KISAH AKU DAN PENDAMPING 2

Asalamualaikum warga FS dan thanks again admin sebab masih sudi publishkan kisah hidup aku ni. Slot kali ni aku akan storykan pasal cara aku berkomunikasi dengan pendamping-pendamping aku dan sedikit sebanyak pasal ilmu yang aku dapat tanpa rela ni.

Pendamping ni akan sentiasa buat tuan dia rasa bangga dengan apa yang dia buat. Macam tu jugak macam apa yang ada pada aku sekarang, benda- benda ni cuba sedaya upaya untuk buat aku rasa istimewa hanya kerana aku memiliki ‘mereka’. Mereka buat macam-macam untuk tunjukkan kelebihan pada aku.

Benda-benda ni tak boleh tengok kalau ada orang sakitkan aku atau sakiti hati aku. Bila jadi macam tu terdetik je kat hati aku ni nak balas balik perbuatan orang kat aku terus akan terjadi sesuatu yang buruk kat orang tu. Aku rasa serba salah sangat-sangat. Sampaikan aku lebih memilih untuk bersendirian dan kurangkan berkawan supaya orang lain tak menyakiti aku dan aku pun tak sakiti dorang.

Pendamping-pendamping aku ni tak boleh kalau ada insan lain masuk dalam kehidupan aku. Sedaya upaya “mereka” akan huru hara kan perhubungan aku sampai la aku tetap ‘stay single’. So kalau ada la ex’s aku baca ni korang dah tau la kenapa kan. Hahaha

Aku tetap cemburu dengan kawan-kawan yang dah berkeluarga sedangkan aku masih buntu dengan hidup aku sendiri. Aku tetap kecewa sebab ini bukan pilihan hidup aku, tapi aku terpaksa terima akibatnya. Pernah aku ceritakan pada teman rapat aku Zainal tentang masalah aku, dia cuma nasihatkan supaya aku tetap bersabar dan anggap ini semua ujian Allah untuk aku. Ya, aku masih bersabar. Sehingga ke hari ini aku masih tetap sabar. Aku percaya setiap dugaan, musibah atau masalah pasti ada jalan pengakhirannya. Cuma aku berharap pengakhiran yang terbaik untuk aku.

Cara aku berkomunikasi dengan pendamping aku melalui batin. Aku tak pernah belajar atau menuntut untuk berkomunikasi dengan “mereka” segalanya datang secara spontan. Aku hanya gunakan hati untuk berbicara dan dengar setiap kata2 “mereka”. Aku menguasai ilmu penunduk, aku mampu tundukkan lelaki secara mudah untuk kepentingan diri aku. Aku bukan riak dengan ilmu haram ni,aku cuma berkongsi pengalaman dan cerita. Aku mampu ubatkan orang tapi tak mampu ubatkan diri sendiri. Sounds funny kan? Tapi itulah realiti hidup aku.

Aku juga ada ilmu santet/ santau. Ilmu ni tersangatlah bahaya. Sesiapa yg menuntut atau mengamalkan ilmu ni perlu buang santau untuk tempoh tertentu kalau tak ada yang ‘request’ nak tujukan pada sesiapa. Cara hantar hanya melalui angin. Kesan santau buangan ni tak lah teruk macam santau yang di tuju. Tujuan santau ni di buang sebenarnya untuk kekalkan ilmu dan lindungi diri, sebab kalau tak di hantar akan makan diri sendiri. Dah tentu akan ada yang ‘terkena’. Aku bukan sengaja. Aku tak ada pilihan.

Yang nak kecam aku silakan, sebab korang tak merasa azab yang aku rasa. Senang untuk bercakap tapi susah untuk hadapi. Jujur, aku rindu nak solat, rindu nak mengaji, teringin nak berkeluarga. Keinginan aku sama macam orang biasa tapi aku tak mampu dalam keadaan sekarang.

Aku terlalu lemah untuk semua ini tapi aku kuatkan diri, tabahkan hati. Aku tetap yakin yang semua akan ada penyelesaiannya. Aku tak minta belas kasihan, aku tak minta populariti. Aku cuma harapkan yang membaca sudi doakan kesejahteraan aku dan penyelesaian terbaik dalam hidup aku.

Kisah aku tak habis di sini. Aku akan keep on writing kalau masih ada yang sudi membaca. AKU MENULIS UNTUK TELADAN DAN PENGETAHUAN.

Salam sayang warga FS
#ZARA

7 thoughts on “KISAH AKU DAN PENDAMPING 2”

  1. kalau aku ada power mcm ni aku dah hantar kat pencuri perabot2 rumah aku yg dia sewa tahun 2014. sampai sekarang aku sakit hati. nama dia mohd sazdi b zulkarnain. tlg buat dia hantar/ bayar ganti rugi boleh cik? tq.

    Reply
  2. **Benda-benda ni tak boleh tengok kalau ada orang sakitkan aku atau sakiti hati aku. Bila jadi macam tu terdetik je kat hati aku ni nak balas balik perbuatan orang kat aku terus akan terjadi sesuatu yang buruk kat orang tu.

    sama macam kes husbnd sy…dulu die ade pendamping, n boleh nmpk sikit sifat riak dalam diri die.. dulu sape2 yg sakit kn hati die, tdetik cikit je dlm hati die, mcm smthng yg buruk jadi kt org tu..die dpt bnd ni sume sbb die belajar silat, dan perlu ade pendamping. alhamdullilah sekarang sume nye die da buang…sy sendiri nmpk die buang bnd ni kt laut…kalo mnd laut nmpk botol bertutup, buah kelape jgn usik tau…huhuhu

    ape2 pn awk kene kuat kan semangat…kalo boleh solat, mengaji jgn tingal…lawan selagi boleh…dan rajin kn berzikir….

    Reply
  3. Tak boleh mengalah dan kata tak mampu. Jgn fikir panjang terus lah cari ubat. Dalam keadaan macam tu, maaf cakap, kalau ajal menjemput….
    akibatnya sangat buruk. Dunia dan akhirat. Memang bukan salah awak. Tapi awak akan jadi bersalah dan berdosa jika membiarkan diri bergelumang dgn ilmu dan kebolehan yang boleh nenyesatkan ini. Mohon maaf ya.

    Reply
  4. Smpi skrg masih bujang umur dh 39. Asal kwn je mesti putus. X tau mangkau ape lekat. Slalu mimpi x igt mimpi ape. Xtau ade pendamping ke x dlm.bdn.

    Reply

Leave a Comment