Hujung minggu tu seperti biasa, si Kimi (nama samaran) call aku nak melepak di rumah aku di Setiawangsa. Aku tinggal seorang. Dah serik tinggal ramai, macam tongkang pecah jadinya. Kini aku lebih selesa seorang, sebab kadang-kadang keluarga aku bertandang dari kampung, selesalah sikit tidur dekat hotel aku ni. Kimi ni pulak jika cuti, selalu datang jauh dari Rawang dengan motor. Aku tak pernah pergi rumah dia, tak sanggup aku masuk hujung Rawang. Katanya rumah dia dalam hutan, ada kawasan perumahan rumah murah jauh ke dalam. Tak sanggup aku nak pergi…memang taklah.
Kimi cerita benda ni tahun 2012. Kadang aku terfikir kenapalah dia suka sangat melepak rumah aku. Kimi kata rumah aku ni selesa sebab lokasi rumah aku ni agak nyaman dan redup. Satu lagi, rumah aku ni agak “secure”. Bunyi bising jiran-jiran atas bawah kiri kanan buatkan dia rasa tenang. Depan jalan besar, dan suasana suara anak-anak jiran tu agak harmonilah. Sebuah rumah yang perfect bagi aku. Cuma… ada kes jiran bawah rumah aku ni, pakai bibik dari seberang.
Aku kira bibik ni jahat orangnya (bagi akulah). Sebab banyak kali aku nampak bibik ni bawak balik pak guard masuk rumah ketika tuan rumah tak ada. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Disihirnya tuan rumah. Tapi akhirnya bibik ni kantoi. Kesian tuan rumah yang baru berkahwin tu. Porak peranda jugaklah rumah dibuatnya. Lepas ditangkap dan pasport dirampas, tuan rumah pun pindah. So, kosonglah rumah tu. Boleh dengar bibik tu kena maki hamun, on the spot kena hantar balik.
Berbalik kepada cerita aku. Suatu hari tu aku tanya dekat Kimi, “kau ni ada masalah ke?”
“Tak ada.”
Jawapan simple dan tak ikhlas. Maksudnya, ada masalah. Aku mengesyaki ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Takkan selalu datang rumah aku? Bukan aku tak bagi, tapi macam dia melarikan diri dari rumah. Dan kenapa aku tak pasti. Sanggup ulang alik dari Rawang. Rawang tu bukan sepelaung…
“Mak kau tak risau ke?”
Jawapan Kimi macam kurang perhatian. Aku tahu dia mengelak nak jawab.
Setelah didesak, akhirnya Kimi mengaku. Memang dia takut nak duduk Rawang. Selalu kena kacau. Rumah tu dia sewa sekali dengan mak dia. Mak dia pulak single mother, busy kerja dan kadang-kadang jer ada dekat rumah. Masa dia masuk tu, ada dua tiga perabot yang owner lama tinggal. Sofa, rak TV dan kabinet dapur. Aku rapat dengan Kimi ni rasanya tiga tahun kebelakangan ni. Maksudnya, dah tiga tahun baru dia berani bukak mulut. Mungkin cerita orang baling pasir atas bumbung tu perkara biasa bagi orang kena kacau. Kimi ni selalu tinggal sorang kat rumah. Macam-macam bunyi waktu malam. Tahun pertama di cakap ada satu je suara yang sama. Tapi bila sampai tahun kedua dan ketiga, benda tu bawak geng… Kimi ni pulak jenis penakut.
Pernah satu kali dia call aku,
“Ayin (dia panggil aku Ayin), aku takutlah.”
“Kau ni kenapa?” Aku tanya dia.
“Ada orang ketuk-ketuk atap sekarang ni, bunyi orang bercakap kat dapur.”
Kimi pun halakan handphone dia ke atap rumah. Ha’ah… memang ada bunyi bising. Dia halakan juga ke dapur, ada bunyi orang bercakap, tapi kurang faham bahasa dia.
Malam tu juga Kimi cabut datang rumah aku. Termenung dia sekejap, tak boleh tidur. Aku malas nak tanya lebih-lebih. Esoknya dia balik Rawang semula. Esok lusa lepas tu Kimi tak datang dah. Dia busy dengan assignment, katanya. Aku tanya dia, bunyi-bunyi lagi tak? Dia kata ada sikit, tapi boleh handle. Mak dia ada temankan.
Selang seminggu kemudian, pukul 9:00 malam, hari Sabtu, Kimi call lagi.
“Yin, tolong aku Yin. Tolong aku,” Kimi menangis. “Aku takut.”
Dah sudah dia ni. Kimi halakan handphone dia ke dapur.
“Ganggg!!! Ganggg!!! Ganggg!!! Gangg!! Gangg!!!” Bertalu-talu.
Kimi cakap, benda tu mengamuk. Dia menangis, tak tahu nak buat apa. Bagai nak pecah bunyi kabinet dapur dia. Macam bunyi orang renovate rumah. Dia cakap ada benda nak keluar dari almari tu. Aku dengar bunyi tu pun seram, bunyi suara orang mengamuk dari dalam kabinet. Aku suruh packing barang-barang datang rumah aku. Aku bercakap kat Kimi tetiba phone dia off … Lepas tu senyap. Mungkin dalam perjalanan ke rumah aku.
Sampai rumah aku. Kimi menangis. Kesian jugak aku tengok dia ni. Sambil menangis dia cakap ada suara garau dari rak dapur tu nak keluar. Bercampur-campur bahasa Melayu dan bahasa lain. Dia panik tak tahu nak buat apa. Mak dia tak ada. Suara tu marah menggugut Kimi. Ada lagi “benda” kata atas atap dapur dia. Dia tak tahu apa dia. Bukan kucing. Kalau kucing dia tahu bunyi camana. Macam ada orang katas bumbung mengintai dia. Sebenarnya kejadian ni selalu berlaku tapi dia senyap. Selepas aku mendesak baru aku faham kenapa dia tak suka tinggal kat rumah. Sofa teralih sendiri, bunyi orang ketuk pintu, ada orang bukak tv, bunyi orang sendawa, bunyi orang tua berdengus, malam je benda-benda tu take over rumah dia. Bila malam muncul, rumah dia macam ramai penghuni. Sarang dia kat kabinet dapur. Ya, ada bukan seekor dua, tapi banyak. Banyak berkumpul dalam rak tu. Dia dengar ramai orang kat dapur, tapi siapa? Aku pun seram dengar bunyi kat handphone dia. Kalau aku pun tak tahan. Aku marah Kimi dah tiga tahun baru ko nak cakap?
“Kenapa ko tak panggil ustaz?
Kimi cakap dia tak kenal mana-mana ustaz. Dia takut..
Last-last Kimi decide nak pindah. Dia tak tahan dah. Mak dia ok je, dah terbiasa kot. Sekali sekala dia balik Rawang. Balik hari katanya, nak overnight memang takla.
Sampai sekarang rumah tu macam tu. Kimi sekarang tinggal area rumah aku. Alhamdulillah dah tak ada gangguan.
Aku tak cerita kat Kimi kejadian almari lama kat kampung aku.
Kimi, kalau ko baca cerita ni, kalau ko rasa sama macam cerita yang ko rasa (maaf aku tukar nama) nanti orang kenal ko penakut haha…. Ni aku kongsikan cerita ko ni kat sini. Cerita macam ni cerita standard je, so janganlah takut weh. Ramai lagi kena lagi teruk.
Anyway, aku faham ketakutan kau macam mana. Be strong, Kimi.
Thank you, admin FS.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best
Harey betol gambar ni???
Rate gambar:
10/10
Kau rate gambar je ke juri?
ye..kau nak aku rate gambar kau ke?
armyy is blocked
ahh kenapa aku tak nampak apa-apa? kenapa gelap duniaku?
Bang, tisu bang
nak buat apa tisu?haha
ko rate gmbar aku pulak? haha
Errkkk seriau aku tengok gambaa kat atas tu ??
Ok.
k.O
wek
wekk
aihetyu
aku benci gambar tu..
nak ilang kan tekejut dulu baru aku baca story ko..
cisss..
aku baca sambil mata aku pandang arah dapur..erm..seram plk..
aku bg 7/10..
knp dgn gmbar tu? huhu
aku bukak story ni..tibe2 kua gmbr tu besar2 kt skrin..mau x tekejut aku..huhuhu..cakk..malam ni teman aku tido..huhuhu
haih ko ni. gmbar ni pon takut. gmbar ko lagi seram. ????
gambar aku yg tadi ke??hahahaha..tu mmg betul seram..hehehe
gambar ko lagi seram cak
yeke? tak kisahlah gmbar aku seram pon.
Janji gambar ko, aummm
Haa ni seram. ?
Kimi dari Rawang nak ke Setiawangsa tu ikut jalan Templer Park ke?
Ikut waze kot
Nak tanya..dah lama xbukak FS page ni..kat mana semua penulis2 lama ye..sicelupar, fizi, penulis 7pintu tu..and kak yulie pun dah takde nampak komen dah skrg
boleh cari kat FB. Arkib Angker Negara. Sama-sama
dh khatam hbeh dh bang oii,kt AAN takdak story baqu ka…karya2 kt sana smua masterpiece otai lama baca dia punya feel pon dh lain
Bila diaxpnh kena..sekali kena heavy cmtu terus alert dgn sekeliling.akak xsalahkan kimi.bnda2 ni dia takut sebab asik dia j kena aim..nt eek dia kimi ni akan sllu aleet bunyi2..walaupun air menitik.xper kimi..i feel u.jgn rsau.Tawakkal kt Allah j.sb Dia lg bkuasa.k.kipidap
5?????
setujuh
nice story , tapi admin gambar tu aduhaiii
aku ni pagi2 dhla bawa breakfast masuk office.
mau nyer tak tersedak tengok gmbr tu ..
betul
Aku….tak paham.. Hahaha
Aku rate gambar je laa 9/10.. Nasib baik tgk waktu siang.. Huhuu
happy birthday syer
zhu ni shengri kuaile syer
Aduhh kimi kimi.. Walaupun penakut, tapi ko dah hadap benda tu 3tahun, kredit untuk kekuatan semangat ko..? meiyo kalau bunyi guli bergolek malam malam pun dah riuh sekampung meiyo cerita, tak kuasa nak berahsia..
Adeh…nasib baik bukak siang kt opis….kalo memalam mau tercampak phone tgk gmbr tu…
kesian kimi.. Be strong Kimi, lama eh bertahan dengan setan tu.
.
aku ada follow twitter FS ni..mlm tadi dok scroll2 timeline ternampak gambar ni, gerammmm je aku..seram oii..haha..btw, nice story..eloknya jgn biar benda2 mcm ni sampai makan bertahun, tu yg depa siap bwk geng berkampung tu..
Apohal gambar camtu tu admin… Terkujat akak…
sian kimii~~
ok yang ni seram
Ni memang ada yang memerhati…..Orang selalu kata manusia lebih menakutkan daripada hantu tapi rasanya tak 100% betul..
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
Jalan cerita yang sangat menarik. Kipidap! 💪👍
Jgn kata kimi je penakut. Klu aku pun takut juga dok umah mengadap sorg² kerenah penghuni lain.. nasib lah dia dh keluar dr umah tu..
cter ni best..
so ape jd ngn rumah tgal kat rawang tu?
Gambar yang digunakn untuk cerita ini jauh lebih menakutka 😢😢😢… mostly gambar mmg sgt2 scary … i cannot lah
OK… Kesian Kimi Raikonen kan…