Misteri Toilet Port Dickson

Assalamualaikum kepada semua penduduk kampung Fiksyen Shasha. Hari ni aku tetiba ada mood nak karang cerita. Selalunya aku drop komen mengarut je.

Jaranglah aku nak drop komen yang bermotivasi. Selalu kalau korang nampak nama aku, mesti korang bash! hahaha.

Jadi? Korang baca jelah. Aku tak pandai nak karang. Maaflah kalau baca sekali lafaz je. Diingatkan!! Tak seram mana pon. Tapi sebab ianya pengalaman yg aku anggap unik. So aku ceritalah

Aku seorang perempuan. Tu je sebagai pengenalan.

Aku nak cerita mengenai pengalaman aku masa muda mudi dulu. Zaman belajar aku. Aku dulu study di sebuah kolej di Negeri Sembilan. Di Mana? Rahsia Kerajaan.

Aku memang nakal. Nakal macam mana? Pihak kolej bagi rumah untuk aku stay, aku overnight kat luar. Keluar meronggeng. Yelah, masa tu muda belia lagi. Happy ada kawan. Berkawan pulak dengan budak cetan. Cetan lah jadi nya aku. Itu dulu!! Tapi sekarang, Alhamdullillah. Dah berpurdah. (menipu)

Aku mempunyai lima orang kawan baik. Iaitu Hana, Fasha, Aleya, Ira dan seorang senior cantik, kak Nora yang tak pernah grad. Haih, kesian aku dengan kak Nora. Aku harap aku tak macam dia. 2 tahun tak grad.

Kisah ni bermula, pada suatu malam, masa tu, kami berlima overnight di Port Dickson. Maklumlah bujang kan? Masing-masing malas nak balik kampung. Sorang lagi kawan kami, Ira namanya. Dia tak ikut sebab balik rumah abang dia.

Abang dia nama Kamal Adam. Handsome. Tinggi macam Lee Kwang Soo. Tapi sayang, dah berpunya. Bakal berkahwin tahun depan. Harap maklum! Kenapa aku cerita pasal dia?Tak ada apa.

Sambil overnight tu, kami buatlah unggun api. Untuk mengisi masa lapang, kami pun bercerita hantu. konon-kononnya macam cerita omputih yang bercamping tengah malam buat versi seram.

Tapi tu lah, aku bukan berani sangat. Seorang yang agak penakut. Tapi takdalah penakut sangat. Aku tengah-tengah. Kadang-kadang mulut aku lantang je tegur.

Ok. sambung!

Masa kitorang tengah bercerita tu. Aku tetiba pulak sakit perut. aku minta izin pergi toilet. Aku pergi sorang je masatu. Berani kan?

Lepas aku bayar Rm0.50 dekat Pakcik Deham yang jaga toilet tu, aku pon pilihlah toilet yang berkenan di hati aku ni. Sudah tentu lah bersih dan tidak terlalu berbau, dari segi pemilihan jamban, aku tak memilih. Duduk boleh cangkung pon boleh. Asal hajat tercapai. Aku pilih tandas depan sekali sebab nampak lebih privasi.

Aku kenal dgn Pakcik Deham jaga tandas tu. Siang dia jual belon. Malam dia jaga toilet. Cari rezeki lebih katanya. Hmm, kesian dia. Semoga murah rezeki ko Pakcik Deham. Amin.

5 minit berlalu.

Masa aku tengah sedap membuang, aku dengar bunyi tapak kaki. Bunyi macam ramai. Aku takdelah fikir yang bukan-bukan. Aku cuma fikir, ni mesti kes takut nak pergi toilet sorang-sorang. Itu yang ajak satu kampung teman dia. Hehhhh, dasar penakut! Tengok aku ni, berani je. Lantak korang lah. Aku pon sambung urusan aku yang tergendala tadi.

Lepas beberapa minit, aku rasa pelik. Aku rasa sejuk semacam. Tadi aku dengar macam ramai orang masuk toilet. Tapi bila masanya orang keluar? Tak ada bunyi pun tapak kaki beramai-ramai. Aku tertunggu-tunggu jugak dorang keluar. Bukan apa… sebab malu lah aku kalau keluar dorang nampak muka. Nampak sangat aku sembelit!!

Tapi senyap. Sunyi sepi. Masa tu aku memang dah cuak. Masa ni lah pula banyak cerita hantu bermain di mata. Aku tak tahu nak buat apa dah masa ni. Nak keluarkan bunyi pon aku takut. Tetiba pulak aku menyesal tak ajak member-member aku teman. Pukul 2 pagi kot beb sekarang ni. Ko rasa? Orang ke apa tadi tu? Tak kan lah time-time macam ni ramai pelancong kot???

Entah apa yang aku fikir, aku terus keluarkan nokia 3310 dalam poket aku dan terus aku dial nombor “My Future JUJU”.

Tak berangkat! Hangin nya aku masa tu. 44 kali kot aku call si Monyet tu. Tido m**i ke apa. hmm. Mesti korang tertanya kenapa aku call dia dalam tandas? Korang jangan salah faham, aku call sebab dia tahu baca mantera. Bolehlah buat halau hantu. Kalau harap ke aku? Doa makan je yang aku tahu. Hmm. Sebab tu lah aku suka dia. Eh? Tetiba…

Aku masa tu memang dah takut. Sampai kan aku nak bangun pon masih berfikir. Tapi tak akan lah aku nak bertapa dalam tu pulak?

Takutnya aku tu. Sampaikan nak pulas kepala paip pon tak berani. Korang tahu lah, bila korang dah takut gila-gila babeng ni, korang tak tahu nk pikir apa. Pada masa yang sama jugak tetiba aku terdengar macam bunyi orang flush dekat sebelah.

Aku syak Pakcik Deham yang melabur. Sebab dia je jaga luar tadi. Tapi bila aku fikir balik, tak kan Pakcik Deham kot? Ini tandas perempuan!!

Aku guna toilet no 1. Jadi aku akan nampak dulu kalau ada yang melintas.

Tiba-tiba aku tedengar macam ada orang ketuk pintu toilet aku. Aku tak tahu orang ke apa. Aku masa tu memang diam je. Nak telan air liur pon aku takut. Aku cuba tengok ikut bawah pintu. Adalah sikit lubang. Tak ada pula bayang-bayang atau tapak kaki orang. Aku punya takut tu, aku tak pasti aku bernafas ke tak masa tu. Tak cukup dia ketuk pintu toilet, dia mengilai pulak. Makin lama makin kuat. Sambil panggil nama aku, Sambil dia mengilai

“heee…heee…. heee…”

Aku? Aku Masa tu jangan cakap lah. Keluar segala peluh jantan. Meremang segala bebulu.

Aku tak berfikir panjang, aku terus buat plan kedua iaitu berlari keluar. Idea dah ada, perancangan je tinggal. macam-macam aku fikir. Macam mana kalau benda tu ada depan toilet ni? Ah! lantaklah, janji aku keluar.

Sup! Aku terus naik kan seluar, bukak pintu, berlari macam orang gila keluar dari toilet tu. Sambil belari sambil pejam mata. Buka sikit je. Aku pon tak tahu macam mana aku boleh keluar dengan jayanya. aku tak nak ternampak benda bukan-bukan. Hmm, aku syak, masa berlari tadi aku tak jejak tanah.

Dalam fikiran aku terbayang hantu takde kepala ke. Benda terbang melayang. Seram bak hang! Dalam masa aku berlari tu, aku rasa macam ada orang kejar. Bunyi macam ramai gila kejar.

Aku toleh belakang, takda sesiapa. Asal aku lari je aku rasa ada orang kejar aku? Perasaan mungkin?? Masa aku berlari dari toilet ke port kitorang overnight tadi tu, aku rasa lama gila. Seolah aku berlari dah setengah jam. Padahal tak sampai 5 minit kot.

Aku penat. Aku berhenti. Aku tenangkan perasaan sambil otak aku ligat fikir plan ketiga. Aku pernah tengok cerita hantu Thailand. Dalam movie tu, kalau nak tahu ada hantu ke tak korang kena tengok tunduk tengok celah kaki. Kalau hantu, benda tu akan terbang tak jejak bumi. Aku pon tengoklah. Korang tahu apa yg aku nampak????

Hmm. Takde apa.

Aku pon sambung berlari. Sampai je port kami overnight, Hana tanya aku,

“Ko apahal beb? Dah macam kena kejar hantu?”

Aku masa tu, taknaklah cerita dekat dorang. Kang dorang bahan aku. Dorang perangai macam cetan sorang-sorang. Kalau bahan tak cukup 44 hari tak sah. Haih, macam manalah aku boleh kenal dengan korang. Menyesal pulak.

Aku dengan rasa tak selesanya, aku terus ajak dorang balik. Dengan alasan aku nak siapkan assignment. Dorang pon ikut. Aku call lah pemandu Uber tetap kami. Ropie. Budak Sabah. Muda lagi. Baik orang nya. Belum berpunya.

Masa dalam Uber tu, si Fasha ni sound,

“Woi! bau tahi lah. Kau tak basuh ke??”

Puakanya mulut si Fasha ni. Malu aku dengan Ropie. Aku malas nak layan. Aku buat muka seposen. Soal Hantu lagi aku seram dari bau tahi. Sorrylah korang. Tak sempat nak buat semua tu. Apa yg aku alami itu terlalu pahit untuk ditelan.

Itulah pengalaman pertama dah terakhir aku kena kacau. Maaflah. Tak seram pon sebenarnya. Aku saja karang. Habiskan masa aku. Kalau admin approve, aku ucapkan terima kasih. Kalau admin trashkan cerita aku ni, aku ucap terima kasih jugak. Sebab terlepas dari kecaman. Haha!!

Ok. Korang kecam lah dulu. Tapi jangan over sangat. Kang kurus aku makan kecaman korang. Aku nak pergi sembunyi dalam gua. Korang ingat aku ada masa untuk sakit kepala??

So! Siapakah Aku dalam cerita ni? hihi

Terima Kasih sebab baca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Miss M
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

115 comments

  1. Semput aku baca. Macam terkejar-kejar dengan hantu. Sekali lafaz je. huhu.

    Cerita apa ni? Memang sejenis yang tak reti nak cebok lepas buang hajat ke camne? Pengotor nya. Tapi, kelakar! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

  2. Sah! Selesai satu nafas.. Semput weh.. Huhuu
    Ni bukan lari kat treadmill, ni mcm kena kejar ngn lembu liar.. Huhuhuu

    Kak Nora tu x grad sbb apa? Mesti kejenya mengular je time klas..hmm..
    Kalo aku kena macam ko pun aku lari tutup mata gak.. Tp aku cebok dulu laa sblm kluar.. Wakakaa

    p/s : aku pun ada kawan nama juju

      1. 🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈
        🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

  3. Terima kasih miss m, hebat ceritanya. Kencang gila walaupun sekadar scene toilet. Tapi meiyo geram, sebab awak berak tak basuh,kalau berak pun tak basuh, mestilah tandas pun awak tak reti flush kan? Tinggallah saham awak di situ. Padahal bukan main memilih nak toilet bersih tak berbau. Bayar 50sen flush jadi berat eh? Setakut mana pun awak, tolong jadi masyarakat bersivik ye.

    Taktau la kenapa sepanjang baca cerita ni meiyo tahan nafas takut terbau taik.

  4. Ok aku komen ye.

    Aku terbayang ko buang hajat ni.haha
    Aku tahu ko sape.

    Kalau jumla hantu bukan baca mantera, baca Surah Al-Quran. Kau telefon future Juju dalam toilet nak suruh dia baca mantera nak buat apa? Nak panggil hantu lawan hantu?

    Haha.oklah nak rate ni. Sebabkan kau tak cebok, intro panjang ngat. Aku bagi 9/10 lah. Markh kesian.haha

  5. Adehhh la kenapa x cebok oii.. bayangkan pacik deham tu nnt masuk tandas x ke haru..
    Aku baca setori ni sambil tahan nafas.. haha

    9/10 p****g point sebb x flush n x cebok.. hahaha

      1. tok sampai skrang still pakai mask.. perfume pun da telan 2 botol tp masih ada bau lagi..

        Febreze ambi pur baru.. menghilangkan bau

          1. hahaha

            tok, ko nampak tak? penduduk kampung bunian, bukan takat tahu merepek tau, lepasni ko standby je kot cite FF & Syer

          2. tok tunggu korang semua da hntar setori baru tok maju.. nampak x? tok dahulukan penduduk dlu.. haha

  6. Abang dia nama Kamal Adam. Handsome. Tinggi macam Lee Kwang Soo. Tapi sayang, dah berpunya. Bakal berkahwin tahun depan. Harap maklum! Kenapa aku cerita pasal dia?Tak ada apa.

    Hahaha.terlepas jg gelak akak.adess…byk komedi cita ko dik..iklan2 pun byk tapi iklan yg xboring la…mcm knl sp yg tulis ni…tapi…sape eyhh..

    Penat akak panjat pokok nak capai bintang.
    Nah 5?????

  7. “Abang dia nama Kamal Adam. Handsome. Tinggi macam Lee Kwang Soo. Tapi sayang, dah berpunya. Bakal berkahwin tahun depan. Harap maklum! Kenapa aku cerita pasal dia?Tak ada apa.: – haha ko minat abg dia erkk….ayat cam sedey ni

    “Woi! bau tahi lah. Kau tak basuh ke??” – serius dikk??? ko tak basuh ? akak ingt kwn tu bau benda2 lain menumpang huhu….postifnyer akak memula….

  8. hahaha..aku penah jd mcm ko wey..bezanye aku sempat basuh dulu..masuk je umah bley plak natang tu gelak kan aku..igt lawak ke org tgh berak ko kaco??biadap btl!!!

  9. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    CikSyer ke?F.F?Kalau bukan barangkali Maira atau Medi?Atau Juri meletakkan diri sebagai watak seorang perempuan dalam cerita ni..hmm🤔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.