. Mmg extreme tahap gangguannya!

  2. Ish mmg layan la cerita ko ni.,apesal ek kebanyakan hotel ni berhantu, sbb aku pernah gak part time dulu time study buat house keeping. tingkat pling atas hotel tu kalau ko jalan sorang2 mmg lain maciam… hotel tu kat area U kat bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.